Saat demi saat berganjak... Minit pun terus meningkat... Jam beralih dari satu ke dua dan seterusnya... Hingga berganti hari... Minggu ke minggu... Bulan demi bulan... Maka cukup 365 hari bersamaan setahun masihi...
Sepatutnya, Aku menulis pada 30 Zulhijjah 1431H... Tapi tiada kesempatan.. Kerna berada di Bumi Kenyalang... Maka aku sempat coretkan pada hari ini..
Terlalu banyak peristiwa, kenangan, pengalaman.. Sungguh aku begitu dan sangat bersyukur kepada ALLAH... Kerna diberikan rezeki dan peluang untuk kecapi semua itu..
Kepada kelargaku... (walau mereka tak baca, abg aku ja yg baca) Terima kasih tak terhingga... Kepada sahabat2 perjuangn ku, Tak kira di mana.. Anda lah kekuatanku...
Semoga hari2 yang mendatang memebrikan satu seribu kebahagiaan Yang menjadikan kita tidak lupa akan ALLAH... Semoga denga kurniaan rahmat dan kasih sayangNYA; Membuatkan kita sentasa bersyukur dengan nikmatNYA...
YA ALLAH... JADIKANLAH PENGEMBARAAN INI BERMANFAAT BAGIKU, DATANGKAN SEGALA KEBAIKAN, JAUHKAN SEGALA KEBURUKAN, MOGA AKU BEROLEH JAWAPAN PADA PERSOALAN2KU... YA ALLAH.. AMIIN YA RABBAL 'ALAMIIN..
"...YA ALLAH... KAU BERILAH AKU KEKUATAN... AKU MOHON PETUNJUK DAH HIDAYAH MU YA ALLAH... AKU REDHA JIKA ITU YANG TERBAIK UNTUKKU... YA ALLAH,... KAU TABAHKAN HATI INI.. THABATKAN HATIKU DALAM KEIMANAN..."
" ...ya ALLAH.... KAU berkatilah jalan kehidupan ku ini.." rahmati daku... Tunjukkan ku ja;an kebenaran....
Dengan Bismillah ku bermula Bingkisan hati buatmu teman Yang dikasihi Kita bersama dalam satu ikatan Bermula episod hidup di dunia ini
Ku harap hanyalah di dunia Dirahmati dan diredhai Selamat sejahtera di Syurgawi
Oh Tuhan satukanlah Hati kami dalam mencintai Redha atas ujian diberi Jauhkanlah kami Dari rakus mengejar duniawi Hidup mati biarlah untukMu Harap dunia hanya di tangan Bukannya di hati ‘tuk dicintai
Kita dicipta sebagai khalifah Bersama kita hidup untukNya Kita dicipta di dunia fana Ada amanah yang tersedia
“Oh Tuhan.. Kita laksana bersama Amanah dariNya demi Memburu cinta dan harapan”
Tuhan itu harus diutama Dari segala kepentingan dunia Bergandingan kita untuk Memburu cintaNya Oh cintaNya
Kali ni sy sengaja nak kongsi cerita tentang muka fotostat... Sebab sejak kebelakangan ini, asyik terdetect sahaja dengan junior2 sekolah menengah.
Pada suatu petang, sy sedang menunggu kawan di bus stop (kawasan kampus)... Selepas meeting bersama di HEP. Maka, datang seorang adik bersama rakannya.. Ketika itu, sy sedang rancak berbual bersama dengan kawan sy. Tidak dapat mengecam adik yang datang lalu duduk bersebelahan sy.
