Tuesday, April 3, 2012

Apalah digusarkan...

Assalamu'alaikum...

Lama tak mengemaskini di laman sesawang sy ini...
Agak berhabuk... Zasss...... Puhhhh... Habuknyerrr...
Busy dengan duniawi.. Semoga dengan tadbir duniawi nyer hal, Allah beri ganjaran di akhirat sana..

Post kali ini "Apalah digusarkan"...

Allah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian berdasarkan firmanNYA dari surah At Tin ayat 4 yang bermaksud "SesungguhNya, Kami telah menciptakan manusia itu adalah sebaik-baik kejadian".

Ya.. Manusia itu sebaik kejadian..!
Denagn sebaik kejadian itu ada tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan sebagai HAMBA kepadaNYA, Sang Pencipta.

YA HAMBA..!
Dengan mengabdikan diri kepada Allah serta mentaati segala perintah Allah & RasulnYa juga berIMAN dengan rukun IMAN yang 6 itu. (Beriman kepada: ALLAH, Malaikat, KitabuLLAH, RAsul, Hari Qiamat dan Qadho' & Qadar)..

Ya Hamba yang punya TANGGUNGJAWAB & AMANAH..!
Apa tanggungjawb kita sebagai manusia yang diciptakan sebaik-baik kejadian?
::Adalah untuk AMAR MA'ARUF NAHI MUNKAR... [Bukan setakat amar ma'ruf, abaikan nahi munkar..}
Itu tidak menjadi.. Malah kedua-duanya PERLU..

Apalah yang digusarkan...
Kita ini hidup hanya sementara di dunia..
Di dunia ini kita pasti di uji.. Kerana ujian itu menandakan Allah mahu kita lebih dekat kepadaNYA...

YA..Kita PASTI diUJI...!
Ujian itu datang dalam bentuk berbeza-beza. Adakalanya, kegembiraan dan kemenangan serta kesenangan itu juga diklasifikasi sebagai UJIAN. Ini kerana, mungkin dengan nikmat itu tadi, mejadikan kita lupa lalai dan leka.

Apalah digusarkan...
Saat kita diuji dengan kesedihan dan kepiluan hati...
SesungguhNYA ALLAH bersama-sama dengan orang yang SABAR...

Hairankah kita kerna diuji dengan kesedihan? 
::Allah itu berhak ke atas hamba-hambaNYA...::
**apa yang perlu kita lakukan?..!!**
~~Kita terus berusaha, berdoa serta bertawakkal kepada ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI~~
Walau badai datang, kita perlu terus bangun dan bangkit serta bersemangat dalam menuju REDHA ALLAH..~~

**Post ini ditujukan khas untuk diriku....Semoga kita terus berpegang pada Tali Allah, Insya Allah Allah sentiasa bersama kita..**

LIFE MUST GOES ON....
 
Pandan Indah,
1.03PM

Saturday, February 18, 2012

Tak Fokus

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...
Semoga dalam keadaan sihat Iman serta Jasad...

Hmmm... Lamanyer sy tak update blog ni... Busy ka?[ntah.. x taw nak ungkap lagu mana]

Pertamanya, Tahniah dan semoga diberkati buat beradik ku yang telah meningkat umur dan usia semakin pendek.. Termasuk diriku jua.. 

Hemmm... Bila cakap pasai umuq ni, mula la sapa2 pun akan tanya, " Bila nak kawen?"
Hurrm.. Soalan itu memang sangat sukar jawpaannya.. Kerna semua itu urusan Allah. Kita hanaya mampu berusaha dan merancang. 

Sepupu sepapat pon dah dok tanya dengan soalan yang sama.. Kadang-kadang terasa rimas juga. Tapi apa boleh buat, Allah mentakdirkan belum masanya lagi.

Suatu hari, setibanya saya di rumah dari Shah Alam [balik dari satu program di masjid negeri], abah, emak dan abg sedang rancak bersembang. Tak tahu apa yang dibualkan. Lalu saya join sekali. Selepas bersalaman dengan mereka. 

Lama tak berbual di bawah rumah cam ni. [rumah sy rumah atas.. dimana bawahnya adalah tempat letak kereta dan motor serta stor.] Bicara soal pelbagai perkara. Massa, kerjaya, politik, ekonomi dan keluarga...

Sampailah satu part tu, bicara tentang lembu-lembu peliharaan abah. Saya kata kat abah," dah lah abah, x letih ka, nanti dah besar lembu tu abah jual taw?"
Dengan nada selamba abah jawab cam ni " Hurmm.. x nak lah.. kan nak 'mantu' nanti..." 
Lalu saya dan abg berpandangan... Huhu..

Abah pernah tanya baru-baru ni, " Bila anak abah yang sorang ni nak ada pengganti abah? nak jaga anak abah ni? Kereta ada dah.. Kerja ada dah... Kerja kat KL dok sorang-sorang tu carilah teman. x la emak abah risau kat kampung ni...."

Saya terkedu lalu tersenyum... dan berkata "emak dan abah doakan lah.. Semoga ada nanti.."

