Showing posts with label fikir2. Show all posts
Showing posts with label fikir2. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

#oh Malaysiaku#Ba Alif Ngang

Assalamu'alaikum...

Kisah Malaysiaku#Ba Alif Ngang.

Harga gula mahal, dinasihat kurangkan gula. Harga ikan mahal, dinasihat jangan makan ikan. Harga ayam mahal, dinasihat jangan makan ayam. Harga daging mahal, dinasihat jangan makan daging.

Harga kereta mahal, dinasihat naik bas. Harga tiket bas mahal, dinasihat tak payah balik raya.

--Quoted by: Akhi Hasbie Muda (Senior since KMKN)

-----

Sewaktu selepas PRU13, hangat isu-isu berbangkit..

Maka wujudlah statement yang kurang akal dari insan2 yang ternama di Malaysia ini.

"Kalau tak setuju dengan undang-undang Malaysia, Boleh duduk Hutan.."

"saya tak kan beri bantuan kepada kawasan parti saya yang kalah..."

-------

Nih... Apa punya kelas minda ni? Nak bagi rakyat bawahan terus mandom? Yang Kaya Terus-terusan Kaya.. Yang Miskin Terus-terusan Miskin... Rakyat hanya boleh "LISTEN.. LISTEN... LISTEN.. LISTEN.. LISTEN... LISTEN.. LISTEN... LISTEN... LISTEN... LISTEN..."

Macam tuh ka???

Di mana slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"????

#Ba Alif Ngang!

Bangkitlah anak muda... Di mana suara yang hebat kamu itu? Nak biarkan yang terbiar itu terus2an terbiar kah? Atau terkena pada diri sendiri? Baru nak ikut bangkit? Masa tuh orang dah MAJU dan LAJU ke hadapan.... Dengan CAKNA isu smasa, kita lah yang menentukan sama ada  MALAYSIA ini Cemerlang, Gemilang, Terbilang  ATAU Temberamg..

Fikir.. Bertindaklah

-----
 

Saja bubuh.. Sekadar pemanas otak.. Agar Terus momentum di Bulan Ramadhan untuk Kebaikan...
 



 



 

Wednesday, February 6, 2013

Lidah


Assalamu'alaikum....

Allahumma Solli 'ala Muhammad...


Lidah itu tidak bertulang
Tu sebab boleh kata apa-apa jer
Baik buruk
Boleh jer

Kita orang Islam yang berIMAN
Mestilah tahu adab bila berkata-kata
Mana yang boleh
Mana yang tak boleh
Jangan dok sedap mulut jer ya

Lidah tidak bergulung
Sebab apa???
Kadang-kadang bila berjanji
Pada ramai orang
Selepas tuh tak ingat
Perghhh....
Menyirap tak?
Relax je la

Lidah manusia kat dunia ni tidak akan bergulung
Cakap la banyak mana pon
Janjilah banyak mana pon
Kalau tak jaga
See at akhirat court lah

Nda pepatah kata "lidang bercabang"
Tu cam na pulak?
Ayoyo....
Ni jenis orang yang cakap macam hampeh ja
Dia cakap ikut sedap kebaikan dan kebahagiaan dia ja

Sebagai contoh;
Si A tak suka si B ganggu tunangan orang
Then, bila si B ni buat, si A maki hamun tak tentu hala
Padahal si A pon buat lagi teruk
Tu memang kejam
Jahat lidahnya
Memang biadap!
Tak reti segan langsung!

Ada jugak orang kata "CAKAP TAK SERUPA BIKIN"
Itu pon dari lidah jugak
Sesungguhnya Kabura Maqtan 'indaLLAH..

 
Dia cakap apa yang dia tak buat
Dan tak buat apa yang dia cakap

Apa punya hati manusia macam ni
Fikirlah.

.................

##SAVE MALAYSIA 112!!!!##
 Ini kalilah UBAH.....




Tuesday, April 26, 2011

Bila a.K.u kelu

BILA a.K.u.