Tetiba, sy diam dan kawan sy pun senyap. Tanpa kata. Kedua2 sedang berfikir memikirkan sesuatu (mungkin). Sedang fikiranku berlegar2, adik di sebelahku menyentuh tanganku dan memberi salam. Lalu sy menjawab salam itu. Maka berlaku perbualan seperti berikut:
Adik: Akak, dulu akak sekolah mana? Saya: Sekolah Jeram, dik. Kenapa? Adik: Agak dah. betul la.. Dia tersenyum. Saya: Kenapa? Apa yang betul? Adik: Sy Sekolah Jeram juga. Saya: HuH?????? Hmm.. Batch dengan siapa ye? Kenapa akak tak cam ni? Adik: Akak batch abg afiq kan? Saya: Batch abg Razmil. Adik: Oohh.. Masa sy form 1 akak Form 5 kut. betui tak? saya masuk 2005. Saya: Hmm... Ye la tuh.. Tak terperasan pulak.. Maaf dik. Adik: Akak pengawas kan? Akak ni akak Amin kan? Saya: Oh. Kenal Amin? Yup, Pengawas. Adik: Kenal. Sebab, masa sy form 4 dia form 5. Dia kan MtT Pengawas. Saya: Oo.. ya. Mana cam akak ni akak amin? Adik: Hmmm.. Muka akak sama la ngn amin. Satu lagi adik akak, Syukri dan Ma'arof kan? Saya: Aikk... Kenal diorang juga? Adik: Muka macam fotostat kak? Saya: Erk?,.. Huhuhu...
** Barangkali, sudah ramai mengecam aku. Cuma tidak kepastian. Ini kerana, dahulu, aku tidak berkaca mata. Dan sekarang, aku berkaca mata...
Salaamun 'alaik... Bulan Oktober menanti dan hadir dengan pelbaagi tugasan dan aktiviti... 1 oktober : Jamuan raya KKSI 6 Oktober : Forum Seni Budaya Menurut Perspektif Islam dalam ruang lingkup USIM ( sebagai sebahagian committee - Publisiti) 7-10 Oktober : iCEPS 6 ( Jawatankuasa pelaksana Majlis perasmian dan AJK bahagian teknikal dan logistik ) 9 Oktober : Khidmat Komuniti- asimilasi Haiwan di ZOO Negara (Unit Logistik) Sepanjang Oktober, dijangkakan terlalu banyak dan padat aktiviti. Seperti, Lawatan sambil belajar yang bertujuan untuk memenuhi kehendak assessment bagi beberapa subjek... Ia juga memerlukan masa untuk menyempurnakan task atau assignment yang diberikan dengan due date selepas iceps.. Sebagai student, kita perlu hadapinya dengan sabar dan tabah...Dijangka bulan ini juga penuh dengan keterdesakan dan kekangan masa yang ada untuk memenuhi keperluan dan kehendak Universiti dan Fakulti...
Apa2pun, Semoga semuanya sentiasa dibawah Redha Allah...
Today... We were going to discuss on topic: "It Never Rains- It Pours" For subject: Integrated Case Study [ICS]
For the first time read, I have got points of this case, But... After read and read... I had noticed several points...
Actually, we had a special speaker That lead and handle the discussion It was Mr Ali Shah Hashim CA(M) We feel very grateful and lucky, Because he shared something beautiful with us..
It very nice word, is: "In real life, there are no solutions, But there are options". Which mean.. We do not know whether; The options that we have been preferred are right or wrong... We only can know, when we are in the grave..
Hope We will gain something Happening.. To be usefulness to our life and career.
Friday, September 10, 2010
Salam Aidilfitri dari admin Laman MasYie... Mohon seribu kemaafan... Semoga menjadikan Ramadhan sebagai satu mercu tanda untuk berubah kepada kebaikan.. Jadikan syawal ini sebagai satu tempat untuk terus istiqamah dengan amalan yang dilakukan sepanjang Ramadhan.. Moga terus istiqamah untuk terus beramal kebaikan..
*Makan kuih raya baik2.. jangan samapai tercekik..
Assakamu'alaikum... Apa khabar semua? Iman ok? Jasad? Moga sihat semuanya dan berada di kondisi yang amat menbanggakan Islam...
Alkisah.... suatu hari...
Kawan : Ang dah dapat tempat praktikal belum? masYie: Dah. Kawan : Kat mana? masYie: Kat KL(Kuala Lumpur). Danau Kota, Setapak. Kawan : Ha? kenapa tak balik kampung jer?(style org muda kan..hehe).Kenapa nak kat KL gak? masYie: Humm.. Dah tu.. tu kira dekat apa ngn umah.. setiap minggu boleh balik kut. Kawan : Eh, kau bukan orang kedah ka? Confused aku. masYie: Tak la.. orang selangor la.. Kenapa kata aku orang kedah? Kawan : Slank ang tu.. Macam sebijik org kedah... masYie: hehehe..( menahan gelak). Kawan : Betul2 la kau ni... masYie: Betui na... Tak caya tanya Busyra..
kawan bertanyakan tentang masYie kepada Busyra. Lalu busyra mengiyakan...
