Friday, December 28, 2012

SAHABAT...

Assalamualaikum warahmatullah..


Moga kalian terus dan terus dalam rahmat Allah...



“Sesungguhnya selemah-lemah ukhwah itu adalah berlapang dada, dan setinggi-tinggi ukhwah itu pula adalah ithar (melebihkan orang lain).”
Hari ni, titisan air melimpah ruah saat nota ni ditulis.. :')
Saya yakin ramai di kalangan kita yang mempunyai sahabat sendiri. Mungkin juga dalam ramai-ramai kawan itu kita mempunyai beberapa orang sahabat baik. Hakikat kehidupan ini kita perlukan teman untuk berbicara. Maka erti persahatan itu menjadi rahmat yang dicampakkan Allah untuk manusia. Ada sahabat yang sanggup berkorban apa sahaja utk sahabatnya...sanggup berlapar, sanggup berjaga malam, sanggup berulang alik ke hospital, dan sanggup bersusah payah demi sahabatnya....senang crita, sanggup buat apa2 shj.. ;)

Tapi.... Hakikat hidup bila berurusan sesama manusia pasti ada perselisihan. Masalah komunikasi adalah lazim dalam hubungan persahabatan. Dari sekecil perkara hinggalah besar kadang-kala masalah berlaku. Berkecil hati, merajuk, berdengki, berdendam dan sebagainya boleh menggugat ukhwah sesama muslim. 
Tapi jugak....masalah ni semua boleh diselesaikan dgn berlapang dada... Persoalannya sejauh mana kita perlu berlapang dada andai kita terasa hati dengan sahabat kita? Berlapang dada merupakan sekecil perkara yang boleh dilakukan kepada sahabat kita andai. Memaafkan merupakan perkara mulia yang wajar dilakukan andai kita berkecil hati atau terasa dengan sahabat kita. Andai ada perasaan marah, cubalah untuk memaafkan dan teruskan kembali persahatan itu. Mengukuhkan ukhwah adalah perkara yang dituntut dan meleraikannya sangat dilarang. Ya, saya akui. Berlapang dada dan berbaik sangka dengan sahabat itu tersangatlah sukar. Cakap memang senang. Hendak buat, sampai air mata darah boleh berlinang. :)

However, 
Berlapang dada ni susah bagi orang yang sukar untuk menerima, tapi mudah bagi sesiapa yang sentiasa berfikiran terbuka dan positif. Bagi orang yang hatinya tenang dan tak suka kusutkan fikiran, dia terima je. Mungkin sebab dia penyabar dan banyak meminta pertolongan dari Allah supaya diberikan hati yang cepat bertaubat dan sebagainya. Wallahualam. Tapi...menjadi lumrah dalam persahabatan, apabila makin dekat makin kuat kita diuji. Kalau terasa sakit hati atau tak suka dekat kawan kita cuba pergi ke suatu tempat yang sunyi dan tiada orang ke, muhasabah diri dengan berfikir kenapa kita tak suka atau meluat atau sakit hati dengan kawan kita tu. Cuba renung balik saat-saat manis kita dengan kawan kita, ingat balik segala kebaikan yang pernah dia buat kepada kita, fikir balik keburukan kita dekat kawan kita yang sebenarnya lebih banyak daripada keburukan dia yang kita nampak. :) 
So, ni ada beberapa tips utk berlapang dada, utk pengetahuan semua dan sedang cuba diamalkan utk diri sendiri.. :

1. Istighfar dan ingat Allah

Mudah bukan beristighfar ini? Tidak memerlukan tenaga seperti mengangkat 10 tan anak gajah. Istighfar dalam hati pun sudah cukup. Mahu berapa banyak dan berapa lama? Itu terpulang pada sebanyak mana anda boleh meredakan rasa tidak elok dalam hati anda itu. Bila sudah reda rasa sesak itu, anda akan rasa satu perasaan yang lapang lepas beristighfar. Beristighfar itu tanda kita ingat pada Allah juga bukan. Semua perkara datang daripada Allah. Semua perkara yang Allah beri, mesti ada hikmah. Rasa sesak itu Allah turunkan untuk lihat sebanyak mana kita mampu bersabar. Sejauh mana kita mampu berbaik sangka dengan sahabat kita.
Sejauh mana juga kita mampu berbaik sangka dengan Allah. Ingat, semua ini datang dari Allah dan kita pohon pada Allah juga untuk pinjamkan ketenangan.

Whatever burden u have in your heart, have faith in Him...and let it go.... Fuh!
2. Sila abaikan syaitan di sekeliling anda.

Oh, waktu emosi semua benda kita tolak ke tepi. Emosi jadi bara api. Api amarah dan dendam. Syaitan sentiasa mahu mengapi-apikan anda. Jika anda berjaya buruk sangka dengan sahabat anda dan sampai tahap terputus ukhwah, maka bertepuk tanganlah syaitan di sisi. Ingat, ini sebenarnya bukan perang antara kita dan sahabat, tetapi perang antara kita dengan syaitan dan bisikan jahat. Sejauh mana kita dapat menghindari bisikan jahat dan hasutan syaitan itu. Makin banyak anda dapat lawan syaitan itu, makin cerah peluang anda untuk menang dalam pertempuran ini. Akhir sekali syaitan akan mengeluarkan bendera putih, tanda menyerah kalah. Senyum.

3. Ingat perkara yang positif.

Kadang-kadang kerana kesalahan yang kecil, kita terus terputus ukhwah. tak pun, berfikir utk memutuskan ukhuwah..owh jahatnya! Habis semua keburukan sahabat kita gali. Kita terlupa yang sahabat ini pernah meminjamkan bahunya ketika kita menangis dahulu. Kita terlupa yang sahabat ini pernah lapar bersama-sama dengan kita dahulu. Di dalam memandang 1 keburukan pada seorang sahabat, kita tidak akan nampak 10 kebaikan dalam dirinya. Mengapa mahu membenci dirinya kerana 1 keburukan sedangkan dalam diri sahabat itu masih lagi berbaki 10 kebaikan. (Kalau pening, baca ulang2 bg paham).. Sahabat juga manusia biasa seperti mana kita. Manusia itu memang sentiasa tidak lepas dari melakukan dosa. Ingat perkara yang positif sahaja ok? Ingat perkara yang indah sahaja. :)

4. Beri ruang untuk diri sendiri dan sahabat.

Ruang yang ada, kita guna untuk muhasabah diri kita kembali. Mana tahu, Allah mahu tambah keimanan kita dengan cara sebegini. Siapa tahu, mungkin ada kebaikan yang menyusul selepas kita berselisih faham dengan sahabat itu. Menjauhkan diri bukan untuk memutuskan ukhwah. Tidak sama sekali. Ia satu cara untuk beri nafas pada diri sendiri. Ia satu cara untuk muhasabah diri semula. Ia satu cara untuk fikir di mana silap kita. Ia satu cara untuk melakukan 3 perkara di atas. Istighfar, abaikan syaitan dan positif. Lagi lama kita berhadapan dengan insan itu, lagi banyak syaitan mengapi-apikan kita..huh!

p/s : Cakap memang senang kot.... Kalau nak buat, sampai air mata darah bisa berlinang. Huhu...Tapi, belum cuba belum tahu kan?
Have a try! :)

"Takdir itu yang terindah" 

Rindu kamu semua sahabatku... :)



**copied & paste**

No comments:

Post a Comment

Nak tanya apa2 tentang vitamin dan susu farm fresh? hubungi kami ya: 019 255 9666