Ya, sejak akhir-akhir ni, memang saya terlalu banyak dihujani dengan soalan sebegitu.... Saya tak mampu nak jawab sebab sy seoarang wanita. Fikir saya.

Ada satu masa juga abah pernah bertanya," tak maw ka kerja kat area rumah ni, kan senang boleh balik setiap hari.. Ni hujung minggu ja balik kampung"...

Saya diamkan diri...

Ya benar! Akhir-akhir ni memang saya buntu. Soal kerja, diri, ummah, dan peribadi...
Sehinggakan saya tak fokus dalam segala perkara. Macam post kali ni.. x fokus kan? hehe..
Banyak perkara nak ditulis. Sampai tak tahu nak mula dari mana..

Bila dah ditulis ni, sy cuba untuk fokus dalam sesuatu perkara itu. Dari soal peribadi hinggalah soal ummah...

Yang berlalu biarkan ia pergi, ambillah pengajaran dari setiap yang berlaku. Insya Allah ada hikmahnya... Rahsia ALLAH siapa yang tahu kan?

Semoga terus KUAT, SABAR dan TABAH....



Thursday, January 12, 2012

Rindu Zaman Belajar

Assalamu'alaikum...
Hari ini, terasa rindu zaman belajar. Penuh dengan warna warni kenangan dan pengalaman..
Post sebegini sebab tadi ada menerima satu SMS dari seorang rakan sekolah menengah.. Bertanyakan tentang subjek ICS.. Rakan saya sedang mengahadapi final exam sem di UIA..
Dia tanya pasai subjek ICS...
"FIDDLE OR NOT TO FIDDLE"
Mode: Imbasan kenangan......


P/s: Buat mereka yang sedang menghadapi peperiksaan apa2 jer,.. Selamat Maju Jaya.. :)



Saja buh gambaq ni.. Semoga jadi semangat...

Saturday, December 17, 2011

031211... Alhamdulillah

Bismillah..

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...

031211...

Selepas sesi rasmi penyerahan sekeping buku yang nampak gah dengan pakaian rasmi akademik di mana atas kepala ada topi seperti biskut jagung segi empat, semua tetamu beserta graduan dengan hormatnya keluar dean perdana dengan gembira...

Maka, graduan pula tercari-cari parents mereka masing2. Sehinggakan ada yang ibarat kehilangan ibu bapa mereka.. 

Aku juga seperti mereka...
Tercari-cari...

Sehinggalah berjumpa emak dan abah...
Aku merpa ke arah mereka dan aku terus dipeluk oleh mereka...
Air mata emak abah jatuh ketika aku memeluk mereka..
Sungguh syahdu...

Lalu emak hulurkan sejambang bunga...
"Emak x beli bunga yang ada bear, x elok.."

aku: "terima kasih emak.. abah...kite faham.. Tak kisah la emak..."

"Emak abah sentiasa doakan anak2nya bahagia dan berjaya.."

Terharu.. Syahdu... Bersyukur...

Tuesday, November 8, 2011

Sekali Lagi...

Assalamu'alaikum...

Apa khabar kalian?
Harap sihat sejahtera hendaknya dari aspek ruhani juga jasmani...


Tanggal 8/11/2011... Sekali lagi ditakdirkan Allah aku berpisah dengan "kekasih"ku... Norhanah Jaffar.

Beliau yang kukenali sedari Tingkatan 1 di dalam satu kelas 1 Amanah. Duduk bersebelahan dari Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 5.

Kemudian kami berpisah selama 5 tahun iaitu setahun semasa sama-sama menjalani Matrikulasi dan 4 tahun untuk Ijazah dalam bidang sama iaitu Perakaunan..
Dia di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan aku di Kolej Mara Kuala Nerang.
Seterusnya dia Di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah dan aku di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai Negeri Sembilan.

Bila satu sem kami perlu menjalani praktikal, kami memilih di area yang sama. Maka kami ditemukan semula dengan duduk sebilik selama lebih kurang 11 bulan. Di situlah tempat imbasan, timba pengalaman baru dan perkongsian segala2nya...
Sehinggalah pada hari ni 8/11/11 secara official kami ditakdirkan untuk menambah jarak jauh antara kami berdua.[huhu]

Dia berada di Shah Alam.
aku berada di KL metropolitan.

Aku cuba sesuaikan diri dengan kehidupan sebagai Alone Ranger di KL metropolitan ini...

Semoga tabah.. kuat.. dan sabar..

Semoga ketemu lagi....


Aku sayang kau Hana.....






Wednesday, October 12, 2011

M44Fkan T3M4N....


Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina

Semoga kitakan dirahmati
Oh teman....

* Khas buat teman2 ku yang dirindui..

Moga kalian dalam keadaan sihat dan baik sentiasa... *



Sunday, June 19, 2011

Akhirnya......


Assalamu'alaikum....
Apa khabar kalian? Semoga IMAN dan jasad dalam keadan baik dan sejahtera...

Ya Allah....
Subhanallah..... Masya Allah...
LAma sunguh saya tidak mengemaskini blog saya ini.

Alhamdulillah.. Pada malam ini saya masih diberi kesempatan untuk update blog kesayangan saya ini..