Mulut terkunci...
Tiada ungkapan lagi
Terus menerus diasak soalan
Melihat dari sudut hati

Hati menjadi kelu...
Tidak mengerti apa langkahnya
Bak diterjah dek pedang yang tajam
Bagai ditusuk sembilu bisa
Harus bagaimana lagi
Perlu difikirkan

Fikiran terus buntu
Betul atau Salah?
Perlu atau tidak?
Kehendak dan Tuntutan
Diri sendiri dan orang lain
Terus merintih

Air mata deras mengalir
Mengikut jejak hati
Tidak keruan
Tanpa bicara
Menuju keSABARan, keKUATan & keTABAHan

Moga air mata ini
Menghilangkan rasa keresahan
Menguraikan yang berselirat
Memberi kegembiraan yang didambakan

Doaku;
Ya ALLAH...
Ujian ini hakMu
Kau Tabahkan hati ini
Sabarkan aku dalam setiap tindakanku
Kuatkan jiwaku ini
Tetapkan hati
SesungguhNYA, Aku hamba kerdil
Memohon perlindunganMu
YA ALLAH

Redhakan aku dalam setiap perkara
Bantulah aku
Berilah ketenangan hati dan jiwa
Agar nafsu syaitan tidak merajai jiwaku
Moga akalku tidak terlalu dangkal..

Ya Allah...

...........





Sunday, August 15, 2010

....Pilihan...


Salaam to all...

Alhamdulillah...
Minggu ini hatiku berbunga kegembiraan
lantas bersyukur
atas nikmat2 yang dikurnia Illahi..

Syukur atas bertemunya ku dengan kekasih lama..
yang dicintai dan dirindui
RAMADHAN....

Selain itu,
Menerima tawaran untuk praktikal
di dua tempat
Area Kuala Lumpur..

Keliru..
Perlu bertemu pada Sang Pencipta,
Disamping berusaha...
Tanya pendapat KP...

Ya Allah..
Bantulah HambaMu ini..
Moga yang terbaik untukku..
Untuk agama..
Keluarga
Dan juga Ummah...
Amiin..


Thursday, July 22, 2010

Sentuhan Tarbawi Dari Iman An Nawawi

Salaam to all..

Berkata Imam Abi Zakariya Yahya bin Syarafuddin An Nawawi Ad Dimasyqi ( 631-676H) :

اعلم أن فضيلة الذكر غير منحصرة في التسبيح والتهليل والتحميد والتكبير ونحوها بل كل عامل لله تعالى بطاعة فهو ذاكر لله
( الأذكار )

" Ketahuilah bahawasanya kelebihan zikir itu tidak terbatas pada tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan yang seumpamanya ( dari lafaz-lafaz zikir ). Bahkan setiap orang yang beramal dengan ketaatan kerana Allah Ta'ala maka ianya (dianggap) seorang yang berzikir ( iaitu mengingati Allah Ta'ala )."

( Dinuqil dari Kitab Al Azkaar )

Oleh kerana itulah Abi sering menyebut bahawa zikir merangkumi :

1. Talaffuz iaitu lafaz-lafaz khusus seperti tasbih, tahlil, tahmid dan seumpamanya
2. Do'a terutama yang warid dari Al Quran dan Al Hadith
3. Solat samaada yang fardhu atau yang sunnat
4. Adab-adab yang diamalkan berdasarkan waktu seperti adab tidor dan seumpamanya
5. Tilawah Al Quran
6. Hadir dalam majlis dan halaqah ilmu
7. Melaksanakan ketaatan dan meninggalkan maksiat

Maka..warnailah hidup kita dengan ZIKIR demi kebersamaan kita dengan Allah Azza wa Jalla..

Thursday, May 20, 2010

Mai Gerak...


Salaam to all...

Kawan2, sahabat...
Susun langkah kita,
Atur strategi bersama...
Mai kita gerak sama2...
Banyak yang perlu diselesaikan ni..
Jangan lupa pergatungan diri kepada Allah...
Insya Allah...
kita akan mampu melakukannya dengan berjaya..
Jaga amal kita..
Jaga amarah kita...
Sntiasalah lazimi lidah kita dengan berZIKIR...
Sekalipun ketika melatah..

"SesungguhNYa, Kita merancang Alah jua merancang,
Dan perancangan Allah itu adalah SeBAIK2 Perancangan.."


