Thursday, September 5, 2013

Troll Senario 20sen

Assalamu'alaikum...

Adakah anda kisah tentang 20 sen? 

Pelbagai versi dalam Laman sosial terutama FACEBOOK dan TWITTER tanda marah dan protes tentang kenaikan harga Petrol RON95 dan Diesel dengan kenaikan sebanyak 20sen. 
Kelakar! Serius! Makan dalam!

Implikasi kenaikan petrol sebanyak 20 sen ini memberi satu kesan negatif kepada rakyat. Ini kerana, peniaga dan penjual akan mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga barangan secara mendadak dan tidak munsabah. Dan kenaikan 20 SEN ke atas PETROL & DIESEL menjadi alasan utama. Patutkah? Logikkah? 

Kerajaan terus-terusan menutup mata rakyatnya dengan mengatakan bagi mengukuhkan ekonomi negara.. Sepanjang saya belajar ilmu ekonomi dan perakaunan, belum pernah lagi saya membaca dan mendengar satu teori bahawa "dengan menaikkan harga Gas Petrol ia boleh mengukuhkan ekonomi Negara..". Dan menggunakan istilah RASIONAL SUBSIDI. Apakah subsidi yang dimaksudkan? Apakah rasionalnya?

Seterusnya, saya kongsikan beberapa gambar yang saya rasa patut dikongsikan. Ia nampak kelakar. Tetapi makan dalam!


Ermmm...


Senario!


Padahnya!
FAKTA !!! 
Paparan Akhbar! Telus!

Untuk akhirnya, jadilah manusia yang faham apa itu kesusahan orang lain bukan tahu kesusahan orang lain lalu menindasnya dengan bebanan yang tak munasabah. 

SesungguhNYA ini juga salah satu tanda kiamat kecil. 

Maka teruskan istighfar dan zikrullah....



Tuesday, August 20, 2013

~~ REDHA ~~

Assalamu'alaikum..




Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

 




Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

 



Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

 


Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

 


Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

 


Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya





#LAYAN LAGU SAT NAAAA#

 

Wednesday, August 14, 2013

Lamunan Terhenti



L A M U N A N  T E R H E N T I


Angin menyapa pipi
Terasa dingin 
Cahaya mentari agak suram
Bagai mengetahui isi hati
Terus menerawang jauh
Hampir terbabas

Tetiba...
Kisah hitam semalam muncul
Terus mengimbau
Lahir trauma dan fobia
"cukup hanya sekali itu!"
Tunduk
Allah.
Astaghfirullah.

Meraup muka kebasahan
Bertekup tangan di wajah
Terus insaf
Teresak-esak
Allah.
Astaghfirullah.
Kuatkan aku.
Ampuni aku.

Tegak
Pandang jauh ke hadapan
Andai itu takdirNya
Pasrah.
Redha.
Kun Fayakun.

Kaki menggeletar
Tubuh layu 
Perut berkeroncong
Maka,
Lamunan terhenti.


#Semoga sentiasa dibawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah#


 

Monday, August 12, 2013

SELAMAT HARI RAYA


Assalamu'alaikum...

Apa khabar? Puasa ok kan? Raya cam na pulak? Dah puasa enam syawal? Bagi mereka yang dah mula melaksanakan. Alhamdulillah. Tahniah.. Barakallahu lakum filkhair.

Ok.



S E N Y U M
ADMIN MASYIE's

 

Monday, July 22, 2013

Ramadhan Kali Ini....

Assalamu'alaikum...
Allahumma solli 'Ala Muhammad
Wa 'ala Alihi wa Sohbihi Ajmae'in.
Amma Ba'ad...

Subahanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar!

Ramadhan 1434H sudah hampir melangkah pergi.. Cepat sangat.. Rasa macam baru start puasa. Astaghfirullah... Allahu Akbar.

Ramadhan kali ni, MM diberi peluang untuk menghayati sungguh-sungguh bulan barakah ini. Di mana, Ramadhan 1433H MM banyak kecundang dengan nafsu durjana dan perkara-perkara lagho. Diibaratkan seperti MM hanya berpuasa lapar dan dahaga. Astaghfirullah... Alhamdulillah. Allah hantar ujian itu agar MM perbaiki dan muhasabah diri. Sebab Allah sayang MM dari jatuh dan tersungkur ke lembah hina jika MM teruskan niat dan hajat MM tahun lalu... Allahu Akbar.. Sungguh cantik perancangan Allah...

