Showing posts with label Monolog hati. Show all posts
Showing posts with label Monolog hati. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

Lamunan Terhenti



L A M U N A N  T E R H E N T I


Angin menyapa pipi
Terasa dingin 
Cahaya mentari agak suram
Bagai mengetahui isi hati
Terus menerawang jauh
Hampir terbabas

Tetiba...
Kisah hitam semalam muncul
Terus mengimbau
Lahir trauma dan fobia
"cukup hanya sekali itu!"
Tunduk
Allah.
Astaghfirullah.

Meraup muka kebasahan
Bertekup tangan di wajah
Terus insaf
Teresak-esak
Allah.
Astaghfirullah.
Kuatkan aku.
Ampuni aku.

Tegak
Pandang jauh ke hadapan
Andai itu takdirNya
Pasrah.
Redha.
Kun Fayakun.

Kaki menggeletar
Tubuh layu 
Perut berkeroncong
Maka,
Lamunan terhenti.


#Semoga sentiasa dibawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah#


 

Monday, July 22, 2013

Ramadhan Kali Ini....

Assalamu'alaikum...
Allahumma solli 'Ala Muhammad
Wa 'ala Alihi wa Sohbihi Ajmae'in.
Amma Ba'ad...

Subahanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar!

Ramadhan 1434H sudah hampir melangkah pergi.. Cepat sangat.. Rasa macam baru start puasa. Astaghfirullah... Allahu Akbar.

Ramadhan kali ni, MM diberi peluang untuk menghayati sungguh-sungguh bulan barakah ini. Di mana, Ramadhan 1433H MM banyak kecundang dengan nafsu durjana dan perkara-perkara lagho. Diibaratkan seperti MM hanya berpuasa lapar dan dahaga. Astaghfirullah... Alhamdulillah. Allah hantar ujian itu agar MM perbaiki dan muhasabah diri. Sebab Allah sayang MM dari jatuh dan tersungkur ke lembah hina jika MM teruskan niat dan hajat MM tahun lalu... Allahu Akbar.. Sungguh cantik perancangan Allah...

Ramadhan kali ni, MM sepenuh masa di rumah parents.
Diberi peluang dan ruang untuk bersama masyarakat setempat. Bila berjumpa masyarakat kamung MM nih, ramai tak percaya yang MM sudah bekerjaya. Katanya masih nampak sekolah menengah gitu. Oleh yang demikian, MM mendapat title "DR Masyitah"..(Memang dulu cita-cita nak jadi doktor.. Gamaknya MM kena further study sampai PHD lah ni..huhuhu)... Ada yang panggil MM "adik". Manje kan? Hehehehe... Tak pelah.. MM tak kisah. Janji MM dan mereka bahagia dan gembira. MM tak kisah pun. Janji nama panggilan tuh baik...

Ramadhan kali ni, dapat mengikuti program tadarus Al Quran dengan tenang. Tiada gangguan hati dan spritual. Alhamdulillah.. Suatu hari/ slot, ada seorang mak cik ni, duduk rapat dengan MM. Lalu disurahkan kepada MM begini..
  "dik, mak cik ni tak pandai mengaji. Mak cik nak dengar ja hari ni boleh? Tak pe kan?"

MM terkaku seketika... Sambil berkata.. "Mak cik... Allahu Akbar... Boleh ja mak cik... Itu juga adalah lebih baik daripada tak pandang atau baca langsung Al Quran ni.."

  "Mak cik nak dengar dik baca ya. Mak cik duduk kat kumpulan adik ya.. Boleh kan?"

Air nataku hampir jatuh. Ku tahan... Lalu berkata.. "Boleh mak cik... Jom.."
_________

Sesudah habis juzuk yang dibahagikan untuk dibaca. Mak cik itu kembali kepadaku.
"Nak, sedap bacaan anak tadi... Anak ni siapa ya?"
MM: Saya anak emak..(Sambil tunjuk emak..)
"Ohhh.... Patutlah... Boleh tak ajar mak cik mengaji..."
MM: Boleh mak cik. bla.. bla.. bla...

--------
*Bukan aku nak berbangga dengan dialog itu.. Tetapi kesungguhan mak cik itu untuk belajar mengaji. Baru diberi hidayah Allah untuk belajar mengaji... 
*Aku ni siapa. Insan yang banyak berdosa kepada Allah dan makhluk lain...

__________________

SesungguhNYa, Ramadhan Kali ini, memberi satu kekuatan momentum baru untuk aku terus melangkah dan berubah kepada yang lebih baik. Sedang mereka itu menghina aku sepuas hati. Dijadikan aku ini seperti binatang yang tiada punya makna dalam kehidupan ini.. Allah MAHA memelihara hambaNYA...