P/S: entri ini banyak ditujukan kepada diri sendiri...




Wednesday, May 12, 2010

Ku Pasrah


Salaam to all..

Saat demi Saat
Aku lalui dengan penuh debaran dan liku
Tanpa siapa tahu hati ni
Luka duka suka atau bahagia..

minit demi minit terus pergi
Aku langkah kan kaki ini
terkadang tanpa fokus tujuan
Terkadang tersadung dek bendul yang mungkin tidak terlihat
Siapa tahu hati ini?

Jam demi jam terus berlalu
Aku gagahkan hati dan langkah
Mencari pencerahan bagi setiap apa yang kabur
Mencari penjelasan apa yang keliru
Semakin dicari semakin tidak tahu apa
Apakah????

Hari demi hari ke berlari
Melangkah dengan gaya tersendiri
Perlukah aku khabarkan kepada mereka?
Ya Allah...
Pilu hati ini bila mengenangkan...
relakan aku terkorban?
mampukah aku?

Ya Allah...
Redhakanlah aku dengan pinjaman nikmatMu di dunia ini
Rahmatilah kami agar sentiasa dibawah payung RAHMATMu ya Allah..
Kau tabahkanlah hati ni,
Kuatkanlah ia..
Agar jalanan yang dipilih itu
BUKAn datang dari nafsuku semata..
Aku rela dimarahi manusia
berbanding dimurkai ya Allah..
Kerna aku takut dengan kemurkaan MU..

ya Allah..
Aku serahkan segalaNYA padaMu ya Allah..
Aku pasrah..

Amiin...



Sunday, February 14, 2010

Say NO to VALENTINE DAY!!!




Wahai muda mudi sekalian
Bangkitlah diri dari nafsu

yang boleh membutakan mata hati
Yang boleh menumpulkan minda
Jumud terhadap sesuatu
Terpengaruh dengan anasir-anasir
kebaratan...

Maka hari ini,
Seruan kepada diri dan sahabat
Mari kita tumbangkan
Segala bentuk ancaman nafsu cinta Lagho
Hazafkan segala bentuk virus itu
Delete segala trojan cinta yang wujud


Mari diri dan sahabat sekalian
Mari adik, kakak, abang,
Kita repair hati kita
Kita format cinta kita
Agar cinta kita itu
Adalah cinta hakiki dan abadi
Cinta yang TERAGUNG
Ialah Cinta ALLAH dan RASULNYA...

Mari kita bersama audit diri,

Hati, minda dan pemikiran kita
Agar kita semua sentiasa dalam REDHANYA...
Insya Allahu Ta'ala..
Amiin..
Allahu Ta'ala A'alam..



Wednesday, February 3, 2010

Hatiku...


Sekian lama juga
Aku simpan segala persoalan
Tanpa jawapan yang terurai
Aku cuba menyelami segala apa
Yang berdepan dengan ku..
Sesuatu dan keadaan..

Aku berfikir dan berfikir
Kadang kala rasa lemah dan lemas..
Maka, aku lekas berlari
Mencari Rabb..
Aku nangis...

Hatiku..
Kerap kali aku hanya sekadar mampu
menyedapkan hati..
Bukan meredhai..
Bukan mempercayai..
Rasa tertipu dengan nafsu
Rasa menyesal diri..

Sahabat,
Apakah kalian tahu
Berapa nilai persahabatn itu?
Tiada mungkin jawapan diberi..
Apakah kalian tahu
Apakah erti pengorbanan?
Mungkin ketahuan..

Hatiku...
Buat masa ini,
Terasa agak keliru..
Di antara dua perkara..
Tuntutan dan kehendak peribadi..

Bukan aku ingin dibangga-bangga..
Malah dijulang tinggi..
Tapi aku ingin berbakti..
Aku ingin menimba pengalaman
Aku inginkan satu kepuasan
Bila grad nanti...

Apapun....
Aku tetap akan menunggu satu masa nanti
Aku legakan diri dengan keputusan yang dikira
Aku cuba belajar sesuatu apa yang diaturkan
Aku rela dipulau
Asal ISLAM subur di Bumi ini

Hatiku...
Bersabarlah...
Tabahlah...
Kuatlah...
Moga thabat dengan dinulISLAM
Percayalah...




