~::masyiemumtaz::~

masYie's

Tuesday, June 30, 2009

Teruskan perjuangan

MySpace
salaam kasih sayang dan transformasi...

Insya Allah, 6 Julai ni akan bermula semester baru.. iaitu semester 1 sessi 2009/2010..
Semester ni, bertambah tanggungjawb....
Moga dapat menunaikan dengan penuh tanggungjawab, amanah dan ikhlas.. Apa yang penting MARDHATILLAH...

Semoga aku dapat membendung dan mengatasi segala masalah dalam diri sendiri...
Peringatan untuk diriku ni, JAGA KESIHATAN untuk meneruskan perjuangan..

Ada masa beberapa hari ni, aku perlu melunaskan segala taklifan yg belum selesai sebelum masuk sem baru...
masYie!!!!!! Come on...

Aku memohon kepada Allah... agar dikuatkan dan ditabahkan hati...
Semoga istiqamah dalam perjuangan..

**transformasi momentum baru**

Wednesday, June 17, 2009

Ajalku sudah sampai...

Salaam...

Setiap yang hidup pasti akan mati..." Kullu nafsin dzaaiqatul mautt".... Setiap makhluk yg diciptakan olehNYA, pasti akan kembali kepada NYA....

Sebagai makhlukNYA kita tidak tahu cara bagaimana kita diambil nnt.. Bilakah waktunya? Di mana lokasinya? Siapa yg terdahulu dan siapa yg berda di sisi kita di saat sakarul maut itu.. Wallahu a'alam...Bersediakah kita menghadapi MATI??? tepuk dada tanya IMAN....

MySpaceSemunya, hanya Pangeran sahaja yang Tahu.. Smuanya dibawah selia tadbir oleh NYA....Maka sedar lah kita wahai insaan... Kita saling menginati antara satu sama lain...
Lebih2 lagi lani, bumi Malaysia di"panas"kan dngn 1 wabak atau virus yg merbahaya, iaitu; influenza H1N1..Di mana pada hemat diri, ia adalah satu bencana, musibah yang diturunkan oleh ALLAH kpa makhluk.. Boleh juga ia sebagai peringatan dan amaran dari ALLAH akan dosa2 dan maksiat kita terhadap ALLAH.. Bagi insan yang sedar maka sedarkan lah sahabt2 yg masih kealpaan dan kelalaian lagi.. Yang masih tidak ambil pusing tentang isu semasa lani....

....................
......................................................................................................................................................
Hummmm
.. begitula juga alkisahnyer permata aku.... huhuhu.. sdey gak rasa... Semasa aku bergegas untuk menghantar dokumen ke office, tanpa memikirakan keadaan permata aku ni diletakkan dengan sesuainya, sbb xdan nk pakai masa bersiap tu.. so, otw ke office, aku pun tarik dari celahan pin yang dikenakan pada tudung, tetiba tgk, dah tak dak tangkai... huhu.. sedih n terkezut.... Dgn laju nyer p cari kat belakang.. Alhamdulillah.. jumpa... then terus jalan dgn lajunyer ke office,, sbb tkut kna calling2 ag.. x best..

Hmmmm... spjg di office, aku seorang diri... Tu yg agak bosan dan boring.. tambah pening kepla... tambah pula, permata dah tak dak.. maka sakit la kepala itu... Sbb hr ni depa semua p meeting... Nak katanyer di sini, itulah ajal permata aku.. sampai 17 Jun 2009 sahaja... huhu...ni nk kna wat alasan kukuh untuk mengahdapi nsegala kata2 emak nnt... nak balik kg ni.. sure emak tanye...
huhu... tapi mmg aku agak macam xkeruan sket bila tak dak permata ni... rs kehilangnnya... ni nak p jauh, tkut jd pape lak.. Mudah2an Allah melindungi aku... Aku terasa n insaf, agar ingat akan kematian.. sesungguhnya, kematian itu pasti.. hanya kitra x tahu bila,di mana dan bagaimana sahaja...


**Transformasi keinsafan dan tazkirah kematian...**



permataku yg patah... huhu.

Monday, June 15, 2009

Pengalaman berharga..=)=)

Assalamu'alaikum...& salam sejahtera..

Humm.. lama gak kan x update blog ni..huhu.. Actually xdak masa sgt pada tarikh 8 Jun-14 Jun.. Hmm.. macam2 perkara yg berlaku..ni nk kongsi pengalaman.. Sepanjang tarikh tersebut, byk pengajaran yang diperolehi.. Di saat kawan2 dan sahabat ada yg sedang bercuti, saya bercuti di office kolej kediaman saya.. hehe..
Ia bermula di sini... Jeng3..

