~::masyiemumtaz::~

masYie's

Thursday, July 22, 2010

Sentuhan Tarbawi Dari Iman An Nawawi

Salaam to all..

Berkata Imam Abi Zakariya Yahya bin Syarafuddin An Nawawi Ad Dimasyqi ( 631-676H) :

اعلم أن فضيلة الذكر غير منحصرة في التسبيح والتهليل والتحميد والتكبير ونحوها بل كل عامل لله تعالى بطاعة فهو ذاكر لله
( الأذكار )

" Ketahuilah bahawasanya kelebihan zikir itu tidak terbatas pada tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan yang seumpamanya ( dari lafaz-lafaz zikir ). Bahkan setiap orang yang beramal dengan ketaatan kerana Allah Ta'ala maka ianya (dianggap) seorang yang berzikir ( iaitu mengingati Allah Ta'ala )."

( Dinuqil dari Kitab Al Azkaar )

Oleh kerana itulah Abi sering menyebut bahawa zikir merangkumi :

1. Talaffuz iaitu lafaz-lafaz khusus seperti tasbih, tahlil, tahmid dan seumpamanya
2. Do'a terutama yang warid dari Al Quran dan Al Hadith
3. Solat samaada yang fardhu atau yang sunnat
4. Adab-adab yang diamalkan berdasarkan waktu seperti adab tidor dan seumpamanya
5. Tilawah Al Quran
6. Hadir dalam majlis dan halaqah ilmu
7. Melaksanakan ketaatan dan meninggalkan maksiat

Maka..warnailah hidup kita dengan ZIKIR demi kebersamaan kita dengan Allah Azza wa Jalla..

Monday, July 19, 2010

FANTASI vs REALITI


Fantasi...
Dunia hari ini begitu fantasi
Bagi umat ISLAM
Tanpa kita sedar
Dunia hari ni
Telah banyak mematikan minda kita
Dari berfikir dan cakna
Tentang isu Ummah


Segelintir insan lalai dengan dunia mereka sendiri
Segelintir yang lain punya hamasah berkobar2
Sebahagian yang lain tidak punya perasaan

SEDANGKAN...
REALITInya hari ni,
Musuh kita di sana

Kuat merancang
kuat berge
rak..
Agar ISLAM musnah..
Na'uzubillah...

Anologinya;

Masa kini,
Musuh ISLAM merealitikan apa yang termaktub di dalam KITAB
Tetapi..
Muslim dan mukmin???
Men"Fantasi"kan ciri keizzahan dan keagungan itu..

Jika hari ni,
Kita melangkah dengan gagah,
Maka
berilah peringatan dan taujihat kepada sahabat2 kita yang terlalai
Jika hari ni,

Kita kelekaan,
Maka kembalilah kepada matlamat asal kita dijadikan..


Sama-sama kita berdoa..
Sama-sam kita fikir-fikrkan..
Sama-sama kita gerak!


Allahu Ta'ala A'alam..




Thursday, July 15, 2010

"Muslimah bil fesyen"


Salamto all.. Kali ni saya ingin kongsikan nukialn dari sumber ;
riafariana/voa-islam.com

Saat ini banyak sungguh Muslimah yang kononnya sudah menutup aurat (bertudung). Di satu sisi, senang seklai kerana itu ertinya syariat Islam sudah dapat diterima oleh masyarakat Malaysia mahupun Indonesia. Tudung dan jilbab menjadi pemandangan umum dan tidak lagi dipandang aneh seperti yang terjadi puluhan tahun lalu. Namun di sisi lain, ada banyak pemandangan yang tidak sedap berkaitan denagn fenomena Muslimah berjilbab ini.

Namun sesetengah berpakaian termasuk bertudung tetapi telanjang. Rasulullah pernah ‘meramalkan’ akan datangnya zaman ini. Maksudnya apa? Mereka berpakaian tetapi seleuruh lekuk liku tubuh si pemakainya terlihat semua. Mulai daripada celana yang ketat sehingga membentuk (maaf) ’underwear’ (seluar dalam) hingga blaus yang transparent yang jelas-jelas menunjukkan ukuran bra (coli) seseorang. Parahnya, di atas kepala menutup rambutnya ada sehelai kain yang dililitkan ke leher sehingga seringkali kalung dan anting-anting terlihat.

Sedih tentunya melihat pemandangan seperti di atas itu. Macam mana ini, apabila fungsi pakaian yang seharusnya adalah menutupi malah digunakan sebaliknya. Tudung yang sebenarnya menjadi pengenalan seorang Muslimah, disalahgunakan pada potongan yang jelas-jelas malah bertentangan dengan definisi menutup auirat itu sendiri. Tak jarang ornag mencebek tentang ini kerana salah faham tentang fenomena Muslimah berjilbab. Padahal jelas-jelas, mereka sangat jauh daripada definisi berjilbab yang dimaksudkan oleh Islam.

Jangan terpengaruh apabila kamu mendapati ada teman Muslimah kamu yang berpakaian seperti ini. Mereka itu ternyata belum tahu bagaiman seharusnya seorang Muslimah berpakaian. Mereka ini hanyalah korban ikut-ikutan fesyen yang sekarang lagi dipraktikan banyak selebriti tanah air. Disebabkan hebahan besar-besaran media yang terus menerus, akhirnya gaya berpakaian asal para selebriti itu lengkap dengan tudungnya dijadika ikut-ikutan oleh masyarakat kita.

