Showing posts with label penghayatan. Show all posts
Showing posts with label penghayatan. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

Troll Senario 20sen

Assalamu'alaikum...

Adakah anda kisah tentang 20 sen? 

Pelbagai versi dalam Laman sosial terutama FACEBOOK dan TWITTER tanda marah dan protes tentang kenaikan harga Petrol RON95 dan Diesel dengan kenaikan sebanyak 20sen. 
Kelakar! Serius! Makan dalam!

Implikasi kenaikan petrol sebanyak 20 sen ini memberi satu kesan negatif kepada rakyat. Ini kerana, peniaga dan penjual akan mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga barangan secara mendadak dan tidak munsabah. Dan kenaikan 20 SEN ke atas PETROL & DIESEL menjadi alasan utama. Patutkah? Logikkah? 

Kerajaan terus-terusan menutup mata rakyatnya dengan mengatakan bagi mengukuhkan ekonomi negara.. Sepanjang saya belajar ilmu ekonomi dan perakaunan, belum pernah lagi saya membaca dan mendengar satu teori bahawa "dengan menaikkan harga Gas Petrol ia boleh mengukuhkan ekonomi Negara..". Dan menggunakan istilah RASIONAL SUBSIDI. Apakah subsidi yang dimaksudkan? Apakah rasionalnya?

Seterusnya, saya kongsikan beberapa gambar yang saya rasa patut dikongsikan. Ia nampak kelakar. Tetapi makan dalam!


Ermmm...


Senario!


Padahnya!
FAKTA !!! 
Paparan Akhbar! Telus!

Untuk akhirnya, jadilah manusia yang faham apa itu kesusahan orang lain bukan tahu kesusahan orang lain lalu menindasnya dengan bebanan yang tak munasabah. 

SesungguhNYA ini juga salah satu tanda kiamat kecil. 

Maka teruskan istighfar dan zikrullah....



Monday, March 11, 2013

3 Dosa Yang Allah Bayaq "Cash" Di Dunia

Assalamu'alaikum...

Allahumma Solli 'Ala Muhammad
Wa 'Ala Ali Muhammad

3 DOSA ALLAH BAYAQ "CASH" DI DUNIA

     1.  Menderhakai Ibu Bapa

Anak- anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka, in shaa Allah mereka tidak akan bahagia di   dunia ini walau di kelilingi kekayaan harta. Tidur malamnya siapa tahu. Keresahan hatinya sentiasa siapa tahu. Mereka berlagak ketawa besar berdekah-dekah. Tanpa jiwa yang tenang dan tenteram. Anak-anak yang menderhakai ibu bapa mereka pasti akhirnya nanti akan sengsara dan kecundang lalu tersembam di bumi Allah.. Sebagai anak, jagalah hati ibu bapa kita selagi mereka ada di dunia ini. Teruskan berdoa dan sentiasa berdoa untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat...

     2.  Menzalimi Orang Lain

Mereka yang berbuat zalim hati, fizikal dan mental seseorang lain, in shaa Allah suatu hari yang akan datang dia pasti akan hidup susah. Apatah lagi bila mana orang yang dizaliminya itu terasa sangat dizalimi oleh si zalim itu. Apa sahaja yang diungkapkan boleh jadi sebagai doa. SesungguhNYA Allah akan membuka hijab doa antara hambanya yang di zalimi itu dengan Rabb.. 

Orang yang menzalimi itu pasti akan terhina dan dihina oleh Allah kemudian hari nanti. Jika dia tidak memohon kemaafan kepada mereka yang dizalimi, pastinya Allah akan hukum mereka di akhirat nanti. Itulah sebabnya, si Zalim tidak akan bahagia di dunia lagi. Mereka akan menimpa musibah yang bertimpa-timpa selagi tiada kemaafan dipinta dan dipohon.

    3.   Memutuskan silatur Rahiim Sesama saudara Islam

"Tidak Sempurna Iman Seseorang Itu Selagi Mana Tidak Mengasihi Saudaranya Yang Lain Seperti Mana Dia Kasihi Dirinya Sendiri.."

Barangsiapa yang memutuskan persaudaraan antara silaturRahiim yang dibina kerana dendam dan kezaliman, in Shaa Allah Neraka baginya. 

Perlu difahami, memutuskan persaudraan ini bukan putus tunang atau cerai ya. Putus persaudaraan ini adalah mereka yang langsung tidak mengakui mereka kenal sesama sendiri dan tidak mahu langsung berhubung lagi kerana sesuatu dosa dan kesalahan yang pernah dibuat. Perlu juga diambil teliti, persaudaraan itu bukannya couple. Hubungan yang HAram. YAng Tiada batas-batas syariat. Itu perlu diambil perhatian...

