Friday, November 13, 2009

Hukum Berjabat Tangan Antara Lelaki dan Perempuan Menurut Pandangan Ulama’



Assalamu'alaikum....
Email dari Mr President:

Bismillahirrahmanirrahim…

Berjabat tangan menjadi kebiasaan dalam perhubungan, termasuk diamalkan masyarakat bukan Islam. Ia bagi melahirkan rasa hormat antara satu sama lain, sekali gus merapatkan hubungan kedua-dua pihak.

Berjabat tangan juga menjadi simbol perdamaian selepas berlaku sesuatu perselisihan dan dalam sesuatu urusan.

Kebaikan daripada amalan zahir itu jelas terserlah, kerana mewujudkan persekitaran yang sihat, memupuk perpaduan, semangat kekitaan dan kebersamaan.

Tetapi dalam Islam sejauh mana amalan ini dibenarkan? Apakah ada batasnya dan dilarang berjabat tangan di antara lelaki dan wanita?

Sheikul Azhar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi, dipetik berkata, beliau tidak pernah terbaca hadis atau kisah dalam sirah, Rasulullah pernah berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahramnya.

“Rasulullah tidak pernah sama sekali berjabat tangan de ngan wanita bukan mahram dan inilah yang dipersetujui oleh kebanyakan ulama fiqah.

“Namun, masih ada pendapat yang mengatakan (membolehkan) jika berjabat tangan itu tidak berlandaskan niat yang jahat iaitu semata-mata berjabat tangan dengan hujung jari sahaja secara ikhlas,” katanya.

Beliau sendiri apabila pulang ke kampung halaman, sepupunya yang perempuan di mana sesetengahnya sudah lanjut usia datang menghulur tangan mereka untuk bersalam.

“Kami di kampung-kampung di Mesir, apabila kaum wanita ingin berjabat tangan dengan lelaki, maka mereka melakukannya dengan berlapikkan hujung kain kelubung atau mengalaskan tangan dengan sesuatu.

“Bagaimanapun, saya lebih cenderung kepada pendapat tidak (boleh) berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya kerana tidak ada nas Rasulullah pernah melakukannya,” katanya.

Ketua Mahjlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, berkata berjabat tangan di antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi isu rumit.

Jadi, menurutnya, untuk mendapatkan keputusan mengikut perspektif Islam, ia memerlukan usaha dari segi psikologi, intelektual dan saintifik.

“Jadi, mufti perlu membuang tekanan yang mempengaruhinya dan adat diwarisi, kecuali ia berdasarkan nas dari al-Quran atau sunnah.

“Sebelum mengupas isu ini, saya suka mengenepikan dua perkara yang saya tahu wujud persetujuan di kalangan pakar undang-undang Muslim,” katanya.

Pertama, dilarang berjabat tangan dengan wanita jika khuatir menimbulkan keinginan seksual atau keseronokan atau jika bimbang berlaku godaan.

Kedua, pengecualian dalam berjabat tangan dengan perempuan tua, atas alasan tiada kebimbangan menimbulkan gelora nafsu.

Perkara yang sama diamalkan kepada budak perempuan kerana tiada kekhuatiran akan membangkitkan nafsu atau godaan. Sama juga jika seseorang itu adalah lelaki yang sudah tua.

Ini berdasarkan apa yang diceritakan daripada Abu Bakar as-Sidiq, bahawa beliau berjabat dengan perempuan tua.

Juga dilaporkan, bahawa Abdullah ibnu az-Zubair mengupah wanita tua untuk merawatnya ketika beliau sakit dan wanita itu pura-pura tidak melihat dan membuang kutu daripada kepalanya.

Malah, ini juga berasaskan apa yang dijelaskan dalam al-Quran membabitkan wanita tua yang mandul, diberikan pengecualian.

Allah berfirman, maksudnya:

“Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka, dalam pada itu menjaga kehormatan lebih baik bagi mereka, dan ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (an-Nuur:60)
Justeru, objek perbincangan yang ingin dikongsi bersama al-Qaradwi di sini membabitkan yang luar daripada dua kes berkenaan.

