Wednesday, July 29, 2009

**-::.. JIHAD ISLAMIY : Prinsip Pemulihan IZZATUL UMMAT.. ::-**

Realiti dapat dilihat secara jelas bagaimana mereka sedang dibuli dan didera oleh musuh-musuh Islam sama ada di peringkat international mahupun national.

mereka dipaksa menjalani kehidupan dalam satu sistem yang sanagt asing dari manhaj Islamiyyah, malah lebih malang apabila minda mereka diracuni dengan pelbagai ideologi ciptaan manusia sehingga ianya dianut dan ditaati mengatasi agama mereka sendiri.

Seluruh anggota umat ini kaku dan lesu dibius oleh musuh-musuh Islam sehingga hilang kepekaan dan keaktifan bertindak biarpun sedang berhadapan dengan gejala murtad yang sangat mencabar maruah ummat.

Agama diperkosa, nilai akhlaq Islamiyy dibelasah secukupnya dan maruah dinodai tanpa simpati. Segalanya berlaku di hadapan mata umat Islam dewasa kini, tetapi tiada apa yang boleh dilakukan oleh mereka kerana mereka bagai dipasung.

Paling menyedihkan, terdapat sebahagian umat Islam yang menjadi tali barut musuh Islam dan agent yang menikan Islam dari belakang. Jumlah mereka bukannya sedikit bahkan hampir sahaja mereka mengusai keadaan..

Fenomena ini adalah implikasi mudah dari sikap umat yang meninggalkan JIHAD ISLAMIYY sejak sekian lama.

AKIBAT MENINGGALKAN JIHAD

Dari Abi Bakr (R.A) telah berkata bahawa Rasulullah (S.A.W) telah bersabda;
" ماَ تَرَكَ قَوْم الجهاَد إلا عمَهمُ الله بالعذاب "ٌَ
Maksudnya: Tidaklah sesuatu kaum yang meninggalkan JIHAD melainkan Allah menimpakan 'azab (kehinaan) ke atas mereka seluruhnya. - Riwayat At Tobrani

Firman Allah yang bermaksud sebegini, " Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing2)? adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada Akhirat? (kesukaan kamu itu salah) kerana hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan kesenangan hidup di akhirat kelak. Jik kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah-membela AGAMANYA), Allah akan menyiksa kamu dengan azab siksa yang tidak terperi sakitnya dan DIA akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadanya. dan ingatlah, Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. -Surah At Taubah: 38-39

Dari abi Hurairah (r.a.), bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
" Sesiapa yang mati sedang ia tidak pernah berperang (BERJUANG), dan tidak pernah bercita-cita untuk berjuang, mati dia adalah di atas sesuatu cabang dari cabang NIFAQ(munafik). -( Riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan an Nasaii)

## Pastinya mereka yang meninggalkan JIHAD sanagt dicela oleh SYARA' justeru mereka ini lemah jiwanya dan lumpuh sanubarinya, biarpun musuh sedang membantai mereka, mereka hanya mampu mengeluh...##

** Transformasi demi keberkatan dunia menuju jalan ke AKHIRAT**

No comments:

Post a Comment

Nak tanya apa2 tentang vitamin dan susu farm fresh? hubungi kami ya: 019 255 9666