SesungguhNYA kasih sayang sesama saudara Islam itu amatlah dituntut dan digalakkan.

..............................................

Semoga kita sentiasa menjaga hak orang lain.. In Shaa Allah, Allah akan menjaga hak kita.




Friday, March 1, 2013

Kata -Kata Hikmah!

Assalamu'alaikum..

Allahumma Solli 'Ala Muhammad
Wa 'Ala Ali Muhammad...

Alhamdulillah... Thumma  Alhamdulillah...
ALLAHU AKBAR!!!!

Kejujuran boleh diukur pada bagaimana kita 

melayan seseorang yang tidak boleh memberi 

sebarang manfaat atau mudarat untuk kita.... "



" Apabila kenyataan terlalu pedih untuk 

diluahkan, berdiam diri dan mendoakan 

adalah lebih baik demi memelihara 

persaudaraan.... "



Kadang-kadang, kita tak sedar 

hanya dgn SEPOTONG AYAT

mampu buat org TERLUKA 

SEPANJANG HAYAT

..
Maka, berhati-hatilah 


berkata..Gunakan HAK BERFIKIR 

sebelum HAK BERSUARA... "




Friday, December 21, 2012

Kerna Kau Seorang Doktor Perubatan, Dia...

Bismillahir Rahmaanir Rahiim..
Allahumma Solli 'Ala Muhammad.
Wa 'alaa Ali Muhammad

Assalamu'alaikum....

Salam Jumaat...

Hatiku bermadah lagi pagi ini di kala keseorangan di office.. 


Kerna kau Seorang Doktor Perubatan
Dia sanggup melakukan apa sahaja
Dia berbangga dengan kau bergelar DR
Dia terlalu sayang kepada kau 
Dia sangat prihatin kepada kau

Kerna kau Seorang Doktor Perubatan
Dia boleh mungkiri janji seseorang yang dicintainya
Demi menjaga hati kau yang bergelar Doktor Perubatan
Demi kasih sayang yang terbina sedari lahir lagi
Demi cintakan keluarga yang punya anak seorang yang bergelar Doktor Perubatan

Kerna kau Seorang Doktor Perubatan
Dia boleh mengungkap kata-kata nista dan kesat kepada orang lain
Dia boleh berbuat apa sahaja kehendak dia yang dirasakan baik dan perlu bagi diri dia
Dia boleh menghina manusia sesuka hati sahaja
Dia boleh memaki hamun manusia mengikut nafsu amarah dia sahaja
Dia boleh menghambur fitnah sesedap rasa

Kerna kau Seorang Doktor Perubatan
Dan dia seorang yang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Yang ternama
Hanya hujah dia seorang sahaja yang BENAR
Hanya kata-kata nista dia sahaja yang layak diberikan kepadaku
Kerna aku hanya SEORANG KERANI YANG BEKERJA DI PEJABAT KECIK-KECIK SAHAJA
Tidak berada di Hospital Yang besar-besar dan megah
Mahupun di Sekolah-sekolah untuk menjadi guru atau pemimpin
Mahupun bergambar dengan orang-orang hebat amalnya

Kerna kau Seorang Doktor Perubatan
Dia sahaja yang layak diberikan perhatian
Dia sahaja yang layak dibenarkan kata-katanya walau tidak benar
Dia sahaja yang patut dihormati pandangannya
Dia sahaja yang layak membantah pandangan aku yang hina dina

Kerna kau Seorang Doktor Perubatan
Dia seorang pendidik

Sedang aku
Insan yang hanya bekerja sebagai kerani biasa-biasa saja
Tidak punya apa-apa
Hanya banyak berhutang budi dengan jasa manusia
Yang berhutang dengan Bank kerana kereta
Yang punya beradik yang ramai
Yang banyak menyusahkan keluarga dia dan kau Seorang Doktor Perubatan

Akhirnya....
Aku dengan rasa rendah diri dan hati
Memohon seinfiniti kemaafan dari kalian semua terutama dia pendidik dan kau SEORANG DOKTOR PERUBATAN
Kerna akulah manusia yang paling hina lagi dina dihadapan kalian
Kerna akulah insan yang keras kepala
Kerna akulah hamba yang tak berguna untuk kalian
Kerna akulah wanita yang biasa-biasa sahaja
Tidak kaya dan tidak pula bergaya seperti kalian
Kerna aku hanya belajar biasa-biasa sahaja di Institusi Pengajian Yang tak ternama seperti kalian semua.
MAAFKAN AKU....
MAAFKAN AKU....
MAAFKAN AKU....

