Bismillahir Rahmaanir Rahiim...
Assalamu'alaikum...
Allahumaa Solli 'Ala Muhammad..
Wa'Ala Ali Muhanmad.
Post kali ini saya berkisar tentang si niqabist. Kerana semakin hari saya melihat golongan ini agak kurang menjaga adab sebagai niqabist sehinggakan mencalar imej si niqabist yang menjaga adab. Maaafkan saya dengan kata-kata ini yang agak keterlaluan.
Bukan nak berbangga bukan juga nak menunjuk tetapi jiwa batin ini meronta-ronta agar dicatitkan di laman sosial. Sejujurya pesanan atau kata-kata yang bakal saya lontarkan ini bukan satu kecaman atau hentaman individu atau nafsu sematamata, tetapi adalah kerana KASIH SAYANG SESAMA SAUDARA ISLAM. Ahli keluarga saya juga ada yang memakai niqab / purdah. Malah anak-anak penakan yang kecil sudah dididik begitu oleh ummi mereka. Dalam beradik perempuan saya seorang sahaja yang belum kuat untuk berpurdah. (in Shaa Allah suatu hari..)
Sahabat yang disayangi sekalian, jiwa saya cukup terseksa bila mana ada sahabat yang berniqab tetapi ditonjolkan di facebook atau twitter atau instagram atau lain-lain media sosial. Cukup hati saya marah kerana bagi saya tindakan itu ibarat menunjuk-nunjuk di khalayak orang ramai dan mengatakan secara senyap bahawa "SAYA BERNIQAB". Bagi saya, elakkan dari mendedahlan imej kita, kerana ia akhirnya akan memakan diri dengan sifat angkuh dan bangga diri. Sebagai contoh, bila diletakkan gambar di laman sosial PASTI ada yang "like", comment berbentuk begini, "cantiknya.." "solehahnya". dan sewaktu dengannya. Bagi saya sebagai muslimah, kita tidak perlu menagih kata-kata sedemikian rupa. Cukuplah mahram kita sahaja melihatnya.
Saya juga bersyukur kerana dikurniakan dan saya dilahirkan dari keluarga yang pengamatan tentang agama itu orang lain kata "syadid". Alhamdulillah.
Sahabat yang disayangi sekalian, saya juga cukup-cukup rasa sedih bila ada sahabat niqabist ini bila buat walimah dan ada berposing lalu ditepekkan gambar itu di laman sosial. Apakah maknanya itu? Cukup saya sedih dan terkilan. Meruntun jiwa. Maka lahirlah kata-kata seperti ini,"Hmmm... Pakai niqab pun sama jugak ya dengan yang xpakai niqab.." Pleaseee sahabat, saya cukup terkesan dengan kata-kata itu kerana ini mencalar maruah/air muka mereka yang menjaga adab bila berniqab. Kerana saya memikirkan kakak-kakak saya dan anak-anak buah saya. Mereka juga malu.
Untuk akhirnya, kepada suami yang isterinya berniqab, jagalah isterimu itu agar tidak terikut-ikut dengan gaya fesyen yang tabarruj sekarang ini. Berpadalah.
Kepada sahabat yang berniqab, jagalah adab dan tingkah langkahmu. Agar sahabat yang lain menghormati dengan prinsip yang kalian pegang..
Untuk post ini, saya memohon seinfiniti kemaafan keada sahabat sekalian...
Ingat, "MATLAMAT TIDAK AKAN MENGHALALKAN"..
Wallahu Ta'ala A'alam..
**Jika ada sebarang komentar, jangan malu segan komen atau contact saya melalui emel yang tertera di dinding blog ini.
Sekian. Wassalaam...
No comments:
Post a Comment
Nak tanya apa2 tentang vitamin dan susu farm fresh? hubungi kami ya: 019 255 9666