Ramadhan kali ni, MM sepenuh masa di rumah parents.
Diberi peluang dan ruang untuk bersama masyarakat setempat. Bila berjumpa masyarakat kamung MM nih, ramai tak percaya yang MM sudah bekerjaya. Katanya masih nampak sekolah menengah gitu. Oleh yang demikian, MM mendapat title "DR Masyitah"..(Memang dulu cita-cita nak jadi doktor.. Gamaknya MM kena further study sampai PHD lah ni..huhuhu)... Ada yang panggil MM "adik". Manje kan? Hehehehe... Tak pelah.. MM tak kisah. Janji MM dan mereka bahagia dan gembira. MM tak kisah pun. Janji nama panggilan tuh baik...

Ramadhan kali ni, dapat mengikuti program tadarus Al Quran dengan tenang. Tiada gangguan hati dan spritual. Alhamdulillah.. Suatu hari/ slot, ada seorang mak cik ni, duduk rapat dengan MM. Lalu disurahkan kepada MM begini..
  "dik, mak cik ni tak pandai mengaji. Mak cik nak dengar ja hari ni boleh? Tak pe kan?"

MM terkaku seketika... Sambil berkata.. "Mak cik... Allahu Akbar... Boleh ja mak cik... Itu juga adalah lebih baik daripada tak pandang atau baca langsung Al Quran ni.."

  "Mak cik nak dengar dik baca ya. Mak cik duduk kat kumpulan adik ya.. Boleh kan?"

Air nataku hampir jatuh. Ku tahan... Lalu berkata.. "Boleh mak cik... Jom.."
_________

Sesudah habis juzuk yang dibahagikan untuk dibaca. Mak cik itu kembali kepadaku.
"Nak, sedap bacaan anak tadi... Anak ni siapa ya?"
MM: Saya anak emak..(Sambil tunjuk emak..)
"Ohhh.... Patutlah... Boleh tak ajar mak cik mengaji..."
MM: Boleh mak cik. bla.. bla.. bla...

--------
*Bukan aku nak berbangga dengan dialog itu.. Tetapi kesungguhan mak cik itu untuk belajar mengaji. Baru diberi hidayah Allah untuk belajar mengaji... 
*Aku ni siapa. Insan yang banyak berdosa kepada Allah dan makhluk lain...

__________________

SesungguhNYa, Ramadhan Kali ini, memberi satu kekuatan momentum baru untuk aku terus melangkah dan berubah kepada yang lebih baik. Sedang mereka itu menghina aku sepuas hati. Dijadikan aku ini seperti binatang yang tiada punya makna dalam kehidupan ini.. Allah MAHA memelihara hambaNYA...

----------

Semoga Ramadhan 1434H ini, menjadi satu benchmark untuk aku terus kuat melangkah dan memijak  duri-duri yang berada di atas jalan ini.. Aku yakin Allah bersama hamba yang sentiasa dekat kepadaNYA. Maka, mari kita sentiasa berpaut kepada taliNYA..Usah regang walau sesaat.. Sesaat kita jauh dariNYA, menandakan kita tidak bersyukurkepada pemberianNYA..

________________

Harapan Ramadhan ini, diberi peluang sehingga ke akhir hari Ramadhan 1434H dan berjumpa Ramadhan 1435H. In shaa Allah..

##Semoga kita sentiasa dilindungi dan diberkati Allah....


Sekian dulu coretan dan contengan saya kali ini... Semoga terus kuat beramal ibadat di bulan barakah dan mulia ini. Selamat beramal... 


 


Tuesday, July 16, 2013

#oh Malaysiaku#Ba Alif Ngang

Assalamu'alaikum...

Kisah Malaysiaku#Ba Alif Ngang.

Harga gula mahal, dinasihat kurangkan gula. Harga ikan mahal, dinasihat jangan makan ikan. Harga ayam mahal, dinasihat jangan makan ayam. Harga daging mahal, dinasihat jangan makan daging.

Harga kereta mahal, dinasihat naik bas. Harga tiket bas mahal, dinasihat tak payah balik raya.

--Quoted by: Akhi Hasbie Muda (Senior since KMKN)

-----

Sewaktu selepas PRU13, hangat isu-isu berbangkit..

Maka wujudlah statement yang kurang akal dari insan2 yang ternama di Malaysia ini.

"Kalau tak setuju dengan undang-undang Malaysia, Boleh duduk Hutan.."

"saya tak kan beri bantuan kepada kawasan parti saya yang kalah..."

-------

Nih... Apa punya kelas minda ni? Nak bagi rakyat bawahan terus mandom? Yang Kaya Terus-terusan Kaya.. Yang Miskin Terus-terusan Miskin... Rakyat hanya boleh "LISTEN.. LISTEN... LISTEN.. LISTEN.. LISTEN... LISTEN.. LISTEN... LISTEN... LISTEN... LISTEN..."

