Wednesday, October 31, 2012

Kisah Kuda Putihku


Bismillah...
Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad...

Assalamu'alaikum....



Kali ini saya nak membongkar satu rahsia tentang "kuda putih" saya...
Supaya tiada lagi fitnah dan cakap-cakap belakang tentang "kuda putih" ini..

Maka tersuratlah kisah ini...

Saya menjalani practical sebagai Pelajar Perakaunan dari Universiti Sains Islam Malaysia di sebuah Audit Firm di Setapak, Kuala Lumpur. Saya menunggang motorsikal dari rumah sewa [di seksyen 2, Wangsamaju] ke setapak setiap hari. Kadangkala saya juga menunggang motorsikal tersebut  untuk pulang ke kampung. Untuk pengetahuan, saya perlu pulang ke kampung setiap hujung minggu.. [Sabtu dan Ahad].. Jika tidak menunggang motorsikal, saya pulang ke kampung dengan kenderaan awam; LRT dan Bas lompat-lompat..

Nak dijadikan cerita, pada suatu hujung minggu saya pulang ke kampung dengan menunggang motorsikal. Saya bertolak dari Kuala Lumpur pada pagi Sabtu, supaya petang Sabtu itu saya boleh ikut pengajian bersama emak saya di Surau.. Maka, pada keesokan harinya [AHAD], saya perlu pulang ke Kuala Lumpur semula.. Saya menunggang motorsikal seorang diri. Tanpa teman.. 

Petang itu, Emak Abah sangat teliti. Abah tolong check bab-bab motorsikal saya tuh. Angin ok. Brake ok. Signal ok. Emak pula teliti dengan menyediakan bekalan untuk "dinner" saya. Emak juga memakaikan saya baju hujan, sebab emak kata kalau hujan nanti tak payah la berhenti.. Jalan terus sahaja..

Dengan takdir Allah, petang itu hujan semasa perjalanan saya ke Kuala Lumpur dengan bermotorsikal. Hujan sangat lebat... Sehingga saya tersalah masuk exit nak ke arah Wangsamaju. Saya dah mula menggelabah. Sebab waktu itu saya masih baru di Kuala Lumpur. Saya masih tidak berapa mahir selok belok jalan di Kuala Lumpur. Sehinggalah saya terjumpa satu pondok berhenti untuk motorsikal. Di situ, semuanya lelaki. Saya memang terketar-ketar juga. Terketar-ketar kesejukan juga terketar-ketar ketakutan. Almaklum, sudahlah saya dah rasa sesat, perempuan sorang pulak tuh. Saya berhenti sehinggalah hujan reda. Seorang demi seorang meneruskan perjalanan. Saya yang kesejukan dan ketakutan masa tu, terus memikir tindakan. Masa tu ingat word ini.."MALU BERTANYA SESAT JALAN"..
Maka, ada seorang lelaki datang menghampiri saya sebelum dia meneruskan perjalanannya lalu berkata; "Dik, hati-hati. Jaga motor adik dan diri adik". Lantas saya menjawab, "Ya, Terima kasih. Tapi encik, saya sebenarnya tersesat ni.. Saya nak ke arah Wangsamaju. Boleh tunjuk jalan tak?".. Saya terpaksa bertanya tanpa kenal siapa Si Lelaki itu. Sebab saya terdesak sangat. Saya dah lost..

Akhirnya, Alhamdulillah, lelaki itu bersetuju untuk bantu saya menuju ke destinasi saya. Dengan perasaan takut, sejuk ada juga rasa lega. Sambil tawakkal kepada Allah.. Semoga lelaki ini tidak berbuat yang tidak baik terhadap saya. Bibir ini tidak lepas dari berzikir. [Sebab emak selalu pesan, dalam perjalanan tu banyakkan berzikir, tak kira la naik kereta, bas, LRT,motor atau apa sahaja..]

Ketika itu, waktu Maghrib telah pun masuk. Saya agak risau.. Ye la.. Emak selalu pesan, jangan lengah-lengahkan solat. Saya doa banyak-banyak semoga saya selamat sampai sebelum berakhirnya waktu solat Maghrib. Saya ikut sahaja lelaki itu di hadapan. Dia pun ada juga sesat dalam mencari destinasi saya.. Saya berdoa lagi.. Ya Allah mudahkan urusan kami.

