Friday, February 14, 2014

Oh Adam Hariez!

Assalamu'alaikum..

Pa habaq semua? Harap sihat naa.... Iman pun ok. Jiwa baik.

Saja. Nak celoteh... Hehe

Hari tu balik reja singgah mai rumah abg MM. Papa adam. Sembang2 time makan. Saja MM tanya kat Adam. Antara dialognya.

Adam : Achik, kite masuk kelas pertama.  

MM    : Wahhh.. Tahniah!.. Kiss sket..  Adam jadi apa kat kelas?

Adam : Mula2, teacher bagi tugasan ketua Cleaner kat kelas. Sebab abg rajin bersihkan kelas tu. Pastu ketua Kelas, teacher bagi kat kawan abg. Tapi ketua kelas abg bising. Pastu teacher bagi kat abg. So sekarang, abg yang jadi ketua kelas.

MM bersama abg MM n mama adam gelak besar.. 

MM    : Wowwww.. Panjangnya citer hang adam. 

Adam : Itulah "ADERM". Sambil makan grill beef yang dibuat oleh abg MM.

Lepas sembang kat tempat makan, sambung depan tv dan adik2 adam yang lain. MM saja melawat anak2 penakan MM ni. Katanya Ayna asyik demam ja .. Tak kebah2. Mungkin rindu dengan MM lah tu.. Hehe.. 

Alhamdulillah. Lepas MM balik dari rumah abg MM, Kak cik (ayna) pun sihat. Dah x merengek.. Nak Achiknye yang ni juga peluk cium agaknya.. Rindu sangat lah tu. 

Macam mana lah agaknya bila MM kahwin nanti. #eyh!..
Abih semua anak2 penakan MM demam.. Hahaha.. Mintak Jauh.

Gaya Machooo katanya Adam.. ha ha ha

Achik! Macam ni handsome x??

Siapa kacau achik kita.. I tembak U tau!
PAKSA AKU BELIKAN BUKU DAN PEN. sebab nak tulis2 katanya

Cantik dan kemas tulisan adam. Yang baru berusia 7 Tahun!


Ok la.. Sambung sebulan akan datang na..

Jumpa lagi..

Semakin Berdebar Kott

Assalamu'alaikum.

Hari ni semakin berdebar kot.... 

Semoga semuanya berjalan lancar.. Semoga Allah memberjati dan meredhai kami semua.. 

Amiin....


**lebih kurang sebulan lagi**

Friday, January 31, 2014

Januarian

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah. Masih bernafas.

Bulan ini MM dapat anak buah lagi. Anak buah yang ke-20. Ini bermakna bertambahlah ahli Januari dalam keluarga MM. Jeng Jeng Jeng

Tanggal 9 Januari 2014, maka lahirlah seorang putera daripada kandungan mamanya. Dan genap tujuh hari, dia diberi nama dengan "MUHAMMAD AMEER RAZEEN". Maka dipanggil Ameer. 

Kakak ameer (ayna wardina) lahir 14 Januari 2013. Maka beza antara mereka dua x sampai setahun pun. Tahun Masihi la.. Tahun Hijri.. Cukup dah.

Then, abg adam lahir 23 Januari 2007. Muka ayna macam adam.Ngam dengan adam sahaj.. haha..

ok.. nak tepek sket gambaq.
Kami Geng Januari. Kata Adam. Hahaha

Baby Ameer Razeen.. Tombammm gitewww..

Ok . Sekian Sahaja.

Thursday, January 23, 2014

22.1.14 Yang bermakna...

Assalamu'alaikum.

Tanggal 22.1.14 semalam, adalah paling bermakna. Ini kerana pihak majikan menyambut hari ulangtahun kelahiran a.k.a hari mengingati MATI MM.. Yang ke-tettt...

Ini adalah majikan yang pertama sejak bekerjaya ini yang menyambut ulangtahun kelahiran sedemikian rupa.. 

Pada tarikh dan hari itu, boss MM suruh semua staffnya memakai pakaian bertemakan warna BIRU. Mula-mula MM pun blurr. Kenapalah boss ni beriya2 sangat suruh pakai tema biru. Bila dah tengahari baru perasan. Itupun sebab dia kata begini, "masyitah, hari ni jangan makan nasi dulu ya.."

MM dengan blurr jawab, "knp? saya lapaq ni kak. Isshh.. Dah tu??"

