~::masyiemumtaz::~

masYie's

Friday, February 26, 2010

Antara... aku yang bersalah...


YA ALLAH...
Aku sedih sangat ni..
aku tersepit..

Tapi aku yang bersalah
Aku perlu bertanggungjawab atas segalanya..

Ya Allah..
Bantulah hambaMU ini..

YA Allah..
Hantarkan aku kekuatan
Untuk ku menghadapi segala apa yg di hadapan..
Moga jalan yang kupilih ini
Jalan yang terdorong OLEHMU ya ALLAH..




Saturday, February 20, 2010

terharu... rindu


Ya Allah...
Saya betul-betul terharu
Dengan SMS dari sahabat senegeriku
Yang kini belajar di UiTM KBM

Sahabat ini,
menghatakan dalam SMS nya;
"Ana rindu enti sangat..
Bilalah boleh jumpa enti kat usim tu"...

Sedang membuat Tutorial Organizational behavior tika itu,
Menjerit keriangan sebentar waktu itu
Ketika menerima mesej tersebut...
Terkenang saat pertemuan saya dengan sahabat ini,
Di sebuah program yang sama-sama menjadi jawatankuasa,
Yang ketika sy itu pun masih samar-samar dengan organisasi besarnya
Tapi asbab sahabat ini sangat ramah,
Membuatkan saya tidak kekok untuk bergurau senda,
Sempat la travell bersamanya..

Sahabatku, Khadijah,
Menegenalimu membuatku tersenyum sentiasa
Kerna kau menjelaskanku
ERTI PERSAHABATAN DALAM PERJUANGAN
WAlau jauh walau dekat
Kau tetap dalam hatiku

Saya doakan agar sahabat ini;
Sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan hati
Dalam menjalani hidup
Sebagai pendakwah pejuang muda

Tidak lupa jua,
Jutaan terima kasih diucapkan
Atas kata-kata semanagt yang diberikan
Atas cabran yang diberikan
Insya Allah..
Akan sy sahut dengan kesungguhan
Selamat berjuang sahabat..
Syukran...



Sunday, February 14, 2010

Say NO to VALENTINE DAY!!!




Wahai muda mudi sekalian
Bangkitlah diri dari nafsu

yang boleh membutakan mata hati
Yang boleh menumpulkan minda
Jumud terhadap sesuatu
Terpengaruh dengan anasir-anasir
kebaratan...

Maka hari ini,
Seruan kepada diri dan sahabat
Mari kita tumbangkan
Segala bentuk ancaman nafsu cinta Lagho
Hazafkan segala bentuk virus itu
Delete segala trojan cinta yang wujud


Mari diri dan sahabat sekalian
Mari adik, kakak, abang,
Kita repair hati kita
Kita format cinta kita
Agar cinta kita itu
Adalah cinta hakiki dan abadi
Cinta yang TERAGUNG
Ialah Cinta ALLAH dan RASULNYA...

Mari kita bersama audit diri,

Hati, minda dan pemikiran kita
Agar kita semua sentiasa dalam REDHANYA...
Insya Allahu Ta'ala..
Amiin..
Allahu Ta'ala A'alam..



Friday, February 12, 2010


Assalamu'alaikum dan salam kasih sayang kepada semua.

Entri pagi ini, sengaja nak maklumkan.. Esok, insya Allah, sy akan pulang ke rumah/kampung...
Huhuhu... Sangat rindu kepada family. Sudah hampir 2 bulan tak pulang ke kampung.


Di kesempatan mid sem break ini, sy mengmvil keputusan untuk pulang ke kampung kerna family sudah agak tertanya2 "bila mau balik?" Huh... Maafkan saya... Saya memang bersalah..

Ok..

Ingin sambung untuk menyusun prioriti kerja yang hendak diselesaikan dan dibawa pulang ke rumah..

Sekian..

**p/s: kepada semua rakan2, sahabat serta teman2 yang dikasihi, Selamat pulang ke kampung dengan selamt dan bahagia di samping orang yang tersayang...
Manfaatkanlah cuti yang ada itu dengan kerja2 yang berfaedah. Kepada yang berprogram, selamat berprogram... Semoga sentiasa di dalam REDHA ALLAH...

Kepada kawan2 kelas KMB terutama TMB1, mari kita siapkan tasks kita yer...
Chaiyock3x....



Wednesday, February 10, 2010

Hadiah Paling BEST

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua...
Apa khabar iman dan diri semua? Ada ok kah? Jika sakit cepat2 lah lari kepadaNYA...

Entry kali ini saya ingin coretkan tentang sahabat dan adik-adik di USIM ni...

Sempena hari ulangtahun kelahiran masihi saya pada 22 Januari yang lepas, saya cukup gembira... Kerana, pertamanya; pada semalam harinya, roomate saya telah disahkan kemenangan dalam pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar (MPP). Beliau telah mendapat undian ketiga terbanyak dan merupakan first lady.Bagi saya itu adalah satu hadiah paling bermakna untuk saya. Semalam, 9 Februari 2010, merupakan hari Majlis penerimaan watikah sebagai MPP/ SRC. Beliau telah ditaklifkan sebagai Naib Yang Dipertua 2 SRC.. Tahniah Roomate..

Roomate..
Tahun ini juga merupakan tahun yang paling best dan terharu. Sempena hari ulangtahun kelahiran saya kali ini, adiks2 junior saya menyambutnya di mana saya kira ia satu penghargaan yang besar.

