Saturday, June 19, 2010

beginilah diri....

Bismillah...
Salam to all...

"Masyi, nak buat MSk bila?"--en azmir
jawapan:
"this week.."
"on friday.. ok x?"
"malam"

"Esok jumpa sy di office ye"--en azmir

"MUKTAMADNYA, MSK 11 Jun 2010"
ok...(Arahan diterima)

"Sufi, boleh tlg akak tak?"
begini...
begitu...
dan sebagainya...

**Terima kasih banyak sufi**
Terima kasih kepada semua JAKSA dan kuncu2 kerna telah bertungkus lumus menjayakan program sy...

Jutaan terima kasih juga kepada Encik Azmir, Puan Hidayah, Kak Siti dan Encik Azqar.. Kerna terlalu banyak membantu bagi melancarkan segala perjalanan program sy ni..
(Terharu sy...)
(Air mata jatuh.. huhu)

Buat adik2 Tamhidi 2010/2011..
Anda semua memang hebat...
Tingkatkan prestasi anda semua...
Mari kita bekerjasama..

.......................................................................................................................

13 JUN -15 JUN
Meluangkan masa dan sumbang tenaga untuk SLC 2010
Sahabat2...
Kalian memang mantap!!!
Tahniah221..

Adik2 peserta SLC;
Kalian bakal jadi pemimpin hebat suatu hari nanti..
Ambil manfaat dari input yang ada..
Lupakan sengketa...
Kuatkan hati dan diri...
Perjuangan kita tak selesai lagi..
Abg Fauzan...
Tahniah...
terima kasih kerana beri sy peluang...

..............................................................................................................

16 JUN-18 JUN
Otak tak bape nk center...
Kesakitan yang amat terasa...
Sabarkan diri...
Dugaan hati dan diri melanda...
(Air mata jatuh kembali...)
"Emak, mas tak sanggup lagi nak hadapi semua ni"
"mas fobia..."
"mas tak suka keadaan cam ni???"

Emak jawab:
"Hati2 anakku.."
"Ingat Allah selalu"
"Banyakkan berdoa.."
"Minta pertologan padaNYA"
"Mak sayang anak2 emak"
[tears terus tumpah...tak dapat nak menahan]

.........................................................................................................

19 JUN
Join KOSH '10
Sahabat ni teringin sgt p program IKATAN
Kasihan dan hormati..
Temankan..
Berikan mereka semangat...
Berikan mereka peluang dan pendedahan...
Agar mereka tahu bergerak kerja..

................................................................................................


20 JUN

Meeting akan menyusul..

........................................................................

Ya Allah...
Tabahkan hati2 kami...
Tetapkanlah hati kami dengan keimanan kepadamU...
Kuatkanlah hati kami....





Friday, June 4, 2010

Qunut Nazilah

BismillahirRahmaanirRahiim...


“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”


“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”


Wallahu Ta'ala A'alam...


Selamat beramal.... Sama-sama kita amalkan ye!


Monday, May 31, 2010

... koc wanita sepanjang masa ...

Salaam to all...

Sudah lama sy tidak pulang ke kampung
Dengan menggunakan KTM..

Khamis lalu, sy dengan hati yg tekad,
pulang ke rumah..
dengan KTM...

Terkejut....
Ada koc wanita sahaja..
sebenarnya sy juga sudah maklum
tentang koc wanita..
cuma tidak tahu pelaksanaannnya bagaimana???

So,sudah faham dan ketahuan
tentang pelaksanaan
wanita sahaja sepanjang masa...

Detik hatiku...
Best.. best.. best...
Sebab semua wanita sahaja dalam koc tengah tu...
Klu sesak pun perempuan ja..
Ada pegawai KTM yang mengawal..
Agar koc tersebut hanya wanita sahaja..

So that,
Sy bersyukur sangat..
Sebab sy dah mulai kurang takut untuk balik bersendirian..
Tapi perlu berwaspada dan berhati-hati juga...

Pesan emak sy jika sy bersendirian:
Berzikir sepanjang masa...
Jangan tidoq ja dalam train..
(tapi terkadang tertidoq jua, kerna keletihan)


YA ALLAH


BISMILLAH...
YA ALLAH YA TUHAN KAMI..
KAMI MEMOHON KEPADAMU,
KAU SELAMATKANLAH PASUKAN KONVOI BANTUAN UNTUK PALESTINE...
KAU HANCURKANLAH PIHAK MUSUH iaitu ISRAEL..
KAU BERIKAN KEKUATAN KEPADA PASUKAN KONVOI BANTUAN KE PALESTINE..
KAU SELAMATKAN LAH MEREKA...

YA ALLAH YA TUHAN KAMI...


Tuesday, May 25, 2010

Balik la....


"kak, bila nak balik?"
"Ada kerja lagi ker?"
"Bawa balik la ole-ole tu cepat"

Begitu lah kata2 adikku seorang yang berada di rumah...