Terima kasih tak terhingga kerana aku pernah singgah di hati-hati kalian semua....
TERIMA KASIH....
TERIMA KASIH.....
TERIMA KASIH....



**Aku yakin, Allah tidak akan menghisab manusia mengikut taraf pendidikan dan pekerjaan yang dia ada di dunia ini...**






Thursday, March 4, 2010

Nota Hari Ini



Dari anas bin malik r.a.,ia berkata,kami bertanya," ya rasulullah, kami tidak akan mengamalkan semua kebaikan ( ilmu: sunnah/ amal saleh) dan kami tidak akan mencegah ( dakwah/ amar ma'ruf nahi mun'kar) kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran."maka nabi saw. Bersabda,"tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya,dan cegahlah dari kemungkaran,meskipun kalian belum meninggalkan semuanya."


[ Hr. Thabrani ]

Sunday, February 7, 2010

Thursday, February 4, 2010

Tazkirah


Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "


[Riwayat Bukhari & Muslim]


Friday, November 13, 2009

Hukum Berjabat Tangan Antara Lelaki dan Perempuan Menurut Pandangan Ulama’



Assalamu'alaikum....
Email dari Mr President:

Bismillahirrahmanirrahim…

Berjabat tangan menjadi kebiasaan dalam perhubungan, termasuk diamalkan masyarakat bukan Islam. Ia bagi melahirkan rasa hormat antara satu sama lain, sekali gus merapatkan hubungan kedua-dua pihak.

Berjabat tangan juga menjadi simbol perdamaian selepas berlaku sesuatu perselisihan dan dalam sesuatu urusan.

Kebaikan daripada amalan zahir itu jelas terserlah, kerana mewujudkan persekitaran yang sihat, memupuk perpaduan, semangat kekitaan dan kebersamaan.

Tetapi dalam Islam sejauh mana amalan ini dibenarkan? Apakah ada batasnya dan dilarang berjabat tangan di antara lelaki dan wanita?

Sheikul Azhar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi, dipetik berkata, beliau tidak pernah terbaca hadis atau kisah dalam sirah, Rasulullah pernah berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahramnya.

“Rasulullah tidak pernah sama sekali berjabat tangan de ngan wanita bukan mahram dan inilah yang dipersetujui oleh kebanyakan ulama fiqah.

“Namun, masih ada pendapat yang mengatakan (membolehkan) jika berjabat tangan itu tidak berlandaskan niat yang jahat iaitu semata-mata berjabat tangan dengan hujung jari sahaja secara ikhlas,” katanya.

Beliau sendiri apabila pulang ke kampung halaman, sepupunya yang perempuan di mana sesetengahnya sudah lanjut usia datang menghulur tangan mereka untuk bersalam.

“Kami di kampung-kampung di Mesir, apabila kaum wanita ingin berjabat tangan dengan lelaki, maka mereka melakukannya dengan berlapikkan hujung kain kelubung atau mengalaskan tangan dengan sesuatu.

“Bagaimanapun, saya lebih cenderung kepada pendapat tidak (boleh) berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya kerana tidak ada nas Rasulullah pernah melakukannya,” katanya.

Ketua Mahjlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, berkata berjabat tangan di antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi isu rumit.

Jadi, menurutnya, untuk mendapatkan keputusan mengikut perspektif Islam, ia memerlukan usaha dari segi psikologi, intelektual dan saintifik.

“Jadi, mufti perlu membuang tekanan yang mempengaruhinya dan adat diwarisi, kecuali ia berdasarkan nas dari al-Quran atau sunnah.

“Sebelum mengupas isu ini, saya suka mengenepikan dua perkara yang saya tahu wujud persetujuan di kalangan pakar undang-undang Muslim,” katanya.

Pertama, dilarang berjabat tangan dengan wanita jika khuatir menimbulkan keinginan seksual atau keseronokan atau jika bimbang berlaku godaan.

Kedua, pengecualian dalam berjabat tangan dengan perempuan tua, atas alasan tiada kebimbangan menimbulkan gelora nafsu.

Perkara yang sama diamalkan kepada budak perempuan kerana tiada kekhuatiran akan membangkitkan nafsu atau godaan. Sama juga jika seseorang itu adalah lelaki yang sudah tua.

