Sunday, June 19, 2011

Akhirnya......


Assalamu'alaikum....
Apa khabar kalian? Semoga IMAN dan jasad dalam keadan baik dan sejahtera...

Ya Allah....
Subhanallah..... Masya Allah...
LAma sunguh saya tidak mengemaskini blog saya ini.

Alhamdulillah.. Pada malam ini saya masih diberi kesempatan untuk update blog kesayangan saya ini..

Setinggi- tinggi kesyukuran ke hadhrat Ilahi, kerana saya berjaya menamatkan latihan industri selama 6 bulan bersamaan 24 minggu. saya telah memilih TAAT & ASSOCIATES sebagai tempat untuk saya menjalani latihan industri. Maka pada 3 Jun 2011 adalah tarikh tamat latihan.

Terlalu banyak perkara saya dapati sepanjang saya menjalani latihan industri di TAAT & ASSOCIATES (TAAT). Terutama dalam bidang perakaunan dan pengauditan...(huhu.. macam kelakar je.. guna istilah ni)... Di TAAT juga saya di ajar untuk administration tasks. Task ini juga memerlukan skill.

Setelah tamat latihan industri, tugasan seterusnya adalah menyediakan laporan latihan industri. Kemudian membuat pembentangan tentang outcomes dan pengalaman yang diterima dari tempat latihan industri. Justeru itu, saya melangkah kembali ke USIM tercinta pada 13 Jun, bersamaan pada hari Ahad bersama rakan saya dengan menaiki kereta yang dipandu oleh rakan saya.
Seterusnya, pada 14 June 2011, kami perlu menghadiri seminar Finishing School Program. Dan AKHIRNYA, pada 15 Jun, kami perlu membuat pembentangan di hadapan Lecturer yan menjadi supervisor dari Fakulti. Alhamdulillah... Semua berjalan dengan lancar.

Seusainya perkara2 tersebut, saya tergesa2 untuk kembali ke halaman rumah (Ijok). Alhamdulillah..

Bersyukur tak terhingga kepada Allah yang memberi nikmat kepada hamba2NYA. Saya juga telah menerima tawarn bekerja sebaai assistant accountant di sebuah firma kecil di Kuala Lumpur yang sesak ini..

Saya dengan rendah hati, mendoakan semoga rakan2 saya yang lain juga diberi peluang yang sama dan mungkin lebih hebat dari saya... Insya Allah.. semoga kita semua sama2 berjaya di dunia dan akhirat... Amiin YS RAbbal 'Alamiin... :)

Sekarang ini, tidak secara mutlaknya, saya telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang Perakaunan...

<<<<<< MODE: Sesuaikan Diri >>>>>>>>