8Jun : Hari ni second intake of tamhidi's student mendaftar. So, saya digegaskan untuk membantu dalam urusan ini. pagi2 tu, dah kna p office. Jalan kaki jer. hihi..Erm, macam kerja lak ek. tapi pagi2 tak dak la pilak orang nk mai mendaftar..Yg ramainyer dalam lingkungn jam 10-11 pagi camtu.. Bila dah sampai petang, saya pun mengira bilangan yg mendaftar, maka dapat lak 41 orang.. Tugas saya, perlu menyerahkan kunci, membantu pelajar ke bilik dan merekod jika ada kerosakan kunci,then lapor kepada En. Azqar.. hehe.. Gitu gini gitu gini, maka saya balik dalam lingkungn jam 7petang.. Fuh.. Letih ya amat.. Pengalaman hari ni, saya dapat tahu bagaimana sistem di ISUM ni bergerak.. Dari sudut organisasi, pentadbirannya sehinggalah pelaksaan dan laporan..Ohh.. camtu rupanyer...

9Jun : Hari ni, cadang xmau p office.. Sebab rasanyer tak dak mende nk wat kat office tu.. So, lewat2 pagi2 lagi dah on laptop. Ziarah blog sahabat2.. Tengok checklist sbg salah satu panitia untuk satu progrm ni...Then plan untuk kesikan2 hari.. Tetiba, dapat panggilan office. Depa suh mai office. Maka dengan segeranya, bersiap dan bergegas ke office. on call2.. hihi.. macam doktor la pulak.. Mai2, menghadap PPA. Then dapat la reja. Suh type rekod kualiti.. Hmm... and macam2 benda la kat office.. Humm. macam bekerja la lak... huhu... Hari ni pun balik mcm semalam gak. Balik ngn cik dayah. Cik dayah hntaq sampai pagaq. Alhamdulillah.. terima kasih le cik dayah..=) =)..
Pengalaman hari ni lak, bgmn sistem2 di ISUM ni bergerak. dengan Unit It nye, Unit Pembangunan nye, HEP nya n macam la.... Fuh... sistem memang
taj bercakap la.. hihihi..

10Jun : Semalam letih
sangat.. Sebab kna pnjat beberapa tingkat, sbb ada kes kunci rosak. So kna check la... Fuh.. dahsyat.. hari ni cik dayah n kak siti ajak p Nilai 3. Ajak makan. Depa belanja. Tapi memang 2 hari sebelumnya pun depa belanja.. Depa ajak p RTC. Hmm. xberminat sgt ngn restoran ni.. huhu.. tapi senyap je la.. dah org nk belanja.. Bersyukurlah... Then, depa ajak p kedai buah.. So, depa bli buah jambu n makan kat office.... Sampai2 ja, dapat reja baru ag... Student kata unit dia xdak ayaq. So, p la tgk n check.. Then, En azqar pun ajar la cam ne nk wat bila berlaku kes cam ni.. Satu ilmu tu.. hihi..=)=).. Humm. hari ni bertekad nk balik awal.. Tapi tak dapt gak.. Sebab ada fogging kat kolej dan kawasan berhampiran.so, kna la tunggu..Nak maghrib juga balik tu.. Dalam perjalanan tu, terjumpa la sahabat.. Then, bincang pasai program untuk imarah surau... saya sebagi pembantu.. Ma syaa Allah.. Ana xdapat sngt nk commit dgn tgsn ni.. Hari ni gak perlu selesaikan segala urusan, sbb esok plan nk p UM, ada meeting... malam nya, sediakan checlist untuk meeting sok. hehe..

11Jun : Seperti dalam plan, saya ada meeting di UM jam 10 pagi.. Kali ni, saya p ngn ukhti Khadijah. So, saya kna naik train KTM ke Bandar
Tasik Selatan.. Sewal jam 8 saya dah bertolak.. MasyaaAllh, train perjalanan train lak tergendala. So, up dalam sejam.. Risau ni.. Takut tak tepati masa.. Kerna tu prinsip ku, Klu leh jgn langgar janji masa yg kita persetujui.. Alhamdulillah Sapai kat BTS jam 9.30. Then, call Ukhti dijah.. Ayah dia amik, go through to UM. Sat ja upernyer.. Dlm 15-20 minit camtu. Hihihi.. xsempat rekod masa lak.. Then, meeting pun start. Tp lewat sket kali ni, sbb ada sahabt yg ada msyqqah tersendiri.. Program dah smkin hmpir.. Berdebar ni.. Hari ni, abih meetring sedikit awal daripada biasa ..Alhamdulillah..=)=).... balik, saya tumpang ukhti afifah. so, naik train dari stesen UKM... Lapaq gak ni... Then, terus ke office, sbb masa meeting tu, ada beberapa panggilan dari office. Sedangkan semlam sudah dimaklumkan bahawa saya tak ada pagi ni..Tapi tak pa la, tu tandanya, mereka caring terhadap saya.. dah nm Penyelia, sure la kna selia ank buahnyer.. (uppssss.. saya bukan pekerja..hhihihihi)..