[MAJU DAN LAJU UNTUK ISLAM]



Wednesday, November 18, 2009

<<< Rela & Biarlah >>>


Hari demi hari
Aku mencari beberapa point
Untuk menentukan keputusan aku
Patutkah aku bebegini?
Syadid sangatkah aku ni?
Mundur kah aku?
Atau bagaimana?

Point pertama dari emak:
"kita selalu mencari alasan
Agar kita dapat kecapi sesuatu itu
Walau ia nampak Syubhah.."
Persoalannya: Layak kah kita ni bina alasan??
Mendalam betul kata-kata emak ni..

Point kedua dari observation sendiri:
Boleh jadi ketagih..
Buang masa...
Agak banyak merapu sendirian...
Persoalnnya: Mampukah aku untuk menjaga ini semua???
Takut sungguh aku rasa..

Point ketiga dari seorang kakak:
"masYie, tak dak lagi kan?
Hmm.. tak yah la ada..
Better tak yah...
Jangan mudah terpengaruh"
Memberi satu kekuatan
Untuk aku thabatkan keputusan ini.

Point keempat dari satu artikel:
Aku tak ingat terbaca di mana,
Lebih kurang begini
" Ia adalah satu sumbangan kepada Israel
untuk menysiast pelanggan"nya".."
huh... bahaya!!!

Point kelima dari adik Ummu:
" Akak, tak elok la guna "benda" tuh..
Memberi sumbangan kepada Yahudi"
Sokongan untuk aku.
Syukur & Terima Kasih...

Akhirnya aku kuatkan hati
Agar terus bersama dengan keputusan itu
Ya Allah...
Aku redha dengan ketentusn Mu
Biarlah lah aku..
Rela ku terima kutukan
Asalkan aqidah terjaga
Amal terjaga..

Ya Allah...
Aku pohon pada Mu..
Lindungi aku dari segala rencam ragam duniawi..
Tabahkan hati aku...
Redha lah aku ya Allah..
Amiin ya Rabbal 'Alamiin..


Friday, October 16, 2009

Mengapa oh Mengapa?

Salaam perjuangan dan kasih sayang... =)

Email From Mr President:

Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya......tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?
Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya......tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?
Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"
Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan... ..tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?
Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat......tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?
Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!
Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi... ...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas?
Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan... ...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!
Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar......tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?


Tuesday, October 6, 2009

Di Saat-saat aku kesedihan

Salaam...

Beberapa hari ini, aku terasa kesedihan dan kepiluan hati....
Hingga tak terungkap dengan kata-kata...
Hanya mampu tersedu sendirian...

Tapi, syukur....
Aku punya sahabat yang jauh...
Dia bagai dapat membaca hati ini...
Dia hantarkan kata-kata ini:

" Bahawa Ba'dus Solihin lalu pada sekumpulan orang.
Di situ ada Tabib.
Maka dia berkata; "Wahai Tukang mengubati jasad!
Apakah kau boleh mengubati hati?"
Tabib menjawab; "Boleh, katakan padaku apa penyakitnya?"
Lalu dia berkata; "Dosa telah membuat hati gelap hingga keras dan kering"
Lalu Tabib berkata;"Ubatnya adalah tadhourruk dan Istighfar di tengah malam
dan waktu petang, segera taat pada Allah danmendekatkan diri padaNya.
Itulah ubat hati dan pembalut segala cela.."


Sahabat ini juga mengingatkan aku dengan ayat al-Quran
Surah Fussilat; ayat 30

Ya Allah...
Ampuni dosa-dosa ku..
Kuatkanlah hati ku ini...


** Syukran kathir kepada sahabtku; Bashir, juga kepada adik Raihan dengan mesej ini:

" Ya Allah, jagalah saudaraku di kala penjagaanku tak sampai padanya,
sayangi dia kala rasa sayangku tak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyta,
perhatikan dia kala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja.
Kerana Engkau punya segala yang aku tak punya,
kerana ku ingin dia selau menjadi saudaraku,
di dunia dan harapnya bertemunya di Syurga..
Ameen..."



