~::masyiemumtaz::~

masYie's

Wednesday, August 18, 2010

Oh Air mataku...



Salaam to all


Kaki terus melangkah
Walau ada yang bertingkah
Tanpa siapa tahu apa hadaf
Terus melangkah dengan gah
Walau nampak tidak bermaya

Hati berbunga kegembiraan
Pabila nikmat rezeki
Turun secara tiba-tiba
Syukur.... ALHAMDULILLAH
Tanpa diketahui siapa gerangan
Si Pemberi hadiah itu

Suatu sudut hati mengatakan;
Sangat terharu dan ingin tahu
Lalu, terus bertingkah
Sambil air mata menitis
Mencari dengan tanpa kepastian
Dengan penuh persoalan
Dengan Seribu Kegerunan
Dengan pelbagai kejutan.

Sehingga tiada lagi air mata dititiskan
Sehingga buntu akalnya
Sehingga kalut tindakannya
Sehingga tidak keruan hatinya

Ya Allah...
Kuatkan HATI hamba Mu
Tabahkan hatinya..
Kuatkan jiwanya..
Tenangkan hatinya..




No comments:

Post a Comment

Komen laa.. walau seAYAT... hehe.. Syukran! =)