~::masyiemumtaz::~

masYie's

Wednesday, April 30, 2014

Teguran Suamiku Berhemah

Assalamu'alaikum.

Saja nak mencoret tentang diri dan suami.

Ada satu minggu tu, MM dibebani kerja yang memerlukan fokus dan tindakan pantas. Memandangkan ada trainee di office ni, maka MM pun sub lah kepada trainee itu. Untuk tujuan pembelajaran mereka.

Sedang MM sedang sibuk menyelesaikan kerja-kerja MM, trainee boleh pulak pending. Buat kerja sambil online. Berassap juga MM. tapi MM diamkan jer dulu.

Sehinggalah otak MM tepu dengan nombor2 dan kerja lain. Maka, MM beri job baru kepada seorang trainee ni (A). Tetiba A terus diam dan agak drastic action yang dilakukan. Saya tanya jawab tegas gile. Sampai officemate lain terkejut cara A jawab soalan MM ni. Huhuhu

Maka, MM khabarkan kepada suami tersayang. Dan secara tetiba suami MM buat keputusan nak balik my hometown. Sedangkan next week, MM akan balik ke hometown suami.. Lalu bersembanglah kami berdua.

"sayang, abang akan hang klu boss abg beri kerja yang perlbagai dalam satu masa. So, abg akan buat tak tahu ja.."

MM : ooo.. begitu. Abg buat tak kerja yang boss buat tu. ?

"Buat tu buat. Cuma cara pengarahan itu. Buat kaum lelaki ni rasa bengang. Sayang kena faham, lelaki ada ego nya.."

MM : Ooooo.. (dalam hati.. dia tegur aku ni..ok faham..)

Alhamdulillah.. MM dikurniakan suami yang bijaksana dalam mengendalikan emosi MM.. SYukurrr...





Monday, April 7, 2014

Tudung versi suamiku...

Assalamu'alaikum...

Saja nak mencoret...

"sayang, pakai tudung yang balut2 tu x? yang tiada awning?"

"abg, tudung sayang mana ada awning? biasa ja la..."

"Eh, sayang. tudung sayang ada awning la..kan tak berbalut tu.."

Argghhh.. Sudah.. MM fening. Apa la yang nak dimaksudkan oleh suamiku ini..

Dan. Suami MM pun What's App la gambaq contoh yang dia nak maksudkan;

Suami : ni yang xdak awning. Nampak macam berbalut

MM pun jawab... "ohh... begitu.. Sayang tak reti pakai macam tu la abg. Kenapa? Nak sayang pakai macam tu..."


Suami MM.."Bagus xreti.. Abg x suka gaya tudung begitu.. Nampak macam berbalut...


Kelakarnya, Tudung sayang ada awning kan?
**Mandaiii je...* Bagusss..




Thursday, March 20, 2014

Alhamdulillah. 14-3-14

Assalamu'alaikum.

14-3-14 (Malam)
Dengan sekali lafaz tanpa percubaan.
Aku bergelar isteri kepada Muhammad Zzulkhibrie bin Mohd Razali.
Tanpa Mak Andam.
Tanpa tempahan baju yang "grand".
Tanpa pelamin.
Tanpa makan beradab a.k.a makan biadap!
Alhamdulillah.
Semua berjalan lancar.

SesungguhNYA, majlis itu unexpected.
Kerana ikut perancangan awal, tiada seperti apa yang berlaku.
Semuanya atas kasih sayang keluarga, sahabat dan rakan2.
Terima kasih semua yang sudi hadir.
Makan-makan di rumaha family saya.
Khabarnya, makanan semua sedap.
Alhamdulillah.
Pengantin x lalu nak makan.. heheee


Terima kasih abg!

Terima kasih atas pemberian.
*ada yang xnampak.. Kamera kecil ja Norkiah ni.*

Senyum..
Serba Hijau
Doa

Doakan baitulmuslim kami ini.. Semoga diberkahi Allah. Semoga bahagia hingga ke syurga. Amiin... Ya Allah..







Friday, February 14, 2014

Oh Adam Hariez!

Assalamu'alaikum..

Pa habaq semua? Harap sihat naa.... Iman pun ok. Jiwa baik.

Saja. Nak celoteh... Hehe

Hari tu balik reja singgah mai rumah abg MM. Papa adam. Sembang2 time makan. Saja MM tanya kat Adam. Antara dialognya.

Adam : Achik, kite masuk kelas pertama.  