Alhamdulillah!
Lelaki itu dapat memberi tunjuk jalan ke destinasi. Di persimpangan sempat saya berkata pada dia,"Encik, ok.. Saya dah tahu dah jalan rumah saya. Terima kasih ya..".. Lalu dia menjawab "Sama-sama. Hati-hati." Lalu dia pun membuat pusingan U di persimpangan itu.

Tepat jam 8.10 malam, Alhamdulillah! Saya selamat sampai dengan pakaian yang basah lencun. Nasi dan lauk yang panas sudah sejuk. Masuk sahaja rumah sewa, kawan-kawan serumah sewa terus menyambut. Terima Kasih! Dengan masa sedikit itu untuk mengejar waktu solat Maghrib semp[at saya buat panggil kepada Emak saya. 

"Emak, kite dah sampai. Hujan lebat sangat. Kite sesat. Ada orang laki tunjukkan jalan"
Emak terus letak telefon tanpa kata.

Saya bersiap untuk solat Maghrib....

Selepas mengaji, saya buat panggilan untuk Emak sekali lagi, sebab rasa tak sedap hati. Tetapi tidak berjawab. Selama 5 hari bekerja minggu itu, saya call Emak saya tidak berjawab. Saya kirim SMS, juga tiada balasan. Allah.. Saya rasa bersalah. Saya tak tentu hala.
Sehinggalah hari Jumaat malam Sabtu. Menerima SMS dari emak. Ringkas. 
"Esok balik kampung. Naik bas. Ada benda emak nak bincang."

Saya yang membaca SMS itu terpinga-pinga. Tetapi saya relpy SMS itu.." Baik emak. Ada apa ya??". Tanpa balasan.

.................................................
Maka, berjumpalah saya dengan Emak pada Sabtu itu. Sesampainya saya di rumah, emak terus peluk-peluk saya sambil menangis lalu berkata.. "Emak sayang etah.. Emak kesian etah.. Maafkan emak ya."
Saya menitis airmata keharuan.. Sambil bertanya," kenapa emak. kite ada buat salah ye? Minta maaf emak.."
"Tak.. Emak risau.. Bila etah call emak hari tu, kata dah sampai. Hujan lebat sangat. Sesat. Pastu ada orang laki tunjukkan jalan. Emak dah fikir bukan-bukan dah.."

Terdiam.

Maka wujudlah perbincangan ini.
"Emak nak belikan kereta. Kereta kecik je la mampu.. Tapi bulan-bulan etah bayar la. Emak bagi depositnya. Emak tak nak anak dara sorang emak ni susah lagi kat KL tuh. Emak tak sanggup."

Saya terkedu. Terharu. Membisu!

Saya fikir panjang. Saya tidak tahu nak bagi respons apa.
......................................................

Saya pulang ke KL dengan fikiran yang tak tentu hala. Fikiran saya; "Tak nak susahkan emak. Biar aku usaha sendiri. Adik-adikku ramai. Mereka perlukan perhatian.."

Sampailah satu masa, saya menerima satu SMS daripada abg saya, "Salam. Nak kereta apa? Abg bagi depositnya. Urusan pembelian nanti rujuk kat abg emoh. Abg emoh dah deal. Hang bagi je dokumen-dokumen yang depa nak nah.. apa2 text me ok."

##Abg emoh= abg aku yg masih bujang. Dia memang pandai tentang urusan kereta##

Pum pang pum pang... Uruskan tentang pembelian aset itu..

Alhamdulillah!
19.06.2011....
Kereta Myvi Putih telah didaftarkan dengan WVN_ _ _ _ atas nama Saya sebagi pemandu pertama dan abg saya sebagai pemandu kedua.

Maka bermulalah saya menanggung hutang dengan bank. 

Oleh itu, kuda putih saya itu adalah hak keluarga saya. Tiada siapa boleh menjadi pemandu pertama mahupun kedua.. Itu adalah amanah dan tanggungjawab saya..
Maafkan saya.

Begitulah kisah kuda putih saya..


Insya Allah ia akan menjadi satu bukti untuk mencari REDHA ALLAH....







No comments:

Post a Comment

Nak tanya apa2 tentang vitamin dan susu farm fresh? hubungi kami ya: 019 255 9666