Assalamu'alaikum.. apa khabar semua..
MM try update blog everyday. Doakan MM ya.. Supaya MM konsisten update. No cheating time..
Ok.. Hari ahad ni, Mm nak share pengalaman tentang sedeqah ni. Orang kata nak sedeqah jangan tunggu bila dah kaya. Tapi Bersedekah lah sampai Jadi Kaya. Faham ke Faham.. heheh
Nak dijadikan cerita. MM kahwin 2014. Direzkikan mengandung pada Mei 2014. Mengalami alahan yang sangat teruk sehingga MM tak boleh nak datang kerja. Cuti tak berbayar. Gitu. Lepas tu ambil keputusan nak resign la. Since husband MM kerja di Dabong, Kelantan.(Pernah dengar tak?huhu)
Ha.. Kiranya lepas raya aidil fitri 2014 tu, MM akan tinggal di Dabong bersama keluarga mertua.
Pum pang pum pang MM pon hiduplah di Dabong, Kelantan. Tempat bukit bukau, gunung ganang. Sejuk la.. Tak rasa bahang panas..
Dabong ni sebuah pekan kecil yang terlalu banyak disisihkan hak nya sebagai sebuah daerah kecil. Tapi ok la.. Tak hadap jem dan hiruk pikuk bandar..
Alkisahnya, masa MM preggy on 8months, masa tu bulan Disember. Hampir keselurahn Daerah Kecil Dabong yang MM duduk ni banjir besar.
Bah Kuning 2014 tu memang semua barang2 termasuk kenderaan kami sekeluarga rosak. Dari segi rumah dan harta di dalam rumah. Yang tinggal hanya kenangan yang hanya dalam minda sahaja.
kereta hadiah emak MM beri pada MM pun rosak. Sebab x sempat nak larikan dari air banjir. Kami terkepung.
.........
Kami pun segera cari "pomen" untuk baiki kereta MM untuk kegunaan seharian kami. Sebab kereta tu ja yang kami ada. Nak g jenjalan. Nak balik kampung. dan Sebagainya. Ambik masa hampir 6 bulan juga nak siap keseluruhan baik pulih kereta. Full set up! Habis about 11ribu untuk kereta Myvi tu.
Ingat MM ada banyak duit ka? X banyak tau.. Dalam bank tu hanya ada duit hadiah perkahwinan pemberian Suami MM masa kahwin hari tu. Kurang lebih RM5k gitu. Bila nak mulakan kehidupan baru tu, almaklumlah.. masa tu kami pun kena prepare barang-barang bayi untuk anak kami yang bakal lahir. Dan telahselamat lahir pada 5.2.15. Alhamdulillah. Perempuan. Diberi nama Nurul Mu'izzatun Najah binti Muhammad Zzulkhibrie.
Berbalikk kepada duit nak bayar untuk baiki kereta tu. Kami dengan rasa malu dan segan, memohon pinjaman dari abang MM sebanyak RM4,800. Haa.. pinjam tau.. bukan mintak.
Sepanjang kami nak langsai hutang kat abang MM tu, kami memang usaha kerja keras. Sampailah satu masa tu buntu sangat dah. Macam mana nak buat agar bayar hutang orang ni cecepat..