~::masyiemumtaz::~

masYie's

Wednesday, December 30, 2009

Gus Dur meninggal akibat pelbagai komplikasi


SUMBER: beritaharian online.

JAKARTA: Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau Gus Dur yang meninggal dunia jam 6.45 (waktu Indonesia Barat)dilaporkan akibat mengalami komplikasi angin ahmar, kencing manis dan jantung yang dihadapinya.

Laman berita Detik.com melaporkan, bekas Presiden keempat Indonesia itu meninggal dunia di Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM), di sini dan menerima rawatan sejak 26 Disember lalu.

"Dengan ini kami beritahukan bahawa Gus Dur telah meninggal dunia pada Rabu, 30 Disember jam 18.45 (6.45 petang)," kata Dr Jusuf Misbach, Pasukan Doktor Perubatan Preside di RSCM, Jakarta Pusat.

Jusuf berkata Gus Dur dirawat sejak 26 Disember lalu dan keadaannya menunjukkan stabil.

"Namun pada hari ini, jam 11.30 pagi, kondisinya kembali buruk dengan komplikasi penyakit angin ahmar, diabetes dan jantung dan jam 6.15 kondisinya ritikal.

"Tepat jam 18.45 (6.45 petang beliau meninggal," katanya.

Adik kandung Abdurrahman, KH Sholahudin Wahid kemudian turut mengesahkan Abdurrahman sudah meninggal dunia.

"Saya mendapat khabar beliau meninggal jam 6.45 petang," kata Gus Sholah




Tuesday, December 29, 2009

Ahh.. terharunyaa...


Ya Allah...
Saat aku bagai nak jatuh
Memimpin sebuah organisasi sementara
Aku kebuntuan idea
Aku rasa aku dah salah
Aku dah gagal

Saat itu...
Tiba-tiba...
Seorang kakak datang menuju ku..
"Dik, power3.."
"Ya Allah kak, sy tak tahu la cam na"
"Ok ja... Power5"
Lalu dia mengucup dahiku,
tanda kasihnya..

Aku sanagt terharu..
Lalu terjatuh permata berharga..
Membasahi bumi..

Kak power,
Terima kasih banyakss.
Semoga thabat dalam perjuangan...


Monday, December 28, 2009

Sem 6..


Salaam perjuangan untuk semua...

Apa khabar? iman dan jasad? moga dalam keadaan baik sentiasa...

Alhamdulillah, tanggal 28 december 2009, telah bermula sem baru bg saya. semester keenam..
Huh... Rasa macam tak percaya pulak..

Hari ini, kuliah telah berjalan. Al maklumlah, seperti biasa Fakulti sy ni, pensyarah2 nyer cukup bersemangat dan rajin untuk memulakan kuliahnya pada waktunya...

Hari ini, ada kuliah Advanced accounting II dan juga AIS; stand for Accounting Information System...
Advanced! Nama subjek pun advanced, mmg advanced ler..
Kami telah diberi satu assignment...

AIS pula, kami diberi satu artikel. Artikel itu, saya rasa agak menarik dan tertarik. Ia berkenaan FACEBOOK...
Zaman la, ramai yang menggunakan ruang FACEBOOK untuk berhubung.

Lecturer kami membuat perkaitan Facebook dengan Subjek AIS ini. Menurutnya, IT akan memberi kesan kepada kehidupan kita. Sama ada baik dan buruk. Semua orang mempunyai sumber masa yang sama; iaitu 24 jam sehari.
Maka dengan itu, kita perlu pandai mengurus masa kita dalam kehidupan seharian...

Ok lah... setakat tu ja celoteh saya...

Semoga semester ini, lebih baik dari semester sebelumnya..

Allahu Ta'ala A'alam..


" CHANGE"




Thursday, December 17, 2009

Salaam maal Hijrah 1431H


Salam Maal Hijrah
1431H
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Transformasi ke arah al khoir.

Semoga bercambah idea dan fikiran
Sambil peningkatan dan istiqamah dalam amalan yang baik

Perjuangan masih jauh
Teruskan pengorbanan yang pahit getir itu
Kerna syurga itu manis..




"MAJU DAN LAJU UNTUK ISLAM"

CHANGE!!!


Sunday, December 13, 2009

:: Along ::


“Mak cik macam pernah jumpe ja la adik ni, kat mana yer?” Soalan ditujukan kepada along.

