~::masyiemumtaz::~

masYie's

Wednesday, January 27, 2010

Tazkirah Hari ini



Dari Abu Hurairah rhadiyallahu'anhu, dari Nabi shalallahu'alaihi wa sallam, beliau bersabda : "Sesungguhnya agama itu mudah, dan siapa saja yang mempersulit agama, maka ia akan kalah. Oleh kerana itu sedang-sedanglah, Dekatkan diri kalian (kepada Allah) dan bersuka hatilah kalian serta pergunakanlah waktu pagi, petang serta sedikit dari waktu malam (untuk mendekatkan diri)!"Dalam riwayat lain dikatakan, Rasulullah shalallahu'alaihi wa sallam bersabda : "Sedang-sedanglah, dekatkanlah dirimu dan pergunakan waktu pagi dan petang serta sedikit dari waktu malam. Bersahajalah, Nescaya kalian akan sampai tujuan"

[HR. Bukhari].




Tuesday, January 12, 2010

~ Adikku Raihan ~



Suatu hari,
Di dalam surau Camellia cute,
Aku dipertemukan
Atas dasar perkenalan
antara pimpinan Pelajar dengan pelajar

Mulanya,
aku agak berdebar juga
Maklum la...
Biasa la tu permulaan taklifan...
Huhu..

Hari demi hari
Aku redah jalan ini
dengan penuh onak duri
Sehingga tanpa sedar
Aku jua kadangkala
Abaikan adikku ini
Namanya: RAIHAN ASHIKIN

Sampai satu ketika,
Aku menerima panggilan
Tika itu aku sedang meeting
"Kak, rehan sakit sangat"
"Ha? Ya Allah,
Ok Akak mai sekarang"

Dengan Lajunya aku berlari
Ke biliknya...
Aku lihat dia terlantar
Menahan kesakitan
Sedang kawan-kawannya
Menelaah buku serta menghafal sesuatu
Kerna esoknya final Semester 1

Aku memujuknya..
Agar tidak memikirkan tentang exam tu dulu
Aku menahan tears dari jatuh ke bumi
Aku tak mahu dia tahu aku sedih

Ku genggam erat tangannya
Ku insaf..
Kerna..
Diri ini sering kali alpa
Lupakan dia..
Tak mampu berbuat apa-apa
Hanya sekadar tahu berkata
" SABAR YA DIK"

Ya Allah...
Aku mohon padaMU
Kuatkanlah adikku ini
Berikanlah ia kemudahan
Dalam mengharungi liku-liku kehidupan
Sembuhkanlah ia dari penyakit itu

Ya Allah...
Ampunkanlah dosa-dosa kami..
Redhakanlah setiap apa yang aku lakukan
Stiapa apa yang aku fikirkan
Setiap apa yang terdetik di hati ini
Kau berkati lah...

Ya Allah..
Aku mohon padaMU
Kau kuatkanlah ikatan ukhwah
Yang telah kubina ini
Kau suburkanlah kasih sayang antara kami
Moga ukhwa yang terjalin itu
Sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangMu

YA ALLAH...
YA ALLAH....



Sunday, January 10, 2010

Rahsia Memotong Kuku


RASULULLAH S.A.W BERSABDA: yang ertinya: Barangsiapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada haridilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati.
Selain mengikut hari tertentu, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor. paling elok, buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan (sila rujuk gambarajah di atas).


Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.

moral:
sambil potong kuku pun boleh beribadat.




~:: CheMisTry of JAnuaRy ::~

January...
kali ni saja nak share
Tentang family aku
Hehe..

3 Jan
adalah birthday emak aku
Emak yang tabah dan sabar
Tegas.
Yang sentiasa yang terbaik bagi aku

11 Jan
birthday abang aku pula
Muhsinon namanyer..
Sudah bekerja
Sangat tekun dalam pekerjaannya
Buat aku kagum dengannya..

13 Jan
Adik kedua terakhir pula..
bernama Ma'arof.
Sudah Form 4 dia
Dia punya kemahiran dan kelebihan tersendiri
Di waktu usianya ini,
dia sudah mahir untuk
memperbaiki motorsikal sendiri,
Bab2 kalau motorsikal rosak
walau siapa pun,
Nah, Tolong baiki
Insya Allah menjadi
Tahniah!
Dia agak manja dengan aku..
Huhu..

22 Jan
Hmm...
Ni empunya blog ini..
Tapi biarlah..
Tak mau citer..
Hehe..

23 Jan
Birthday buat Adam Hariez
Anak penakan aku
Anak abang aku
Tahun berumur 3 tahun
Adam,,,
Ang janagn duk buli Achik ni
Sakit laa...
Asyik kena tumbuk ja..
Huhu..
Jangan kacau papa tau..
Papa nk check gigi patients
Mama pun kena bantu papa
Adam jaga adik tau..

Begitulah kisah JANUARY..
Saje nak berkongsi..

Semoga kami semua diberkati umur yang dianugerahkan..
Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..
Masihkah ada esok untuk kita?
Maka fikir2kanlah..

Allahu Ta'ala A'alam


MotiVasi di sebaLik "CANE" & "CARROT"


Tahukah anda apa itu “Cane” dan “Carrot”??? Saya pasti dan yakin bahawa kita semua ketahui tentang itu. Cuma kita belum tentu tahu apa faedah hikmat di sebalik “cane” dan “carrot”. Seperti sedia maklum, setiap makhluk yang dijadikan, pasti ada hikmah di sebalik kejadian. Kali ini, saya ingin bawakan satu kisah dari kedua-dua ini. “CANE” dan “CARROT”.


