~::masyiemumtaz::~

masYie's

Thursday, July 30, 2009

MeNaRikkSS... (",)

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, BERSYUKUR kerana
beliau tidur disisi kita, bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,
BERSYUKUR kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3.
untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, BERSYUKUR kerana itu bermakna
kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita
cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang
perlu dikemas, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih
lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, BERSYUKUR kerana itu
bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, BERSYUKUR kerana
itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, BERSYUKUR kerana itu
bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, BERSYUKUR kerana itu
bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


HAVE A WONDERFUL DAY!!!

BELAJARLAH BERSYUKUR... ...

Copy Paste from sahabat Ukhwah.com

MARI-MARI!!! =)

Do you think living in a multiracial community, with different set of beliefs, is not that easy without proper understanding of each other?

If yes, why don’t you join our seminar entitled

‘MUSLIM AND NON-MUSLIM RELATION IN MALAYSIA’!


Date : 2nd August 2009
Venue : MPH
Time : 8am-5pm
Fees : RM10 (student) & RM30 (non-student) Register now!
Speakers :
1. Ustaz Hussein Yee

Al-Khadeem Foundation

Topic: Muslims responsibilities towards non-Muslim in the context of

Malaysia.

2. Ustaz Shah Kirit Bin Kalkulal Govindji

IIS Speaker and Friendly Comparative Religion (FCR)

Topic: Non-Muslim’s perception towards Islam

3. Ustaz Ahmad Jailani Bin Abdul Ghani

Syariah Lawyer and Freelance Lecturer

Topic: Current issues pertaining to Muslim-non-Muslim

4. Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

Professor Emeritus of University Malaya

Topic: Sharing Islam to non-Muslim

5. Dr William Lau

Archdiocesan Ministry of Ecumenical & Inter-Religious Affairs

Topic: Promoting Unity through Inter-Religious Dialogue in Malaysia




Just visit our website http://seminar.insight.org.my/ for further details and registration!!












.

Wednesday, July 29, 2009

**-::.. JIHAD ISLAMIY : Prinsip Pemulihan IZZATUL UMMAT.. ::-**

Realiti dapat dilihat secara jelas bagaimana mereka sedang dibuli dan didera oleh musuh-musuh Islam sama ada di peringkat international mahupun national.

mereka dipaksa menjalani kehidupan dalam satu sistem yang sanagt asing dari manhaj Islamiyyah, malah lebih malang apabila minda mereka diracuni dengan pelbagai ideologi ciptaan manusia sehingga ianya dianut dan ditaati mengatasi agama mereka sendiri.

Seluruh anggota umat ini kaku dan lesu dibius oleh musuh-musuh Islam sehingga hilang kepekaan dan keaktifan bertindak biarpun sedang berhadapan dengan gejala murtad yang sangat mencabar maruah ummat.

Agama diperkosa, nilai akhlaq Islamiyy dibelasah secukupnya dan maruah dinodai tanpa simpati. Segalanya berlaku di hadapan mata umat Islam dewasa kini, tetapi tiada apa yang boleh dilakukan oleh mereka kerana mereka bagai dipasung.

Paling menyedihkan, terdapat sebahagian umat Islam yang menjadi tali barut musuh Islam dan agent yang menikan Islam dari belakang. Jumlah mereka bukannya sedikit bahkan hampir sahaja mereka mengusai keadaan..

Fenomena ini adalah implikasi mudah dari sikap umat yang meninggalkan JIHAD ISLAMIYY sejak sekian lama.

AKIBAT MENINGGALKAN JIHAD

Dari Abi Bakr (R.A) telah berkata bahawa Rasulullah (S.A.W) telah bersabda;
" ماَ تَرَكَ قَوْم الجهاَد إلا عمَهمُ الله بالعذاب "ٌَ
Maksudnya: Tidaklah sesuatu kaum yang meninggalkan JIHAD melainkan Allah menimpakan 'azab (kehinaan) ke atas mereka seluruhnya. - Riwayat At Tobrani

Firman Allah yang bermaksud sebegini, " Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing2)? adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada Akhirat? (kesukaan kamu itu salah) kerana hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan kesenangan hidup di akhirat kelak. Jik kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah-membela AGAMANYA), Allah akan menyiksa kamu dengan azab siksa yang tidak terperi sakitnya dan DIA akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadanya. dan ingatlah, Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. -Surah At Taubah: 38-39

Dari abi Hurairah (r.a.), bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
" Sesiapa yang mati sedang ia tidak pernah berperang (BERJUANG), dan tidak pernah bercita-cita untuk berjuang, mati dia adalah di atas sesuatu cabang dari cabang NIFAQ(munafik). -( Riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan an Nasaii)

## Pastinya mereka yang meninggalkan JIHAD sanagt dicela oleh SYARA' justeru mereka ini lemah jiwanya dan lumpuh sanubarinya, biarpun musuh sedang membantai mereka, mereka hanya mampu mengeluh...##

** Transformasi demi keberkatan dunia menuju jalan ke AKHIRAT**

Tuesday, July 21, 2009

~:: TeRaPi MeLaLui SOLAT ::~


Adakah kita sedar dan maklum bahawa SOLAT itu merupakan HADIAH dari ALLAH?

