Saturday, December 17, 2011

031211... Alhamdulillah

Bismillah..

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...

031211...

Selepas sesi rasmi penyerahan sekeping buku yang nampak gah dengan pakaian rasmi akademik di mana atas kepala ada topi seperti biskut jagung segi empat, semua tetamu beserta graduan dengan hormatnya keluar dean perdana dengan gembira...

Maka, graduan pula tercari-cari parents mereka masing2. Sehinggakan ada yang ibarat kehilangan ibu bapa mereka.. 

Aku juga seperti mereka...
Tercari-cari...

Sehinggalah berjumpa emak dan abah...
Aku merpa ke arah mereka dan aku terus dipeluk oleh mereka...
Air mata emak abah jatuh ketika aku memeluk mereka..
Sungguh syahdu...

Lalu emak hulurkan sejambang bunga...
"Emak x beli bunga yang ada bear, x elok.."

aku: "terima kasih emak.. abah...kite faham.. Tak kisah la emak..."

"Emak abah sentiasa doakan anak2nya bahagia dan berjaya.."

Terharu.. Syahdu... Bersyukur...



Petang itu, emak abah pulang ke rumah bersama abangku dan keluarganya...

Saat berjumpa abangku...

Abang terus memeluk adik perempuan yang sorang ja ini... Lalu berkata:
"Tahniah... Dah konvo jugak adik abg ni... Semoga terus berjaya.." 

Jom.. makan.. abang belanja...

...............................................................


Sesungguhnya... Aku sangat2 bersyukur kerana punyai keluarga yang sangat mengambil berat tentang diriku juga beradik lain... 

ALHAMDULILLAH..... THUMMA ALHAMDULILLAH.... THUMMA ALHAMDULILLAH....

Aku punya 10 beradik... 7 lelaki 3 perempuan... Aku perempuan yang bongsu.. Adik2ku semua lelaki...

Di sebalik kejayaan aku dalam menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan ini, adalah Famili ku yang besar di setiap sudut hatiku dan diriku...
Doa-doa mereka sentiasa kudambakan...

TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KEPADA SEMUA AHLI KELUARGAKU YG BESAR YANG TAK JEMU DAN SERIK MELAYAN KERENAH KU...

Teringat saat aku di hantar ke Kuala Nerang, Kedah [matrikulasi] dan Nilai [Universiti]..
Waktu itu, Selama 2 minggu berturut2.. Abang ku setiap hari akan membuat panggilan bertanyakan khabar.. Tanya dah mkn ke belum.. 
Al maklumlah tak pernah dok asrama kan.. huhu..

Sungguh besar jasa2 mereka terhadap ku sehingga ke hari ini.....


**Mode: 1)sedang memberi semangat kepada adik2ku di perantauan dalam menuntut ilmu....
             2)untuk membalas jasa mereka...
           3)tetiba teringat kisah perjalanan hidupku.. tika melihat gambar2 dengan pakaian biru di mana kepala dilekapkan dengan sekeping biskut jagung segi empat..


Aku bersama sahabat perjuangan ku...
          
Maaf yer.... saja jer post ni....

2 comments:

  1. akak, dah ada degree, dah ada gaji... apa lg?? penat ana tgu, bila nak kawen nih!!

    ReplyDelete
  2. ana ni.. tak yah tunggu... Doakan lah untuk akk.. ana nak jalan dulu pon x pe....

    ReplyDelete

Nak tanya apa2 tentang vitamin dan susu farm fresh? hubungi kami ya: 019 255 9666