Kawan : selama ni aku ingat kau asal kedah. Sebab cakap dengan busyra. Memang jadi sungguh r..Aku baru tahu hari ni.. ................................................................................
Selama ini, kawan2 saya beranggapan bahawa saya berasal dari Jelapang Padi, kedah. ini kerana dielek yang selalu digunakan adalah utara... Dah melekat.. susah nak hilang...
Last week, saya ada menziarahi sahabt saya yang namanya hampir sama dengan saya.. Pnggilan pun sama.."MASYIE" Saya ke sana dengan menggunakan public transport, Train.
Ketika samapi di stesen KL Sentral, saya transit train ke LRT Putra. Sewaktu nak naik ke atas menuju LRT station. saya terdengar satu rengekan dari si kecil yang comel. Si kecil ini bersama ayah dan ibunya.
"Ayah. tak yah laju2 sangat.. Train ni dah penuh.. Tak muat.." "nanti lah ayah... "
Lalu, saya berpaling ke arah si kecil itu.. Kuntuman senyuman terukir bersama. sambil tunjuk "thumb up"!
[kelihatan ayahnya tergesa-gesa agar mereka dapat menaiki train yang saya naik tadi.. ]
bagai disumbat2 bagitu..
Rasa kagum dengan si kecil itu... Si kecil itu boleh bersabar, mengapa kita yang dah dewasa ini tidak boleh sesabar begitu? Begitu bertuahnya si kecil itu kerna sudah memahami aturan hidup. Malu lah golongan dewasa, si kecil itu boleh menahan nafsunya untuk tidak terburu-buru dalam perkara ini.. Malulah kita, si kecil ini boleh memahami kondisi bagaimana sesaknya berada di dalam train itu..
Apa yang saya nak sampaikan, bertindaklah secara waras bukan sekadar nafsu atau nafsiah semata... Usah membiarkan diri dilihat tidak beradab atau bertamaddun...
Di kesempatan bulan mulia RAMADHAN, mari sama2 kita tingkatkan amalan. Jadikan segala amalan baik di bulan in sebagai ibadat bukan adat..
Kaki terus melangkah Walau ada yang bertingkah Tanpa siapa tahu apa hadaf Terus melangkah dengan gah Walau nampak tidak bermaya
Hati berbunga kegembiraan Pabila nikmat rezeki Turun secara tiba-tiba Syukur.... ALHAMDULILLAH Tanpa diketahui siapa gerangan Si Pemberi hadiah itu
Suatu sudut hati mengatakan; Sangat terharu dan ingin tahu Lalu, terus bertingkah Sambil air mata menitis Mencari dengan tanpa kepastian Dengan penuh persoalan Dengan Seribu Kegerunan Dengan pelbagai kejutan.
Sehingga tiada lagi air mata dititiskan Sehingga buntu akalnya Sehingga kalut tindakannya Sehingga tidak keruan hatinya
Ya Allah... Kuatkan HATI hamba Mu Tabahkan hatinya.. Kuatkan jiwanya.. Tenangkan hatinya..
I'm getting the information and findings about the "SIFAT MAZMUMAH" that related and involved in Enron Corp Case. The hard case exactly.. Need much times to be spent in order to study and come out or extract the significant things that we can learn from this case..
I hope, we( accounting students 4th Year in USIM) can be the good one in expressing the value and matters from the case..
Berkata Imam Abi Zakariya Yahya bin Syarafuddin An Nawawi Ad Dimasyqi ( 631-676H) :
اعلم أن فضيلة الذكر غير منحصرة في التسبيح والتهليل والتحميد والتكبير ونحوها بل كل عامل لله تعالى بطاعة فهو ذاكر لله
( الأذكار )
" Ketahuilah bahawasanya kelebihan zikir itu tidak terbatas pada tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan yang seumpamanya ( dari lafaz-lafaz zikir ). Bahkan setiap orang yang beramal dengan ketaatan kerana Allah Ta'ala maka ianya (dianggap) seorang yang berzikir ( iaitu mengingati Allah Ta'ala )."
