Thursday, February 28, 2013

Tanpa Agama

Assalamu'alaikum...

Allahumma Solli 'Ala Muhammad..
Wa 'Ala Ali Muhammad...



Tanpa agama manusia binasa
Tanpa ilmu manusia buta
Tanpa iman manusia sengsara
Tanpa ukhuwah manusia terseksa


Ada agama datangnya pelita
Ada ilmu datangnya harta
Ada harta datangnya derma
Ada ukhuwah datangnya saudara


Agama Tuhan dapat membina
Pekerti tinggi budi mulia
Seluruh dunia negara dan bangsa
Aman sentosa damai bahagia


Agama Islam agama yang suci
Mari bersama kita hayati
Untuk mendapat keredhaan Ilahi
Mudah-mudahan kita diberkati


Tiada Tuhan kecuali Allah
Tuhan Yang Esa Lagi Pemurah
Nabi Muhammad utusan Allah
Hindarkan dari jalan yang salah





Wednesday, February 27, 2013

Abah Anak ~ Part 2

Assalamu'alaikum...

Perbualan dengan abah lagi..

"kenapa kereta tu bunyi-bunyi? Rosak apa nyer??"

Emak dan aku tercengang...

Haa?...

Tetiba emak kata.." Haaaa... Tak pasang seat belt la tuh..."

Ohh.. Kellass gituuuu emak aku ni.. Cakap omputih pulakss...

Kereta tu memang secure sgt.. If driver tak pasang seat belt akn berbunyi-bunyi la di dalam kereta itu...

hehehe..

Abah... SAYANG ABAH!!!!!!

Abah Anak ~ Part 1

Assalamu'alaikum...

26/3/2012 : Malam

"Abah bawak kete tu 50 km/j dah laju ja.."

Emak sengih lalu berkata.. "Ha? Dia bawak 140 km/j.. "


Pagi ni, Aku memndau dengan kelajuan 70~80 km/j sahaja.. Alhamdulillah sampai sebelum 8.30pg ke pejabat. Bergerak jam 7.40pagi. Tiada lori yang banyak dan pemandu yang "bersiar2"..

MOS: Dengar nasihat emak abah...In shaa Allah selamat...

Monday, February 25, 2013

Adik Kakak ~ Part 2

Assalamu'alaikum..

Perbualan lagi antara adik dan kakak..

Kakak : Adik, hensem la lelaki pakai jubah tu.. Sunnah kan..

Adik    : Kak, hensem la luarannya.. Dalam belum tentu.. Akak jangan anggap lelaki pakai jubah ni semua baik orangnya. Kadangkala lebih hantu dari yang pakai baju raihan nih.

Kakak : Elleh .. Hang.. Hang saja nak mengelat la tuh.. Sebab hang x pakai jubah kan sekarng ni.. Pakai baju ni..[baju raihan]

Adik    : Betul la akk.. Akak ni. Meh sini adik nak cakap.. Apa guna pakai jubah, tapi tak tegakkan hukum Allah.. Kasih nabi kunun.. Tapi hukum Allah tak mau tegakkan.. Apa tu kak.. Aku pakai jubah time class dan waktu solat ja kak.. hehe

Kakak : [mencelah] Tapi baik pakai jubah dan tegakkan hukum Allah.. Haaa..

Adik    : Haa. Itulah aku kata tadi.. Orang UMNO pun ada pakai jubah. No wonder la akk. Dah la.. Ingat tu, Jangan Ukur Soleh Lelaki Berdasarkan Hebatnya Serban Dan Jubah Yang Dipakainya..

Kakak : Hurrmmm.. Ye lah tuh.. Baik... Carikan akak tau.. Yang Faham agama.. Tak nak dah yang kerja ustaz.. Serik!

Adik    : Itu pun satu hal macam kak... Tak pelah.. Ikut kata emak abah je kak...

