~::masyiemumtaz::~

masYie's

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adhha...



Selamat Hari Raya Aidil Adhha...


Semoga bertambah keimanan kepada Allah dengan kehadiran eid ini..


**** sy balik kampung ****
**** Semoga cuti semester ini adalah satu yang manfaat buat diri dan orang lain..****
*** InsyaAllah ***

Wednesday, November 25, 2009

Selesai

Salaam perjuangan buat semua yang mengunjungi blog ini...

Alhamdulillah thumma al hamdulillah waLLAHu akbar!!!

Saya telah menghadiri dan mengikuti program WEHDAH. Banyak inputs diberi dan diterima. Ia juga merupakan satu cabaran buat diri saya dalam menyampaikan Islah dan DAKWAH. Dengan sidang Pleno yang menampilkan penyampai-penyampai yang mantap, Forum yang menampilkan Ahli-ahli Panel yang berkaliber, bengkel-bengkel bagi membincangkan satu resolusi yang akan diserahkan kepada KPT, 1 slot perkongsian aktiviti dakwah dari setiap institusi pengajian yang hadir dan akhirnya dengan satu WACANA KHAS yang menampilkan Bro Shah Kirit.

Dengan pengisian yang disajikan kepada peserta yang berbentuk sebegini, ia dapat membuka minda mata2 rantai perjuangan Rasulullah untuk lebih mencapahkan pemikiran dan sentiasa terbuka minda dan pemikiran untuk menyampaikan satu kalimat menegkkan Kalimah ALLAH..

Ia jug menjadi satu cabaran dan ujian bagi semua untuk melaksanakan dan mengaplikasikan apa yang telah disampaikan oleh otai-otai Daie ini..

Oleh itu, marilah sama kita mengorak langkah menuju ke arah maslahah ummat.
Untuk mencapai semua ini, kita perlu bersedia kengahadapi segala mehnah dan tribulasi dari konteks globalisasi amnya dan waqi'i institusi pengajian khususnya( yang pelbagai). Kita juga usah lupakan tanggungjawab kita kepada masyarakat luar...

" DAKWAH BERMULA DARI HATI " ===>> maka mari kita sucikan hati kita dahulu..

Allahu Ta'ala A'alam..



Sunday, November 22, 2009

WEHDAH '09

Salaam perjuangan dengan penuh kasih sayang dan kesetiaan...

Mulai pada 22- 25 November 2009, saya akan mengikuti program KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009 ( WEHDAH )...

Selamat berwehdah.... =)

Wednesday, November 18, 2009

<<< Rela & Biarlah >>>


Hari demi hari
Aku mencari beberapa point
Untuk menentukan keputusan aku
Patutkah aku bebegini?
Syadid sangatkah aku ni?
Mundur kah aku?
Atau bagaimana?

Point pertama dari emak:
"kita selalu mencari alasan
Agar kita dapat kecapi sesuatu itu
Walau ia nampak Syubhah.."
Persoalannya: Layak kah kita ni bina alasan??
Mendalam betul kata-kata emak ni..

Point kedua dari observation sendiri:
Boleh jadi ketagih..
Buang masa...
Agak banyak merapu sendirian...
Persoalnnya: Mampukah aku untuk menjaga ini semua???
Takut sungguh aku rasa..

Point ketiga dari seorang kakak:
"masYie, tak dak lagi kan?
Hmm.. tak yah la ada..
Better tak yah...
Jangan mudah terpengaruh"
Memberi satu kekuatan
Untuk aku thabatkan keputusan ini.

Point keempat dari satu artikel:
Aku tak ingat terbaca di mana,
Lebih kurang begini
" Ia adalah satu sumbangan kepada Israel
untuk menysiast pelanggan"nya".."
huh... bahaya!!!

Point kelima dari adik Ummu:
" Akak, tak elok la guna "benda" tuh..
Memberi sumbangan kepada Yahudi"
Sokongan untuk aku.
Syukur & Terima Kasih...

Akhirnya aku kuatkan hati
Agar terus bersama dengan keputusan itu
Ya Allah...
Aku redha dengan ketentusn Mu
Biarlah lah aku..
Rela ku terima kutukan
Asalkan aqidah terjaga
Amal terjaga..

