~::masyiemumtaz::~

masYie's

Thursday, May 30, 2013

Ya Allah... Kuatkan Hati Kami.

Assalamu'alaikum...

Pa habaq semua? Tengah bercuti ka tuh? Cikgu cikgi, ostad ustajah tengah cuti lah kan... Nasiblah... Untunglah...

Sungguh.. Hari ini cukup buat MM terasa terharu. Mempunyai kenalan dari wechat. Seorang adik berumuq 21 tahun. Menurutnya dia bekerja sebagai technical engineering di salah sebuah kilang di area Meru.. Meru? ohhhooo... Kenangan..

Adik ini menggelarkan dirinya sebagai "adik" dan panggil MM sebagai "akak".. (*Ohhh.. adik lai lai.. jgn jeles ya.. kamu juga adik akk..*). Sungguh.. MM agak kagum dengannya, sebab sedang dia berumur 18 tahun dia sudah punyai SPM dan diploma. Sebab dia menuntut di institusi apa ntah.. MM tak ingat pulak apa namanya,..Hehe.. 

Cerita punya cerita, dia bertanya kepada saya, sedemikian rupa:

  "Akak, gaji akak berapa? Ada tak 4k?
Jawab MM: "Alhamdulillah.. Cukuplah etakat ni.. Tapi x lah sampai 4K.. 700 ja.."

  "Akakkk.. akk tipuuuuu... Adik yang 3k pun tak cukup..."
Jawab MM :"bersyukurlah dik... Ok, kalau macam tu carikkan akak kerja yang boleh bagi akak RM 4K.."

"Kak.. saya ada buat projek ni kak.. Bernilai 2.5 juta... Semoga saya berjaya.. Saya nak beli kereta lah kak.."
JAwab MM: "uittt... dia main juta2.. akak main ratus2 ringgit ja.. Nak beli kereta apa dik??"

"Akak guna kereta apa?"
JAwab MM: "myvi"

"Haa.. Saya pun nak beli myvi.. Cute.."
##Ohh OK!##

sok sek sok sek..

Keesokan harinya,

"akak.. Saya nak shopping ni kak... Hari ni tak dak kerja sangat.."
JAwab MM: "Kat mana?"

"Zalora jer kak.. Akak nak apa? Meh adik belikan.."
##Terdiam seketika... "ZALORA JER...'' Waduhh.. dik.. Sungguh akak terkata.. Akak x minta2 pun nak dibelanja apa.. Sebab akk serik lah adik..."(**Hatiku berkata sendirian..**)


Tanda terima kasihnya adik ini kepada MM atas kesudian MM nak share ilmu dan ajar Baasa Inggeris kepadanya.. Padahal MM pun bukanlah hebat sgt tentang bahasa inggeris ni,.. Sangkut jugak.. MM berusaha sehabis baik.. SHaring is Caring...

Cukup aku terasa terharu dengan kenalanku yang bukan bergelar ustaz mahupun ostad.. Cukup menghormati dan menjaga adab denganku... 

Sekian itu sahaja nak dikongsikan kali ini.. 

TERHARU dan KAGUM (**_____________________**)







Monday, May 27, 2013

Rancangan Allah Lebih Baik...

Bismillahir Rahmaanir Rahiim.

Allahumma Solli 'Ala Muhammad..
Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Ajmai'en..

Assalamu'alaikum semua.

Semalam, diri ini sempat menghadiri satu slot usrah dan jaulah.Saya bersama tiga orang sahabat yang lain telah sampai sebagai kenderaan pertama ke tempat destinasi yang ditetapkan oleh pihak penganjur di sebuah daerah bernama Sabak Bernam. Sementara menunggu sahabat lain sampai, penyampai untuk slot tersebut telah pun sampai dan kami berempat sempat bersembang dan menyelongkar lalu berkongsi cerita bersama beliau.

Daripada perkongsian tersebut menambahkan lagi kekuatan diri dan hati ini untuk melangkah dengan laju dan kemas menuju ke masa hadapan (AKHIRAT). Lalu terbitlah madah ini...


