Saturday, December 12, 2009

Input WEHDAH 1

Salaam kasih sayang...

Cabaran Dakwah Generasi Muda


Tuntutan DAKWAH:


1)Perintah ALLAH yang utama


Ia berdasarkan seruan dalam Firman Allah; Surah 16, An-Nahl : Ayat 125





Berdasarkan ayat tersebut, ia menunujukkan fiil amar pada awal ayat. Ini menunjukkan satu seruan yang fardhu kepada kita sebagai khalifah di bumi Allah ini.


2)Perkataan terbaik

Berdasar ayat di atas juga, dalam kita berdakwah, kita disarankan supaya menggunakan kata-kata yang baik sahaja. Sekalipun kita diperlekeh, itu hanya sebahagian mehnah dalam berdakwah. Kadang-kadang kata sinis juga perlu untuk menyedarkan mereka yang terus di alam mereka sendiri yang dikatakan betul itu.


3)Tugas para anbiya’

Setiap Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah adalah untuk berdakwah kepada kaumnya agar menuju kebenaran dan keadilan. Ini bermaksud, kita sebagai umat akhir zamn melalui utusan Nabi Muhammad S.A.W., perlulah meneruskan jalan dakwah ini agar umat sejagat dalam mengerti apa itu kebenaran yang sebenar-benar bukan kebenaran yang mereka fikirkan.


4)Cabaran-cabaran besar

Dalam jalan dakwah masa kini, terlalu banyak cabaran-cabaran yang kita boleh amibil semua itu sebagai peluang untuk kita tetap dalam jalan juang ini. Di antaranya dunia cyber dan teknologi. Segalanya di hujung jari. Sebagai daie muda, kita perlu terima hakikat denagn kewujudan dan perkembangan teknologi ini. Usah kita lalai dengan kemewahan ini, sebaliknya, kita perlu mengambil peluang sebagai salah satu medium untuk menyampaikan kebenaran dan keadilan. Tapi ini perlu diambil ihtimam dan diingat, jangan terlalu bergantung kepada teknologi.


5)Dinamika pendekatan dan pemikiran

Bila kita hendak menyampaikan sesuatu al khoir itu, kita juga perlu memikirkan pendekatan-pendekatan yang sesuai untuk maduu yang kita ingin dekati. Dan kita perlu dalami mereka. Berdakwah itu bermula dari hati. Ini bermakna, kita juga perlu bersihkan hati dan jiwa kita terlebih dahulu. Ini kerna, dakwah akan lebih berkesan bila ia databg dari hati yang murni. Bukan retorik semata. Mari sama-sam kita bangunkan jiwa-jiwa Islamika dalam kemodenan duniawi.


6)Matlamat dan manhaj yang tepat

Sebagai pendakwah muda, kita perlu ada matlamat yang benar dan jelas dengan manhaj yang tepat untuk menyampaikan al-khoir, kebenaran & keadilan untuk kesejahteraasn sejagat. Mari sama-sama kita fikir dan berkongsi info agar kita kita tidak dipersoal kembali di akhirat kelak.



** Disampaikan oleh: Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, UIAM**



No comments:

Post a Comment

Nak tanya apa2 tentang vitamin dan susu farm fresh? hubungi kami ya: 019 255 9666