Kakak : Baik.. Ikut lah ni.. Akak mana ada sapa2 lagi ni.. [Risau] 

Adik    : Nanti adik doakan... In Shaa Allah ada yang terbaik.. Yang lebih baik dari sebelum ini. In shaa Allah, Allah akan gantikan yang lebih baik untuk kak!..

Kakak : [sambil peluk adik] Terima Kasih dik.. Allahumma Amiin.... [hati sayu]




"Ya Allah Ya Rabbi...
Tunjukkanlah jalan masuk yang benar, dan jalan keluar yang benar, SesungguhNYA Kaulah Penolong segalanya...

Ya Allah Kau berikanlah kepada kami yang terbaik di sisiMU ya Allah.. "

In Shaa Allah.. Allahumma Amiinnn.... 




SAYANG KAU DIK!!!!



Sunday, February 24, 2013

Adik Kakak ~Part 1

Assalamu'alaikum...

Perbualan antara adik dan kakak.

Kakak : Adik, kenapa dia pakai jubah tabarruj gitu. Pakai purdah.

Adik   : Akak... Itulah.. Manusia ada ilmu tapi xnak amal. Lagi bahaya kak. Akak jangan buat macam tu sudahlah.

Kakak : Baik dik. Akak pon x pandai nak bergaya.. Tu pasai tak dak orang mau kat akak.. [berseloroh]

Adik   : Tak pe lah akak.. Allah lebih mengetahui dan Maha Adil.


*MOS: Berpada-padalah bila nak berfesyen tuh..*

Kadangkala kita melihat sudah menutup aurat dengan sempurna, dengan jubahnya, niqabnya [xsalahkan niqab ya..] Tetapi kita terikut-ikut dengan fesyen zaman sekarang ni. Jubah yang berambu ramba.. Maaf ya.. Saya melihat semak dan di pihak adik saya [lelaki] juga agak semak dan sakit kepala melihatnya!

Ada juga yang sedemikian ini, jubah pakai dah.. Masalah pulak... Kain melekat sehingga menampakkan sosok tubuh badan. Bukan sosok tubuh badan jer, yang bentuk pakaian dalam juga nampak.. [MAAF SEKALI LAGI... KASAR BAHASANYA]. Sama juga tak tutup aurat dengan sempurna..

Ada juga pakai tudung.. Tutup dah bahagian dada.. Tapi melekat pulak.. Lagi-lagi zaman lani, ada saja fesyen nya.. Ada tu, pernah saya lihat tutup dah depan, sekali pandang dari arah belakang, nampak leher pulak.. Aissh... Apa punyer gaya fesyen macam ni..
Ada juga zaman sekarang fesyen tudung labuh yang ada awning bagai tuh, dia sengaja membuat potongan bagi nampak dan2 muat ja dengan sosok tubuh.. Tak paham kenapa!!!!


Seriously, aku takut jadi hamba fesyen... Semoga dijauhkan...
Semoga Allah pelihara kita semua..






Thursday, February 21, 2013

3 Amalan Berterusan Selepas Mati

Assalamu'alaikum..
Allahumma Solli 'ala Muhammad..
Wa'ala Ali Muhammad..

3 AMALAN BERTERUSAN SELEPAS MATI.
  1) Sedekah Jariah
  2) Doa anak-anak soleh
  3) Ilmu yang bermanfaat

Haa... Jika kita mati ketika mana kita tiada anak kandung sendiri, kita pasti ada anak buah/anak saudara atau nak murid mungkin. Anak murid bukan hanya dapat bila kita jadi cikgu tetapi boleh juga bila mana kita ajar mereka sesuatu yang berguna untuk mereka. Kita sebagai mentor nya... gituuuu... Jika tiada anak sendiri jangan bimbang ya... Mereka lah yang  bakal mendoakan kita jika kita sentiasa menjaga silaturrahim.. 

heeeee,....
Tu sebab Achik Garang dengan anak-anak buah achik... Sebab bila achik mati nanti, tiada anak sendiri, anak2 achik pasti rindukan achik.. Kalau rindu... Boleh doakan achik.. Dan buat apa yang achik suruh selama ini.. Cuma achik xdapat beri harta kekayaan di dunia ini..

