~::masyiemumtaz::~

masYie's

Tuesday, July 21, 2009

~:: TeRaPi MeLaLui SOLAT ::~


Adakah kita sedar dan maklum bahawa SOLAT itu merupakan HADIAH dari ALLAH?

Hmm... Begitulah sebenarnya...HAKIKAT SOLAT... Solat disyariatkan dari peristiwa Isra' Mikraj yang dilalui oleh Baginda Nabi Muhammad (S.A.W).

TERAPI melalui SOLAT:
  • MATLAMAT JELAS
Apabila kita hendak menunaikan solat, terdetik dan terlintas di hati kita hendak menunaikan solat apa. Berapa rakaat. Daripada praktikal itu, kita dapat memotivasikan diri kita dengan melakukan sesuatu perkara itu biar jelas matlamatnya. Bukan untuk suka suki sahaja. Setiap perkara yang dilakukan perlulah fikirkan manfaatnya.

  • DISIPLIN DAN PROAKTIF
Dalam solat terdapat beberapa pergerakan yag merupakan pergerakan fardhu. Contohnya ruku', sujud, duduk tahiyat dan sebagainya. Dan ia juga adalah satu rule yang perlu dipatuhi dan dituruti. Daripada rule dalam solat ini, kita dapat belajar bahawa setiap perkara itu ada rule tersendiri. Cuba kita bayangkan jika sesuatu itu tidak ada rule tersendiri. Tidakkkah ia akan menjadi kalut malut? Begitulah jua, ALLAH perintahkan sesuatu itu dengan bersebab dan teratur. Agar ia berlaku dengan satu perjalanan yang indah. Jadi, mari kita insafi diri agar segala apa yang diperintahkan oleh ALLAH kepada kita dapat sama-sama kita patuhi.

  • KENALI DIRI DI SISI TUHAN
Dalam ibadat solat, salah satu rukunnya adalah sujud. Ketika sujud kepala kita berada di bawah. Ini menunjukkan betapa kerdinya kita sebagai makhluk bernama insan atau manusia yang bersifat lupa. Ketika sujud, menandakan kita bersyukur dengan nikmat Allah, kita taat kepadaNYA malah merasakan pengabdian diri kepada Allah yang Maha Besar. Dalam kita bersujud, salah satu daripada terapinya adalah dapat melancarkan sistem pengaliran darah dalam badan kita. Al maklum, kita ini manusia, terkadang terlepas dari menjaga keihatan dan kecerdasan diri dan rohani itu.
  • BERDIALOG DENGAN ALLAH
"SesungguhNYA, solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah yang mentadbir alam semesta"

Begitulah maksud ucapan yang kita ungkapkan ketika membaca doa Iftitah. Kita seolah-olah berkata dengan Tuhan. Dan berjanji setia. Istifadahnya di sini adalah, bagaimana kita dalam perjanjian yang telah dibuat seharian suntuk terhadap Allah, Rasul serta sesama insan. Adakah kita tetapi atau sebaliknya. Audit diri kita sendiri.
  • PENGURUSAN MASA
Solat merupakan satu amalan ibadat yang mengajar kita tentang waktu. Terdapat dua jenis solat; solat fardu( WAJIB ) dan solat SUNAT. Solat fardhu ada LIMA waktu. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan 'Isyaa. Setiap solat ada waktu yang tertentu. Sebagai muslim lagi mukmin, kita digalakkan untuk menunaikan solat fardhu di awal waktu solat. Terapinya di sini adalah, bagaimana kita menuruskan masa seharian kta agar tiada perkara yang bertangguh dan tertunda melainkan dengan masyaqqah yang teramat tidak boleh dielakkan. Mari kita ubah diri dan rohani kita.

** Transformasi demi kebahagiaan hati dan rohani diri**

No comments:

Post a Comment

Komen laa.. walau seAYAT... hehe.. Syukran! =)