( Dinuqil dari Kitab Al Azkaar )
Oleh kerana itulah Abi sering menyebut bahawa zikir merangkumi :
1. Talaffuz iaitu lafaz-lafaz khusus seperti tasbih, tahlil, tahmid dan seumpamanya
2. Do'a terutama yang warid dari Al Quran dan Al Hadith
3. Solat samaada yang fardhu atau yang sunnat
4. Adab-adab yang diamalkan berdasarkan waktu seperti adab tidor dan seumpamanya
5. Tilawah Al Quran
6. Hadir dalam majlis dan halaqah ilmu
7. Melaksanakan ketaatan dan meninggalkan maksiat
Maka..warnailah hidup kita dengan ZIKIR demi kebersamaan kita dengan Allah Azza wa Jalla..
Segelintir insan lalai dengan dunia mereka sendiri
Segelintir yang lain punya hamasah berkobar2
Sebahagian yang lain tidak punya perasaan
SEDANGKAN... REALITInya hari ni, Musuh kita di sana Kuat merancang kuat bergerak.. Agar ISLAM musnah.. Na'uzubillah...
Anologinya; Masa kini, Musuh ISLAM merealitikan apa yang termaktub di dalam KITAB Tetapi.. Muslim dan mukmin??? Men"Fantasi"kan ciri keizzahan dan keagungan itu..
Jika hari ni, Kita melangkah dengan gagah, Maka berilah peringatan dan taujihat kepada sahabat2 kita yang terlalai Jika hari ni, Kita kelekaan, Maka kembalilah kepada matlamat asal kita dijadikan..
Sama-sama kita berdoa.. Sama-sam kita fikir-fikrkan.. Sama-sama kita gerak!
Salamto all.. Kali ni saya ingin kongsikan nukialn dari sumber ;riafariana/voa-islam.com
Saat ini banyak sungguh Muslimah yang kononnya sudah menutup aurat (bertudung). Di satu sisi, senang seklai kerana itu ertinya syariat Islam sudah dapat diterima oleh masyarakat Malaysia mahupun Indonesia. Tudung dan jilbab menjadi pemandangan umum dan tidak lagi dipandang aneh seperti yang terjadi puluhan tahun lalu. Namun di sisi lain, ada banyak pemandangan yang tidak sedap berkaitan denagn fenomena Muslimah berjilbab ini.
Namun sesetengah berpakaian termasuk bertudung tetapi telanjang. Rasulullah pernah ‘meramalkan’ akan datangnya zaman ini. Maksudnya apa? Mereka berpakaian tetapi seleuruh lekuk liku tubuh si pemakainya terlihat semua. Mulai daripada celana yang ketat sehingga membentuk (maaf) ’underwear’ (seluar dalam) hingga blaus yang transparent yang jelas-jelas menunjukkan ukuran bra (coli) seseorang. Parahnya, di atas kepala menutup rambutnya ada sehelai kain yang dililitkan ke leher sehingga seringkali kalung dan anting-anting terlihat.
Sedih tentunya melihat pemandangan seperti di atas itu. Macam mana ini, apabila fungsi pakaian yang seharusnya adalah menutupi malah digunakan sebaliknya. Tudung yang sebenarnya menjadi pengenalan seorang Muslimah, disalahgunakan pada potongan yang jelas-jelas malah bertentangan dengan definisi menutup auirat itu sendiri. Tak jarang ornag mencebek tentang ini kerana salah faham tentang fenomena Muslimah berjilbab. Padahal jelas-jelas, mereka sangat jauh daripada definisi berjilbab yang dimaksudkan oleh Islam.
Jangan terpengaruh apabila kamu mendapati ada teman Muslimah kamu yang berpakaian seperti ini. Mereka itu ternyata belum tahu bagaiman seharusnya seorang Muslimah berpakaian. Mereka ini hanyalah korban ikut-ikutan fesyen yang sekarang lagi dipraktikan banyak selebriti tanah air. Disebabkan hebahan besar-besaran media yang terus menerus, akhirnya gaya berpakaian asal para selebriti itu lengkap dengan tudungnya dijadika ikut-ikutan oleh masyarakat kita.