Bila achik dah tiada lagi, anak2 achik doakan kebahagiaan achik di sana ya..

Satu lagi...
Selalulah kita share ilmu yang boleh memberi manfaat kepada orang lain di dunia dan di akhirat. BIla kita mati, amalan itu masih berterusan, kita juga yang dapat sahamnya... Jangan kedekut ilmu dan jangan nak poyo tak nak tambah ilmu.. heheheh.. Culllasszz gitu ayat ku...

Dan....
Nak gitau satu lagi ni jugak.. Tak kira,.. nak gitau jugak..
Bilamana kita sakit atau sempit, perbanyakkanlah bersedekah.. Kerana dengan bersedekah Allah akan tambahi lagi rezeki untuk kita in shaa Allah.. Sedekah biar ikhlas. Tak perlu menunjuk2 okey.. Fulstop!

Hehehe..
Kawan-kawan.. Jangan marah ya...
Saya mintak maaf..
Mungkin kata2 saya mengguriskan hati dan membeah jiwa kawan-kawan semua...
Tindakan saya mungkin buat kawan-kawan meluat dan menyampah.. 






Sahabat Sejati

Assalamu'alaikum..
Allahumma Solli 'Ala Muhammad..
Wa'ala Ali Muhammad...

Menerima hadiah sempena hari ulangtahun saya pada tahun ini, Frame gambar yang diletakkan gambar bersama Ustazah Nor Hafizah Musa... Dihadiahkan oleh seorang sahabat yang baik hati dan pemurah.. UMMI FARHANA OMAR (ufo)..

Syukran Sahabat...

Hadiah besday dari seorang sahabat..      

Susah senang bersama ketika dalam perjuangan jalan dakwah..


Semog aikatan ukhuwah ini hingga syurga...
semoga Allah berkati kami...






Monday, February 18, 2013

Kuasa Maaf Dan Kuasa Sabar

Assalamu'alaikum..
Allahumma Solli 'Ala Muhammad, 
Wa 'ala Ali Muhammad...

Ya Allah, Ya Fattahu, Ya 'aliim, Ya Rahman Ya Rahiim...

Di kala diri ini sedang tenat dan penat rasa dizalimi, dikhianati, ditipu, Allah menggerakkan hati hati untuk mendengar IKIM.Fm dalam segemen IBRAH petang ini...

Ya Allah...
Sungguh...
Air mata tidak dapat ditahan lagi...
Terus mengalir dengan deras...
Mendengar kisah Nabi Yusuf yang dikisahkan dalam Surah Yusuf...
Allahu Rabbi..

Ya Allah...
Dengan kisah itu,
Diri ini terasa terpukul dengan tindakan diri ini kepada orang lain,
Diri ini bagai hilang panduan dan matlamat hidup
Astaghfirullah...
Alhamdulillah...
Allah berikan kasih sayang dan rahmat untuk aku dengar IKIM tadi

Kisahnya begini,
BAgaimana Nabi Yusuf sabar ujian yang diberi dan dipilih.
Bagaimana Nabi Yusuf dan Nabi Ya'acub memaafkan kesalahan orang lain yang menghina baginda sehinggalah mereka bertaubat lalu beristighfar... Astaghfirullah.. Ya Allah.. Allahu Akbar!

Aku betul-betul terasa diri ini hina dan dina di sisi Allah..
Lantas aku meniatkan sedalam-dalamnya,

"Ya Allah... Aku maafkan dia dan mereka ya Allah... Sungguh.. Aku alpa dengan nikmat mu di dunia ini... Ya Allah.. Kau jadikanlah kami lebih baik dari sebelum ini... KAU takdirkan yang terbaik untuk kami ya Allah... Allahumma Aamiiinn... "

Ya Allah.. Sungguh aku menyesal tindakan nafsu yang gelojoh itu..
Ampuni aku ya Allah..."

 "Ya Allah.. KAu campaklah KESABARAN dalam hati ku ini..."





