Sunday, September 27, 2009

Raya-Raya Kite..


Gambar bersama family...(yang ada time 1 Syawal)

Salaam perjuangan dan salaam eid mubarak...

Alhamdulillah... tahun ni saya dapat untuk bersama2 menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri. serta mendengar khutbah aidlifitri... Sebelum ni, tiada kesempatan sebab time ni la kami yang pempuan2 ni akan kemas umah.. Mulai tahun ni, abah dah tak mau jadi wakil amil lagi..

Pagi tu, ia dimulakan laungan takbir, tahmid.. Then ucapan dari tok Ketua Kampung.(hehe,...siapakh itu???)... Dari ucapan beliau, banyak input diperolehi...

" Kita sebagai hamba perlu REDHA dengan apa yang telah kita lakukan pada RAMADHAN.. dan ISTIQAMAH dengan setiap apa kita lakukan di bulan MULIA iu..."

" Eid... Ertinya kembali kepada fitrah... Bagaimana kita telah lakukan di bulan RAmadhan, maka hari ini adalah satu penyucian diri.. Sebagai hamba yang ingin keredhaan dan keampunan dari ALLAH, ia perlu juga dari keredhaan dan kemaafan dari manusia... Oleh itu, mari sama-sama kita bermaafan..."

" Hari ni, kita digalakkan untuk ziarah menziarahi anatara satu sama lain.. Ia bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim.."

Hmm... Aidilfitri ali ini dirasakan agak berbeza dari yang sebelumnya..(Saya ja koit yg rasa camtu).. Sebab, saya lah orang yang paling lewat balik ke rumah... Huhu... Xdan bantu apa sangat pun.. Buat kuih raya pun dak.. Menganyam ketupat lagi laa dak.. Askar2 emak abah ramai.. Hehe..

Raya kali ni, saya hanya bersama keluarga sahaja.. Tapi kawan-kawan sekolah ramai gak datang.. Terkejutnya... Sejak abah jadi ketua kampung ni,, ramai lak kawan2 sekolah rendah mai umah... Huhu.. Terima kasih byk.. sbb sudi mai umah...

Raya kali ni, sy ditugaskan oleh abang untuk edar business card dia.... Sesiapa yng mai umah, sy beri.. Hmm... Abang baru ja buka Klinik Pergigian... Nama Klinik dia "KLINIK PERGIGIAN IJOK"... Alhamdulillah... setakat ni ok... Niat abg pun nak bantu penduduk kat kawasan Ijok ni... Insya Allah.... Sesiapa yang berkesempatan yang melalui jalan Ijok-KL,boleh la singgah mai Klinik ni ek..(promote lagi..)

Saya ni diuji dengan nikmat Kesihatan... Dari sebelum raya hingga nak balik ke kampus kembali... Saya tak berapa sihat.... Tapi still beraya.. tak mau layankan sangat sakit ni... So, bila emak kata jom p rumah sekian2... Ok.. Jom..

Dalam kesibukan beraya terasa risau juga ni.. nak balik naik apa ni ke kampus??? Tengok abang busy semacam ja.. Byk sangat appointment dia dengan patient... Abg yang stu lagi ni... Nampak tengah syok bekerja... Hmm.... Emak abah dah tanya2 ja ni.... Tapi hanya tersenyum ja la yang mampu dibalas...Hehe..

Di kala kesakitan kepala... tiba2... Terima satu mesej dari Kak Shida.. (simple shida)... Offer nak antar balik Nilai... Alhamdulillah... Ya Allah... Pumpang2... maka decide balik Sabtu tu...(26/9)
Terima kasih banyakss kak... Alhamdulillah... Sampai juga ke rumah saya..

..... Sampai Nilai ....... ALHAMDULILLAH... =)

<<<>>>>

p/s: Kepada diri ni... Jaga kesihatan ea... Kepada kawan2, sahabat2, juniors n etc yang send mesej raya tu... Maaflah... Jika mesej tu tak berbalas...
Sebahagian anak2 penakan... (mereka ni yatim)
dah 2 tahun beraya tanpa ayah.. (abi)

No comments:

Post a Comment

Nak tanya apa2 tentang vitamin dan susu farm fresh? hubungi kami ya: 019 255 9666