Friday, October 12, 2012

Abah Kata


Bismillah...
Allahumma Solli 'Ala Muhammad,
Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad..

Abah kata

Masa kecik-kecik dulu
Selalu abah pesan
Buatlah apapun asalkan ikut SYARIAT
Kalau belajar mengaji denagn Abah,
Pasti ditegurnya. Sampai nangis2..
Itu Biasa..

Abah jarang berkata-kata
Tapi abah tegas, tetap pendirian dan garang
Anak-anak semua rasa hormat.

Abah jarang memberikan anak2nya sesuatu berbentuk material,
Tetapi abah selalu raikan dengan makan bersama,
Kadang abah order kat kedai makan[biasanya SOTO dan SATAY]
Kadang abah sembelih ayam kampung,
Kadang abah beli lauk yang sedap-sedap,
Pastu makan sama-sama sekeluarga.

Abah suka pelihara kambing atau lembu.
Ada satu masa tu abah jual semua kambing dan lembu,
Pastu kerap Abah call aku,
Abah kata, Abah bosan la tak der bunyi-bunyi kambing ke lembu...
Abah nak beli lembu la...
Aku pun jawab;
"Abah, larat lagi ka? kan abah selalu ja tak sihat tu... "
Abah larat.
Fullstop!

Bila aku kian dewasa
Kerja di KL yang penuh pancaroba
Seorang diri
Tanpa ahli keluarga
Bila balik kampung ja
Misti abah pesan banyak-banyak
Dalam pelbagai perkara
Antaranya:
"Jangan tinggal jalan juang dan dakwah ini"
"Kalau jalan2 dengan kawan2 hati2.."
dan banyaks lagi...

Bila tahu nak ke mana sahaja,
Bila sampai di rumah
Pasti soalan yang sama akan diajukan kepadaku;
"Tadi tak sesat ka?"
Aku senyum-senyum..
Abah pon faham..
hehe...

Anak abah sorang ni kuat orangnya
Walau selalu ngadu dengan emak
Walau selalu nangis
Tapi abah yakin, anak abah tabah dan kuat orangnya.
Pujuk abah..

Abah selalu sangat pesan,
Bersyukurlah dengan apa yg ada...
Redha...
Sabar...
Ujian tu satu daripada seribu nikmat...

Abah,
Kite syg abah sangat-sangat..
Terima kasih abah..
Maafkan anakmu ini andai pernah terguris hatimu atas perilaku ku..
[macam abah blog aku kan?? hehehe]




No comments:

Post a Comment

Nak tanya apa2 tentang vitamin dan susu farm fresh? hubungi kami ya: 019 255 9666