----------

Semoga Ramadhan 1434H ini, menjadi satu benchmark untuk aku terus kuat melangkah dan memijak  duri-duri yang berada di atas jalan ini.. Aku yakin Allah bersama hamba yang sentiasa dekat kepadaNYA. Maka, mari kita sentiasa berpaut kepada taliNYA..Usah regang walau sesaat.. Sesaat kita jauh dariNYA, menandakan kita tidak bersyukurkepada pemberianNYA..

________________

Harapan Ramadhan ini, diberi peluang sehingga ke akhir hari Ramadhan 1434H dan berjumpa Ramadhan 1435H. In shaa Allah..

##Semoga kita sentiasa dilindungi dan diberkati Allah....


Sekian dulu coretan dan contengan saya kali ini... Semoga terus kuat beramal ibadat di bulan barakah dan mulia ini. Selamat beramal... 


 


Thursday, May 30, 2013

Ya Allah... Kuatkan Hati Kami.

Assalamu'alaikum...

Pa habaq semua? Tengah bercuti ka tuh? Cikgu cikgi, ostad ustajah tengah cuti lah kan... Nasiblah... Untunglah...

Sungguh.. Hari ini cukup buat MM terasa terharu. Mempunyai kenalan dari wechat. Seorang adik berumuq 21 tahun. Menurutnya dia bekerja sebagai technical engineering di salah sebuah kilang di area Meru.. Meru? ohhhooo... Kenangan..

Adik ini menggelarkan dirinya sebagai "adik" dan panggil MM sebagai "akak".. (*Ohhh.. adik lai lai.. jgn jeles ya.. kamu juga adik akk..*). Sungguh.. MM agak kagum dengannya, sebab sedang dia berumur 18 tahun dia sudah punyai SPM dan diploma. Sebab dia menuntut di institusi apa ntah.. MM tak ingat pulak apa namanya,..Hehe.. 

Cerita punya cerita, dia bertanya kepada saya, sedemikian rupa:

  "Akak, gaji akak berapa? Ada tak 4k?
Jawab MM: "Alhamdulillah.. Cukuplah etakat ni.. Tapi x lah sampai 4K.. 700 ja.."

  "Akakkk.. akk tipuuuuu... Adik yang 3k pun tak cukup..."
Jawab MM :"bersyukurlah dik... Ok, kalau macam tu carikkan akak kerja yang boleh bagi akak RM 4K.."

"Kak.. saya ada buat projek ni kak.. Bernilai 2.5 juta... Semoga saya berjaya.. Saya nak beli kereta lah kak.."
JAwab MM: "uittt... dia main juta2.. akak main ratus2 ringgit ja.. Nak beli kereta apa dik??"

"Akak guna kereta apa?"
JAwab MM: "myvi"

"Haa.. Saya pun nak beli myvi.. Cute.."
##Ohh OK!##

sok sek sok sek..

Keesokan harinya,

"akak.. Saya nak shopping ni kak... Hari ni tak dak kerja sangat.."
JAwab MM: "Kat mana?"

"Zalora jer kak.. Akak nak apa? Meh adik belikan.."
##Terdiam seketika... "ZALORA JER...'' Waduhh.. dik.. Sungguh akak terkata.. Akak x minta2 pun nak dibelanja apa.. Sebab akk serik lah adik..."(**Hatiku berkata sendirian..**)


Tanda terima kasihnya adik ini kepada MM atas kesudian MM nak share ilmu dan ajar Baasa Inggeris kepadanya.. Padahal MM pun bukanlah hebat sgt tentang bahasa inggeris ni,.. Sangkut jugak.. MM berusaha sehabis baik.. SHaring is Caring...

Cukup aku terasa terharu dengan kenalanku yang bukan bergelar ustaz mahupun ostad.. Cukup menghormati dan menjaga adab denganku... 

Sekian itu sahaja nak dikongsikan kali ini.. 

TERHARU dan KAGUM (**_____________________**)







Monday, May 27, 2013

Rancangan Allah Lebih Baik...

Bismillahir Rahmaanir Rahiim.

Allahumma Solli 'Ala Muhammad..
Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Ajmai'en..

Assalamu'alaikum semua.

Semalam, diri ini sempat menghadiri satu slot usrah dan jaulah.Saya bersama tiga orang sahabat yang lain telah sampai sebagai kenderaan pertama ke tempat destinasi yang ditetapkan oleh pihak penganjur di sebuah daerah bernama Sabak Bernam. Sementara menunggu sahabat lain sampai, penyampai untuk slot tersebut telah pun sampai dan kami berempat sempat bersembang dan menyelongkar lalu berkongsi cerita bersama beliau.