Hmm... Begitulah sebenarnya...HAKIKAT SOLAT... Solat disyariatkan dari peristiwa Isra' Mikraj yang dilalui oleh Baginda Nabi Muhammad (S.A.W).

TERAPI melalui SOLAT:
  • MATLAMAT JELAS
Apabila kita hendak menunaikan solat, terdetik dan terlintas di hati kita hendak menunaikan solat apa. Berapa rakaat. Daripada praktikal itu, kita dapat memotivasikan diri kita dengan melakukan sesuatu perkara itu biar jelas matlamatnya. Bukan untuk suka suki sahaja. Setiap perkara yang dilakukan perlulah fikirkan manfaatnya.

  • DISIPLIN DAN PROAKTIF
Dalam solat terdapat beberapa pergerakan yag merupakan pergerakan fardhu. Contohnya ruku', sujud, duduk tahiyat dan sebagainya. Dan ia juga adalah satu rule yang perlu dipatuhi dan dituruti. Daripada rule dalam solat ini, kita dapat belajar bahawa setiap perkara itu ada rule tersendiri. Cuba kita bayangkan jika sesuatu itu tidak ada rule tersendiri. Tidakkkah ia akan menjadi kalut malut? Begitulah jua, ALLAH perintahkan sesuatu itu dengan bersebab dan teratur. Agar ia berlaku dengan satu perjalanan yang indah. Jadi, mari kita insafi diri agar segala apa yang diperintahkan oleh ALLAH kepada kita dapat sama-sama kita patuhi.

  • KENALI DIRI DI SISI TUHAN
Dalam ibadat solat, salah satu rukunnya adalah sujud. Ketika sujud kepala kita berada di bawah. Ini menunjukkan betapa kerdinya kita sebagai makhluk bernama insan atau manusia yang bersifat lupa. Ketika sujud, menandakan kita bersyukur dengan nikmat Allah, kita taat kepadaNYA malah merasakan pengabdian diri kepada Allah yang Maha Besar. Dalam kita bersujud, salah satu daripada terapinya adalah dapat melancarkan sistem pengaliran darah dalam badan kita. Al maklum, kita ini manusia, terkadang terlepas dari menjaga keihatan dan kecerdasan diri dan rohani itu.
  • BERDIALOG DENGAN ALLAH
"SesungguhNYA, solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah yang mentadbir alam semesta"

Begitulah maksud ucapan yang kita ungkapkan ketika membaca doa Iftitah. Kita seolah-olah berkata dengan Tuhan. Dan berjanji setia. Istifadahnya di sini adalah, bagaimana kita dalam perjanjian yang telah dibuat seharian suntuk terhadap Allah, Rasul serta sesama insan. Adakah kita tetapi atau sebaliknya. Audit diri kita sendiri.
  • PENGURUSAN MASA
Solat merupakan satu amalan ibadat yang mengajar kita tentang waktu. Terdapat dua jenis solat; solat fardu( WAJIB ) dan solat SUNAT. Solat fardhu ada LIMA waktu. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan 'Isyaa. Setiap solat ada waktu yang tertentu. Sebagai muslim lagi mukmin, kita digalakkan untuk menunaikan solat fardhu di awal waktu solat. Terapinya di sini adalah, bagaimana kita menuruskan masa seharian kta agar tiada perkara yang bertangguh dan tertunda melainkan dengan masyaqqah yang teramat tidak boleh dielakkan. Mari kita ubah diri dan rohani kita.

** Transformasi demi kebahagiaan hati dan rohani diri**

Friday, July 10, 2009

~ :: TaK TeRcApAi aQaLku ::~

Salaam perjuangan dan transformasi...

Ya Allah... Minggu ni, aqalku rasa memang betul2 sesak... dengan dilemanya... Pelbagai perkara yang berlaku di depan, belakang, kiri dan kanan... Bagai rasa tak tertanggung... Bagai nak termuntah..

Tapi, demi ISLAM, rela aku korbankan segalanya walau ia bagai tak tercapai aqal jika difikirkan kembali... Macam tak percaya sahaja bila difikirkan aku buat tindakan yang kadang2 diluar kangkaan aqal dan kredibiliti aku...

Di saat waktu aku memerlukan bantuan sahabat2 untuk "turun" di saat itulah mereka juga ada taklifan yang lebih besar... Disaat itu juga lah aku diberi taklifan yang agak besar... Tak tercapai aqalku nak memikirkan bagaimana nanti program itu bergerak tanpa berada di depan mata ini.. Bukan aku tidak percaya dan yakin pada adikss yang aku taklifkan bagi menggantikan aku, tapi rasa bersalah pada diri kerna tugas itu amatlah berat...
Bukan!!! aku tak nak sejarah dahulu berulang kembali... aku ingin perbetulkan segala kekurangan yang telah berlaku dulu... aku nak tebus kekurangan yang berlaku di waktu aku memerlukan "bimbingan" itu...

