Thursday, October 15, 2009

masYie oh kak masYie

Salaam perjuangan dan kasih sayang…


“ Wowww… nama dia famous la…”

“ kenapa ni.. tetiba ja..(sengih)”

“ Tu nama ada terpampang kat bawah tu.. kat memo pasal kunci..”

“ Hmm… ya ka?” Allamakss…

Famous la housemate akak sorang ni…. Wanted!!! Hehehe..”

“Hmm.. tak dak maknanya kak..”

Ada laa tu.. Hari tu juai kad hotspot… Ni pulak kunci.. Kaya la masyi…”

“Hmm… Office kak.. saya jalankan tugas ja..”


….. Aku meletakkan beg galas kuliah ku di atas kerusi.. lalu masuk ke bilik… Then, kna p turun, sebab ada student nak jumpa.....



(panggilan)

“ Assalamu’alaikum.. kak masyi ka?”

“Ha. Ya. Siapa ni?”

“ Saya pelajar Tamhidi, saya tertinggal kunci kat bilik. Boleh tak saya nak pinjam kunci.”

“ Boleh. Tapi akak tengah kelassekarang. Nanti bila akak dah sampai kolej akak gtau. Hmm… satu ag, kna bayar tau dik… RM5…Ok?”

“Ok kak. Terima kasih kak masyi..”

“ Sama-sama..”




(SMS)

“Salam.. Kak, sy student tamhidi, sy nk beli kad hotspot. Ada tak?”

“ Ws.. Ada. Mai nah bilik akak..”

“ Bili akak kat mana?”

“ B2 8-1”

“ Ok kak, nanti sy datang ..”




(06-7992634)

“Hello.. masyitah.. awak ada kelas ke sekarang?”

“Baru habis satu kelas… Kenapa?”

“ Sekarang free tak..”

“Kenapa?”

“ Boleh tak datang office sekarang?”

“ Sekarang? Tak leh cik Dayah.. Sat g, saya ada kelas pulak..”

“ Kelas hari ni sampai pukul berapa?”

“Malam.”

“Tak pa la.. Esok pagi2 datang office jap ye..”

“ ok, insya Allah..”



( Menggelengkan kepala sendirian… Sambung membaca.. al maklum banyak test..)



(Adikku Bahiyah)

“Kak masyi… Rindu la.. lama tak jumpa..”

“ Rindu adik2 akak gak..”

“ Akak sihat?”

“ Hmm… Bersyukurlah apa yang ada..”( Selsema n batuk time tu)

“ Akak ni, akak dah jumpa doctor?”

“Hmmm… baru mesej doctor gigi ja.”(abang sendiri..Hehe)

“Ishh.. akak ni, main2 pulak,,”

“ insya Allah, beberapa hari nanti ok la… biasala tu…”

“Akak busy ka?”

“ kenapa?”

“ Akak nampak macam letih ja.. Akak dah makan?”

“ Hmmm..(sengih lagi)”

“ Akak kna jag kesihatan.. Kena makan tau.. Akak ni, wat saya risau ja..”

“ Janganlah risau.. Akak ok..”

“ Akak, Ada pape mesej saya tau..”

“Ok..”



Masuk ke kuliah..



Di pondok FEM (tengah wat latihan advanced accounting)

“Kak masyi..”

“Ya. Kenapa ni? Ada pape akak leh Bantu?”

“Akak,esok saya ada jamuan SISPA.. Esok gak ada meeting Sekreteriat.. Kak Putri, minta tolong sy jaga booth PRU sok..Saya keliru la kak…”

“ Hmm.. kehadiran ke jamuan tu ada markah tak?”

“ Oh.. saya tak pasti.. ok nanti saya tanya balik cikgu saya tu.”

Better p meeting kalau kehadiran untuk jamuan tu tak da markah..”

“ Ohh..ok.. Saya ty nanti.”

“ Busy nya adik akak sorang ni…”

“Akak, cam na akak seimbangkan study dan mende2 camni?”

“ Hmm… ikut priority.. Susun. Checklist.”

“Ok kak, terima kasih kak masyi.. Akak ada test yer? Ok Good Luck untuk kak masyi!”

“Terima kasih… K, study baik2..”

“Ok kak.. bye..”


(ni antara perbualan bersama adik junior satu course; Farha)


…………………………………………………………………………………………….............


Hmm… bukan nak cerita apa pun.. Cuma nak kongsi sahaja… Istifadah yang saya dapat; banyak bersabar… Sebab bukan mudah orang nak percaya kat kita.. Bukan mudah nak dapat ramai kenalan… Hehe…



" aku menulis ni kerna otak ku dah stuck.. Hehehe"


Aku juga sedar bahawa diri ini memang perlu kuat, sebab bukan kita sahaja yang tahu semua benda... Ia perlu dikongsi.. Agar manfaat itu dikongsi bersama.. Kita juga perlu memahami antara satu sama lain di antara sahabat2 kita tak kira la jauh ke dekat... Teringat kata2 seoarang sahabat; " usah kita sangka bahawa apa yang kita suka itu adalah baik bagi aturan Allah, TAPI usah pula kita sangka bahawa yang kita anggap buruk itu adalah buruk bagi kita, tetapi ia baik dari aturan ALLAH..."


** Semuanya ada hikmah...** Insya Allah..


Ya Allah... ampuni dosa-dosa sedar dan tak sedar ku...



No comments:

Post a Comment

Nak tanya apa2 tentang vitamin dan susu farm fresh? hubungi kami ya: 019 255 9666