Ya Allah...
Aku pohon pada Mu..
Lindungi aku dari segala rencam ragam duniawi..
Tabahkan hati aku...
Redha lah aku ya Allah..
Amiin ya Rabbal 'Alamiin..


Monday, November 16, 2009

Rindu....

Salaam perjuangan dan salam ukhwah fillah dengan penuh kasih sayang...


abah n emak


Ya Allah..
Astaghfirullah...

Aku sangat rindu mereka
Tersentap jiwa dan hati aku
Bila emak kata:
"wani dah balik, knp mas tak balik ya?"

Ya Allah..
Ampunilah dosaku..

Emak... Abah..
Tunggu ya..
mas balik sebelum raya..
Insya Allah.

Doakan mas berjaya...
Ada 3 paper lagi yang berbaki..
Doakan juga agar dipermudahkan segala urusan...

Emak.. Abah..
mas rindu...
Nanti kita cerita bila balik nanti..

Sayang emak...
Sayang abah...


** Terima kasin abah dan emak.... Kerana sangat memahami anakmu ini... Tika aku ada kerja yang perlu diselesaikan... Insya Allah.. aku akan menymbung perjuangan kalian..


Friday, November 13, 2009

Hukum Berjabat Tangan Antara Lelaki dan Perempuan Menurut Pandangan Ulama’



Assalamu'alaikum....
Email dari Mr President:

Bismillahirrahmanirrahim…

Berjabat tangan menjadi kebiasaan dalam perhubungan, termasuk diamalkan masyarakat bukan Islam. Ia bagi melahirkan rasa hormat antara satu sama lain, sekali gus merapatkan hubungan kedua-dua pihak.

Berjabat tangan juga menjadi simbol perdamaian selepas berlaku sesuatu perselisihan dan dalam sesuatu urusan.

Kebaikan daripada amalan zahir itu jelas terserlah, kerana mewujudkan persekitaran yang sihat, memupuk perpaduan, semangat kekitaan dan kebersamaan.

Tetapi dalam Islam sejauh mana amalan ini dibenarkan? Apakah ada batasnya dan dilarang berjabat tangan di antara lelaki dan wanita?

Sheikul Azhar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi, dipetik berkata, beliau tidak pernah terbaca hadis atau kisah dalam sirah, Rasulullah pernah berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahramnya.

“Rasulullah tidak pernah sama sekali berjabat tangan de ngan wanita bukan mahram dan inilah yang dipersetujui oleh kebanyakan ulama fiqah.

“Namun, masih ada pendapat yang mengatakan (membolehkan) jika berjabat tangan itu tidak berlandaskan niat yang jahat iaitu semata-mata berjabat tangan dengan hujung jari sahaja secara ikhlas,” katanya.

Beliau sendiri apabila pulang ke kampung halaman, sepupunya yang perempuan di mana sesetengahnya sudah lanjut usia datang menghulur tangan mereka untuk bersalam.

“Kami di kampung-kampung di Mesir, apabila kaum wanita ingin berjabat tangan dengan lelaki, maka mereka melakukannya dengan berlapikkan hujung kain kelubung atau mengalaskan tangan dengan sesuatu.

“Bagaimanapun, saya lebih cenderung kepada pendapat tidak (boleh) berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya kerana tidak ada nas Rasulullah pernah melakukannya,” katanya.

Ketua Mahjlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, berkata berjabat tangan di antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi isu rumit.

Jadi, menurutnya, untuk mendapatkan keputusan mengikut perspektif Islam, ia memerlukan usaha dari segi psikologi, intelektual dan saintifik.

“Jadi, mufti perlu membuang tekanan yang mempengaruhinya dan adat diwarisi, kecuali ia berdasarkan nas dari al-Quran atau sunnah.

“Sebelum mengupas isu ini, saya suka mengenepikan dua perkara yang saya tahu wujud persetujuan di kalangan pakar undang-undang Muslim,” katanya.

Pertama, dilarang berjabat tangan dengan wanita jika khuatir menimbulkan keinginan seksual atau keseronokan atau jika bimbang berlaku godaan.