Baik, mari kita susuri….


Pada suatu ketika, ada dua ekor kuda yang dipunyai oleh dua orang tuan yang berbeza. Kuda itu digunakan untuk mengembara. Apabila ia digunakan untuk mengembara, maka istilah kepada si penunggang adalah berkuda. Dahulunya, berkuda adalah satu kebanggan bagi penduduk, kerna pada ketika itu tiada lagi rusa, kancil, mata belalang dan sebagainya yang digunakan untuk mengembara. Hanya mengenderai kuda bagi yang berkemampuan. Wahh… teruja. Penulis sendiri tidak pernah menunggang kuda.


Begini, suatu hari, tuan masing-masing ingi menguji sejauh mana kuda mereka ini patuh kepada arahan mereka. Maka tuan-tuan itu mengatur satu percubaan dan ujikaji untuk menetukan satu method yang mana berkesan bagi kuda-kuda itu bergerak secara aktif. Oleh itu mereka mengambil satu kata sepakat. Seekor kuda akan dirotan dan seekor lagi diletakkan lobak dihadapnnya. Iaitu diikat.


Maka bermula satu perlumbaan dengan satu kuda dirotan bagi mengerakkan kuda itu dan satu lagi dihadapkan lobak dihadapan mata kuda itu. Kuda disuruh bergerak sejauh 5 kilometer. Kuda itu pun berlari mengikut sebatan dan keinginan kepada lobak itu. Semakin kuat dirotan semakin laju kuda itu. Kuda yang satu lagi, dengan rasa keinginannya untuk makan lobak itu, dia perlu dapatkan lobak itu sedangkan lobak itu sukar dicapai olehnya(kuda).


Akhirnya keputusan diperoleh. Kuda itu sama laju. Tapi natijahnya berbeza. Kuda yang dirotan itu sakit. Manakala kuda yang dilhidngkan lobak dapat makan lobak. He.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………...................


Daripada kisah di atas, mari kita fikir-fikirkan tentang diri kita ini. Booster bagaimana yang kita selau dapat. Dirotan atau lobak(makanan)? Yang mana satu berkesan meningkatkan motivasi diri. Yang mana satu norma manusia?


Bagi pendapat saya, kedua-duanya perlu. ini kerana, jika dirotan sahaja ia sanagt menyakitkan. Dan ia agak kurang memberi natijah yang bagus. Perlukah kita bekerja, bertindak serta bergerak apabila diketuk? Semoga kita semua sentiasa tahu apa tanggungjawab kita sebenar.


Sebenarnya, sebagai manusia biasa kita perlukan maotivasi jenis kedua-dua ini. Jika hanya makanan sahaja sebagai motivasi, tidak berjalan juga kerana, norma manusia bila sudah makan pasti akan bermalas-malasan untuk bergerak. Tanya diri sendi ye? Jika hanya mendapat motivasi “cane”, ia pasti akan bergerak tetapi akan ada satu rasa dalaman hati. Dendam mungkin atau juga ada baiknya untuk menyemai sifat redha dan ikhlas. Tapi agak sukar. Ia bergantung kepada individu tentang perkaitan penerimaanya bagaimana. Jadi, insan biasa perlukan kedua-duanya. Oleh itu mari kita cari booster dalam diri sendiri yang boleh membangkitakan motivasi diri. Cari dan terus mencari dengan berfikir sambil berzikir.


Jadilah kita sebagai manusia sentiasa cergerak ambil tahu tentang sesutau yang patut diketahui bukan hanya menanti.


## Rotan yang dimaksudkan bukan rotan semata-mata. Ia diibaratkan sebagai satu gertakan atau satu tekanan luar ke dalam diri sendiri.


Semoga kita sama-sama mengambil iktibar.


Allahu Ta’ala A’alam.




Saturday, January 9, 2010

Ya ALLAH...


Assalamu'alaikum...

Salam perjuangan dan kasih sayang serta kesetiaan...

Alhamdulillah thumma alhamdulillah...

Fuhhh.... lame gak yer tak update blog ni... apa nk jadi nie??? huhu... Come on la masyie... Apa anda dah buat ni? malas nak fikir ja yer... Huhu... membebel kepada diri sendiri...

Jutaan kemaafan kepada pengunjung-pengunjung semua.

Sesungguhya, saya agak kurang ada masa untuk meng"update" blog ni akhir2 ni...
seriously, banyak benda ingin diceritakan dan dikisahkan tapi masa itu lebih penting untuk ke perkara yang utama lagi. Saya hanya mampu titipkan dalam diari diri hati dan jiwa..( huh)


huh... Ni pun, saya baru sudah berprogram bersama warga kolej kediaman... Seronok...
Tapi, hari ni roomate saya tiada buat hari ni dan esok.. Dia p kem. So, keseorangan la malam ni. Ok, malam ni ada meeting untuk ke Melaka esok!..

Buat diriku, semoga rajin2 untuk menaip something walau seayat... Hehehe..

Ok.. Sehingga berjumpa lagi..

Selamat berjuang!

"CHANGE"