~::masyiemumtaz::~

masYie's

Friday, April 23, 2010

kurang fahamlah...


Bismillah...

Salaam to all...

"masyie, dia tinggalkan saya"
"Sampai hati betul dia"
"Argghh,... MalasFikir"

Saya:
"Humm... Ada hikmahnyer,Insya Allah.."
"Allah beri peluang untuk kita lari kepadaNYA"
"Tak perlu sedih.."
"Teruskan melangkah,
Dengan gagah,yakin dan berani..."
"Kuatkan pergantungan diri kepada ALLAH"

Beberapa ketika kemudian....

Dia dilihat agak berbeza..
Dari kata-kata,
Tindakan...
Berhujah...

Saya berasa pelik...
Mengapa begini?
Apa dah jadi?
Apa patut dibuat?

Ya Allah...
Aku insan lemah...
Kau lindungilah kami..
Rahmatilah hidup kami..
Redhakanlah kami...
Tabahkan kami...
Sabarkan kami...
Semua iniujianMu Ya ALLAH...
Kami yakin dan pasti..
Ia pasti ada hikmah rahmat disebaliknya...



**Khabarkan kepadaku,apa itu cinta sesama manusia???? Perlukah???
Aku kurang faham....***





Tuesday, April 20, 2010

Salaam imtihan.....


Salaam...
Maaf..
Baru kesempatan nak update blog ini...

Di kesempatan ini,
Saya ingin mengucapkan:
selamat mengahadapi peperiksaan Akhir Semester
Kepada semua kawan2, rakan2 dan sahabt2
Di seluruh IPTA/IPTS di Malaysia dan luar negara..

Mohon kemaafan atas kekhilafan diri dan kekurangan..

berushalah selagi masih ada peluang..
Semoga kita semua berjaya dengan cemerlang..
Amiiin..




Friday, April 9, 2010

ada hikmahnyer...

Bismillah...
Salaam to all..

Minggu ini,
terlalu banyaks tasks
Yang perlu diselesaikan...
Semuanya adalah group task

Memang emosi agak tidak terkawal,
Sehinggakan tak selera untuk makan,
Samapailah pada hari Khamis,
Adikku Bahiyah telah membeli nasi,
Dan memaksa untuk aku makan...

Dari hari isnin,
Aku ada kuiz advanced accounting,
Dengan hanya mengulang pada pagi itu,
Alhamdulillah boleh jawab

Malam tu..
Pergi UM..
Jumpa kak Niza..
Alhamdulillah... hilang sedikit bebanan..
[Terima Kasih kak NIza dan kak aiman]

Ada satu kisah..
Sewaktu perjanan pulang ke kolej aku..
JAm menunjukkan hampir 12 malam..
Ya Allah....

Selasa inilah hari paling sakit,
Hari ini adala adalah "international Business Day"
Ia merupakan satu project dalam assessment subject International Business,
Kami pakai baju korporat..
Oren..
Cute..
Tapi...
Ada satu trauma untuk aku..
tentang makanan yang di serve oleh caterer..
Ohh TIDAKKK...
Membuatkan aku tidak selera untuk makan nasi,
Dari sabtu hingga Rabu..
[aku tela mendera perutku serta jasadku]
Astaghfirullahh...

Khamis..
Aku kena perform dengan dua presentation..
Subjek Ethics dan AIS
[Accounting Fraud on PArmalat, Supply chain Management]
Iftar jamaie..
Letih...
Sebab ada satu kes kat kolej aku..

Jumaat...
Terpaksa tukar company untuk aku wat assignment...
Ada hikmahnya...
Group aku kena study dua company ini;
Taliworks dan Puncak Niaga..

Ya Allah...
Permudahkanlah urusan kami...
Semoga kami dapat menyiapkan dengan penuh ketekunan dan kesabaran...
Sabarkan kami dengan dugaan dan mehnah




Thursday, April 1, 2010

Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir


Bismillah..

Salaam...

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal


Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)


Keterangan nombor lahir

1.
Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach


2.
Pendamai

-Dilahirkan sebagai diplomat.
-Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
-Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
-Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
-Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.


3.
Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster


4.
Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan


5.
Perintis

-Mereka adalah perintis.
-Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
-Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
-Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
-Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
-Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.


6.
Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


7.
Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
-Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
-Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
-Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
-Mereka sangat suka berahsia.
-Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana


8.
Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.


9. Pelakon

- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley


p/s: Tadi masa duk cari bahan2 untuk assignment yang telah disimpan.. terjumpa lak folder ini.. maka saya pun rasa nak post kat blog ini.tapi tak tahu lak mana datangnya maklumat ini...

Selamat mengira...

hehe..

** Sempat lagi aku ni...**