Ini berdasarkan apa yang diceritakan daripada Abu Bakar as-Sidiq, bahawa beliau berjabat dengan perempuan tua.

Juga dilaporkan, bahawa Abdullah ibnu az-Zubair mengupah wanita tua untuk merawatnya ketika beliau sakit dan wanita itu pura-pura tidak melihat dan membuang kutu daripada kepalanya.

Malah, ini juga berasaskan apa yang dijelaskan dalam al-Quran membabitkan wanita tua yang mandul, diberikan pengecualian.

Allah berfirman, maksudnya:

“Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka, dalam pada itu menjaga kehormatan lebih baik bagi mereka, dan ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (an-Nuur:60)
Justeru, objek perbincangan yang ingin dikongsi bersama al-Qaradwi di sini membabitkan yang luar daripada dua kes berkenaan.

“Berjabat tangan dengan wanita adalah haram menurut pandangan mereka yang berpegang bahawa menutup semua badan wanita, termasuk muka dan dua tangannya adalah wajib.

“Jika memandang kepada mereka adalah haram, menyentuh pun haram kerana sentuhan lebih kuat daripada memandang, ia menimbulkan berahi.

“Tetapi mereka yang menyokong pandangan ini adalah sedikit, sementara majoriti pakar undang-undang Muslim, termasuk Sahabat berpendapat muka dan tangan tidak ter masuk dalam larangan,” katanya.

Pandangan mereka berdasarkan pandangan firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 31, maksudnya:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan atau kanak-kanak…”

Jadi, al-Qaradawi mempersoalkan, di mana nas mengenai larangan berjabat tangan jika ia membangkitkan keinginan nafsu?

Saya mencari nas menyakinkan untuk menyokong la rangan itu tetapi saya tidak menemuinya. Hujah paling kuat di sini ialah bagi menghalang maksud fitnah dan ini tidak syak lagi diterima apabila membangkitkan nafsu atau takut fitnah,” katanya.

Bagi sesetengah ulama, mereka menjadikan tindakan Ra sulullah membiarkan wanita pergi selepas menerima ikrar taat setia pada hari penaklukan Makkah sebagai satu sandaran dalam memutuskan hukum ini.

Mereka berpendapat, Rasulullah meninggalkan sesuatu per kara bukan menunjukkan ia adalah larangan, seperti baginda meninggalkannya kerana haram, makruh atau kerana tidak disukai.

Kemudian mereka mendakwa, Nabi s.a.w menahan diri daripada berjabat tangan dengan wanita (selain isterinya) tidak menjadi nas larangan.

Jadi, menurut mereka, sepatutnya ada hujah lain untuk menyokong pendapat mereka yang mendakwa berjabat ta ngan dilarang sama sekali.

Bagaimanapun, ada pihak yang tidak bersetuju Rasulullah menahan diri daripada berjabat tangan dengan wanita yang berikrar setia itu. Ini kerana Umm Atiyah al-Ansariyyah dilaporkan dalam riwayat lain, menunjukkan Nabi berjabat tangan dengan wanita terbabit.

Ini nyata berbeza dengan hadis diriwayatkan Ummul Muk minin, Aisyah r.a yang menafikan perkara terbabit dan menyatakan akuan ia tidak berlaku.

Dalam kes ini juga ada ulama mengatakan larangan terbabit tidak dapat dibuktikan jika tiada dalil qatie seperti dari nas al-Quran dan hadis sahih.

Malah, jika sekadar mengandaikan hadis itu sahih, ia masih tidak jelas hadis berkenaan menyatakan larangan lelaki dan wanita bukan mahram berjabat tangan.

Bagaimanapun, daripada perbincangan di atas, al-Qaradawi memberikan dua keadaan hukum, iaitu:

“Pertama, berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram hanya diizinkan apabila tiada keinginan nafsu dan kebimbangan fitnah.

“Tetapi jika takut berlaku fitnah, keinginan nafsu dan keseronokan, kemudian berjabat tangan tidak diragui men jadi haram.

“Jika satu daripada dua syarat itu tidak ada (yakni akan menimbulkan keinginan nafsu atau menimbulkan fitnah) di antara seorang lelaki dan mana-mana wanita mahram, seperti ibu saudara dan lain-lain, berjabat tangan menjadi haram (walaupun pada asalnya dibenarkan).

“Kedua, berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram seharusnya terbatas keadaan tertentu, seperti antara hubungan persaudaraan atau mereka yang mempunyai hubungan disebabkan perkahwinan,” katanya.