Daripada perkongsian tersebut menambahkan lagi kekuatan diri dan hati ini untuk melangkah dengan laju dan kemas menuju ke masa hadapan (AKHIRAT). Lalu terbitlah madah ini...


Wahai diri
Apakah kamu tidak sedar
Allah sedang memberi nikmat
Nikmat yang jarang orang lain terima
Sedang kamu rasa teruji dan hiba

Wahai diri
Bangunlah dari kesedihan semalam
Teguhkan hati dan kaki untuk terus melagkah
Percayalah
Allah merancangkan yang terbaik untuk kamu
Wahai diri

 Bungkamkan segala kedukaan dan kesedihan itu
Lapangkan dadamu itu
Yakinlah bahawa Allah sedang mertarbiyah kamu
Melalui jalan ini
Allah juga akan hadirkan insan-insan yang istimewa
Agar hati kamu kuat dan kental
Dengan ujian demi ujian

Ukirlah senyman paling manis
Berbaktilah kepada agama dan ummah
Teruskan jalan dan berlari
menuju AKHIRAT 
Moga syurga yang didamba
Dikecapi dengan segera dan mudah

Allahu Allah

Sekadar hiasan tentang sahabat



Friday, May 17, 2013

Baru Rasa Apa Itu Mengajar

Bismillahir Rahmaanir Rahiim.
Alhamdulillah.. Thumma Alhamdulillah...
Allahu Akbar..

Allahumma Solli 'Ala Muhammad. Wa 'Ala Ali Muhammad.

.....
Best!!!!..

Ermmm...
Luahan rasa di blog ja.. Sebab tahu tak ramai pembaca blog saya ni.. (*_________*)

Hurmm.. Dua minggu selepas PRU 13 ini, penat mulut saya. Kerana mengajar tentang proses audit dilakukan kepada student practical di syarikat ini. Dari A to Z. Nak nak pulak kalau dapat student yang jenis xmaw improve diri atau depend kat orang lain ja. Ikut melulu ja.. Memang haru biru la jadinya kerja itu. Serius ni, mulut penat.. Kepala dan otak pun tak center. hehehehe...

Kadang-kadang dapat soalan yang sama hari-hari. Ada juga yang tak berapa nak mahir menggunakan Microsoft Word dan Excell , tak kesah la version berapa, 2003, 2007 atau 2010. Jika Basic pun terkial-kial, maka LAMPI lah.... huhuhu..

Malam, baru rasa kelenguhan mulut, bahu dan kaki kerana banyakpergerakan dilkukan.. Baru rasa bagaimana susahnya guru-guru ku mengajar aku sebelum ini bilamana menghadapi mereka yang jenis agak lambat ini. Bagusnya ada yang lambat ini adalah saya dapatlah berehat sebentar sementara menunggu mereka menyiapakan task yang diberikan. Tetapi kalau dah lambat sangat tu agak keterlaluan.. hehehe

Mana nak cari ni??? Lenguh kaki ni.. hehehe

Disebabkan saya dulu diajar membuat proses pengauditan secara teliti oleh supervisor saya semasa saya internship, Maka saya perturunkan ilmu yang ada ini kepada adik-adik agar mengaplikasi apa yang telah dipelajari semasa di dalam kuliah di Universiti yang megah dan indah. Dulunya, semasa internship, saya dipaksa menelaah semula buku-buku akaun dan audit. Bila dah tak dapat barulah berani nak tanya keada supervisor. Tapi zaman sekarang semua nak kena suap. Buka buku pun payah. Lebih baik layan cerita, laman sosial dan sebagainya bukannya membaca. Sehingga hari ini, saya masih disuruh membaca. Lagi-lagi hal berkaitan, AUDIT, AKAUN dan TAX  dalam kondisisi MALAYSIA.

NI sengaja menulis di waktu pagi sebelum lena. Saya ada juga buat kerja part time. Sebab dulu ada orang cabar dan hina saya sehina-hinanya.. Saya ingin membuktikan bahawa saya BOLEH BERJAYA... In Shaa Allah.. Allahumma Aamiin..

Sekian sahaja luahan rasa saya untuk kali ini.


FIKIR. FAHAM. BERTINDAK!

(*_________________________*)

Tuesday, March 26, 2013

Demi Sebuah Impian

Bismillahir Rahmaanir Rahiim..
Assalamu'alaikum...

Allahumma Solli 'Ala Muhammad
Wa 'Ala Ali Muhammad
....