Wahai diri
Apakah kamu tidak sedar
Allah sedang memberi nikmat
Nikmat yang jarang orang lain terima
Sedang kamu rasa teruji dan hiba

Wahai diri
Bangunlah dari kesedihan semalam
Teguhkan hati dan kaki untuk terus melagkah
Percayalah
Allah merancangkan yang terbaik untuk kamu
Wahai diri

 Bungkamkan segala kedukaan dan kesedihan itu
Lapangkan dadamu itu
Yakinlah bahawa Allah sedang mertarbiyah kamu
Melalui jalan ini
Allah juga akan hadirkan insan-insan yang istimewa
Agar hati kamu kuat dan kental
Dengan ujian demi ujian

Ukirlah senyman paling manis
Berbaktilah kepada agama dan ummah
Teruskan jalan dan berlari
menuju AKHIRAT 
Moga syurga yang didamba
Dikecapi dengan segera dan mudah

Allahu Allah

Sekadar hiasan tentang sahabat



Friday, May 17, 2013

Baru Rasa Apa Itu Mengajar

Bismillahir Rahmaanir Rahiim.
Alhamdulillah.. Thumma Alhamdulillah...
Allahu Akbar..

Allahumma Solli 'Ala Muhammad. Wa 'Ala Ali Muhammad.

.....
Best!!!!..

Ermmm...
Luahan rasa di blog ja.. Sebab tahu tak ramai pembaca blog saya ni.. (*_________*)

Hurmm.. Dua minggu selepas PRU 13 ini, penat mulut saya. Kerana mengajar tentang proses audit dilakukan kepada student practical di syarikat ini. Dari A to Z. Nak nak pulak kalau dapat student yang jenis xmaw improve diri atau depend kat orang lain ja. Ikut melulu ja.. Memang haru biru la jadinya kerja itu. Serius ni, mulut penat.. Kepala dan otak pun tak center. hehehehe...

Kadang-kadang dapat soalan yang sama hari-hari. Ada juga yang tak berapa nak mahir menggunakan Microsoft Word dan Excell , tak kesah la version berapa, 2003, 2007 atau 2010. Jika Basic pun terkial-kial, maka LAMPI lah.... huhuhu..

Malam, baru rasa kelenguhan mulut, bahu dan kaki kerana banyakpergerakan dilkukan.. Baru rasa bagaimana susahnya guru-guru ku mengajar aku sebelum ini bilamana menghadapi mereka yang jenis agak lambat ini. Bagusnya ada yang lambat ini adalah saya dapatlah berehat sebentar sementara menunggu mereka menyiapakan task yang diberikan. Tetapi kalau dah lambat sangat tu agak keterlaluan.. hehehe

Mana nak cari ni??? Lenguh kaki ni.. hehehe

Disebabkan saya dulu diajar membuat proses pengauditan secara teliti oleh supervisor saya semasa saya internship, Maka saya perturunkan ilmu yang ada ini kepada adik-adik agar mengaplikasi apa yang telah dipelajari semasa di dalam kuliah di Universiti yang megah dan indah. Dulunya, semasa internship, saya dipaksa menelaah semula buku-buku akaun dan audit. Bila dah tak dapat barulah berani nak tanya keada supervisor. Tapi zaman sekarang semua nak kena suap. Buka buku pun payah. Lebih baik layan cerita, laman sosial dan sebagainya bukannya membaca. Sehingga hari ini, saya masih disuruh membaca. Lagi-lagi hal berkaitan, AUDIT, AKAUN dan TAX  dalam kondisisi MALAYSIA.

NI sengaja menulis di waktu pagi sebelum lena. Saya ada juga buat kerja part time. Sebab dulu ada orang cabar dan hina saya sehina-hinanya.. Saya ingin membuktikan bahawa saya BOLEH BERJAYA... In Shaa Allah.. Allahumma Aamiin..

Sekian sahaja luahan rasa saya untuk kali ini.


FIKIR. FAHAM. BERTINDAK!

(*_________________________*)

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru...

Bismillahir Rahmaanir Rahiim..