Wahai golongan muda Muslimah, semoga kamu bukan menjadi sebahagian daripada mereka yang ikut-ikutan itu. Di mana-mana yang namanya korban ikut-ikutan pasti tidak menyenangkan. Lebih baik kamu menjadi pelopor di tengah-tengah temanmu dengan tampil berbeza. Bagaiman? Pakailah pakaian Muslimah yang ikut syariat atau yang sesuai denagn pa yang dikehendaki oileh Islam. Cuba kamu buka al-Quran surat Al Ahzab 59 dan An Nur 31. Di sana ada, perintah daripada Allah tentang bagaimana seharusnya Muslimah menutup aurat.

Surah Al Ahzab ayat 59 bernaksud: “Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seleuruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu.”

Surah An Nuur ayat 31 bermaksud: “Dan katakana kepada perempuan-perempuan mukmin. Hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina).”

Sedikit tentang kedua-dua ayat di atas iaitu perintah Quran sebgai firman Allah agar para Muslimah itu menutup aurat dengan tudung dan jilbab. Tudung adalah kain yang menutupi rambut, leher dan menjulur hingga ke dada untuk menutupi ‘perhiasan alami’ kita.

Sedangkan jilbab adalah baju yang longgar tanpa potongan di tengah-tengah, menjulur hingga mata kakai dan sebagai baju luar menutup baju dalam yang biasa dipakai ketika di dalan rumah. Kalau kamu ragu, semaklah dalam kamus bahasa Arab yang autoriti agar kamu dapat ketahui dan percaya definisi jilbab.

Oleh itu wahai Muslimah, berpakailah sebagaimana seharusnya seorang perempuan Muslim itu berpakaian. Tak usah aneh-aneh ikut-ikutan, tetapi kamu yang berpakaian sebenarnya bertelanjang.

Nah, mudah-mudahansedikit penjelasan ini membuat kamu makin faham tentang definisi tudung dan jilbab. Juga faham bagaimana selayaknya Muslimah itu berpakaian yang layak menurut Al Quran, bukan semahunya sendiri ikut-ikutan selebriti. Jangan sampai kamu turut ambil bahagian menjadi perempuan yang berpakaian tapi telanjang. Eh, na’uzubillah….

Setuju bukan? Muslimah solehah yang cerdas pasti tidak menolak hakikat ini. Pasti itu. Siap sedialah berubah. Selamat Berjaya!



Wednesday, July 14, 2010

"CUTI 2 Minggu"


Assalamu'alaikum..
Apa habaq smua?
Moga IMAN dan JASAD dalam keadaan baik dan luar biasa..
ALHAMDULILLAH.... ALLAHU AKBAR!

zass.. zas...
Lama tak update blog ni..
Fuhh.. agak bersawang...

CUTI semseter yang berbaki...
Dihabiskan di rumah yang indah..
[2 minggu ja]
Alhamdulilah..

27 Jun...
Kisah terharu...
Aku pulang diiringi dengan titisan airmata ibu yang dicintai..
YA ALLAH.. bersalahnya diri...
Lama sangat ke tak balik rumah???
[hohoho]
"mas, anak emak balik....rindu sangat..."
..............

2-4 Julai..
berprogram di Sekolah Menengah Tengku Idris Shah{SMKTIS}
Bersama adik2 dari dalangn Form1-5..
Mereka anak2 asnaf....
Kami berpadu tenaga bersama;
[Abg Fauzan, Bro Shake, Amin, mayitah az zahrah, Atiq n Hidayah]
Penuh seribu satu pengalaman dan perasaan..
.......................
Terlalu dan sangat2 letih...
Alhamdulillah semua OK...
[senyum... senyum... senyum..]

Terima kasih kepada semua yg terlibat..


Selepas itu...
Aku menghabiskan saki baki cuti di rumah..
dengan program2 kat kampung ni pula..
Jasad aku di rumah,
Tapi menjalin informasi alam maya dengan rakan2 di kampus dan kolej..
Heh..ntah pape ntah..


Sehinggalah..
pada 8 Julai..
Dialog ini berlaku;
"Emak. mas nak balik kampus hari ni boleh tak?"
"Takpun esok[jumaat]?"
"Hah?? jangan nk mengarut..."
Emak membilang dengan jari..
1,2, 3, .... dan seterusnya..14..
"klu hari ni tak cukup 14hari lagi ni.."
"tak boleh!(2x)"
"Janji hari tu 2minggu kan?"
"BAlik hari ahad nanti"

UPss..
Tak sangka emak sungguh berkira dengan hari cam tu...
OH MY GOD...

Ahad..11 Julai..
Pulang ke kolej..
Ada satu incident yg berlaku semasa perjalanan pulang....
UJIAN....
Alhamdulilah.. ALLAHUAKBAR!


p/s: Aku perlu bersemanagt dlam segala hal.. Biarpun ada halangan yang melintang pukangkan... Percayalah.. pasti ada penyelesaiannya...
Aku juga perlu berhati2 dengan hati...
Agar ia tidak terjatuh lalu terhumban..
Aku perlu yakin dengan setiap tindakan yang diambil...
** kerap2lah balikrumah.... **
HEHE..

Sekian...
.....