Demi Sebuah Impian
Langkah diteruskan
Ada duri yang melintang
Badai datang tanpa disapa
Hingga rebah ke bumi

Demi Sebuah Impian
Kanan kiri dilihat bersama
Atas bawah turut sama
Diri semakin kaku
Bisu, Kelu, kedu
Tanpa suara hati yang tekad
Yang bisa menepis segala halangan
Doa dan tawakkal terus kukuhkan

Demi Sebuah Impian
Peluang yang datang bertubi-tubi
Perlu ditapis berhati-hati
Kerna dikhuatiri akan makan diri
Maka punahlah impian yang dikejari

Demi Sebuah Impian
Doa, Usaha, Istiqamah Dan Tawakkal
Menjadi satu tuntutan
Agar Al Falah menjadi bekal.

Allahu Akbar!!!




Monday, March 25, 2013

Belum Waktunya Lagi

Bismillahir Rahmaanir Rahiim...
Assalamu'alaikum...
Allahumma Solli 'Ala Muhammad
Wa 'Ala Ali Muhammad...

Belum Waktunya Lagi

Hari itu sungguh gembira
Terukir senyuman di bibir
Di kala ada sisihan kaca mencucuk
Lalu sujud syukur dihamparkan

Saban hari kegembiraan bertambah
Adakala emosi bertukar selera
Marah, nangis, sedih, gembira
Tanpa sedar ada duri yang cuba mendalangi
Terus melangkah tanpa berwaspada
Membelakangi hukum agama

Semalam menjadi saksi hari ini
Duri itu begitu tajam bila disentuh
Hari ini terasa sakitnya atas tusukan duri itu
Esok tidak menjanjikan apa-apa
Yang belum pasti
Belum waktunya lagi
Untuk sebuah hakikat yang ingin direalisasi
Kerana semalam dan hari ni
Telah membelakangi Hukum Agama 

Allahu Akbar!
Sungguh! Kau Maha Mengetahui Hal Makhluknya
Terutama hamba yang kerdil
Tanpa Agama Manusia hina
Tanpa ilmu manusia alpa
Tanpa ukhuwah manusia sengsara

Belum waktunya lagi
Sebuah janji ditepati
Sebuah kasih sayang dimeterai
Sebuah cinta didambai
Sekeping rindu dirimbuni
Belum waktunya lagi

Wahai diri
Teruskan langkah
Terus Berjuang!






Tuesday, March 19, 2013

Perempuan Cina Banjar

Assalamu'alaikum..

Nak post apa yang terbuku di hati..
(*tahu  tak ramai baca blog ni..*)

Ya Allah...

Aku dipertemukan dengan seorang anak perempuan keturunan Cina + Banjar yang kurang ajar bagiku..

Pergghhh...
Perempuan tu mmg egois la
Langsung tak mahu menerima kesilapan diri
Asyik mengatakan aku ni tuduh dia ja
Padahal dia langsung x siasat apa yang berlaku
Dia hadap dan biarkan sahaja
Langsung tiada kata kemaafan dan terima kasih
Biadap kan?

Tapi serius ni
Hatiku memang terkejut sangat lah
Sebab keje bagus kot
Keje kat hospital
Keluarganya semua bangga
Cara pakaian ok
Tapi akhlak dengan manusia lain 
Sungguh kejam! Zalim! Biadap!

Malu lah aku sebagai seorang perempuan
Ye la, Sebab perempuan pun kejam macam tuh
Kurang ajar dan kurang adab langsung
Tak dak hati perut langsung

Akhirnya;
Tak pelah...
Perempuan Cina Banjar, 
Kau selamat kat dunia ni
Kat akhirat pasti akan diadili
Kau kejam terhadap kami dan sekeluarga

Satu ja aku nak ingatkan
"Sekalipun tiada hati, Biarlah berhati perut!!!"

Ok..
Kita jumpa di mahkamah akhirat ya.
ALLAH MAHA ADIL






Monday, February 18, 2013

Kuasa Maaf Dan Kuasa Sabar

Assalamu'alaikum..
Allahumma Solli 'Ala Muhammad, 
Wa 'ala Ali Muhammad...

Ya Allah, Ya Fattahu, Ya 'aliim, Ya Rahman Ya Rahiim...

Di kala diri ini sedang tenat dan penat rasa dizalimi, dikhianati, ditipu, Allah menggerakkan hati hati untuk mendengar IKIM.Fm dalam segemen IBRAH petang ini...