Kedua, pengecualian dalam berjabat tangan dengan perempuan tua, atas alasan tiada kebimbangan menimbulkan gelora nafsu.

Perkara yang sama diamalkan kepada budak perempuan kerana tiada kekhuatiran akan membangkitkan nafsu atau godaan. Sama juga jika seseorang itu adalah lelaki yang sudah tua.

Ini berdasarkan apa yang diceritakan daripada Abu Bakar as-Sidiq, bahawa beliau berjabat dengan perempuan tua.

Juga dilaporkan, bahawa Abdullah ibnu az-Zubair mengupah wanita tua untuk merawatnya ketika beliau sakit dan wanita itu pura-pura tidak melihat dan membuang kutu daripada kepalanya.

Malah, ini juga berasaskan apa yang dijelaskan dalam al-Quran membabitkan wanita tua yang mandul, diberikan pengecualian.

Allah berfirman, maksudnya:

“Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka, dalam pada itu menjaga kehormatan lebih baik bagi mereka, dan ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (an-Nuur:60)
Justeru, objek perbincangan yang ingin dikongsi bersama al-Qaradwi di sini membabitkan yang luar daripada dua kes berkenaan.

“Berjabat tangan dengan wanita adalah haram menurut pandangan mereka yang berpegang bahawa menutup semua badan wanita, termasuk muka dan dua tangannya adalah wajib.

“Jika memandang kepada mereka adalah haram, menyentuh pun haram kerana sentuhan lebih kuat daripada memandang, ia menimbulkan berahi.

“Tetapi mereka yang menyokong pandangan ini adalah sedikit, sementara majoriti pakar undang-undang Muslim, termasuk Sahabat berpendapat muka dan tangan tidak ter masuk dalam larangan,” katanya.

Pandangan mereka berdasarkan pandangan firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 31, maksudnya:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan atau kanak-kanak…”

Jadi, al-Qaradawi mempersoalkan, di mana nas mengenai larangan berjabat tangan jika ia membangkitkan keinginan nafsu?

Saya mencari nas menyakinkan untuk menyokong la rangan itu tetapi saya tidak menemuinya. Hujah paling kuat di sini ialah bagi menghalang maksud fitnah dan ini tidak syak lagi diterima apabila membangkitkan nafsu atau takut fitnah,” katanya.

Bagi sesetengah ulama, mereka menjadikan tindakan Ra sulullah membiarkan wanita pergi selepas menerima ikrar taat setia pada hari penaklukan Makkah sebagai satu sandaran dalam memutuskan hukum ini.

Mereka berpendapat, Rasulullah meninggalkan sesuatu per kara bukan menunjukkan ia adalah larangan, seperti baginda meninggalkannya kerana haram, makruh atau kerana tidak disukai.

Kemudian mereka mendakwa, Nabi s.a.w menahan diri daripada berjabat tangan dengan wanita (selain isterinya) tidak menjadi nas larangan.

Jadi, menurut mereka, sepatutnya ada hujah lain untuk menyokong pendapat mereka yang mendakwa berjabat ta ngan dilarang sama sekali.

Bagaimanapun, ada pihak yang tidak bersetuju Rasulullah menahan diri daripada berjabat tangan dengan wanita yang berikrar setia itu. Ini kerana Umm Atiyah al-Ansariyyah dilaporkan dalam riwayat lain, menunjukkan Nabi berjabat tangan dengan wanita terbabit.

Ini nyata berbeza dengan hadis diriwayatkan Ummul Muk minin, Aisyah r.a yang menafikan perkara terbabit dan menyatakan akuan ia tidak berlaku.

Dalam kes ini juga ada ulama mengatakan larangan terbabit tidak dapat dibuktikan jika tiada dalil qatie seperti dari nas al-Quran dan hadis sahih.

Malah, jika sekadar mengandaikan hadis itu sahih, ia masih tidak jelas hadis berkenaan menyatakan larangan lelaki dan wanita bukan mahram berjabat tangan.

Bagaimanapun, daripada perbincangan di atas, al-Qaradawi memberikan dua keadaan hukum, iaitu:

“Pertama, berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram hanya diizinkan apabila tiada keinginan nafsu dan kebimbangan fitnah.