Boss : "ko ni.. Isshhh.. Aku kata nnt kita ada majlis sket2.."

MM : oooooo..ok.

Kek bestday kununnya... hehehe

Dengan paksaan kena potong kek itu.. Semua biru.. hek hek hek...

Ni ucapan dari sahabat via what's App. Xie Xie

P/s : boss buat semua ni macam nak bodek aku supaya stay lama bersamanya... hhuhuhu.. itu aku gerun. Aku perlu melangkah pergi juga tidak lama lagi... Sayu gitu kan.. huhuu


Thursday, December 26, 2013

Doktor Gigi Kampung

Assalamu'alaikum. Apa khabar semua? Sedang MM menulis ini, MM sedang demam. Tapi ada rasa ingin meluahkan titipan cerita dan kisah Doktor Gigi Kampung a.k.a abg MM.

"Dik (Abg MM kadang2 panggil Dik.), Locum sound aku sebab charge treatment murah giler,.. Rasa macam nak naikkan harga ja.."

MM : Haa.. Ingat balik tujuan kita dulu-dulu.. Kita nak ada klinik sendiri sebab apa? Nak tolong orang kampung kan? Bukan nak bermegah dengan title "Dotor" kan? Kita nak beritahu orang kampung yang anak emak abah boleh berjaya dengan segala tohmahan dan cacian orang lain.. Kita nak bangkit dari semua tu kan...

*Panjang jawapan MM kepada abg..*

"Hurmmm.. Haah kan.. Betul juga.. Ok2.. Tq ingatkan.."

MM: Boleh nak naikkan charge based on KKM rate tu, tapi slow2.. Bak kata Locum tuh. Naikkan sket2.. Kos sara hidup sekarang tinggi..

"Haaa... Ok... Kita memang perlu ikut rate KKM sebab orang lain nanti susah juga. Sebab kita charge rendah..."

MM : apa2 pun.. Kita in shaa Allah dah cukup.. Tak dak hutang dah.. Hutang rumah dan kereta hang ja.. Itu pun sebab tax purposes. In Shaa Allah Kita tolong orang, Allah tolong kita Jangan terkejar2 sgt la.. Kita off on PH(Public Holiday) and Sunday.. Beri peluang kat Klinik lain juga... Kita jagan alpa dan lalai dengan Nikmat Allah beri..

"In shaa Allah.. Yup. Kita tak terkejar2 apa dah.. In shaa Allah dan alhamdulillah cukup. Zakat tak lupa. Sedekah.. Itulah penyucian harta.."


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

MARILAH KE KLINIK ABG MM, 

KLINIK PERGIGIAN DR. HALID.

Terletak di depan Tesco Kuala Selangor. In shaa Allah servis yang memuaskan.. 


Wednesday, December 18, 2013

Jadilah Pencinta Ilmu

Assalamu'alaikum..

MM nak kongsikan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Badli Shah mengenai cintai  Ilmu..


Mari dengarkan dan sebarkan...





Syukran...


Thursday, December 12, 2013

Hidayah Itu Milik Allah...

Assalamu'alaikum...

Sebahagian perbualan aku dan kakak iparku..

MM : Kak, dok belek tudung fareeda ka kak oi?
CT   : Eh.. Tak la.. Akk dah tak guna dah tudung2 macam tu... Akk nak jual dan bagi kat orang lah ni.
MM : Ohh ya ka? (Dalam hati kata alhamdulillah..)

--------------------------------------------------

Ya Allah... Besyukur sangat2 sebab kakak iparku sudah berhijrah ke arah yang lebih baik.


Sungguh Hidayah Itu Milik Allah
Sungguh Dakwah Itu Luas
Berhikmahlah.


YA ALLAH..
BERILAH HIDAYAH KEPADA KAMI SEKELUARGA
RAHMATILAH KAMI SENTIASA
DORONGLAH KAMI AGAR SENTIASA MELAKUKAN SURUHANMU DAN MENINGGALKAN LARANGANMU
YA ALLAH...
ALLAHUMMA AMIIN.. 


 

Monday, December 2, 2013

Sebahagian Hidupku...

Assalamu'alaikum...
Hai.. Pa habaq?

Alkisah....



"Achik... Macam mana eja transformers? Abg nak type kat laptop ni. "

Belum sempat abiskan jawapan, dengar satu suara lagi...