Ya Allah...
Sungguh...
Air mata tidak dapat ditahan lagi...
Terus mengalir dengan deras...
Mendengar kisah Nabi Yusuf yang dikisahkan dalam Surah Yusuf...
Allahu Rabbi..

Ya Allah...
Dengan kisah itu,
Diri ini terasa terpukul dengan tindakan diri ini kepada orang lain,
Diri ini bagai hilang panduan dan matlamat hidup
Astaghfirullah...
Alhamdulillah...
Allah berikan kasih sayang dan rahmat untuk aku dengar IKIM tadi

Kisahnya begini,
BAgaimana Nabi Yusuf sabar ujian yang diberi dan dipilih.
Bagaimana Nabi Yusuf dan Nabi Ya'acub memaafkan kesalahan orang lain yang menghina baginda sehinggalah mereka bertaubat lalu beristighfar... Astaghfirullah.. Ya Allah.. Allahu Akbar!

Aku betul-betul terasa diri ini hina dan dina di sisi Allah..
Lantas aku meniatkan sedalam-dalamnya,

"Ya Allah... Aku maafkan dia dan mereka ya Allah... Sungguh.. Aku alpa dengan nikmat mu di dunia ini... Ya Allah.. Kau jadikanlah kami lebih baik dari sebelum ini... KAU takdirkan yang terbaik untuk kami ya Allah... Allahumma Aamiiinn... "

Ya Allah.. Sungguh aku menyesal tindakan nafsu yang gelojoh itu..
Ampuni aku ya Allah..."

 "Ya Allah.. KAu campaklah KESABARAN dalam hati ku ini..."





Saturday, February 9, 2013

~~Ada Udang Di Sebalik Mee Udang~~

Assalamu'alaikum...
Allahumma Solli 'ala Muhammad.



Tetiba abah pesan: "tak yah la nak bangga bergambar dengan artis ka sapa2 pon selebriti kat dunia ni... Bukan boleh jadi bukti perjuangan pon.."

ohhh... Alllaaamakkk.. Abah macam taw ja aku bubuh gambaq dgn artis kat whatsapp...

Terima kasih abah!


Rupenye, ada "artis" datang tanya... Ohhh... Ada udang di sebalik mee udang ni abah...

huhuhuhu...

HAtiku batu...

KAku..
LAlu,, berteleku..

Allahu Allah....  

Friday, February 8, 2013

Lee Mengecewakan Hati

Assalamu'alaikum...

Allahumma Solli 'Ala Muhammad...
Wa'alaa Ali Muhammad...

Oh tiddakkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!
Berjumpa Lee Mengecewakan Hati (LMH)

Semoga Berbahagialah ya..

Sekian...

Wednesday, February 6, 2013

Lidah


Assalamu'alaikum....

Allahumma Solli 'ala Muhammad...


Lidah itu tidak bertulang
Tu sebab boleh kata apa-apa jer
Baik buruk
Boleh jer

Kita orang Islam yang berIMAN
Mestilah tahu adab bila berkata-kata
Mana yang boleh
Mana yang tak boleh
Jangan dok sedap mulut jer ya

Lidah tidak bergulung
Sebab apa???
Kadang-kadang bila berjanji
Pada ramai orang
Selepas tuh tak ingat
Perghhh....
Menyirap tak?
Relax je la

Lidah manusia kat dunia ni tidak akan bergulung
Cakap la banyak mana pon
Janjilah banyak mana pon
Kalau tak jaga
See at akhirat court lah

Nda pepatah kata "lidang bercabang"
Tu cam na pulak?
Ayoyo....
Ni jenis orang yang cakap macam hampeh ja
Dia cakap ikut sedap kebaikan dan kebahagiaan dia ja

Sebagai contoh;
Si A tak suka si B ganggu tunangan orang
Then, bila si B ni buat, si A maki hamun tak tentu hala
Padahal si A pon buat lagi teruk
Tu memang kejam
Jahat lidahnya
Memang biadap!
Tak reti segan langsung!

Ada jugak orang kata "CAKAP TAK SERUPA BIKIN"
Itu pon dari lidah jugak
Sesungguhnya Kabura Maqtan 'indaLLAH..

 
Dia cakap apa yang dia tak buat
Dan tak buat apa yang dia cakap

Apa punya hati manusia macam ni
Fikirlah.

.................

##SAVE MALAYSIA 112!!!!##
 Ini kalilah UBAH.....




Saturday, February 2, 2013

Emak Kata

Assalamu'alaikum...

Sekali Pandang Penyegan,
Dua kali Pemalu,
Bila dah kenal, Macam Hantu...

Fuhh...
Mintak Jauh..
Na'udzubillah...
Astaghfirullah...


