~::masyiemumtaz::~

masYie's

Monday, October 31, 2016

Pengalaman Makan Vita C Shaklee

Assalamu'alaikum. 

Hai.. Apa Khabar? Iman ok x? Jasad in Syaa Allah ok..
Cuti lama kan..

hehehe..
Ok.. Hari ni, MM nak kongsi pengalaman sendiri bila MM consume Vita C Shaklee ni. 

Bila MM rasa nak demam dan selsema jer, MM cepat-cepat up dose Vita C menjadi 3-5 biji. 

Haaa... Banyak kan??? Kenapa?? 

 Sebab MM sedang menyusukan baby MM. Jadi MM perlu antibodi yang banyak agar demam dan selsema tidak melarat dan berjangkit kepada baby. Dan alhamdulillah.. Tindakan itu menjadi. Kesihatan kami bertambah baik..
Selain tu?? Apa lagi pengalamannya?

Kulit MM makin halus mulus. Jarang jerawat singgah. Alhamdulillah. Dan suami MM pun dah larang MM pakai bedak. Sebab, ada sekali tu kan.. MM saje pakai bedak. akhirnya kulit MM jadi menggelupas. Sejak dari itu, suami MM dah HARAMkan bedak untuk SS. Bedak kan banyak bahan kimia. See... Ini terbukti.. Vita C Shaklee memang dari semulajadi. Tiada bahan kimia."

Jpm bershaklee bersama saya...

Hubungi MM di 019-255 9666

Wednesday, October 19, 2016

Keperluan Vitamin C

Assalamu'alaikum...

Haa.. Seperti dijanjikan. MM nak kongsikan kelebihan produk-produk kesihatan yang dibuat oleh Shaklee.

Pertamanya... Setiap manusia di Malaysia amnya dan di dunia khasnya, perlu sangat-sangat makan Vitamin C. Nama vitamin Shaklee adalah SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS.(vitamin C Shaklee)

Haaa.. Ini la Botol Vitamin C Shaklee Yang bagus dan sedap tuu..

Keduanya,  Vitamin Shaklee nidibuat denagn sumber semulajadi yang akan disalurkan dalam tubuh kita dari jam ke jam. Vitamin C shaklee ini sangat perlu diambil kerana fungsinya adalah untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan dan juga mencegah sebarang penyakit. Sebab tu kalau kita sakit apa-apa ke, kita pergi klinik, farmasi Klinik tu akan beri kita Vitamin C. Akan tetapi vitamin C di pasaran itu kebanyakannya sintetik. 


Sumber Semulajadi Yang Disalurkan Jam demi Jam

Seterusnya, Vitamin C shaklee ni harganya adalah sangat murah dan berpatutan. Sebotol Vitamin C shaklee ada 180 biji. Sehari hanya perlu makan 1-2 biji sahaja. Sebotol Harga RM92. Jadinya sebiji RM52sen. Murah kan...

Ni persamaan Vitamin C Shaklee Dengan Buah Oren Yang Seddap tuu


Maka dengan rendah hatinya, saya menyeru semua kawan-kawan MM mulakan makan Vitamain Shaklee dengan Vitamin C Shaklee.. Anda pasti kagum dan berpuashati dengan perubahan kesihatan anda. In Syaa Allah.

Jika berminat nak beli produk Shaklee, boleh hubungi MM ya di Talian 019-255 9666.



"Sharing is Caring. Caring is Loving. Loving is Responsibility"

Tuesday, October 18, 2016

Masyi Bersiaran Semula

Hai..


Assalamu'alaikum..
Apa khabar iman dan hati semua?

Harap sihat sejahtera.

Lama kan MM x bersiaran.. 

Sejak pregnant. Pastu alami banjir. Pastu Bersalin. Membesarkan puteri sambil niaga online. (Nanti kita sembang)

Semua tu alassan jer kan MM x bersiaran.. padahal boleh jer.. Nak seribu daya tak nak seribu dalih kan.. Tu tandanya MM banyakss sgt alasan.

MM sekarang dah ada seorang Puteri bernama Nurul Mu'izzatun Najah binti Muhammad Zzulkhibrie. Boleh panggil Izzah, Najah. Sekarang dah Setahun 8 bulan.. (hehehe.. lama bonar x hupdate blog.. Nasib baik ingat password lagik)


.....................


Haa... Sekarang MM join makan dan jual Shaklee. Produk ni mula2 hari tu nak beli jer.. Tapi bila lama2 rasa rugi pula x join ahli. Sebab bila join ahli kita beli barang dengan lebih murah dan dapat point. Cukup point minimum sebulan tu sebanyak 150un, maka kita akan dapat bonus kurang lebih 20ringgit gitu. (Dah la produk baguss.. dapat bonus pulak,.. heee.. Untungnya..)

Selain dapat bonus tu, sejak amalkan cara hidup sihat dengan mengamalkan supplemen SHAKLEE ni, alhamdulillah saya bertambah saya dan Family kecil bertambah sihat. Jarang demam. Alhamdulillah,

Kalau ada yang nak jooin Shaklee bolehla hubungi MM di talian 019-255 9666 

hihi..

Nnti sy cerita kelebihan produk pulak ya..


Wednesday, April 30, 2014

Teguran Suamiku Berhemah

Assalamu'alaikum.

Saja nak mencoret tentang diri dan suami.

Ada satu minggu tu, MM dibebani kerja yang memerlukan fokus dan tindakan pantas. Memandangkan ada trainee di office ni, maka MM pun sub lah kepada trainee itu. Untuk tujuan pembelajaran mereka.