Along tersipu malu.

Mak Limah memandang dan merenung wajah along.. agar dapat kembali di mana ketemunya along ini..

“Yer la.. mak cik pernah jumpa.. sape nama adik ni?”

“Along”

“Along tinggal kat mana? Dulu sekolah kat mana? Ada saudara tak kat sini?”

Hmm.. byk betul soalannya..

Tak mampu dijawab oleh Along.

** Ni la along, ramai juga yang berkata cam tu bila p majlis atau events apa-apa ja la.. Sekalipun program… **

Rakan2nya agak jelous juga mendegarnya.

Nak tahu ceritanyer???

[bersambung]


p/s: watak yang diwujudkan tidak ada kaitan sama ada yang hidup atau mati.



Saturday, December 12, 2009

Input WEHDAH 1

Salaam kasih sayang...

Cabaran Dakwah Generasi Muda


Tuntutan DAKWAH:


1)Perintah ALLAH yang utama


Ia berdasarkan seruan dalam Firman Allah; Surah 16, An-Nahl : Ayat 125





Berdasarkan ayat tersebut, ia menunujukkan fiil amar pada awal ayat. Ini menunjukkan satu seruan yang fardhu kepada kita sebagai khalifah di bumi Allah ini.


2)Perkataan terbaik

Berdasar ayat di atas juga, dalam kita berdakwah, kita disarankan supaya menggunakan kata-kata yang baik sahaja. Sekalipun kita diperlekeh, itu hanya sebahagian mehnah dalam berdakwah. Kadang-kadang kata sinis juga perlu untuk menyedarkan mereka yang terus di alam mereka sendiri yang dikatakan betul itu.


3)Tugas para anbiya’

Setiap Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah adalah untuk berdakwah kepada kaumnya agar menuju kebenaran dan keadilan. Ini bermaksud, kita sebagai umat akhir zamn melalui utusan Nabi Muhammad S.A.W., perlulah meneruskan jalan dakwah ini agar umat sejagat dalam mengerti apa itu kebenaran yang sebenar-benar bukan kebenaran yang mereka fikirkan.


4)Cabaran-cabaran besar

Dalam jalan dakwah masa kini, terlalu banyak cabaran-cabaran yang kita boleh amibil semua itu sebagai peluang untuk kita tetap dalam jalan juang ini. Di antaranya dunia cyber dan teknologi. Segalanya di hujung jari. Sebagai daie muda, kita perlu terima hakikat denagn kewujudan dan perkembangan teknologi ini. Usah kita lalai dengan kemewahan ini, sebaliknya, kita perlu mengambil peluang sebagai salah satu medium untuk menyampaikan kebenaran dan keadilan. Tapi ini perlu diambil ihtimam dan diingat, jangan terlalu bergantung kepada teknologi.


5)Dinamika pendekatan dan pemikiran

Bila kita hendak menyampaikan sesuatu al khoir itu, kita juga perlu memikirkan pendekatan-pendekatan yang sesuai untuk maduu yang kita ingin dekati. Dan kita perlu dalami mereka. Berdakwah itu bermula dari hati. Ini bermakna, kita juga perlu bersihkan hati dan jiwa kita terlebih dahulu. Ini kerna, dakwah akan lebih berkesan bila ia databg dari hati yang murni. Bukan retorik semata. Mari sama-sam kita bangunkan jiwa-jiwa Islamika dalam kemodenan duniawi.


6)Matlamat dan manhaj yang tepat

Sebagai pendakwah muda, kita perlu ada matlamat yang benar dan jelas dengan manhaj yang tepat untuk menyampaikan al-khoir, kebenaran & keadilan untuk kesejahteraasn sejagat. Mari sama-sama kita fikir dan berkongsi info agar kita kita tidak dipersoal kembali di akhirat kelak.



** Disampaikan oleh: Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, UIAM**



Thursday, December 10, 2009

Salaam kembali..

Salaam perjuangan dengan penuh kasih sayang....

Alhamdulillah... Akhirnya, saya kembali untuk update blog ini... huh.. Agak berhabuk juga...
Insya Allah... Akan muncul entri berkenaan sesuatu yang dialami sepanjang cuti semntara ini...

Kepada yang menunggu perkongsian WEHDAH, insya Allah, sy akan kongsikan..

Sabar ya...

Sedang berprogram juga ni...

Sekian dahulu...