Apa pandangan anda ?



Thursday, November 12, 2009

تذكيرة هاري اين


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."... Q.S Ali I'mran 200

by rakan JAKSA yg memegang portfolio yang sama di koej kediaman yang lain..

Monday, November 9, 2009

~ Bicara Hatiku ...~

PeRikSa dalam PeRiksa..


Salaam perjuangan dengan penuh kasih sayang...

Ingin saya berkongsi satu kata-kata di sini..

"periksa dalam periksa"

Ia begini, mengikut sahabat yang berkata pada saya tentang ayat ini, di dalam kita menghadapi peperiksaan kita juga diuji.. Dan peperiksaan juga adalan sebahagian daripada ujian.

Pada sabtu yang lalu, saya baru faham tentang kata-kata ini...
Diri ini memang betul-betul teruji...
Dan sampai sekarang saya masih terkenang dengan tindakan yang saya ambil...
bagai tidak percaya..

Alhamdulillah.... Semua selamat...
Alhamdulillah...



Tuesday, October 6, 2009

Di Saat-saat aku kesedihan

Salaam...

Beberapa hari ini, aku terasa kesedihan dan kepiluan hati....
Hingga tak terungkap dengan kata-kata...
Hanya mampu tersedu sendirian...

Tapi, syukur....
Aku punya sahabat yang jauh...
Dia bagai dapat membaca hati ini...
Dia hantarkan kata-kata ini:

" Bahawa Ba'dus Solihin lalu pada sekumpulan orang.
Di situ ada Tabib.
Maka dia berkata; "Wahai Tukang mengubati jasad!
Apakah kau boleh mengubati hati?"
Tabib menjawab; "Boleh, katakan padaku apa penyakitnya?"
Lalu dia berkata; "Dosa telah membuat hati gelap hingga keras dan kering"
Lalu Tabib berkata;"Ubatnya adalah tadhourruk dan Istighfar di tengah malam
dan waktu petang, segera taat pada Allah danmendekatkan diri padaNya.
Itulah ubat hati dan pembalut segala cela.."


Sahabat ini juga mengingatkan aku dengan ayat al-Quran
Surah Fussilat; ayat 30

Ya Allah...
Ampuni dosa-dosa ku..
Kuatkanlah hati ku ini...


** Syukran kathir kepada sahabtku; Bashir, juga kepada adik Raihan dengan mesej ini:

" Ya Allah, jagalah saudaraku di kala penjagaanku tak sampai padanya,
sayangi dia kala rasa sayangku tak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyta,
perhatikan dia kala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja.
Kerana Engkau punya segala yang aku tak punya,
kerana ku ingin dia selau menjadi saudaraku,
di dunia dan harapnya bertemunya di Syurga..
Ameen..."



Saturday, September 5, 2009

Berbuka Puasa Mengikut Sunnah...

oleh : Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Sumber: Buletin Al-Khadeem

Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Antara adab-adab itu ialah:

a. Membaca doa yang thabit daripada Nabi s..a.w.

Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi s.a.w akan membaca: Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala. (Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah)Hadis riwayat Abu Dawud, no: 2010.

Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku.. (Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)” - Hadis riwayat Ibn Majah, no: 1743.

Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” – Hadis riwayat Ibn Majah, hadis no: 1743.

b. Menyegerakan Berbuka Puasa.

Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari. no: 1957.

Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah S.W.T telah berfirman:

“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa.” - Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 636.

c. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.

Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamarpula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran.. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi s.a.w. Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” - Hadis riwayat Imam al-Tirmizi, no: 632.

d. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.

Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solat Maghrib. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 674.

Menurut Imam al-Nawawi r.h di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim, jilid 4, muka surat 208: “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.”

e. Berbuka Puasa Secara Sederhana..

Firman Allah S.W.T:

“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.”

~ Surah al-A’raaf : 31

Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan.. Sabda Nabi s.a.w:

“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” - Hadis riwayat al-Tirmizi no: 2302.

f. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.

Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa. Firman Allah S.W.T:

“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.” -Surah al-Insaan: 8-9.

Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar.. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya. Sabda baginda s.a.w:

“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” - Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735..


" Aku tidak bangga jika kita hanya membaca Al-Quran hingga khatam... Tanpa mentadabbur....

Astaghfirullahal 'azhiim..."

Semoga kita terus maju dan perhebat amalan kita di bulan RAMADHAN....

SELAMAT BERAMAL.....