Hati-hati...
Ada Yang Memerhati...

Peace

Saturday, January 5, 2013

Hati Kecil Itu

Assalamu'alaikum...
Ya Allah.... Hatiku berbicara


Semalam Hati kecil berbicara ringkas
"dia.. Dia... Dan dia"
Lalu ditepis dengan
"tidak... Tidak... Tidak"
"aku... Aku... Aku"

Hari ini, hati kecil menangis
Tiada makhluk yang mengetahui
Bahkan mendengar

Hati kecil itu memendam rasa
Menghirup cuka
Segaris luka yang dalam
Tanpa sedar
Lukanya seperti memaku sebatang paku di dinding
Dicabut, pasti ada kesan walau tidak dalam dan membonjol
Kesan itu tak kan hilang dek cat atau varnish mahupun thinner
Kesan itu tetap ada di hati kecil

Hati kecil itu perlu terus bertahan dan kuat


Hanya Pada ALLAH kita serahkan segalanya....



**Aku perlu kuat melangkah duri-duri yang tajam ini**


Friday, January 4, 2013

Ukhuwah Fillah Indah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ukhwah Fillah Indah Abadan Abada...

Ukhuwah Fillah Indah
Bila mata bertentang mata
Bila hati tersentuh sama
Bila lisan menutur bicara
Bila senyuman terukir indah

Ukhuwah Fillah Indah
Di mana sahaja
Bila-bila sahaja
Tak kira darjat apa
Tak kira bangsa apa
Tak kira keturunan apa
Tak kira pandai berbahasa apa
dan loghat apa

Ukhuwah Fillah Indah
Kerna hati tarbiyah sama walau tak serupa
Kerna diri didik dan dibimbing sama
Kerna pernah bersua muka walau sekali cuma
Kerna mungkin pernah bekerjasama
Dalam satu jalan dakwah dan perjuangan agama

Ukhuwah Fillah Indah
Begitu berharga
Sangat setia
Sangat indah bersama
Sangat kuat tautannya
Walau tanpa suara
Hanya di alam maya
Yang pasti
UKHUWAH FILLAH INDAH...
Abadan Abada...


Surah alHujrat ayat 10
"Sesungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.




 

Friday, December 28, 2012

SAHABAT...

Assalamualaikum warahmatullah..


Moga kalian terus dan terus dalam rahmat Allah...



“Sesungguhnya selemah-lemah ukhwah itu adalah berlapang dada, dan setinggi-tinggi ukhwah itu pula adalah ithar (melebihkan orang lain).”
Hari ni, titisan air melimpah ruah saat nota ni ditulis.. :')
Saya yakin ramai di kalangan kita yang mempunyai sahabat sendiri. Mungkin juga dalam ramai-ramai kawan itu kita mempunyai beberapa orang sahabat baik. Hakikat kehidupan ini kita perlukan teman untuk berbicara. Maka erti persahatan itu menjadi rahmat yang dicampakkan Allah untuk manusia. Ada sahabat yang sanggup berkorban apa sahaja utk sahabatnya...sanggup berlapar, sanggup berjaga malam, sanggup berulang alik ke hospital, dan sanggup bersusah payah demi sahabatnya....senang crita, sanggup buat apa2 shj.. ;)

Tapi.... Hakikat hidup bila berurusan sesama manusia pasti ada perselisihan. Masalah komunikasi adalah lazim dalam hubungan persahabatan. Dari sekecil perkara hinggalah besar kadang-kala masalah berlaku. Berkecil hati, merajuk, berdengki, berdendam dan sebagainya boleh menggugat ukhwah sesama muslim. 
Tapi jugak....masalah ni semua boleh diselesaikan dgn berlapang dada... Persoalannya sejauh mana kita perlu berlapang dada andai kita terasa hati dengan sahabat kita? Berlapang dada merupakan sekecil perkara yang boleh dilakukan kepada sahabat kita andai. Memaafkan merupakan perkara mulia yang wajar dilakukan andai kita berkecil hati atau terasa dengan sahabat kita. Andai ada perasaan marah, cubalah untuk memaafkan dan teruskan kembali persahatan itu. Mengukuhkan ukhwah adalah perkara yang dituntut dan meleraikannya sangat dilarang. Ya, saya akui. Berlapang dada dan berbaik sangka dengan sahabat itu tersangatlah sukar. Cakap memang senang. Hendak buat, sampai air mata darah boleh berlinang. :)