Ya Allah...
kejamnyer aku nih..

...............................................

Eh banyak nye miscalled...

Ouch..my God..
my emak call me...

Tak sempat nak jawab..
Tak perassan bunyi handset..
Almaklumlah...
Unit aku ni agak hingaq sikit..
tu yang tak dengaq tu..

.....................................................

Masyi...
"Minggu ni balik kampung tau"..

Satu arahan dari pihak pengurusan Kolej Kediaman..

"Kenapa?"

"Sebab next month nak kemas barang nk pindah office n aset2 kita semua ni"

"oh Ok"

.....................................................

Di benakku....
Masih berfikiran...
Dibelenggu dengan tanggungjawab yang terpikul..

Insya Allah akan balik dalam masa terdekat...



Thursday, May 20, 2010

Mai Gerak...


Salaam to all...

Kawan2, sahabat...
Susun langkah kita,
Atur strategi bersama...
Mai kita gerak sama2...
Banyak yang perlu diselesaikan ni..
Jangan lupa pergatungan diri kepada Allah...
Insya Allah...
kita akan mampu melakukannya dengan berjaya..
Jaga amal kita..
Jaga amarah kita...
Sntiasalah lazimi lidah kita dengan berZIKIR...
Sekalipun ketika melatah..

"SesungguhNYa, Kita merancang Alah jua merancang,
Dan perancangan Allah itu adalah SeBAIK2 Perancangan.."


P/S: entri ini banyak ditujukan kepada diri sendiri...




Wednesday, May 12, 2010

Happy Holiday..


salaam,,,

Happy holiday kepada kawan2 semua..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ku Pasrah


Salaam to all..

Saat demi Saat
Aku lalui dengan penuh debaran dan liku
Tanpa siapa tahu hati ni
Luka duka suka atau bahagia..

minit demi minit terus pergi
Aku langkah kan kaki ini
terkadang tanpa fokus tujuan
Terkadang tersadung dek bendul yang mungkin tidak terlihat
Siapa tahu hati ini?

Jam demi jam terus berlalu
Aku gagahkan hati dan langkah
Mencari pencerahan bagi setiap apa yang kabur
Mencari penjelasan apa yang keliru
Semakin dicari semakin tidak tahu apa
Apakah????

Hari demi hari ke berlari
Melangkah dengan gaya tersendiri
Perlukah aku khabarkan kepada mereka?
Ya Allah...
Pilu hati ini bila mengenangkan...
relakan aku terkorban?
mampukah aku?

Ya Allah...
Redhakanlah aku dengan pinjaman nikmatMu di dunia ini
Rahmatilah kami agar sentiasa dibawah payung RAHMATMu ya Allah..
Kau tabahkanlah hati ni,
Kuatkanlah ia..
Agar jalanan yang dipilih itu
BUKAn datang dari nafsuku semata..
Aku rela dimarahi manusia
berbanding dimurkai ya Allah..
Kerna aku takut dengan kemurkaan MU..

ya Allah..
Aku serahkan segalaNYA padaMu ya Allah..
Aku pasrah..

Amiin...



Friday, April 23, 2010

kurang fahamlah...


Bismillah...

Salaam to all...

"masyie, dia tinggalkan saya"
"Sampai hati betul dia"
"Argghh,... MalasFikir"

Saya:
"Humm... Ada hikmahnyer,Insya Allah.."
"Allah beri peluang untuk kita lari kepadaNYA"
"Tak perlu sedih.."
"Teruskan melangkah,
Dengan gagah,yakin dan berani..."
"Kuatkan pergantungan diri kepada ALLAH"

Beberapa ketika kemudian....

Dia dilihat agak berbeza..
Dari kata-kata,
Tindakan...
Berhujah...

Saya berasa pelik...
Mengapa begini?
Apa dah jadi?
Apa patut dibuat?

Ya Allah...
Aku insan lemah...
Kau lindungilah kami..
Rahmatilah hidup kami..
Redhakanlah kami...
Tabahkan kami...
Sabarkan kami...
Semua iniujianMu Ya ALLAH...
Kami yakin dan pasti..
Ia pasti ada hikmah rahmat disebaliknya...



**Khabarkan kepadaku,apa itu cinta sesama manusia???? Perlukah???
Aku kurang faham....***





Tuesday, April 20, 2010

Salaam imtihan.....


Salaam...
Maaf..
Baru kesempatan nak update blog ini...

Di kesempatan ini,
Saya ingin mengucapkan:
selamat mengahadapi peperiksaan Akhir Semester
Kepada semua kawan2, rakan2 dan sahabt2
Di seluruh IPTA/IPTS di Malaysia dan luar negara..

Mohon kemaafan atas kekhilafan diri dan kekurangan..

berushalah selagi masih ada peluang..
Semoga kita semua berjaya dengan cemerlang..
Amiiin..