Wednesday, February 13, 2013

Achik Garang!

Assalamu'alaikum...
Allahumma Solli 'ala Muhammad..

"Achik ni garang la..."

"Ya.. Memang achik garang!"

Semua anak-anak penakan aku kata Achik ni garang.. Ya.. Diakui..

Kenapa???

Sebab Achik akan garang bertempat. Time Achik tegas memang tegas. Time Achik mesra, manja memang mesra dan manja..
Semua anak2 Achik pernah rasa kena marah dengan Achik. Semuanya bersebab. Antara sebab, lambat nak Solat, Lambat nak mengaji, Tak kemas bila dah sudah makan. Makan tangan kiri. Macam2 lagi lah kan...

Aku mulai punyai anak penakan sejak berumur 7 tahun.. Masa tu memang masa mentah lagi.. akan tetapi aku mulai belajar menjaga anak2 itu sedari darjah 5. Sedang ummi ayah mereka pergi berjuang menegakkan agama Allah.. Sampailah sekarang memang kerja part time jaga anak penakan bila time cuti sekolah panjang. Pantang ada cuti panjang, pasti ada saja mesej berbentuk begini " hang free dak minggu ni? Depa ni nak tinggal kampung.."

Sekarang anak-anak penakan ada yang dah besar.. Paling tua umur 18 tahun. Bujang sudeh... Sekarang baru depa tahu kenapa Achik garang.. Bila dah besar2 ni, mereka jadi kamcing... Dan saiz badan aku lebih kecil daripada mereka... HAHAHAHAHAH....

Achik sayang anak-anak Achik...



Monday, February 11, 2013

Adam Hariez

Assalamu'alaikum...
Allahumma Solli 'ala Muhammad...

Saja nak mencoretkan tentang anak buah saya yang agak genius...
Namanya Adam Hariez Bin Mohd Halid..
Lahir 23 Januari 2007..

Huh...
Agak keletihan jugak layan anak genius ini.
Asyik nak suruh buat soalan math yang susah2 jer.
Aku dengan letih...
huargghh..

Tapi aku layankan jer...


genius in math
Dia suka jer dok kamgpung... Balik kampung Ijok..
Kalau dijanji nak balik Ijok atau sape2 nak p amik dia, pasti ditagihnya...

sedang menjawab soalan yang diberi
 Gigih menjawab soalan...
Gigih mengira....
hye.. achik!
Achik!! amik gambar banyak2 tau.. nanti achik bubuh kat facebook..
Adam!!!!!!!!!!!!! Hang tau ka facebook tu menatang apa??
Hadddoiiihhhhhh....

Anak-anak genius ini kena bagi dengar dan hafal apa2 sahaja yang baik...
Ni dia dengar lagu sekali dua ja dah cepat ingat lirik..

Adam.. Adam...




"Seni Mempertahankan Diri"

Assalamu'alaikum...
Allahumma Solli 'Ala Muhammad..

Alhamdulillah... Semalam, bersamaan 10 Februari 2013, diberi ruang dan waktu untuk mempelajari seni mempertahankan diri bersama seorang guru yang didatangkan khas dari Perak..

Sangat teruja dan gembira...

Taktik2 asas dipelajari..
MAkanya selepas ini, sesiapa mencuit diri ini,saya bertindak balas ala2 silat tu, maaflah ya.. hehehe..

Allahu Akbar! Terima kasih ustaz Ahmad sayuti...

MARI KITA TEMPUR BULAN MAC INI..
INIKALILAH UBAH TEMAN!!!!

##MALAYSIA 112##

bersama geng kuala selangor

Sunday, February 10, 2013

Kau Tuhan Kah?

Assalamu'alaikum...
Allahuma Solli 'ala Muhammad.

Tahun Lepas!
Ada la satu perbincangan tarikh untuk Walimatul'urus
Bincang punyer bincang
Maka setuju Akhir bulan 10..