However, 
Berlapang dada ni susah bagi orang yang sukar untuk menerima, tapi mudah bagi sesiapa yang sentiasa berfikiran terbuka dan positif. Bagi orang yang hatinya tenang dan tak suka kusutkan fikiran, dia terima je. Mungkin sebab dia penyabar dan banyak meminta pertolongan dari Allah supaya diberikan hati yang cepat bertaubat dan sebagainya. Wallahualam. Tapi...menjadi lumrah dalam persahabatan, apabila makin dekat makin kuat kita diuji. Kalau terasa sakit hati atau tak suka dekat kawan kita cuba pergi ke suatu tempat yang sunyi dan tiada orang ke, muhasabah diri dengan berfikir kenapa kita tak suka atau meluat atau sakit hati dengan kawan kita tu. Cuba renung balik saat-saat manis kita dengan kawan kita, ingat balik segala kebaikan yang pernah dia buat kepada kita, fikir balik keburukan kita dekat kawan kita yang sebenarnya lebih banyak daripada keburukan dia yang kita nampak. :) 
So, ni ada beberapa tips utk berlapang dada, utk pengetahuan semua dan sedang cuba diamalkan utk diri sendiri.. :

1. Istighfar dan ingat Allah

Mudah bukan beristighfar ini? Tidak memerlukan tenaga seperti mengangkat 10 tan anak gajah. Istighfar dalam hati pun sudah cukup. Mahu berapa banyak dan berapa lama? Itu terpulang pada sebanyak mana anda boleh meredakan rasa tidak elok dalam hati anda itu. Bila sudah reda rasa sesak itu, anda akan rasa satu perasaan yang lapang lepas beristighfar. Beristighfar itu tanda kita ingat pada Allah juga bukan. Semua perkara datang daripada Allah. Semua perkara yang Allah beri, mesti ada hikmah. Rasa sesak itu Allah turunkan untuk lihat sebanyak mana kita mampu bersabar. Sejauh mana kita mampu berbaik sangka dengan sahabat kita.
Sejauh mana juga kita mampu berbaik sangka dengan Allah. Ingat, semua ini datang dari Allah dan kita pohon pada Allah juga untuk pinjamkan ketenangan.

Whatever burden u have in your heart, have faith in Him...and let it go.... Fuh!
2. Sila abaikan syaitan di sekeliling anda.

Oh, waktu emosi semua benda kita tolak ke tepi. Emosi jadi bara api. Api amarah dan dendam. Syaitan sentiasa mahu mengapi-apikan anda. Jika anda berjaya buruk sangka dengan sahabat anda dan sampai tahap terputus ukhwah, maka bertepuk tanganlah syaitan di sisi. Ingat, ini sebenarnya bukan perang antara kita dan sahabat, tetapi perang antara kita dengan syaitan dan bisikan jahat. Sejauh mana kita dapat menghindari bisikan jahat dan hasutan syaitan itu. Makin banyak anda dapat lawan syaitan itu, makin cerah peluang anda untuk menang dalam pertempuran ini. Akhir sekali syaitan akan mengeluarkan bendera putih, tanda menyerah kalah. Senyum.

3. Ingat perkara yang positif.

Kadang-kadang kerana kesalahan yang kecil, kita terus terputus ukhwah. tak pun, berfikir utk memutuskan ukhuwah..owh jahatnya! Habis semua keburukan sahabat kita gali. Kita terlupa yang sahabat ini pernah meminjamkan bahunya ketika kita menangis dahulu. Kita terlupa yang sahabat ini pernah lapar bersama-sama dengan kita dahulu. Di dalam memandang 1 keburukan pada seorang sahabat, kita tidak akan nampak 10 kebaikan dalam dirinya. Mengapa mahu membenci dirinya kerana 1 keburukan sedangkan dalam diri sahabat itu masih lagi berbaki 10 kebaikan. (Kalau pening, baca ulang2 bg paham).. Sahabat juga manusia biasa seperti mana kita. Manusia itu memang sentiasa tidak lepas dari melakukan dosa. Ingat perkara yang positif sahaja ok? Ingat perkara yang indah sahaja. :)

4. Beri ruang untuk diri sendiri dan sahabat.

Ruang yang ada, kita guna untuk muhasabah diri kita kembali. Mana tahu, Allah mahu tambah keimanan kita dengan cara sebegini. Siapa tahu, mungkin ada kebaikan yang menyusul selepas kita berselisih faham dengan sahabat itu. Menjauhkan diri bukan untuk memutuskan ukhwah. Tidak sama sekali. Ia satu cara untuk beri nafas pada diri sendiri. Ia satu cara untuk muhasabah diri semula. Ia satu cara untuk fikir di mana silap kita. Ia satu cara untuk melakukan 3 perkara di atas. Istighfar, abaikan syaitan dan positif. Lagi lama kita berhadapan dengan insan itu, lagi banyak syaitan mengapi-apikan kita..huh!

p/s : Cakap memang senang kot.... Kalau nak buat, sampai air mata darah bisa berlinang. Huhu...Tapi, belum cuba belum tahu kan?
Have a try! :)

"Takdir itu yang terindah" 

Rindu kamu semua sahabatku... :)



**copied & paste**

Thursday, December 27, 2012

Terus Kuat Melangkah

Assalamu'alaikum....