"Achik, cepatlah tuliskan "A B C " untuk saya. Saya nak tulis-tulis.."

Selang seli.

Antara dialog yang akan membuatkan aku tersenyum sendirian bila mereka sudah balik ke rumah masing-masing.

Aku adalah satu2 nya achik yang perempuan. Itu yang depa manja terlebih tu. Achik ni lah yang paling garang. Tapi sering menjadi rebutan untuk dukung lah, dilayanlah... Sebab mereka tahu, achik marah sebab aku sayang mereka... 

YA ALLAH KUATKANLAH IKATAN KEKELUARGAAN KAMI INI YA ALLAH...

Lagi-lagi cuti sekolah ni, sibuk call aku," achik nanti kite g jalan2 ya".. "Achik datanglah rumah kite."

Di saat aku bakal meninggalkan kampung halaman terchenta, suara anak-anak buahku ini sering terdengar-dengar di telingaku... Aku sering mengelamun... Tersenyum sendirian.

YA ALLAH KUATKAN HATIKU. TABAHKAN HATIKU. YA ALLAH JAGALAH MEREKA YA ALLAH..

Saat berkumpul bersama di teratak tempat aku dilahirkan... Saat itulah paling indah. Macam-macam ragam ada.. In shaa Allah kita akan gathering sebulan sekali.. Tak besar-besar macam sebelum ni pun xpa.. Dapat makan sama-sama pun ok daa... Janji makan kat dapur nenek dan embah tu sama-sama. sekali makan terus abis. hehehe..

Biasa gathering satu family besar 2 bulan sekali. In shaa Allah.. Bukan kat restoran pun. Kat rumah emak abahku. Kadang-kadang dok bising2 kat dapur sampai tak dengar orang datang rumah. Bila door bell berbunyi baru perasan.. hehehehe..

Doakan ku akan terus kuat melangkah di negeri orang...


"ACHIK SAYANG ANAK-ANAK ACHIK SEMUA..."


Anak-anak buahku:

Keluarga pertama:
1) Puteri Nurul Ainil Fatihah (Iffah)
2) Muhammad Khairul Ikhwan (Iwan)
3) Muhammad Khairul Firdaus (Daus)
4) Puteri Nurul Ainil Fatirah (Irah)
5) Muhammad Khairl Iman (Iman)
6) Puteri Nurul Ainil Fatimah (Imah)

Keluarga kedua :
1) Ahmad Ali Imran (Imran)
2) Ummi Hani Nabilah (Nabilah)
3) Fatimah Azzahrah (Fatimah)
4) Ateeqah Najwa (Najwa)
5) Aisyah Humaira' (Aisyah / Jepun)

Keluarga ketiga : (ANAK-ANAK Yatim kami)
1) Luqmaanul Hakeem (Hakeem)
2) Qurratul 'Ain
3) Muhammad Zubair Adham (Adham)
4) Umar Haziq (Umar)
5) Putri Balqis (Afina)

Keluarga keempat :
1) Adam Hariez
2) Ayra Syahmina
3) 'Ayna Wardina
4) A........ (due 24 January 2014) hehe

Fuuhhh.. Alhamdulillah masuk 20 orang semuanya....

**Gambar tidak diupload untuk keselamatan diri dan maruah keluarga kami..**


Wednesday, November 27, 2013

24-11=13 :Hariku Jadi Artis

Assalamu'alaikum...

24.11.13
Kebetulan
Tarikh itu cantik
Setuju bersama

Diri ini rasa macam artis kejap
Banyak pullak camera kat depan
Amik gambaq
 Alhamdulillah
Keluarga yang very supportive
Sempoiii.
Alhamdulillah
Hehehe.

Tapi untuk keselamatan
Tidak boleh diupload di sini.

All of u
Please do pray for us





GOOD LUCK MRS CRAZY.....

Monday, November 18, 2013

How Do I Feel Right Now

Assalamu'alaikum...


How Do I Feel Today?
Wanna to shout this;
"I'm gonna to be child again!"

Countdown?
What?
No. Yes. No. Yes.
NO!
Fullstops!

This is Masyitah laa....
Mrs Arrogant okey!
No need to nervous ok
Cover lah!
Hohohoho..

Wishing the future days gonna be okay.
Happy.
Flowerish.
Rainbow.
Nice.

Isshh..
Daydreaming!

Good Luck Mrs Arrogant...
Hahahhaa...