Sedang MM sedang sibuk menyelesaikan kerja-kerja MM, trainee boleh pulak pending. Buat kerja sambil online. Berassap juga MM. tapi MM diamkan jer dulu.

Sehinggalah otak MM tepu dengan nombor2 dan kerja lain. Maka, MM beri job baru kepada seorang trainee ni (A). Tetiba A terus diam dan agak drastic action yang dilakukan. Saya tanya jawab tegas gile. Sampai officemate lain terkejut cara A jawab soalan MM ni. Huhuhu

Maka, MM khabarkan kepada suami tersayang. Dan secara tetiba suami MM buat keputusan nak balik my hometown. Sedangkan next week, MM akan balik ke hometown suami.. Lalu bersembanglah kami berdua.

"sayang, abang akan hang klu boss abg beri kerja yang perlbagai dalam satu masa. So, abg akan buat tak tahu ja.."

MM : ooo.. begitu. Abg buat tak kerja yang boss buat tu. ?

"Buat tu buat. Cuma cara pengarahan itu. Buat kaum lelaki ni rasa bengang. Sayang kena faham, lelaki ada ego nya.."

MM : Ooooo.. (dalam hati.. dia tegur aku ni..ok faham..)

Alhamdulillah.. MM dikurniakan suami yang bijaksana dalam mengendalikan emosi MM.. SYukurrr...





Monday, April 7, 2014

Tudung versi suamiku...

Assalamu'alaikum...

Saja nak mencoret...

"sayang, pakai tudung yang balut2 tu x? yang tiada awning?"

"abg, tudung sayang mana ada awning? biasa ja la..."

"Eh, sayang. tudung sayang ada awning la..kan tak berbalut tu.."

Argghhh.. Sudah.. MM fening. Apa la yang nak dimaksudkan oleh suamiku ini..

Dan. Suami MM pun What's App la gambaq contoh yang dia nak maksudkan;

Suami : ni yang xdak awning. Nampak macam berbalut

MM pun jawab... "ohh... begitu.. Sayang tak reti pakai macam tu la abg. Kenapa? Nak sayang pakai macam tu..."


Suami MM.."Bagus xreti.. Abg x suka gaya tudung begitu.. Nampak macam berbalut...


Kelakarnya, Tudung sayang ada awning kan?
**Mandaiii je...* Bagusss..




Thursday, March 20, 2014

Alhamdulillah. 14-3-14

Assalamu'alaikum.

14-3-14 (Malam)
Dengan sekali lafaz tanpa percubaan.
Aku bergelar isteri kepada Muhammad Zzulkhibrie bin Mohd Razali.
Tanpa Mak Andam.
Tanpa tempahan baju yang "grand".
Tanpa pelamin.
Tanpa makan beradab a.k.a makan biadap!
Alhamdulillah.
Semua berjalan lancar.

SesungguhNYA, majlis itu unexpected.
Kerana ikut perancangan awal, tiada seperti apa yang berlaku.
Semuanya atas kasih sayang keluarga, sahabat dan rakan2.
Terima kasih semua yang sudi hadir.
Makan-makan di rumaha family saya.
Khabarnya, makanan semua sedap.
Alhamdulillah.
Pengantin x lalu nak makan.. heheee


Terima kasih abg!

Terima kasih atas pemberian.
*ada yang xnampak.. Kamera kecil ja Norkiah ni.*

Senyum..
Serba Hijau
Doa

Doakan baitulmuslim kami ini.. Semoga diberkahi Allah. Semoga bahagia hingga ke syurga. Amiin... Ya Allah..







Friday, February 14, 2014

Oh Adam Hariez!

Assalamu'alaikum..

Pa habaq semua? Harap sihat naa.... Iman pun ok. Jiwa baik.

Saja. Nak celoteh... Hehe

Hari tu balik reja singgah mai rumah abg MM. Papa adam. Sembang2 time makan. Saja MM tanya kat Adam. Antara dialognya.

Adam : Achik, kite masuk kelas pertama.  

MM    : Wahhh.. Tahniah!.. Kiss sket..  Adam jadi apa kat kelas?

Adam : Mula2, teacher bagi tugasan ketua Cleaner kat kelas. Sebab abg rajin bersihkan kelas tu. Pastu ketua Kelas, teacher bagi kat kawan abg. Tapi ketua kelas abg bising. Pastu teacher bagi kat abg. So sekarang, abg yang jadi ketua kelas.

MM bersama abg MM n mama adam gelak besar.. 

MM    : Wowwww.. Panjangnya citer hang adam. 

Adam : Itulah "ADERM". Sambil makan grill beef yang dibuat oleh abg MM.

Lepas sembang kat tempat makan, sambung depan tv dan adik2 adam yang lain. MM saja melawat anak2 penakan MM ni. Katanya Ayna asyik demam ja .. Tak kebah2. Mungkin rindu dengan MM lah tu.. Hehe.. 

Alhamdulillah. Lepas MM balik dari rumah abg MM, Kak cik (ayna) pun sihat. Dah x merengek.. Nak Achiknye yang ni juga peluk cium agaknya.. Rindu sangat lah tu. 

Macam mana lah agaknya bila MM kahwin nanti. #eyh!..
Abih semua anak2 penakan MM demam.. Hahaha.. Mintak Jauh.

Gaya Machooo katanya Adam.. ha ha ha

Achik! Macam ni handsome x??

Siapa kacau achik kita.. I tembak U tau!
PAKSA AKU BELIKAN BUKU DAN PEN. sebab nak tulis2 katanya

Cantik dan kemas tulisan adam. Yang baru berusia 7 Tahun!


Ok la.. Sambung sebulan akan datang na..

Jumpa lagi..