12Jun : Hari ni agak busy gak la kat office tu.. Tpai disebabkan hari ni hari Jumaat, kami kna tutup office awal untuk rehat tgh hari tu,,. jam 12 tgh hari. Tapi kami rehat 12.30 tgh hari.. hmmm. actually, hari saya perlu beli barang untuk progrm yg terdekat. So, Kak Siti(Pembantu Penyelia Pengurusan Asrama) dengan rela hati nya nk hantar dan temankan saya ke Nilai 3.. beli barang.. Sy minta Junior saya ; Bahiyah untuk temankan. Terima kasih dik , sbb bantu akak... Hy Allh sahaja yg dapat memberi ganjaran kepada adik.. Moga Allah permudahkan segala urusan adik.. Terima kasih bebanyak gak kpd kak Siti, sbb sudi membantu saya.. Saya tak mmpu nk kata apa lagi, hy mmpu jutaan terima kasih..=)=).. Alhamdulillah, segala taklifan untuk progrm, selesai dilaksanakan.. tinggal taklifan semasa progrm.. Esok dan Ahad..

13&14 Jun: Program saya berlangsung.. Tak tidoq malam saya dibuatnyer... Sbb sebagai ajk keselamatan muslimat.. Even pengarah kata, "tak pa, muslimat tidoq la,,". Dalam hati rasa bersalah pula jika tidoq ni.. Alhamdulillah muslimat selamat... Muslimin?? humm.. selamatttttttttttt.(."jgn marah ek ahki farhan..".). Nak katanyer, program utama yg bergerak kerja selama dua minggu, tetapi hasil yg cukup saya rasa cukup bagus, itu menunjukkan satu ketua/ pengarah yg sgt mantop.. Bagaimana ia dapat dilaksanakan? Ini semua atas dasar 1 akidah, 1 ukhwah yg mantap... Untuk program ni, inya Allh ada ceritanya nnt.. tunggu...........
syukran kathir kepada semua panitia yg telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.
Semoga kita semua istiqamah dalam perjuangan bukan setakat laungan takbir yang mampat!.. ALAHU AKBAR!!!

** Transsformasi mometum yang befikiran terbuka dan intelek..

SALAAM KEMAAFAN...

Salaam,,, saya minta maaf byk kerana blog ini hanya dapat dibaca dengan baik sekiranya menggunakan firefox. Sesiapa yang menggunakan internet explorer,akan berlaku ketidak fahaman simbol2 yang saya sendiri pun tak dapat memahami..juga mungkin radio tidak dapat berfungsi... hari ini saya baru terperasan masalah ini. Kerana laptop sahabat ini tiada firefox. hhuhuhu.. maaf yer.. Dunia kini semakin canggih.. Internet explore pun ada beza ngn firefox. hehehe.. Ini berlaku kerna, dengan penglaman sy di ISUM ni, bila nk wat kertas kerja, ia perlu dimasukkan di dalam siste. Dan sistem itu hy boleh dicapai hy dengan menggunakan firefox.. hehehe.. ntah pape ntah kan...

Terima kasih kerana mengunjungi blog saya yang tak seberapa ini..
Saya baru melangkah ke dunia maya ini.. Sila tunjuk ajar... Mungkin ada sahabat2 yg boleh bantu saya.. Saya boleh dihubungi melalui emel: maskokus_06@yahoo.com

sekian, salaam maaf dan terima kasih..

Tuesday, June 9, 2009

Berhati-hati lah....(^-^)


Assalamu’alaikum….salam kasih sayang ditujukan kpada pengunjug yang sudi singgah di laman maya saya.

Entry kali ni, saya nak share tentang makanan. Di era tang agak maju ini, kita banyak disediakan dengan pelbagai macam kemudahan yang terkadang tak terfikir dek akal kita sendiri. Sebagai muslim, saya nak berkonhsi satu info di mana bagi saya ia amat berguna terutama dalam pembelian makanan segera ni…

Al maklum la, lani, ntah berapa banyak jenis makanan yang di“segerakan”. Misalnya, ‘porridge’ untuk kanak2, bihun. Mee, dan sebagainya… tak mampu nak tulis kat sni.(huhuh)

Hmm.. yang ana nk tekankan di sini, bila kita hendak membeli contohnya, gula2 ka, coklat ka( x kira la coklat putih,strawberi ka atau segal jenis macam coklat la yang wujud), makanan ringan ka( tapi berat kalori nya), atau perisa air minuman (contohnya; perisa laici, oren, anggur), kita perlu ambil lihtimam perkara berikut.