MM    : Wahhh.. Tahniah!.. Kiss sket..  Adam jadi apa kat kelas?

Adam : Mula2, teacher bagi tugasan ketua Cleaner kat kelas. Sebab abg rajin bersihkan kelas tu. Pastu ketua Kelas, teacher bagi kat kawan abg. Tapi ketua kelas abg bising. Pastu teacher bagi kat abg. So sekarang, abg yang jadi ketua kelas.

MM bersama abg MM n mama adam gelak besar.. 

MM    : Wowwww.. Panjangnya citer hang adam. 

Adam : Itulah "ADERM". Sambil makan grill beef yang dibuat oleh abg MM.

Lepas sembang kat tempat makan, sambung depan tv dan adik2 adam yang lain. MM saja melawat anak2 penakan MM ni. Katanya Ayna asyik demam ja .. Tak kebah2. Mungkin rindu dengan MM lah tu.. Hehe.. 

Alhamdulillah. Lepas MM balik dari rumah abg MM, Kak cik (ayna) pun sihat. Dah x merengek.. Nak Achiknye yang ni juga peluk cium agaknya.. Rindu sangat lah tu. 

Macam mana lah agaknya bila MM kahwin nanti. #eyh!..
Abih semua anak2 penakan MM demam.. Hahaha.. Mintak Jauh.

Gaya Machooo katanya Adam.. ha ha ha

Achik! Macam ni handsome x??

Siapa kacau achik kita.. I tembak U tau!
PAKSA AKU BELIKAN BUKU DAN PEN. sebab nak tulis2 katanya

Cantik dan kemas tulisan adam. Yang baru berusia 7 Tahun!


Ok la.. Sambung sebulan akan datang na..

Jumpa lagi..

Semakin Berdebar Kott

Assalamu'alaikum.

Hari ni semakin berdebar kot.... 

Semoga semuanya berjalan lancar.. Semoga Allah memberjati dan meredhai kami semua.. 

Amiin....


**lebih kurang sebulan lagi**

Friday, January 31, 2014

Januarian

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah. Masih bernafas.

Bulan ini MM dapat anak buah lagi. Anak buah yang ke-20. Ini bermakna bertambahlah ahli Januari dalam keluarga MM. Jeng Jeng Jeng

Tanggal 9 Januari 2014, maka lahirlah seorang putera daripada kandungan mamanya. Dan genap tujuh hari, dia diberi nama dengan "MUHAMMAD AMEER RAZEEN". Maka dipanggil Ameer. 

Kakak ameer (ayna wardina) lahir 14 Januari 2013. Maka beza antara mereka dua x sampai setahun pun. Tahun Masihi la.. Tahun Hijri.. Cukup dah.

Then, abg adam lahir 23 Januari 2007. Muka ayna macam adam.Ngam dengan adam sahaj.. haha..

ok.. nak tepek sket gambaq.
Kami Geng Januari. Kata Adam. Hahaha

Baby Ameer Razeen.. Tombammm gitewww..

Ok . Sekian Sahaja.

Thursday, January 23, 2014

22.1.14 Yang bermakna...

Assalamu'alaikum.

Tanggal 22.1.14 semalam, adalah paling bermakna. Ini kerana pihak majikan menyambut hari ulangtahun kelahiran a.k.a hari mengingati MATI MM.. Yang ke-tettt...

Ini adalah majikan yang pertama sejak bekerjaya ini yang menyambut ulangtahun kelahiran sedemikian rupa.. 

Pada tarikh dan hari itu, boss MM suruh semua staffnya memakai pakaian bertemakan warna BIRU. Mula-mula MM pun blurr. Kenapalah boss ni beriya2 sangat suruh pakai tema biru. Bila dah tengahari baru perasan. Itupun sebab dia kata begini, "masyitah, hari ni jangan makan nasi dulu ya.."

MM dengan blurr jawab, "knp? saya lapaq ni kak. Isshh.. Dah tu??"

Boss : "ko ni.. Isshhh.. Aku kata nnt kita ada majlis sket2.."

MM : oooooo..ok.

Kek bestday kununnya... hehehe

Dengan paksaan kena potong kek itu.. Semua biru.. hek hek hek...

Ni ucapan dari sahabat via what's App. Xie Xie

P/s : boss buat semua ni macam nak bodek aku supaya stay lama bersamanya... hhuhuhu.. itu aku gerun. Aku perlu melangkah pergi juga tidak lama lagi... Sayu gitu kan.. huhuu