“Berjabat tangan dengan wanita adalah haram menurut pandangan mereka yang berpegang bahawa menutup semua badan wanita, termasuk muka dan dua tangannya adalah wajib.

“Jika memandang kepada mereka adalah haram, menyentuh pun haram kerana sentuhan lebih kuat daripada memandang, ia menimbulkan berahi.

“Tetapi mereka yang menyokong pandangan ini adalah sedikit, sementara majoriti pakar undang-undang Muslim, termasuk Sahabat berpendapat muka dan tangan tidak ter masuk dalam larangan,” katanya.

Pandangan mereka berdasarkan pandangan firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 31, maksudnya:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan atau kanak-kanak…”

Jadi, al-Qaradawi mempersoalkan, di mana nas mengenai larangan berjabat tangan jika ia membangkitkan keinginan nafsu?

Saya mencari nas menyakinkan untuk menyokong la rangan itu tetapi saya tidak menemuinya. Hujah paling kuat di sini ialah bagi menghalang maksud fitnah dan ini tidak syak lagi diterima apabila membangkitkan nafsu atau takut fitnah,” katanya.

Bagi sesetengah ulama, mereka menjadikan tindakan Ra sulullah membiarkan wanita pergi selepas menerima ikrar taat setia pada hari penaklukan Makkah sebagai satu sandaran dalam memutuskan hukum ini.

Mereka berpendapat, Rasulullah meninggalkan sesuatu per kara bukan menunjukkan ia adalah larangan, seperti baginda meninggalkannya kerana haram, makruh atau kerana tidak disukai.

Kemudian mereka mendakwa, Nabi s.a.w menahan diri daripada berjabat tangan dengan wanita (selain isterinya) tidak menjadi nas larangan.

Jadi, menurut mereka, sepatutnya ada hujah lain untuk menyokong pendapat mereka yang mendakwa berjabat ta ngan dilarang sama sekali.

Bagaimanapun, ada pihak yang tidak bersetuju Rasulullah menahan diri daripada berjabat tangan dengan wanita yang berikrar setia itu. Ini kerana Umm Atiyah al-Ansariyyah dilaporkan dalam riwayat lain, menunjukkan Nabi berjabat tangan dengan wanita terbabit.

Ini nyata berbeza dengan hadis diriwayatkan Ummul Muk minin, Aisyah r.a yang menafikan perkara terbabit dan menyatakan akuan ia tidak berlaku.

Dalam kes ini juga ada ulama mengatakan larangan terbabit tidak dapat dibuktikan jika tiada dalil qatie seperti dari nas al-Quran dan hadis sahih.

Malah, jika sekadar mengandaikan hadis itu sahih, ia masih tidak jelas hadis berkenaan menyatakan larangan lelaki dan wanita bukan mahram berjabat tangan.

Bagaimanapun, daripada perbincangan di atas, al-Qaradawi memberikan dua keadaan hukum, iaitu:

“Pertama, berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram hanya diizinkan apabila tiada keinginan nafsu dan kebimbangan fitnah.

“Tetapi jika takut berlaku fitnah, keinginan nafsu dan keseronokan, kemudian berjabat tangan tidak diragui men jadi haram.

“Jika satu daripada dua syarat itu tidak ada (yakni akan menimbulkan keinginan nafsu atau menimbulkan fitnah) di antara seorang lelaki dan mana-mana wanita mahram, seperti ibu saudara dan lain-lain, berjabat tangan menjadi haram (walaupun pada asalnya dibenarkan).

“Kedua, berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram seharusnya terbatas keadaan tertentu, seperti antara hubungan persaudaraan atau mereka yang mempunyai hubungan disebabkan perkahwinan,” katanya.

Apa pandangan anda ?



No comments:

Post a Comment

Nak tanya apa2 tentang vitamin dan susu farm fresh? hubungi kami ya: 019 255 9666