Macam tuh ka???

Di mana slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"????

#Ba Alif Ngang!

Bangkitlah anak muda... Di mana suara yang hebat kamu itu? Nak biarkan yang terbiar itu terus2an terbiar kah? Atau terkena pada diri sendiri? Baru nak ikut bangkit? Masa tuh orang dah MAJU dan LAJU ke hadapan.... Dengan CAKNA isu smasa, kita lah yang menentukan sama ada  MALAYSIA ini Cemerlang, Gemilang, Terbilang  ATAU Temberamg..

Fikir.. Bertindaklah

-----
 

Saja bubuh.. Sekadar pemanas otak.. Agar Terus momentum di Bulan Ramadhan untuk Kebaikan...
 



 



 

Monday, July 8, 2013

Salaam Ramadhan Al MUbarak 1434H

Bismillahir Rahmaanir Rahiim..

Assalamu'alaikum...


Di kesempatan ini, Saya ingin memohon seinfiniti kemaafan kepada semua..Saya maafkan kalian semua.. Maafkan saya ya... :(
Mari kita banyakkan amalam di bulan mulia Ramadhan. Agar kita sentiasa dijaga hati olehNYA..

Kullu 'Am Wa Antum Bil Khair...

RAMADHAN KAREEM



Monday, July 1, 2013

Allah Sebaik Perancang


Assalamu'alaikum....

SESUNGGUHNYA......

MAKA.....



PLEASE DO BELIEVE.....


TAWAKKAL KEPADA ALLAH...



CUKUPLAH...





Wednesday, June 26, 2013

~~Perasaanku Jiwaku in Peak Period~~

Allahumma Solli 'Ala Muhammad
Wa' ala Alihi Wasohbihi Ajmai'ien...

Assalamu'alaikum...
Hye.. Pa habaq? harap sihat diri dan hati..

Zassssssss.... Zassssssssssssss... Zaaaasssssssssssss... Ada habuk sket.. Lama jugak x kemaskini blog kesayangan ni... Maaf..

Sehingga akhir June ini, agak busy kerana mengejar due date untuk lodge audit report bagi year ending 31 December 2012.

So rasanya dah macam dalam gambaq ni ha...
Hehehe... Muka ketat ja... Sampai boss kata garangnyer cikgu ngajar anak murid.. :p

Lebih kurang gini lah keadaanya..

1.
check jangan tak check... material amount ke tak? hehehe

2.
Haaa... macam dah ok dah financial statements (FS) nih... apa buktinya? ada dokumen x?

3.
Haaaa... carik2 pulak... Ok! Jumpa... Ni dia Buktinya... :p

YES! Balance.. Cantek dah FS nih!


4. QUALIFIED OR UNQUALIFIED REPORT???
    
 Qualified report untuk report yang yang tak elok. Ada masalah.
 Unqualified pula untuk report yang bagus. Tiada masalah.. :) Terbalik sket kan?? hahaha... Kena client yang tak faham dia marah.. hehehe.. relax je lah kena marah dgn client... :)


5. Once auditor dah puaih hati , maka auditor pun sign lah.... Maka report itu perlu dilodge ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)

Haaa,... ni contoh... Nampak tu sign Auditor.. Mahai tuh.... paling minimum RM800.00.
** Disebabkan saya masih kerani kuli2 sahaja... Maka saya masih xleh lah sign.. Masih belum dapat CERTIFICATE lagi... In Shaa Allah suatu hari nanti... :) :) :).. Kerja saya lah yang menyiapakan report tuh.. Bagi auditor puaih hati dan sign... Amacam???? hehehe..

6. Bila dah settle perkara di atas, Kita boleh macam ni lah...
Haaa.. Nampak x ekspresi muka tuh macam mana? hehe...
** Tapi jangan nak seronok sangatlah.... Sebab bukan satu dua report ja nak kena prepare.... mahunya puluhan report.... Alhamdulillah, syarikat tempat sy kerja ni masih small firm.... Tapi dah macam ni jugaklah..
Hahaha.. mintak jauhlah.. Tapi lebih kurang macam ni lah meja  audit asstnt macam saya... Diberi 2 buah meja pun tak cukup agaknya... Hehehe....Melampau kan?? Hambek!

7. Maka hendaklah sentiasa
SEDEKAH....

Sekian itu sahaja cerita saya kali ini... Jumpa lagi ..

RAMADHAN KAREEM...