Wahai golongan muda Muslimah, semoga kamu bukan menjadi sebahagian daripada mereka yang ikut-ikutan itu. Di mana-mana yang namanya korban ikut-ikutan pasti tidak menyenangkan. Lebih baik kamu menjadi pelopor di tengah-tengah temanmu dengan tampil berbeza. Bagaiman? Pakailah pakaian Muslimah yang ikut syariat atau yang sesuai denagn pa yang dikehendaki oileh Islam. Cuba kamu buka al-Quran surat Al Ahzab 59 dan An Nur 31. Di sana ada, perintah daripada Allah tentang bagaimana seharusnya Muslimah menutup aurat.
Surah Al Ahzab ayat 59 bernaksud: “Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seleuruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu.”
Surah An Nuur ayat 31 bermaksud: “Dan katakana kepada perempuan-perempuan mukmin. Hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina).”
Sedikit tentang kedua-dua ayat di atas iaitu perintah Quran sebgai firman Allah agar para Muslimah itu menutup aurat dengan tudung dan jilbab. Tudung adalah kain yang menutupi rambut, leher dan menjulur hingga ke dada untuk menutupi ‘perhiasan alami’ kita.
Sedangkan jilbab adalah baju yang longgar tanpa potongan di tengah-tengah, menjulur hingga mata kakai dan sebagai baju luar menutup baju dalam yang biasa dipakai ketika di dalan rumah. Kalau kamu ragu, semaklah dalam kamus bahasa Arab yang autoriti agar kamu dapat ketahui dan percaya definisi jilbab.
Oleh itu wahai Muslimah, berpakailah sebagaimana seharusnya seorang perempuan Muslim itu berpakaian. Tak usah aneh-aneh ikut-ikutan, tetapi kamu yang berpakaian sebenarnya bertelanjang.
Nah, mudah-mudahansedikit penjelasan ini membuat kamu makin faham tentang definisi tudung dan jilbab. Juga faham bagaimana selayaknya Muslimah itu berpakaian yang layak menurut Al Quran, bukan semahunya sendiri ikut-ikutan selebriti. Jangan sampai kamu turut ambil bahagian menjadi perempuan yang berpakaian tapi telanjang. Eh, na’uzubillah….
Setuju bukan? Muslimah solehah yang cerdas pasti tidak menolak hakikat ini. Pasti itu. Siap sedialah berubah. Selamat Berjaya!
Assalamu'alaikum.. Apa habaq smua? Moga IMAN dan JASAD dalam keadaan baik dan luar biasa.. ALHAMDULILLAH.... ALLAHU AKBAR!
zass.. zas... Lama tak update blog ni.. Fuhh.. agak bersawang...
CUTI semseter yang berbaki... Dihabiskan di rumah yang indah.. [2 minggu ja] Alhamdulilah..
27 Jun... Kisah terharu... Aku pulang diiringi dengan titisan airmata ibu yang dicintai.. YA ALLAH.. bersalahnya diri... Lama sangat ke tak balik rumah??? [hohoho] "mas, anak emak balik....rindu sangat..." ..............
2-4 Julai.. berprogram di Sekolah Menengah Tengku Idris Shah{SMKTIS} Bersama adik2 dari dalangn Form1-5.. Mereka anak2 asnaf.... Kami berpadu tenaga bersama; [Abg Fauzan, Bro Shake, Amin, mayitah az zahrah, Atiq n Hidayah] Penuh seribu satu pengalaman dan perasaan.. ....................... Terlalu dan sangat2 letih... Alhamdulillah semua OK... [senyum... senyum... senyum..]
Terima kasih kepada semua yg terlibat..
Selepas itu... Aku menghabiskan saki baki cuti di rumah.. dengan program2 kat kampung ni pula.. Jasad aku di rumah, Tapi menjalin informasi alam maya dengan rakan2 di kampus dan kolej.. Heh..ntah pape ntah..