Assalamu'alaikum....
Allahumma Solli 'Ala Muhammad...
Wa'ala Ali Muhammad..
Tabarakallahu Fina...
Allahumma Aamiin..

16 MEI...

SELAMAT HARI GURU!

Kepada semua yang bergelar pendidik dan guru sama ada guru ada terlantik atau tidak, bertauliah atau tidak, ada cop mohor cikgu ataupun tidak, asalkan kerjanya mendidik dan mentarbiyah insan lain..


TERUSKAN PERJUANGAN!!!



TERIMA KASIH BUAT GURUKU,

Emakku, yang mengajar tentang agama dan adab serta mengenal huruf, nombor, membaca dan mengira..(walau emakku seorang suri rumah)

#Sekolah Kebangsaan Bukit Badong
#Sekolah Rendah Agama Bukit Badong
#Sekolah Agama Menengah Jeram
#Kolej MARA Kuala Nerang
#Universiti Sains Islam Malaysia

Naqib, Naqibah
Senior-senior, junior-junior
Supervisor ketika internship
Majikan ketika bekerja di KL...

Semoga kalian sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..

(^____________________________________________^)




Wednesday, May 15, 2013

Istikharah - MESTICA

Assalamu'alaikum...

Buat diri dan sahabat sekalian yang masih keliru... hehehe

Mari hayati lagu ini...



ISTIKHARAH

Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta

Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang kau sedia
Sepenuh jiwa aku redha

Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya Kau kirimkanlah
Mahu aku pada siapa Kau jelaskanlah

Istikharah.. Istikharah..
Pada-Mu ya tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi nama-Mu ya Allah

Aku sujud penuh menyembah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku
 
(^_________________________________________^)



Tuesday, May 14, 2013

Pesanan

Pesanan buat diri dan sahabat.

Usah ikut sesebuah organisasi atau persatuan atau parti itu atas sebab Individu. Dan janganlah terlalu extreme.

Tetapi ikutilah atas sebab DASAR & PRINSIP yang mana Islam diletakkan sebagai yang terutama.

**Bila terlalu extreme pasti akan menjerut diri ke arah keangkuhan peribadi.**

Fikir. Faham. Bertindak.

##JANGAN MATI DALAM HIDUP.!!!!


 SENYUM
:) :) :) 

Monday, May 13, 2013

Wahai Si Niqabist

Bismillahir Rahmaanir Rahiim...
Assalamu'alaikum...
Allahumaa Solli 'Ala Muhammad..
Wa'Ala Ali Muhanmad.

Post kali ini saya berkisar tentang si niqabist. Kerana semakin hari saya melihat golongan ini agak kurang menjaga adab sebagai niqabist sehinggakan mencalar imej si niqabist yang menjaga adab. Maaafkan saya dengan kata-kata ini yang agak keterlaluan.

Bukan nak berbangga bukan juga nak menunjuk tetapi jiwa batin ini meronta-ronta agar dicatitkan di laman sosial. Sejujurya pesanan atau kata-kata yang bakal saya lontarkan ini bukan satu kecaman atau hentaman individu atau nafsu sematamata, tetapi adalah kerana KASIH SAYANG SESAMA SAUDARA ISLAM. Ahli keluarga saya juga ada yang memakai niqab / purdah. Malah anak-anak penakan yang kecil sudah dididik begitu oleh ummi mereka. Dalam beradik perempuan saya seorang sahaja yang belum kuat untuk berpurdah. (in Shaa Allah suatu hari..)

Sahabat yang disayangi sekalian, jiwa saya cukup terseksa bila mana ada sahabat yang berniqab tetapi ditonjolkan di facebook atau twitter atau instagram atau lain-lain media sosial. Cukup hati saya marah kerana bagi saya tindakan itu ibarat menunjuk-nunjuk di khalayak orang ramai dan mengatakan secara senyap bahawa "SAYA BERNIQAB". Bagi saya, elakkan dari mendedahlan imej kita, kerana ia akhirnya akan memakan diri dengan sifat angkuh dan bangga diri. Sebagai contoh, bila diletakkan gambar di laman sosial PASTI ada yang "like", comment berbentuk begini, "cantiknya.." "solehahnya". dan sewaktu dengannya. Bagi saya sebagai muslimah, kita tidak perlu menagih kata-kata sedemikian rupa. Cukuplah mahram kita sahaja melihatnya.

