Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...
Semoga dalam keadaan sihat Iman serta Jasad...
Hmmm... Lamanyer sy tak update blog ni... Busy ka?[ntah.. x taw nak ungkap lagu mana]
Pertamanya, Tahniah dan semoga diberkati buat beradik ku yang telah meningkat umur dan usia semakin pendek.. Termasuk diriku jua..
Hemmm... Bila cakap pasai umuq ni, mula la sapa2 pun akan tanya, " Bila nak kawen?"
Hurrm.. Soalan itu memang sangat sukar jawpaannya.. Kerna semua itu urusan Allah. Kita hanaya mampu berusaha dan merancang.
Sepupu sepapat pon dah dok tanya dengan soalan yang sama.. Kadang-kadang terasa rimas juga. Tapi apa boleh buat, Allah mentakdirkan belum masanya lagi.
Suatu hari, setibanya saya di rumah dari Shah Alam [balik dari satu program di masjid negeri], abah, emak dan abg sedang rancak bersembang. Tak tahu apa yang dibualkan. Lalu saya join sekali. Selepas bersalaman dengan mereka.
Lama tak berbual di bawah rumah cam ni. [rumah sy rumah atas.. dimana bawahnya adalah tempat letak kereta dan motor serta stor.] Bicara soal pelbagai perkara. Massa, kerjaya, politik, ekonomi dan keluarga...
Sampailah satu part tu, bicara tentang lembu-lembu peliharaan abah. Saya kata kat abah," dah lah abah, x letih ka, nanti dah besar lembu tu abah jual taw?"
Dengan nada selamba abah jawab cam ni " Hurmm.. x nak lah.. kan nak 'mantu' nanti..."
Lalu saya dan abg berpandangan... Huhu..
Abah pernah tanya baru-baru ni, " Bila anak abah yang sorang ni nak ada pengganti abah? nak jaga anak abah ni? Kereta ada dah.. Kerja ada dah... Kerja kat KL dok sorang-sorang tu carilah teman. x la emak abah risau kat kampung ni...."
Saya terkedu lalu tersenyum... dan berkata "emak dan abah doakan lah.. Semoga ada nanti.."
Ya, sejak akhir-akhir ni, memang saya terlalu banyak dihujani dengan soalan sebegitu.... Saya tak mampu nak jawab sebab sy seoarang wanita. Fikir saya.
Ada satu masa juga abah pernah bertanya," tak maw ka kerja kat area rumah ni, kan senang boleh balik setiap hari.. Ni hujung minggu ja balik kampung"...
Saya diamkan diri...
Ya benar! Akhir-akhir ni memang saya buntu. Soal kerja, diri, ummah, dan peribadi...
Sehinggakan saya tak fokus dalam segala perkara. Macam post kali ni.. x fokus kan? hehe..
Banyak perkara nak ditulis. Sampai tak tahu nak mula dari mana..
Bila dah ditulis ni, sy cuba untuk fokus dalam sesuatu perkara itu. Dari soal peribadi hinggalah soal ummah...
Yang berlalu biarkan ia pergi, ambillah pengajaran dari setiap yang berlaku. Insya Allah ada hikmahnya... Rahsia ALLAH siapa yang tahu kan?
Semoga terus KUAT, SABAR dan TABAH....