Sehinggalah.. pada 8 Julai.. Dialog ini berlaku; "Emak. mas nak balik kampus hari ni boleh tak?" "Takpun esok[jumaat]?" "Hah?? jangan nk mengarut..." Emak membilang dengan jari.. 1,2, 3, .... dan seterusnya..14.. "klu hari ni tak cukup 14hari lagi ni.." "tak boleh!(2x)" "Janji hari tu 2minggu kan?" "BAlik hari ahad nanti" UPss.. Tak sangka emak sungguh berkira dengan hari cam tu... OH MY GOD...
Ahad..11 Julai.. Pulang ke kolej.. Ada satu incident yg berlaku semasa perjalanan pulang.... UJIAN.... Alhamdulilah.. ALLAHUAKBAR!
p/s: Aku perlu bersemanagt dlam segala hal.. Biarpun ada halangan yang melintang pukangkan... Percayalah.. pasti ada penyelesaiannya... Aku juga perlu berhati2 dengan hati... Agar ia tidak terjatuh lalu terhumban.. Aku perlu yakin dengan setiap tindakan yang diambil... ** kerap2lah balikrumah.... ** HEHE..
"Masyi, nak buat MSk bila?"--en azmir jawapan: "this week.." "on friday.. ok x?" "malam"
"Esok jumpa sy di office ye"--en azmir
"MUKTAMADNYA, MSK 11 Jun 2010" ok...(Arahan diterima)
"Sufi, boleh tlg akak tak?" begini... begitu... dan sebagainya...
**Terima kasih banyak sufi** Terima kasih kepada semua JAKSA dan kuncu2 kerna telah bertungkus lumus menjayakan program sy...
Jutaan terima kasih juga kepada Encik Azmir, Puan Hidayah, Kak Siti dan Encik Azqar.. Kerna terlalu banyak membantu bagi melancarkan segala perjalanan program sy ni.. (Terharu sy...) (Air mata jatuh.. huhu)
Buat adik2 Tamhidi 2010/2011.. Anda semua memang hebat... Tingkatkan prestasi anda semua... Mari kita bekerjasama..
13 JUN -15 JUN Meluangkan masa dan sumbang tenaga untuk SLC 2010 Sahabat2... Kalian memang mantap!!! Tahniah221..
Adik2 peserta SLC; Kalian bakal jadi pemimpin hebat suatu hari nanti.. Ambil manfaat dari input yang ada.. Lupakan sengketa... Kuatkan hati dan diri... Perjuangan kita tak selesai lagi.. Abg Fauzan... Tahniah... terima kasih kerana beri sy peluang...
16 JUN-18 JUN Otak tak bape nk center... Kesakitan yang amat terasa... Sabarkan diri... Dugaan hati dan diri melanda... (Air mata jatuh kembali...) "Emak, mas tak sanggup lagi nak hadapi semua ni" "mas fobia..." "mas tak suka keadaan cam ni???"
Emak jawab: "Hati2 anakku.." "Ingat Allah selalu" "Banyakkan berdoa.." "Minta pertologan padaNYA" "Mak sayang anak2 emak" [tears terus tumpah...tak dapat nak menahan]
19 JUN Join KOSH '10 Sahabat ni teringin sgt p program IKATAN Kasihan dan hormati.. Temankan.. Berikan mereka semangat... Berikan mereka peluang dan pendedahan... Agar mereka tahu bergerak kerja..
“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”
“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Sudah lama sy tidak pulang ke kampung Dengan menggunakan KTM..
Khamis lalu, sy dengan hati yg tekad, pulang ke rumah.. dengan KTM...
Terkejut.... Ada koc wanita sahaja.. sebenarnya sy juga sudah maklum tentang koc wanita.. cuma tidak tahu pelaksanaannnya bagaimana???
So,sudah faham dan ketahuan tentang pelaksanaan wanita sahaja sepanjang masa...
Detik hatiku... Best.. best.. best... Sebab semua wanita sahaja dalam koc tengah tu... Klu sesak pun perempuan ja.. Ada pegawai KTM yang mengawal.. Agar koc tersebut hanya wanita sahaja..
So that, Sy bersyukur sangat.. Sebab sy dah mulai kurang takut untuk balik bersendirian.. Tapi perlu berwaspada dan berhati-hati juga...
Pesan emak sy jika sy bersendirian: Berzikir sepanjang masa... Jangan tidoq ja dalam train.. (tapi terkadang tertidoq jua, kerna keletihan)