Tetiba bakal pengantin tak setuju pulak
Sebab katanya Hari Raya Haji

Maka bincang lagi maka jadilah awal bulan 11 (November)
Semua setuju
Tiba-tiba ada suara sumbang kata macam ni;
"Bulan 11 tu bulan hujan tuh.."
Maka ada yang sambung dan sampuk;
"Ha ah... Hujan... Kalau tak nak hujan, Bulan 2 la..."

Hurrmmm....
Aku lihat bulan 11 tu ok ja 
Bulan 2 ni kerap hujan ja...

HEyy!!!
Kau Tuhan ka?
Tahu pulak kau ya...
Pandai!

LAin kali berhati-hatilah berkata tuh..
Main cakap ja..
MAcam orang Islam Tak beragama ja..

Semoga dijauhkan...


**Kesian pulak aku tengok depa ni... Cakap prumprang bab agama.. tapii.. paham2 je lah... **


Saturday, February 9, 2013

~~Ada Udang Di Sebalik Mee Udang~~

Assalamu'alaikum...
Allahumma Solli 'ala Muhammad.



Tetiba abah pesan: "tak yah la nak bangga bergambar dengan artis ka sapa2 pon selebriti kat dunia ni... Bukan boleh jadi bukti perjuangan pon.."

ohhh... Alllaaamakkk.. Abah macam taw ja aku bubuh gambaq dgn artis kat whatsapp...

Terima kasih abah!


Rupenye, ada "artis" datang tanya... Ohhh... Ada udang di sebalik mee udang ni abah...

huhuhuhu...

HAtiku batu...

KAku..
LAlu,, berteleku..

Allahu Allah....  

Friday, February 8, 2013

Lee Mengecewakan Hati

Assalamu'alaikum...

Allahumma Solli 'Ala Muhammad...
Wa'alaa Ali Muhammad...

Oh tiddakkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!
Berjumpa Lee Mengecewakan Hati (LMH)

Semoga Berbahagialah ya..

Sekian...

Wednesday, February 6, 2013

Lidah


Assalamu'alaikum....

Allahumma Solli 'ala Muhammad...


Lidah itu tidak bertulang
Tu sebab boleh kata apa-apa jer
Baik buruk
Boleh jer

Kita orang Islam yang berIMAN
Mestilah tahu adab bila berkata-kata
Mana yang boleh
Mana yang tak boleh
Jangan dok sedap mulut jer ya

Lidah tidak bergulung
Sebab apa???
Kadang-kadang bila berjanji
Pada ramai orang
Selepas tuh tak ingat
Perghhh....
Menyirap tak?
Relax je la

Lidah manusia kat dunia ni tidak akan bergulung
Cakap la banyak mana pon
Janjilah banyak mana pon
Kalau tak jaga
See at akhirat court lah

Nda pepatah kata "lidang bercabang"
Tu cam na pulak?
Ayoyo....
Ni jenis orang yang cakap macam hampeh ja
Dia cakap ikut sedap kebaikan dan kebahagiaan dia ja

Sebagai contoh;
Si A tak suka si B ganggu tunangan orang
Then, bila si B ni buat, si A maki hamun tak tentu hala
Padahal si A pon buat lagi teruk
Tu memang kejam
Jahat lidahnya
Memang biadap!
Tak reti segan langsung!

Ada jugak orang kata "CAKAP TAK SERUPA BIKIN"
Itu pon dari lidah jugak
Sesungguhnya Kabura Maqtan 'indaLLAH..

 
Dia cakap apa yang dia tak buat
Dan tak buat apa yang dia cakap

Apa punya hati manusia macam ni
Fikirlah.

.................

##SAVE MALAYSIA 112!!!!##
 Ini kalilah UBAH.....




Saturday, February 2, 2013

Emak Kata

Assalamu'alaikum...

Sekali Pandang Penyegan,
Dua kali Pemalu,
Bila dah kenal, Macam Hantu...

Fuhh...
Mintak Jauh..
Na'udzubillah...
Astaghfirullah...


Hati-hati...
Ada Yang Memerhati...

Peace