Bismillahir Rahmaanir Rahiim.
Alhamdulillah.. Thumma Alhamdulillah...
Allahu Akbar..
Allahumma Solli 'Ala Muhammad. Wa 'Ala Ali Muhammad.
.....
Best!!!!.. |
Ermmm...
Luahan rasa di blog ja.. Sebab tahu tak ramai pembaca blog saya ni.. (*_________*)
Hurmm.. Dua minggu selepas PRU 13 ini, penat mulut saya. Kerana mengajar tentang proses audit dilakukan kepada student practical di syarikat ini. Dari A to Z. Nak nak pulak kalau dapat student yang jenis xmaw improve diri atau depend kat orang lain ja. Ikut melulu ja.. Memang haru biru la jadinya kerja itu. Serius ni, mulut penat.. Kepala dan otak pun tak center. hehehehe...
Kadang-kadang dapat soalan yang sama hari-hari. Ada juga yang tak berapa nak mahir menggunakan Microsoft Word dan Excell , tak kesah la version berapa, 2003, 2007 atau 2010. Jika Basic pun terkial-kial, maka LAMPI lah.... huhuhu..
Malam, baru rasa kelenguhan mulut, bahu dan kaki kerana banyakpergerakan dilkukan.. Baru rasa bagaimana susahnya guru-guru ku mengajar aku sebelum ini bilamana menghadapi mereka yang jenis agak lambat ini. Bagusnya ada yang lambat ini adalah saya dapatlah berehat sebentar sementara menunggu mereka menyiapakan task yang diberikan. Tetapi kalau dah lambat sangat tu agak keterlaluan.. hehehe
Mana nak cari ni??? Lenguh kaki ni.. hehehe |
Disebabkan saya dulu diajar membuat proses pengauditan secara teliti oleh supervisor saya semasa saya internship, Maka saya perturunkan ilmu yang ada ini kepada adik-adik agar mengaplikasi apa yang telah dipelajari semasa di dalam kuliah di Universiti yang megah dan indah. Dulunya, semasa internship, saya dipaksa menelaah semula buku-buku akaun dan audit. Bila dah tak dapat barulah berani nak tanya keada supervisor. Tapi zaman sekarang semua nak kena suap. Buka buku pun payah. Lebih baik layan cerita, laman sosial dan sebagainya bukannya membaca. Sehingga hari ini, saya masih disuruh membaca. Lagi-lagi hal berkaitan, AUDIT, AKAUN dan TAX dalam kondisisi MALAYSIA.
NI sengaja menulis di waktu pagi sebelum lena. Saya ada juga buat kerja part time. Sebab dulu ada orang cabar dan hina saya sehina-hinanya.. Saya ingin membuktikan bahawa saya BOLEH BERJAYA... In Shaa Allah.. Allahumma Aamiin..
Sekian sahaja luahan rasa saya untuk kali ini.
FIKIR. FAHAM. BERTINDAK! |
(*_________________________*)
No comments:
Post a Comment
Nak tanya apa2 tentang vitamin dan susu farm fresh? hubungi kami ya: 019 255 9666