Friday, August 7, 2009

Bila dekat bulan puasa : Bekalan gula tak ada...


Dari Laman Nurani

Minggu lepas, hampir kesemua pasar raya di Kota Bharu Bandaraya Islam saya masuk untuk mencari gula. Tetapi semuanya hampa, semuanya tiada, sudah habis, stok tak sampai. Hmmm...macam-macam alasan lagi. Jika dibandingkan 2,3 minggu sebelumnya ataupun 2,3 bulan sebelumnya, bekalan gula memang mencukupi. Mengapa 2,3 minggu ni bekalan gula sudah tidak ada? Adakah kilang gula sudah ditutup? Ataupun sudah tiada lagi ladang-ladang tebu di Malaysia ni?

Jika kita selusuri masa. Peristiwa bekalan gula tiada di pasaran ini berlaku saban tahun. Ia berlaku dalam waktu yang sama iaitu bila hampir dengan Ramadhan, dengan musim-musim perayaan di negara ini. Ini kerana permintaan gula adalah tinggi pada waktu-waktu tersebut. Persoalannya, sekarang ni belum bulan puasa lagi, mengapa bekalan sudah tiada di pasaran?

Maka kerajaan pun adakan perjumpaan sekali lagi dengan pembekal, pengilang dan pemborong gula pada tahun ini. Seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sudah. Adakah kerajaan tidak boleh pikir ke? Benda ni berlaku saban tahun? Bila musim-musim ni tamat, hmm...bekalan gula pun tak habis nak makan...berlambak lah di kedai-kedai runcit. Apa? Kita ni tak leh nak pikir ke?

Cubalah pihak berwajib amik tindakan yang konkrit sikit. Jangan jadi macam budak-budak. Tiap-tiap tahun bincang perkara yang sama. Bila harga dinaikkan, bekalan pun mencukupi. Apa ni??? Mana motto nak bela rakyat yang dilaung-laungkan???.

Berikut adalah entri dari Harakahdaily.

Pengguna dan peniaga mula bersungut bekalan gula sukar didapati di pasaran. Peniaga kedai kopi pula terpaksa bertanyakan kepada pelanggan peminat teh O atau kopi O sama ada mahu terus memesan minuman tersebut kerana mereka tidak ada gula.

Jika peminat teh O atau kopi O tetap dengan citarasanya maka mereka terpaksa meminum teh O atau kopi O kosong iaitu teh O atau kopi O yang tidak dimasukkan gula. Sudah tentu rasanya pahit tetapi bagi pengidap kencing manis ia mungkin memberi manafaat.

Bagaimanapun selera boleh diubah dengan memesan teh atau kopi yang dicampur susu tetapi ia akan menambah belanja bulanan minum di kedai kopi. Namun begitu hamburan seranah tetap keluar daripada mulut peminat teh O atau kopi O terhadap kegiatan sorok gula.

Gula menjadi pemanis minuman dan makanan yang paling murah berbanding susu atau bahan pemanis lain. Jika gula tiada di pasaran bermakna berlaku peningkatan perbelanjaan keluarga kerana terpaksa mengantikan bahan pemanis lain yang lebih mahal.

Sebenarnya rakyat sudah bosan dengan sikap kerajaan yang gagal menangani kegiatan sorok bekalan gula. Malah kejadian ini boleh dikatakan berlaku hampir setiap tahun.

Kegiatan sorok menjadi ugutan serta tekanan terbaik bagi pembekal gula terhadap kerajaan disamping terdapat unsur rasuah yang menambah lagi kejayaan perbuatan tersebut.

Malah setiap kali kegiatan sorok gula berlaku maka kerajaan terpaksa memanggil pemborong dan pembekal gula untuk bermesyuarat dan pada kebiasaannya daripada peristiwa dan sejarah lepas peniaga tersebut mendapat laba apa yang mereka mahu.

Akhirnya permintaan menaikkan harga gula diluluskan kerajaan. Budaya niaga seperti ini turut ditiru oleh pembekal tepung gandum malah pembekal beras juga turut mengambil kesempatan ketika beras berkurangan di pasaran.

