Thursday, March 14, 2013

Tuh diaaa Aihh....

Assalamu'alaikum...

Bismillah..
Allahumma Solli 'Ala Muhammad.
Wa 'Ala Ali Muhammad

Dimulakan dengan;

"Guru Agama Bukan Jaminan Profession Masuk Syurga,
Dengan adanya Guru Pendidikan Islam maka ramai masuk Syurga.."

Ingat Syurga Tuh Bapak Kiter Yang Punya Ka???!!!

.....

Haaa.. Saja nak kongsi apa yang terbuku di hati ini...
Ramai kawan2 saya, tak kiralah sama ada sekolah rendah, sekolah menengah atau universiti yang bila habih belajaq ja, tak tau nak reja apa. Maka jadilah guru KAFA, J-QHAF dan berbagai lagi la caranya.. 

Ini sekadar pandangan peribadi sahaja ya. Tiada sangkut paut dengan sape2 pon. Nak hentam dan nak apa2 pon saya terima...

Pada hemat saya, kebanyakan mereka yang ambil jalan ini, kadangkala tidak menjaga adab dengan Allah, apatah lagi manusia.. Sebab apa saya kata sedemikian? Ini kerana, ada dalam kalangan mereka, mengajar tentang ISLAM & IMAN kepada anak didiknya. Tetapi di luar sekolah, mereka ini tidak menjaga adab dengan Allah dan manusia seperti dalam soal penutupan aurat. Saya memang cukup marah, bilamana ada dalam kalangan mereka ini tidak menutup aurat dengan sempurna di luar waktu mengajar atau persekolahan. *

Mereka perlu memberi tauladan yang baik kepada anak didik mereka. Barulah tidak tergolong dalam golongan yang difirmankan Allah dalam surah as Saff Ayat 3-4. Sebagai guru yang disayangi anak murid, mereka perlu lakukan apa yang dikatakan dan tidak berkata apa yang mereka tidak lakukan. Tunjukkanlah akhlak yang baik.

Wahai Orang yang beriman, jangan kamu katakan tentang apa yang kamu tidak kerjakan

Amat besar kebeciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan

Di era globalisasi dan teknologi ini, soal akhlak amatlah perlu diambil berat dan diberi penekanan. Ini kerana, semakin canggih teknologi dengan wujudnya segala bagai gadget2 yang canggih manggih, maka pendedahan tentang diri kita itu amatlah mudah diakses/dicapai. Maka jika ustaz dan ustazah perlulah menjaga adab-adab dari segi pendedahan identiti diri. Terutama Ustazah. Bab gambar. Perlu dijaga adab itu.Cara berpakaian. Cara berposing.

Sebagai guru Pendidikan Islam juga, usah dikejar dan berbangga dengan gelaran "ustaz" dan "ustazah" itu. Bawalah gelaran itu sebagai satu tanggungjawab dan bebanan yang perlu dipikul untuk menyebarkan syariatullah... Bukan dijadikan sebagai satu platform untuk kemuliaan. 



Maaf. Saya cukup rasa malu bila melihat kawan saya sendiri dengan title ustazah, tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna.. Malu.. Risau. Kerana, bagaimana mungkin anak murid melihat seorang guru di dalam sekolah begitu ayu dan muslimah, tetapi di luar sekolah berbeza pula. Ini memberi kefahaman kepada anak murid itu bahawa tutup aurat secara sempurna itu hanya di dalam sekolah sahaja. Itu menjadi kerisauan saya!!!

Harapan saya, semoga guru pendidikan Islam mendalami apa yang diajar dan diperkatakan kepada anak didik sekalian...

Saya mohon seinfiniti kemaafan kepada mereka yang tersinggung dan terasa dengan tulisan saya ini....
MAAFKAN SAYA!!!


**AKU BUKAN USTAZAH MAHUPUN USTAJAH**

Sama-sama kita muhasabah diri ya!!!


1 comment:

Nak tanya apa2 tentang vitamin dan susu farm fresh? hubungi kami ya: 019 255 9666