Thursday, January 20, 2011

~~ 20 JANUARY 2011 ~~


Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Bagaimana IMAN dan HATI kalian...

Entry kali ini, saya ingin menulis tentang suasana baru saya. Iaitu tentang practical saya. Pejam celik pejam celik sudah sebulan rupanya saya mengharungi alam pra pekerjaan ini. Bagaikan rasa tidak percaya, kerana setiap hari menjanjikan sesuatu yang baru dari segi tugas dan suasana. Upps.. terlupa.. Saya praktikal di salah sebuah audit firm di Setapak ~ TAAT & ASSOCIATES..

Hari pertama melangkah, bersamaan 20 Disember 2010.....
Saya dengan penuh bersemangat melangkah ke pejabat ini. Terdatang awal.. (katanya)... Al maklum, hari pertama. Kita perlu menunjukkan etika yang baik... Sampai sahaja di pejabat itu, saya memperkenalkan diri dan saya dipelawa untuk duduk. Encik Zulhilmi, adalah insan pertama saya berbual. Inilah kawan kepada pengetua Kolej saya, Encik Azmir.

Saya menunggu supervisor saya seperti yang tertera di dalam surat perjanjian yand dimeterai. Tepat jam 9.15, akhirnya, penantian itu tamat. Saya diperkenalkan dengan Encik Wan Idris Wan Mat, (Encik Wan). Encik Wan akan menyelia saya sepanjang 6 bulan saya di sini. (TAAT & ASSOCIATES).

Pada hari ini, saya diterangkan tentang skop tugas / kerja saya. Iaitu, sebagai accountant, company secretary, admin management, auditor. (bak kata En Wan, semua segala la awak kena buat, sbb ini adalah small audit firm). Seterusnya, saya diberi buku like company Law, di bawah chapter formation the business and company. Dikehendaki baca dan faham serta hafal, kemudian sediakan flowchart dan bentang. (tapi tak present).

Hari pertama saya mengenali En wan ini, Beliau seorang yang serius, pemalu dan kuat bekerja. Saya agak gerun pada awalnya. Mungkin itulah benteng bagaimana saya boleh menghormati dia sehingga kini.

Hari berikut2nya...
Saya diberi taklimat tentang organisasi firm. En Wan berkata," DO AS I DO and DO NOT DO AS ASK TO DO". WE ARE AUDIT TEAM. PLease help me. Don't be ashamed to come in my room. My room is your room too."
Tergamam saya mendengarnya. BEsar tanggungjawab itu. Mana taknya, alhamdulillah, sehingga kini, saya telah mengendalikan akaun dan audit serta report untuk 3 company yang berbeza situasinya. ALHAMDULILLAH...

Dalam mrnjalani kerja seharian, saya ditawarkan unutk menjadi seorang akauntan di beberapa syarikat klien. Bersungguh2 mereka untuk hire saya menjadi akauntan. Sebagai polisi audit firm, saya tidak boleh mengaku yang saya ini adalah practical auditor. Jadi, pandai2 la nak menjawab.

Hari demi hari berlalu...
20 January, adalah hari Thaipusam. Holiday. Pagi ini, kami, rakan2 ASC yang bekerja di sekitar lembah Klang dan berhampiran dengannya) ingin bertemu di mid Valley. Tak sabar rasanya nak dengar cerita kawan2 saya yang lain di tempat practical masing2. Tentu seronok.

Semoga cerah dan bahagia di hari yang mendatang.
Jumpa Lagi...




No comments:

Post a Comment

Nak tanya apa2 tentang vitamin dan susu farm fresh? hubungi kami ya: 019 255 9666