Saya juga bersyukur kerana dikurniakan dan saya dilahirkan dari keluarga yang pengamatan tentang agama itu orang lain kata "syadid". Alhamdulillah. 

Sahabat yang disayangi sekalian, saya juga cukup-cukup rasa sedih bila ada sahabat niqabist ini bila buat walimah dan ada berposing lalu ditepekkan gambar itu di laman sosial. Apakah maknanya itu? Cukup saya sedih dan terkilan. Meruntun jiwa. Maka lahirlah kata-kata seperti ini,"Hmmm... Pakai niqab pun sama jugak ya dengan yang xpakai niqab.." Pleaseee sahabat, saya cukup terkesan dengan kata-kata itu kerana ini mencalar maruah/air muka mereka yang menjaga adab bila berniqab. Kerana saya memikirkan kakak-kakak saya dan anak-anak buah saya. Mereka juga malu.

Untuk akhirnya, kepada suami yang isterinya berniqab, jagalah isterimu itu agar tidak terikut-ikut dengan gaya fesyen yang tabarruj sekarang ini. Berpadalah.

Kepada sahabat yang berniqab, jagalah adab dan tingkah langkahmu. Agar sahabat yang lain menghormati dengan prinsip yang kalian pegang..

Untuk post ini, saya memohon seinfiniti kemaafan keada sahabat sekalian...
Ingat, "MATLAMAT TIDAK AKAN MENGHALALKAN"..

Wallahu Ta'ala A'alam..

**Jika ada sebarang komentar, jangan malu segan komen atau contact saya melalui emel yang tertera di dinding blog ini.

Sekian. Wassalaam...


 

Thursday, May 9, 2013

PRU13- Versi MM

Assalamu'alaikum...
Allahumma Soll 'Ala Muhamamad.
Wa'ala Ali Muhammad...

Bismillahir Rahmaanir Rahiim..

Hai semua..
Pa habaq? Ada sihat ka? Iman ok? Harap ok lah yer... Ada rasa "panas" dan "hangit" lagi tak? hahaha..

ok. ok..

Ni saja pepagi ni nak celoteh pasal PRU 13 baru ni.. 
 
PRU13 yang paling membodohkan rakyat Malaysia..

Anda setuju tak dengan statement saya ni?

.....
Kenapa saya kata sedemikian...

Pertama: Sogokan duit kepada rakyat di pedalaman dan mengatakan kalau PAKATAN RAKYAT (PR) Menang maka akan berlakulah darurat.

##Ni memang Fitnah besar... Kalau orang jenis mata duitan. Mereka percaya tau.. Tu yang tak jadi nak undi PR tuh...

Kedua : Proses Pengiraa Undi Yang Berat Sebelah. 
 
##Mula-mula PR dan menang.. Tetiba ada peti undi masuk. Ntah datang dari mana ntah. Blackout pulak.. Akhirnya BN Menang... Ni memang kejam dan zalim
 
Ketiga : Undi Rosak yang Terlalu banyak
 
##Sebagai contoh, Parlimen saya, Kuala Selangor, lebih 1000 undi rosak direkod. Heyyy... Ingat rakyat bodoh sangat ke nak buat pengundian...Menurut sumber petugas PACA, memang petugas SPR ini kebanyakannya sudah diajar menipu. Saya berani berkata sedemikian, kerana ada 2 beradik saya bertugas sebagai PACA semasa PRU13 lalu..

Untuk akhirnya bagi post kali ini, wahai rakyat Malaysia amnya, khususnya rakan2 saya usahlah membiarkan diri kta diperbodoh oleh Pemerintah Negara Sendiri Yang zalim dan kejam terhadap rakyatnya..

Selamat BERJASA & BEBAS melakukan apa saja kau mahu!