Cara niaga seperti ini, akhirnya mendapat kejayaan kepada pembekal. Kerajaan tunduk kepada tekanan peniaga. Sebaliknya dalam soal lain kerajaan tetap keras kepala konon tidak akan tunduk dengan desakan pembangkang walaupun ia keputusan majoriti rakyat.

Umpamanya dalam isu bahasa Melayu dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerajaan dengan bongkak dan sombong mengatakan mereka tidak akan tunduk kepada tekanan walaupun rakyat keluar berdemontrasi di jalan raya.

Kenapa pemimpin Umno dan pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak menunjukkan kesombongan dan kebongkokkan tersebut terhadap golongan pembekal yang menekan mereka melalui kegiatan sorok barangan keperluan harian?

Sepatutnya ketegasan kerajaan patut ditunjuk sama kepada peniaga tersebut supaya rakyat tidak menghadapi bebanan kesempitan hidup akibat kenaikan harga barang.

Sebaliknya itu tidak berlaku, kenapa? Apakah kerajaan BN diselubungi rasuah dengan golongan peniaga sehingga tidak berani menentang desakan tersebut?

Rakyat juga tahu Umno menggunakan banyak wang setiap kali pilihan raya umum dan kecil. Dari mana wang tersebut diperolehi atau mungkin daripada sumbangan konglomerat tersebut yang menguasai pasaran barangan keperluan harian.

Sekiranya unsur tersebut benar maka tidak hairan pemerintah BN akan tunduk kepada desakan menaikkan harga barangan keperluan harian.

Maka perbuatan menyorok barang seperti gula bukanlah menjadi kehairanan kerana ia ada unsur seolah kerajaan memberi lampu hijau dibelakang tabir.

Apabila barangan seperti gula tidak ada dipasaran maka sudah tentu kenaikan harga gula yang diluluskan oleh kerajaan boleh menjadi relevan kepada rakyat.

Rakyat akhirnya terpaksa menerima dengan alasan kononnya harga gula lebih mahal di negara jiran maka kegiatan penyeludupan gula berleluasa ke negara tersebut.

Kalau kerajaan boleh mengarahkan polis menggagalkan demontrasi ISA kenapa tidak ada kerahan bagi menggagalkan penyeludupan?

Apa yang nyata ialah kerajaan banyak beralasan demi menjaga kepentingan konglomerat daripada kepentingan rakyat. Umno tidak sedar ia telah menjadi mainan sorok-menyorok golongan tersebut.

Selagi Umno memerintah isu sorok gula tidak akan selesai. Lihatlah bagaimana kerajaan PAS Kedah dalam masa tidak sampai setahun berjaya menghapuskan pusat penyembelihan babi haram sejak 40 tahun lalu semasa pemerintahan Umno lagi.

Umno memerintah Kedah begitu lama tetapi gagal menyelesaikan masalah yang bertentangan dengan peraturan. Apakah pemerintahan Umno itu kerana ada unsur rasuah sehingga pusat penyembelihan itu boleh beroperasi begitu lama tanpa lesen?

Begitu juga masalah arak di Selangor walaupun pemerintahan Umno berjaya membuat peraturan mengharam jualan arak di kawasan majoriti orang Islam tetapi Umno gagal menguatkuasakannya.

Pemerintahan Umno Selangor tidak berjaya menghalang kedai daripada menjual arak. Sebaliknya dibawah kerajaan pakatan rakyat, Pihak Berkuasan Tempatan (PBT) berani bertindak berdasarkan peraturan yang ditetap mereka.

Oleh kerana tindakan rampasan arak oleh PBT di Shah Alam berdasarkan peraturan yang sedia ada maka PAS bersetuju. Walaupun PAS bukan majoriti dalam kerajaan Selangor tetapi tindakan tersebut telah memberi kejayaan kepada rakyat demi menjaga sosial masyarakat Islam.

Sebaliknya apa yang Umno boleh buat walaupun ada peraturan atau apakah Umno hanya takut kepada golongan peniaga lebih daripada rakyat? Atau apakah Umno banyak diselubungi bayangan rasuah sehingga tunduk kepada perasuah?