~::masyiemumtaz::~

masYie's

Tuesday, November 8, 2011

Sekali Lagi...

Assalamu'alaikum...

Apa khabar kalian?
Harap sihat sejahtera hendaknya dari aspek ruhani juga jasmani...


Tanggal 8/11/2011... Sekali lagi ditakdirkan Allah aku berpisah dengan "kekasih"ku... Norhanah Jaffar.

Beliau yang kukenali sedari Tingkatan 1 di dalam satu kelas 1 Amanah. Duduk bersebelahan dari Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 5.

Kemudian kami berpisah selama 5 tahun iaitu setahun semasa sama-sama menjalani Matrikulasi dan 4 tahun untuk Ijazah dalam bidang sama iaitu Perakaunan..
Dia di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan aku di Kolej Mara Kuala Nerang.
Seterusnya dia Di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah dan aku di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai Negeri Sembilan.

Bila satu sem kami perlu menjalani praktikal, kami memilih di area yang sama. Maka kami ditemukan semula dengan duduk sebilik selama lebih kurang 11 bulan. Di situlah tempat imbasan, timba pengalaman baru dan perkongsian segala2nya...
Sehinggalah pada hari ni 8/11/11 secara official kami ditakdirkan untuk menambah jarak jauh antara kami berdua.[huhu]

Dia berada di Shah Alam.
aku berada di KL metropolitan.

Aku cuba sesuaikan diri dengan kehidupan sebagai Alone Ranger di KL metropolitan ini...

Semoga tabah.. kuat.. dan sabar..

Semoga ketemu lagi....


Aku sayang kau Hana.....