Assalamu'alaikum...
Allahumma Solli 'Ala Muhammad
Wa 'Ala Ali Muhammad
3 DOSA ALLAH BAYAQ "CASH" DI DUNIA
1. Menderhakai Ibu Bapa
Anak- anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka, in shaa Allah mereka tidak akan bahagia di dunia ini walau di kelilingi kekayaan harta. Tidur malamnya siapa tahu. Keresahan hatinya sentiasa siapa tahu. Mereka berlagak ketawa besar berdekah-dekah. Tanpa jiwa yang tenang dan tenteram. Anak-anak yang menderhakai ibu bapa mereka pasti akhirnya nanti akan sengsara dan kecundang lalu tersembam di bumi Allah.. Sebagai anak, jagalah hati ibu bapa kita selagi mereka ada di dunia ini. Teruskan berdoa dan sentiasa berdoa untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat...
2. Menzalimi Orang Lain
Mereka yang berbuat zalim hati, fizikal dan mental seseorang lain, in shaa Allah suatu hari yang akan datang dia pasti akan hidup susah. Apatah lagi bila mana orang yang dizaliminya itu terasa sangat dizalimi oleh si zalim itu. Apa sahaja yang diungkapkan boleh jadi sebagai doa. SesungguhNYA Allah akan membuka hijab doa antara hambanya yang di zalimi itu dengan Rabb..
Orang yang menzalimi itu pasti akan terhina dan dihina oleh Allah kemudian hari nanti. Jika dia tidak memohon kemaafan kepada mereka yang dizalimi, pastinya Allah akan hukum mereka di akhirat nanti. Itulah sebabnya, si Zalim tidak akan bahagia di dunia lagi. Mereka akan menimpa musibah yang bertimpa-timpa selagi tiada kemaafan dipinta dan dipohon.
3. Memutuskan silatur Rahiim Sesama saudara Islam
"Tidak Sempurna Iman Seseorang Itu Selagi Mana Tidak Mengasihi Saudaranya Yang Lain Seperti Mana Dia Kasihi Dirinya Sendiri.."
Barangsiapa yang memutuskan persaudaraan antara silaturRahiim yang dibina kerana dendam dan kezaliman, in Shaa Allah Neraka baginya.
Perlu difahami, memutuskan persaudraan ini bukan putus tunang atau cerai ya. Putus persaudaraan ini adalah mereka yang langsung tidak mengakui mereka kenal sesama sendiri dan tidak mahu langsung berhubung lagi kerana sesuatu dosa dan kesalahan yang pernah dibuat. Perlu juga diambil teliti, persaudaraan itu bukannya couple. Hubungan yang HAram. YAng Tiada batas-batas syariat. Itu perlu diambil perhatian...
SesungguhNYA kasih sayang sesama saudara Islam itu amatlah dituntut dan digalakkan.
..............................................
Semoga kita sentiasa menjaga hak orang lain.. In Shaa Allah, Allah akan menjaga hak kita.
Semoga kita sentiasa menjaga hak orang lain.. In Shaa Allah, Allah akan menjaga hak kita.
ReplyDeletecopy paste???sebab da cukup baguih dah ayat tuh=D
silakan lah dik.. amik yang baik2 je tau
Deletetengkiyu..syukran jazilan,..
Deletemacam dah terbaca, awak ada post kat FB juga ek?
ReplyDeleteke akak mamai?
hehe
aah kak.. post kat FB,,.. ni ada explanation sket.. kat fb xdak.. sat ag kena perli pulak.. banyak pulak saya dapat diari kang... huhu
Delete