1) Pastikan ada cop HALAL yang diluluskan oleh JAKIM. (tapi terkadang ada syarikat yang guna cop yang pirate-check betul2)

- boleh check dengan JAKIM melalui SMS, internet dengan menghantar bar kod yang terdapat pada bungkusan / label

2) Tengok pada bahan makanan yang digunakan dalam jenis makanan atau minuman. Terkadang juga, ada bahan makanan yang mempunyai kod bahan makanan yang tidak halal. Di bawah adalah kod makanan yang HARAM:

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E473, E474, E475, E476, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.

3) Lihat pada tarikh luput padabungkusan makanan tersebut.

Di situ terdapat dua tarikh. Ada syarikat meletakkan tarikh pengeluaran barang tersebut. Dan ada juga syarikat yang meletakkan tarikh luput, makna katanya, due date. Makanan ni boleh diguna sampai bila.

4) Jika kod bahan makanan yang digunakan tiada masalah, kita perlu juga tengok makanan ni dikeluarkan oleh siapa. Syarikat boikot ka? Jika boleh, kita elakkan daripada membeli barangan boikot. Selamat saudara seagama dengan kita.

Jika kita nak beli makanan yang dijual dipasar2 ka atau pasaraya ke atau warung2 ke juga restoran2.. Ni pesanan dari ibu saya, baca dulu ayat ni:
وَإِن كَانَ حَرَامًا فَاٌطَّهَّر’واٌ
** Transformasi mencari keberkatan hati,jiwa & hayah..=)
selamat beramal...(",)

KeKAyaAn HaTi...(^-^)

Bahgialah yang miliki kekayaan hati budi,
Kerna Allah bersamamu wahai para muttaqin,
Bahgialah yang miliki kekayaan hati budi,
Kerna Allah bersamamu wahai para mukhlisin.

Miliki hati pemurah,
Yang mampu menahan marah,
Memberi maaf dengan mudahnya mudahnya,
Miliki hati pengasih,
Walau diri kan tersisih,
Memberi kasih tanpa memilih memilih.

Hati itu bagai ladang,
Tempat bercucuk tanam,
Hati itu bagai kolam,
Tenang nyamannya......

Cari kekayaannya,
Dalam uzlah yang lama,
Dimalam yang sempurna,
Bermunajat pada-Nya


Pengabdian yang hakiki,
Lewat zikir amali,
Dibasahi disirami,
Dengan Rahmat Ilahi.


** lagu memberi satu semangat kembali..

alhamdulillah..=)

Monday, June 8, 2009

Kembali

Salaam kasih sayang…

Hmm… hari ni aku bergegas pulang ke kolej kediaman aku. Agak letih rasenya. Dengan menaiki train dari Sg Buloh ke Batang Benar. Aku seorang diri. Sempat juga terlentok dalam train.

Hmm.. tak tahula, balik aku ke kolej kali ini.. terlalu sayu. Hati ni begitu sayu. Mungkin tak dapat nak tunaikan segala hajt adik2ku kat umah tuh, anak2 penakan aku yang duk kat umah tu juga emak abah.. mereka terlalu mengharapkan aku pulang dengan cuti yang lama.. setiap kali depa duk tanye aku, cuti sampai bila? Aku rasa tak sampai hati nak gtau… Payah rasa nak jawab satu soalan ni. Hati ku menagis….

Sesampainya di kolej, rasa sunyi pulak.. sebab tak ramai yang duk kat kolej aku ni.. bertambah lah rasa sayu di hati nie.. huhu =( =(=(

Pulak dah, sampai kat umah sahabat ni, dia tak dak lak. Hmm. Masuk la umah setelah minta izin(SMS jer) then solat zohor. Usai solat, aku pun berehat sat. Then, on laptop. Online news. Check email… after few minutes, sahabat aku pun balik. Tapi hati ni still sayu.. Hati ni menangis…

Sambil ziarah2 blog sahabat2, aku terlena.

Bagun tuh, rasa sayu dan sepi masa kurasakan… ntah mengapa.. tak tahu… mencari kekuatan. Muhasabah diri sat. tak muncul2 transformer itu.

Aku melangkah ke surau kolej dengan hati sayu. Aku kuatkan diri dan jiwa untuk menghadapi segalnya. Redah. Alhamdulillah, kat surau ramai juga. Sahabatku Muazzah wat aktiviti ala-persidangan. Dengan tajuk: “ FAKTOR YG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN MAHAISWA” options:

1) attitude

2) academics

3) environment

4) soft skills

Alhamdulillah adikss ni beri respons yang baik. Meriah la dengan hujahss adikss ni. Mantop r kalian semua..

Tapi hati tetap rasa sayu…

Ya Allah, ya Tuhanku.. kuatkanlah hati hamba Mu ni.. tabahkan lah dia..

(^-^)