“Tetapi jika takut berlaku fitnah, keinginan nafsu dan keseronokan, kemudian berjabat tangan tidak diragui men jadi haram.

“Jika satu daripada dua syarat itu tidak ada (yakni akan menimbulkan keinginan nafsu atau menimbulkan fitnah) di antara seorang lelaki dan mana-mana wanita mahram, seperti ibu saudara dan lain-lain, berjabat tangan menjadi haram (walaupun pada asalnya dibenarkan).

“Kedua, berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram seharusnya terbatas keadaan tertentu, seperti antara hubungan persaudaraan atau mereka yang mempunyai hubungan disebabkan perkahwinan,” katanya.

Apa pandangan anda ?



Thursday, November 12, 2009

تذكيرة هاري اين


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."... Q.S Ali I'mran 200

by rakan JAKSA yg memegang portfolio yang sama di koej kediaman yang lain..

Wednesday, November 11, 2009

MengUKUR sebuah CINTA

Salaam perjuangan...

Di dlm Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525 diriwayatkan kisah berikut:

Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa’d. Keduanya mulai berdoa. Sa’d berdoa terlebih dahulu:

“Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yg sgt perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”

Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah aku musuh yg gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bhw keduanya terpotong ketika aku berjuang di jlnMu dan jln Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”

Sa’d mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.

Sa’d bercerita kpd anaknya, “Duhai anakku, doa Abdullah lbh baik drp doaku. Di senja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pd seutas tali.”

Kisah ini tlh melukiskan sebuah cara utk mengukur cinta kita pd Allah. Sementara ramai yg berdoa agar mendapat ini dan itu, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dpt bertemu dgn Kekasihnya sambil membawa sesuatu yg bisa dibanggakan.

Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kpd anda: “Dr mana kau peroleh hartamu di dunia?” Anda akan menjawab, “Harta itu ku peroleh dgn kolusi dan korupsi, dgn memalsu kuitansi, dgn mendapat cipratan komisi.”

Allah bertanya lagi, “Apa saja yg tlh engkau lakukan di dunia?”

Ku hiasi hidupku dgn dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu.” Allah dgn murka akan menjawab, “Kamu benar!”

Bandingkan dgn seorang hamba lain yg ketika di Padang Mahsyar berkata kpd Allah:

“Tlh ku tahan lapar dan dahaga di dunia, tlh ku basahi bibirku dgn zikir, dan tlh ku curahkan waktu dan tenagaku utk keagungan namaMu, tlh ku hiasi mlm ku dgn ayat suciMu dan tlh ku letakkan dahiku di sejadah utk bersujud pd kebesaranMu.”

Dan Allah akan menjawab, “Kamu benar!”

Duhai.. adakah kebahagian yg lbh dr itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.

Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dgn membawa amal yg bisa kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yg akan menyenangkanNya?


Wallahu a'alam....

Monday, November 9, 2009

~ Bicara Hatiku ...~

PeRikSa dalam PeRiksa..


Salaam perjuangan dengan penuh kasih sayang...

Ingin saya berkongsi satu kata-kata di sini..

"periksa dalam periksa"

Ia begini, mengikut sahabat yang berkata pada saya tentang ayat ini, di dalam kita menghadapi peperiksaan kita juga diuji.. Dan peperiksaan juga adalan sebahagian daripada ujian.

Pada sabtu yang lalu, saya baru faham tentang kata-kata ini...
Diri ini memang betul-betul teruji...
Dan sampai sekarang saya masih terkenang dengan tindakan yang saya ambil...
bagai tidak percaya..

Alhamdulillah.... Semua selamat...
Alhamdulillah...



Monday, November 2, 2009


SELAMAT MENGHADAPI FINAL EXAM KEPADA SAHABAT-SAHABAT,ABANG-ABANG, KAKAK KAKAK SERTA ADIK-ADIK DI SERATA IPTA/S, KOLEJ-KOLEJ...

SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN...

MAAT TAUFIQ WAN NAJAAH...

DO THE BEST FOR THE BEST FUTURE OF YOU!

MARI JIHAD ILMU...