BismiLLAHirRahmaanir Rahiim....
Anak itu..... |
Tarbiyah untuk anak.
Berdasarkan kata-kata seorang Sahabat Saidina Ali r.a, pada usia 7 tahun yang pertama anak itu adalah tuan. Ini bermaksud, mereka perlu dididik, diajar dan ditarbiyah. Jika salah pendidikan awal ini, maka kebarangkalian besar untuk dia membesar di jalan salah adalah sangat tinggi... Oleh itu, seawal usia inilah ibu bapa perlu memainkan peranan sangat penting untuk memberikan pendidikan yang hebat, mantap dan terbaik berdasarkan Syariat Allah dan Sunnah Rasulullah. Mengapa dikatakan seperti tuan??? Ini kerana, mereka perlu disuap untuk makan pada awalnya, diistinja'kan ketika berhadas. Dan perlu diajar cara nak makan. Nak makan bila. Nak makan jenis apa dan bagaimana? Maka itulah dinama peringkat tuan pada usia ini.
Seterusnya, Saidina Ali berkata; 7 tahun berikutnya adalah Hamba. Di peringkat umur sekitar 7-15 tahun. Kanak-kanak yang berumur sekitar ini, mereka perlu disuruh dan diberikan arahan sementara ibu bapa perlu memberi contoh teladan yang sangat positif dan baik. Seawal usia 7 tahun hingga 10 tahun, mereka WAJIB disuruh SOLAT FARDHU. Rasulullah mengajar kepada ummatnya, bahawa ajari anakmu solat seawal umur 7 tahun. Jika dia ingkar pukullah dia dengan sekadarnya dengan niat untuk mengajar bukan mencederakannya. Kita lihat di sini bahawa, Ajaran berdasarkan syariat Allah dan sunnah Rasulullah itu sangat cantik dan indah hikmahnya.
Dan seterusnya, 7 tahun berikutnya mereka adalah menteri. Setelah dibelai, disuap, dididik, disuruh, dan dirotan, mereka perlu dipantau. Pada peringkat umur 16-23 tahun, mereka sedang meningkat remaja dewasa. Mereka mencari identiti mereka tersendiri. Untuk tunjuk hebat di kalangan mereka. Jika mereka salah pilih kawan untuk menjadikan mereka hebat, maka terjerumuslah mereka di jalan kurang baik. Oleh itu, sebagai ibu bapa, perlu memantau keadaan sekeliling dan kawan-kawan kepada anak itu.
Sumber: Ustaz Zamri Zainal Abidin, Seminar Gen Y, 29 Disember 2012
Anak oh anak...
ReplyDeleteummi rindu kamu wahai anakku..
^_^
hikhikhikhik...
Deleterindu...
(*__________________________________*)