~::masyiemumtaz::~

masYie's

Saturday, June 19, 2010

beginilah diri....

Bismillah...
Salam to all...

"Masyi, nak buat MSk bila?"--en azmir
jawapan:
"this week.."
"on friday.. ok x?"
"malam"

"Esok jumpa sy di office ye"--en azmir

"MUKTAMADNYA, MSK 11 Jun 2010"
ok...(Arahan diterima)

"Sufi, boleh tlg akak tak?"
begini...
begitu...
dan sebagainya...

**Terima kasih banyak sufi**
Terima kasih kepada semua JAKSA dan kuncu2 kerna telah bertungkus lumus menjayakan program sy...

Jutaan terima kasih juga kepada Encik Azmir, Puan Hidayah, Kak Siti dan Encik Azqar.. Kerna terlalu banyak membantu bagi melancarkan segala perjalanan program sy ni..
(Terharu sy...)
(Air mata jatuh.. huhu)

Buat adik2 Tamhidi 2010/2011..
Anda semua memang hebat...
Tingkatkan prestasi anda semua...
Mari kita bekerjasama..

.......................................................................................................................

13 JUN -15 JUN
Meluangkan masa dan sumbang tenaga untuk SLC 2010
Sahabat2...
Kalian memang mantap!!!
Tahniah221..

Adik2 peserta SLC;
Kalian bakal jadi pemimpin hebat suatu hari nanti..
Ambil manfaat dari input yang ada..
Lupakan sengketa...
Kuatkan hati dan diri...
Perjuangan kita tak selesai lagi..
Abg Fauzan...
Tahniah...
terima kasih kerana beri sy peluang...

..............................................................................................................

16 JUN-18 JUN
Otak tak bape nk center...
Kesakitan yang amat terasa...
Sabarkan diri...
Dugaan hati dan diri melanda...
(Air mata jatuh kembali...)
"Emak, mas tak sanggup lagi nak hadapi semua ni"
"mas fobia..."
"mas tak suka keadaan cam ni???"

Emak jawab:
"Hati2 anakku.."
"Ingat Allah selalu"
"Banyakkan berdoa.."
"Minta pertologan padaNYA"
"Mak sayang anak2 emak"
[tears terus tumpah...tak dapat nak menahan]

.........................................................................................................

19 JUN
Join KOSH '10
Sahabat ni teringin sgt p program IKATAN
Kasihan dan hormati..
Temankan..
Berikan mereka semangat...
Berikan mereka peluang dan pendedahan...
Agar mereka tahu bergerak kerja..

................................................................................................


20 JUN

Meeting akan menyusul..

........................................................................

Ya Allah...
Tabahkan hati2 kami...
Tetapkanlah hati kami dengan keimanan kepadamU...
Kuatkanlah hati kami....





Friday, June 4, 2010

Qunut Nazilah

BismillahirRahmaanirRahiim...


“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”


“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”


Wallahu Ta'ala A'alam...


Selamat beramal.... Sama-sama kita amalkan ye!