Adik Bahiyah dan Sakinah telah menghadiahkan sebiji kek.
Even mereka terlewat. Saya kira ia amat bermakna bagi hidup saya. Saya terkejut dengan kehadiran mereka ke bilik saya pada waktu itu, kerna saya menjangkakan mereka ingin berbincang tentang pelajaran. Al maklumlah, mereka juga merupakan juor course saya juga; accounting. Menitis tears saya sebenarnya. Sambil malu juga. Huhuhu...*wink*
Terima kasih Bahiyah, Sakinah dan Shahida

Tidak lupa juga adik Raihan. Adik yang pernah saya coretkan tentangya dalam blog ini. Satu petang, dia bertanyakan kepada sy," Akk, suka warna apa?"(via messsage).. Lalu dijawab." HIJAU"
Satu petang,sedang saya dalam perjalanan pulang dari kuliah, saya menerima satu messsage darinya, agak berbaur arahan. Tapi mungkin juga jemputan. " Akak, nanti bila dah sampai Camellia, singgah bilik rehan jap eh." Lalu, sy menjawab, "OK, kenapa? Raihana ok tak ni?"
Message itu tidak dijawab. Hmmm... Ok.

Sesampai di Camellia, saya bergegas ke biliknya. Dengan selambanya dan muka tak bersalahnya dia memberi satu bungkusan plastik kecil berwarna merah berbunga. Hmm... Lalu saya bertanya, "Apa ni? Nak bagi saper?"... "Amiklah, dan tengok la kat bilik nanti"...
" Hmm.. Ok.. Terima kasih.."
Sungguh terharu... Rupanya adik itu telah menghadiahkan keyc
hain yang tertera nama "MASYIE".
Terima kasih banyak raihan....

Ni adik Ummu pula...
Isnin lalu, seusai kelas AIS, sy menerima satu panggilan darinya. Dia mengajak untuk bersama ke Library. (Memang niatku untuk ke library juga.. nak cari bahan untuk assigment). Selepas selesaikan urusan yang berkaitan dengan subjek2 yang melibatkan kumpula
n, sy meluangkan masa ke library.. Lama juga di sana. Hingga tak sedar perut juga lapaq sebenarnya... Sehinggalah ummu berkata," Kak, saya lapaq, jom makan..."
" Ok.. Jap ag.. Akak siapkan satu soalan ni dulu"
"Baik"

Selepas siap soalan tersebut...
Berjalan ke Dataran Selera.. berdekatan dengan Fakulti kesayangan saya.. (Fakulti Ekonomi dan Muamalat-FEM)...
Tetiba, Ummu bersuara.." kak, takpa, biar Ummu bayar"...
"Hmm.. tak pa la.."
" Tak, biarkan Ummu bayar ni.."

"Ok"

Sedang mula nk memulakan santapan..
"Kak, Saya belanja akak.. Sempena Besday akak.."
"Ummu... Terima Kasih banyak... Hmm.. tua dah akak ni..huhu"
" Semoga akak bahagia di samping orang yang tersayang.."
"Terima Kasih Ummu"

"Akak, pas abih belajar nanti cepat-cepat nikah tau?"
"Hu! Merepek la Ummu ni.. Dengan Saper?"
" Alaa... yang U... tu.."
"Ahh.. Sudah3.. jangan nak merapu kat sini.."
"OK"

Terima Kasih banyak kat UMMU...


Ummu hani
** Sesungguhnya, ALLAH itu ARRAZZAQ.. Yang MAha pemberi rezeki... Alhamdulillah..thumma alhamdulillah...Allahu Akbar!! Saya punya sahabat dan juniors yang selalu berdamping di sisiku.. Tak kira masa... Susah senang gembira sedih...Hadapi bersama...
Mereka tetap ada...


Kadang-kadang yang bernama sahabt itu jauh di mata kitatapi dekat di hati,.. Bukan bermakna yang dekat itu bukan sahabat... Tetapi yang jauh itu lebih dalam firasatnya... Hatinya sangat dekat dengan kita...

Kepada Sahabat-sahabatku serta adik-adikku, Terima kasih banyak atas tumpuan yang diberikn dan minta maaf atas kekhilafan diri.. Maafkan saya.. Maafkan akak...




Thursday, February 4, 2010

Tazkirah


Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "


[Riwayat Bukhari & Muslim]


Wednesday, February 3, 2010

Hatiku...


Sekian lama juga
Aku simpan segala persoalan
Tanpa jawapan yang terurai
Aku cuba menyelami segala apa
Yang berdepan dengan ku..
Sesuatu dan keadaan..

Aku berfikir dan berfikir
Kadang kala rasa lemah dan lemas..
Maka, aku lekas berlari
Mencari Rabb..
Aku nangis...

Hatiku..
Kerap kali aku hanya sekadar mampu
menyedapkan hati..
Bukan meredhai..
Bukan mempercayai..
Rasa tertipu dengan nafsu
Rasa menyesal diri..

Sahabat,
Apakah kalian tahu
Berapa nilai persahabatn itu?
Tiada mungkin jawapan diberi..
Apakah kalian tahu
Apakah erti pengorbanan?
Mungkin ketahuan..

Hatiku...
Buat masa ini,
Terasa agak keliru..
Di antara dua perkara..
Tuntutan dan kehendak peribadi..

Bukan aku ingin dibangga-bangga..
Malah dijulang tinggi..
Tapi aku ingin berbakti..
Aku ingin menimba pengalaman
Aku inginkan satu kepuasan
Bila grad nanti...

Apapun....
Aku tetap akan menunggu satu masa nanti
Aku legakan diri dengan keputusan yang dikira
Aku cuba belajar sesuatu apa yang diaturkan
Aku rela dipulau
Asal ISLAM subur di Bumi ini

Hatiku...
Bersabarlah...
Tabahlah...
Kuatlah...
Moga thabat dengan dinulISLAM
Percayalah...




[MAJU DAN LAJU UNTUK ISLAM]