Sehingga pagi ini, aku masih terfikir bagaimana aku nak menyelasikan kekalutan di aqalku ini...
Ya Allah.. Bantulah hamba Mu ini... tunjukkanlah jalan yang benar agar ia terkesan dalam sabil dakwah yang aku pilih ini...

"Relaku terima walau kutukan asalkan aqidah terjaga...."

** Transformasi memahami & menjiwai sesuatu**

Thursday, July 9, 2009

~:: MoNoLog HaTi & MiNdA ::~

Ya Allah....

Sesaknya fikiranku kali ini...

Banyak pertembungan barnamij dalam satu masa...

Rasa ingin dibelah-belah sahaja kudrat ku...

Agar kesemua aku merasai hakikat nikmat berprogram


Tapi,

Itu hanyalah retorik semata-mata

Hakikatnya aku tak mampu memenuhi...

Aku perlu fokus pada satu

Agar ia terfokus

Disamping menjadi latar pada yang lain...


Jadi,

Kebergantungan kepada TUHAN itu

Amatlah digalakkan

Agar tidak tergolong dalam kalangan "sombong" di sisi Allah...


Ya Allah,

Aku memohon padaMu,

Tunjukkan lah aku pada apa yg baik disisiMu,

Agar MARDHATILLAH termaktub dalam percaturan Mu...

Tabahkan dan kuatkanlah Hati HambaMu...


Ya Allah,

Lindungilah HambaMu di bawah lembayung

rahmat kasih sayangMu...

Agar diri dan hati terpimpin dengan ketukan IMAN...

Ya Allah, Ya Rabbi...


** P/s: kepada Adikku Bahiyah, bersabarlah dengan segala apa ujian di depan kita... yakinlah Allah sentiasa bersama kita.. Selagi mana kita masih bergantung kepada Tali Allah.. insya Allah, Allah akan bantu kita... Selagi mana Allah turunkan ujian kepada kita, begitulah kasih sayang Allah yang sangat melimpah ruah...

kepada adikku Shida, tabahlah dengan ujian penyakit yg Allah hantarkan... peringatan dari ALLAH sangat berharga.. Agar kita sentiasa yakin Allah itu sangat2 memahami kita...

Buat adikku Raihan, bersabarlah... Didoakan agar dikuatkan hati dan jiwa...


** Transformasi sucikan niat di hati, MARDHATILLAH

Monday, July 6, 2009

SubJeK Sem 1 TaHun 3



1)ADVANCED ACCOUNTING 1
** gerun tu.huhu

2)AUDIT AND ASSURANCE SRVICES
** sambungan audit yg lepas... Ya Allah.. takutnyer...

3)CORPORATE TAXATION AND ZAKAT
**the next taxation

4)EKONOMI PERNIAGAAN
**sepatutnya amik sem 1 atau 2 tapi terlepas pandang pulak.. kna la amik sem ni...

5)PENGURUSAN KEWANGAN KORPORAT
**hmm. tak tau camner rupenyer..

6)FIQH MUAMALAT 11
**muamalat dalam ISLAM...

7)UNDANG-UNDANG SYARIKAT
**masa sem 1 tahun 2 ada amik commecial law.. ni up sket...
miss Farah pesan; kna banyak baca buku... TQ miss..

8)HALAQAH
**markah akan dibawa pada sem akhir nnt..


## Semuanya 21 jam kredit tak termasuk Halaqah...

Semoga peroleh kejayaan, keberkatan dan keredhaan....

MySpace MySpace MySpace MySpace
** Sahabat2, rakan2 pimpinan, kawan2 mari kita belajar bersungguh2 agar ISLAM tertegak seiring denga kecemerlangan ummat...
** Sama2 kita bantu dan ingat mngingati....
Salaam perjuangan dan transformasi.... =) =) =)
** Transformasi keintelektualan**

Saturday, July 4, 2009

Demam terkezut...

Salaam perjuangan dan transformasi...

Saya dilanda demam terkejut.. huhu... MySpace MySpace MySpace
Doakan saya moga cepat sembuh dari demam...

MySpace MySpace MySpace MySpace

Baru diuji sedikt.. ya Allah.. tabahkanlah hati ku ni... kuatkan antibody hambaMu ni...

Insya Allah semuanya ada hikamh.... Bak kata adikku, Bahiyah setiap individu muslim, menerima tarbiyyah dan ujian yang berbeza mengikut kemampuan diri kita.. SesungguhNYa, Allah maha Mengetahui..

REDHAlah apa yang diberi..

MySpace