Kamu
Aku juga wanita seperti kamu
Teganya hatimu
Meretak jiwa dan hati ini
Kamu
Tidakkah kamu sedar
Kata-kata mu itu
Membuatkan insan lain yang kamu sayang terluka
Kerna
Aku juga wanita seperti kamu
Kamu
Mampukah kamu hidup dengan fikiranmu yang bercelaru
Hipokrit...
Cemburu....
Dendam kesumat....
Mampukah?
Perlukah semua itu?
Kamu
Bangunlah dari lenamu yang panjang
Dengan igauanmu yang indah
Bangkitlah kamu!
Sedarlah wahai diri kamu!
Kamulah asbab terputusnya silaturrahim antara sahabat
Tak malu kah kamu dengan diri dan pakaianmu yang berlitup itu?
Sedarlah kamu...
Kamu
Usah biarkan dirimu menjadi peraih simpati manusia lain
Jadilah mawar merah yang sentiasa segar dan tajam durinya
Bangkitlah kamu..
Kamu
Ketahuilah, aku sayang kamu
Kerana aku juga wanita seperti kamu...
Pandan Indah,
5.42pm
No comments:
Post a Comment
Nak tanya apa2 tentang vitamin dan susu farm fresh? hubungi kami ya: 019 255 9666