Air mata semalam belum kering 
Hari ini air mata itu jatuh lagi 

Oh Air mata 
Berhentilah 

Oh hati yang kuat 
Teruskan melangkah dan memijak duri-duri tajam itu 
Dengan keyakinan bahawa 
Allah sahaja tempat bergantung harap 

Teruskan Juang!
!! 

Friday, December 21, 2012

Kerna Kau Seorang Doktor Perubatan, Dia...

Bismillahir Rahmaanir Rahiim..
Allahumma Solli 'Ala Muhammad.
Wa 'alaa Ali Muhammad

Assalamu'alaikum....

Salam Jumaat...

Hatiku bermadah lagi pagi ini di kala keseorangan di office.. 


Kerna kau Seorang Doktor Perubatan
Dia sanggup melakukan apa sahaja
Dia berbangga dengan kau bergelar DR
Dia terlalu sayang kepada kau 
Dia sangat prihatin kepada kau

Kerna kau Seorang Doktor Perubatan
Dia boleh mungkiri janji seseorang yang dicintainya
Demi menjaga hati kau yang bergelar Doktor Perubatan
Demi kasih sayang yang terbina sedari lahir lagi
Demi cintakan keluarga yang punya anak seorang yang bergelar Doktor Perubatan

Kerna kau Seorang Doktor Perubatan
Dia boleh mengungkap kata-kata nista dan kesat kepada orang lain
Dia boleh berbuat apa sahaja kehendak dia yang dirasakan baik dan perlu bagi diri dia
Dia boleh menghina manusia sesuka hati sahaja
Dia boleh memaki hamun manusia mengikut nafsu amarah dia sahaja
Dia boleh menghambur fitnah sesedap rasa

Kerna kau Seorang Doktor Perubatan
Dan dia seorang yang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Yang ternama
Hanya hujah dia seorang sahaja yang BENAR
Hanya kata-kata nista dia sahaja yang layak diberikan kepadaku
Kerna aku hanya SEORANG KERANI YANG BEKERJA DI PEJABAT KECIK-KECIK SAHAJA
Tidak berada di Hospital Yang besar-besar dan megah
Mahupun di Sekolah-sekolah untuk menjadi guru atau pemimpin
Mahupun bergambar dengan orang-orang hebat amalnya

Kerna kau Seorang Doktor Perubatan
Dia sahaja yang layak diberikan perhatian
Dia sahaja yang layak dibenarkan kata-katanya walau tidak benar
Dia sahaja yang patut dihormati pandangannya
Dia sahaja yang layak membantah pandangan aku yang hina dina

Kerna kau Seorang Doktor Perubatan
Dia seorang pendidik

Sedang aku
Insan yang hanya bekerja sebagai kerani biasa-biasa saja
Tidak punya apa-apa
Hanya banyak berhutang budi dengan jasa manusia
Yang berhutang dengan Bank kerana kereta
Yang punya beradik yang ramai
Yang banyak menyusahkan keluarga dia dan kau Seorang Doktor Perubatan

Akhirnya....
Aku dengan rasa rendah diri dan hati
Memohon seinfiniti kemaafan dari kalian semua terutama dia pendidik dan kau SEORANG DOKTOR PERUBATAN
Kerna akulah manusia yang paling hina lagi dina dihadapan kalian
Kerna akulah insan yang keras kepala
Kerna akulah hamba yang tak berguna untuk kalian
Kerna akulah wanita yang biasa-biasa sahaja
Tidak kaya dan tidak pula bergaya seperti kalian
Kerna aku hanya belajar biasa-biasa sahaja di Institusi Pengajian Yang tak ternama seperti kalian semua.
MAAFKAN AKU....
MAAFKAN AKU....
MAAFKAN AKU....

Terima kasih tak terhingga kerana aku pernah singgah di hati-hati kalian semua....
TERIMA KASIH....
TERIMA KASIH.....
TERIMA KASIH....



**Aku yakin, Allah tidak akan menghisab manusia mengikut taraf pendidikan dan pekerjaan yang dia ada di dunia ini...**