Setinggi- tinggi kesyukuran ke hadhrat Ilahi, kerana saya berjaya menamatkan latihan industri selama 6 bulan bersamaan 24 minggu. saya telah memilih TAAT & ASSOCIATES sebagai tempat untuk saya menjalani latihan industri. Maka pada 3 Jun 2011 adalah tarikh tamat latihan.

Terlalu banyak perkara saya dapati sepanjang saya menjalani latihan industri di TAAT & ASSOCIATES (TAAT). Terutama dalam bidang perakaunan dan pengauditan...(huhu.. macam kelakar je.. guna istilah ni)... Di TAAT juga saya di ajar untuk administration tasks. Task ini juga memerlukan skill.

Setelah tamat latihan industri, tugasan seterusnya adalah menyediakan laporan latihan industri. Kemudian membuat pembentangan tentang outcomes dan pengalaman yang diterima dari tempat latihan industri. Justeru itu, saya melangkah kembali ke USIM tercinta pada 13 Jun, bersamaan pada hari Ahad bersama rakan saya dengan menaiki kereta yang dipandu oleh rakan saya.
Seterusnya, pada 14 June 2011, kami perlu menghadiri seminar Finishing School Program. Dan AKHIRNYA, pada 15 Jun, kami perlu membuat pembentangan di hadapan Lecturer yan menjadi supervisor dari Fakulti. Alhamdulillah... Semua berjalan dengan lancar.

Seusainya perkara2 tersebut, saya tergesa2 untuk kembali ke halaman rumah (Ijok). Alhamdulillah..

Bersyukur tak terhingga kepada Allah yang memberi nikmat kepada hamba2NYA. Saya juga telah menerima tawarn bekerja sebaai assistant accountant di sebuah firma kecil di Kuala Lumpur yang sesak ini..

Saya dengan rendah hati, mendoakan semoga rakan2 saya yang lain juga diberi peluang yang sama dan mungkin lebih hebat dari saya... Insya Allah.. semoga kita semua sama2 berjaya di dunia dan akhirat... Amiin YS RAbbal 'Alamiin... :)

Sekarang ini, tidak secara mutlaknya, saya telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang Perakaunan...

<<<<<< MODE: Sesuaikan Diri >>>>>>>>



Tuesday, April 26, 2011

Bila a.K.u kelu

BILA a.K.u.

Mulut terkunci...
Tiada ungkapan lagi
Terus menerus diasak soalan
Melihat dari sudut hati

Hati menjadi kelu...
Tidak mengerti apa langkahnya
Bak diterjah dek pedang yang tajam
Bagai ditusuk sembilu bisa
Harus bagaimana lagi
Perlu difikirkan

Fikiran terus buntu
Betul atau Salah?
Perlu atau tidak?
Kehendak dan Tuntutan
Diri sendiri dan orang lain
Terus merintih

Air mata deras mengalir
Mengikut jejak hati
Tidak keruan
Tanpa bicara
Menuju keSABARan, keKUATan & keTABAHan

Moga air mata ini
Menghilangkan rasa keresahan
Menguraikan yang berselirat
Memberi kegembiraan yang didambakan

Doaku;
Ya ALLAH...
Ujian ini hakMu
Kau Tabahkan hati ini
Sabarkan aku dalam setiap tindakanku
Kuatkan jiwaku ini
Tetapkan hati
SesungguhNYA, Aku hamba kerdil
Memohon perlindunganMu
YA ALLAH

Redhakan aku dalam setiap perkara
Bantulah aku
Berilah ketenangan hati dan jiwa
Agar nafsu syaitan tidak merajai jiwaku
Moga akalku tidak terlalu dangkal..

Ya Allah...

...........





Monday, April 18, 2011

Haruslah a.K.u....

Assalamu'alaikum.....

Apa khabar kalian? Harapnya sihat walafiat.. Iman dan jasad hendaknya begitu....

Masa silih berganti dan terus bergerak,
Hari demi hari,
Minggu demi minggu,
Bulan demi bulan,
Tahun demi tahun...

Aku semakin buntu
Membuat pertimbangan
Mengenal erti kehidupan
Memikirkan sesuatu tindakan...

.....................

Haruslah aku;
LAKSANAKAN TINDAKAN BAGI MENGEJAR MASA
MEMBUAT PERTIMBANGAN berdasarkan HAKIKAT DIRI
FIKIRKAN MENJAGA HATI EMAK & ABAH

Tapi BUKAN;
Biarkan masa mencari tingkah
Pertimbangan berdasarkan EMOSI & KEHENDAK semata
Fikir tentang kepentingan diri sendiri...

Ayuh Diriku...
Bangkit dari lamunan yang melekakan
Tanpa tindakan dan kata-kata
Tanpa fikir dan melulu itu...

Haruslah aku;
Berani hadapi segala yang mencanag di hadapan
Beranikan untuk terus bertingkah dan menongkah arus
Usah berpeluk tubuh sahaja
Hanya melihat dan mengikut arus.

...

Aku perlu kuat, tabah dan sabar...






Wednesday, April 13, 2011

Hakikat BAHAGIA





Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki