Assalamualaikum warahmatullah..
Moga kalian terus dan terus dalam rahmat Allah...
“Sesungguhnya selemah-lemah ukhwah itu adalah berlapang dada, dan
setinggi-tinggi ukhwah itu pula adalah ithar (melebihkan orang lain).”
Hari ni, titisan air melimpah ruah saat nota ni ditulis.. :')
Saya yakin ramai di kalangan kita yang mempunyai sahabat sendiri.
Mungkin juga dalam ramai-ramai kawan itu kita mempunyai beberapa orang
sahabat baik. Hakikat kehidupan ini kita perlukan teman untuk berbicara.
Maka erti persahatan itu menjadi rahmat yang dicampakkan Allah untuk
manusia. Ada sahabat yang sanggup berkorban apa sahaja utk
sahabatnya...sanggup berlapar, sanggup berjaga malam, sanggup berulang
alik ke hospital, dan sanggup bersusah payah demi sahabatnya....senang
crita, sanggup buat apa2 shj.. ;)
Tapi.... Hakikat hidup bila berurusan sesama manusia pasti ada
perselisihan. Masalah komunikasi adalah lazim dalam hubungan
persahabatan. Dari sekecil perkara hinggalah besar kadang-kala masalah
berlaku. Berkecil hati, merajuk, berdengki, berdendam dan sebagainya
boleh menggugat ukhwah sesama muslim.
Tapi jugak....masalah ni semua boleh diselesaikan dgn berlapang
dada... Persoalannya sejauh mana kita perlu berlapang dada andai kita
terasa hati dengan sahabat kita? Berlapang dada merupakan sekecil
perkara yang boleh dilakukan kepada sahabat kita andai. Memaafkan
merupakan perkara mulia yang wajar dilakukan andai kita berkecil hati
atau terasa dengan sahabat kita. Andai ada perasaan marah, cubalah untuk
memaafkan dan teruskan kembali persahatan itu. Mengukuhkan ukhwah
adalah perkara yang dituntut dan meleraikannya sangat dilarang. Ya, saya
akui. Berlapang dada dan berbaik sangka dengan sahabat itu tersangatlah
sukar. Cakap memang senang. Hendak buat, sampai air mata darah boleh
berlinang. :)
However,
Berlapang dada ni susah bagi orang yang sukar untuk menerima, tapi
mudah bagi sesiapa yang sentiasa berfikiran terbuka dan positif. Bagi
orang yang hatinya tenang dan tak suka kusutkan fikiran, dia terima je.
Mungkin sebab dia penyabar dan banyak meminta pertolongan dari Allah
supaya diberikan hati yang cepat bertaubat dan sebagainya. Wallahualam.
Tapi...menjadi lumrah dalam persahabatan, apabila makin dekat makin kuat
kita diuji. Kalau terasa sakit hati atau tak suka dekat kawan kita cuba
pergi ke suatu tempat yang sunyi dan tiada orang ke, muhasabah diri
dengan berfikir kenapa kita tak suka atau meluat atau sakit hati dengan
kawan kita tu. Cuba renung balik saat-saat manis kita dengan kawan kita,
ingat balik segala kebaikan yang pernah dia buat kepada kita, fikir
balik keburukan kita dekat kawan kita yang sebenarnya lebih banyak
daripada keburukan dia yang kita nampak. :)
So, ni ada beberapa tips utk berlapang dada, utk pengetahuan semua dan sedang cuba diamalkan utk diri sendiri.. :
1. Istighfar dan ingat Allah
Mudah bukan beristighfar ini? Tidak memerlukan tenaga seperti
mengangkat 10 tan anak gajah. Istighfar dalam hati pun sudah cukup. Mahu
berapa banyak dan berapa lama? Itu terpulang pada sebanyak mana anda
boleh meredakan rasa tidak elok dalam hati anda itu. Bila sudah reda
rasa sesak itu, anda akan rasa satu perasaan yang lapang lepas
beristighfar. Beristighfar itu tanda kita ingat pada Allah juga bukan.
Semua perkara datang daripada Allah. Semua perkara yang Allah beri,
mesti ada hikmah. Rasa sesak itu Allah turunkan untuk lihat sebanyak
mana kita mampu bersabar. Sejauh mana kita mampu berbaik sangka dengan
sahabat kita.
Sejauh mana juga kita mampu berbaik sangka dengan Allah. Ingat, semua
ini datang dari Allah dan kita pohon pada Allah juga untuk pinjamkan
ketenangan.
Whatever burden u have in your heart, have faith in Him...and let it go.... Fuh!
2. Sila abaikan syaitan di sekeliling anda.
Oh, waktu emosi semua benda kita tolak ke tepi. Emosi jadi bara api.
Api amarah dan dendam. Syaitan sentiasa mahu mengapi-apikan anda. Jika
anda berjaya buruk sangka dengan sahabat anda dan sampai tahap terputus
ukhwah, maka bertepuk tanganlah syaitan di sisi. Ingat, ini sebenarnya
bukan perang antara kita dan sahabat, tetapi perang antara kita dengan
syaitan dan bisikan jahat. Sejauh mana kita dapat menghindari bisikan
jahat dan hasutan syaitan itu. Makin banyak anda dapat lawan syaitan
itu, makin cerah peluang anda untuk menang dalam pertempuran ini. Akhir
sekali syaitan akan mengeluarkan bendera putih, tanda menyerah kalah.
Senyum.
3. Ingat perkara yang positif.
Kadang-kadang kerana kesalahan yang kecil, kita terus terputus
ukhwah. tak pun, berfikir utk memutuskan ukhuwah..owh jahatnya! Habis
semua keburukan sahabat kita gali. Kita terlupa yang sahabat ini pernah
meminjamkan bahunya ketika kita menangis dahulu. Kita terlupa yang
sahabat ini pernah lapar bersama-sama dengan kita dahulu. Di dalam
memandang 1 keburukan pada seorang sahabat, kita tidak akan nampak 10
kebaikan dalam dirinya. Mengapa mahu membenci dirinya kerana 1 keburukan
sedangkan dalam diri sahabat itu masih lagi berbaki 10 kebaikan. (Kalau
pening, baca ulang2 bg paham).. Sahabat juga manusia biasa seperti mana
kita. Manusia itu memang sentiasa tidak lepas dari melakukan dosa.
Ingat perkara yang positif sahaja ok? Ingat perkara yang indah sahaja.
:)
4. Beri ruang untuk diri sendiri dan sahabat.
Ruang yang ada, kita guna untuk muhasabah diri kita kembali. Mana
tahu, Allah mahu tambah keimanan kita dengan cara sebegini. Siapa tahu,
mungkin ada kebaikan yang menyusul selepas kita berselisih faham dengan
sahabat itu. Menjauhkan diri bukan untuk memutuskan ukhwah. Tidak sama
sekali. Ia satu cara untuk beri nafas pada diri sendiri. Ia satu cara
untuk muhasabah diri semula. Ia satu cara untuk fikir di mana silap
kita. Ia satu cara untuk melakukan 3 perkara di atas. Istighfar, abaikan
syaitan dan positif. Lagi lama kita berhadapan dengan insan itu, lagi
banyak syaitan mengapi-apikan kita..huh!
p/s : Cakap memang senang kot.... Kalau nak buat, sampai air mata darah bisa berlinang. Huhu...Tapi, belum cuba belum tahu kan?
Have a try! :)
"Takdir itu yang terindah"
Rindu kamu semua sahabatku... :)
**copied & paste**