~::masyiemumtaz::~

masYie's

Sunday, January 10, 2010

MotiVasi di sebaLik "CANE" & "CARROT"


Tahukah anda apa itu “Cane” dan “Carrot”??? Saya pasti dan yakin bahawa kita semua ketahui tentang itu. Cuma kita belum tentu tahu apa faedah hikmat di sebalik “cane” dan “carrot”. Seperti sedia maklum, setiap makhluk yang dijadikan, pasti ada hikmah di sebalik kejadian. Kali ini, saya ingin bawakan satu kisah dari kedua-dua ini. “CANE” dan “CARROT”.


Baik, mari kita susuri….


Pada suatu ketika, ada dua ekor kuda yang dipunyai oleh dua orang tuan yang berbeza. Kuda itu digunakan untuk mengembara. Apabila ia digunakan untuk mengembara, maka istilah kepada si penunggang adalah berkuda. Dahulunya, berkuda adalah satu kebanggan bagi penduduk, kerna pada ketika itu tiada lagi rusa, kancil, mata belalang dan sebagainya yang digunakan untuk mengembara. Hanya mengenderai kuda bagi yang berkemampuan. Wahh… teruja. Penulis sendiri tidak pernah menunggang kuda.


Begini, suatu hari, tuan masing-masing ingi menguji sejauh mana kuda mereka ini patuh kepada arahan mereka. Maka tuan-tuan itu mengatur satu percubaan dan ujikaji untuk menetukan satu method yang mana berkesan bagi kuda-kuda itu bergerak secara aktif. Oleh itu mereka mengambil satu kata sepakat. Seekor kuda akan dirotan dan seekor lagi diletakkan lobak dihadapnnya. Iaitu diikat.


Maka bermula satu perlumbaan dengan satu kuda dirotan bagi mengerakkan kuda itu dan satu lagi dihadapkan lobak dihadapan mata kuda itu. Kuda disuruh bergerak sejauh 5 kilometer. Kuda itu pun berlari mengikut sebatan dan keinginan kepada lobak itu. Semakin kuat dirotan semakin laju kuda itu. Kuda yang satu lagi, dengan rasa keinginannya untuk makan lobak itu, dia perlu dapatkan lobak itu sedangkan lobak itu sukar dicapai olehnya(kuda).


Akhirnya keputusan diperoleh. Kuda itu sama laju. Tapi natijahnya berbeza. Kuda yang dirotan itu sakit. Manakala kuda yang dilhidngkan lobak dapat makan lobak. He.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………...................


Daripada kisah di atas, mari kita fikir-fikirkan tentang diri kita ini. Booster bagaimana yang kita selau dapat. Dirotan atau lobak(makanan)? Yang mana satu berkesan meningkatkan motivasi diri. Yang mana satu norma manusia?


Bagi pendapat saya, kedua-duanya perlu. ini kerana, jika dirotan sahaja ia sanagt menyakitkan. Dan ia agak kurang memberi natijah yang bagus. Perlukah kita bekerja, bertindak serta bergerak apabila diketuk? Semoga kita semua sentiasa tahu apa tanggungjawab kita sebenar.


Sebenarnya, sebagai manusia biasa kita perlukan maotivasi jenis kedua-dua ini. Jika hanya makanan sahaja sebagai motivasi, tidak berjalan juga kerana, norma manusia bila sudah makan pasti akan bermalas-malasan untuk bergerak. Tanya diri sendi ye? Jika hanya mendapat motivasi “cane”, ia pasti akan bergerak tetapi akan ada satu rasa dalaman hati. Dendam mungkin atau juga ada baiknya untuk menyemai sifat redha dan ikhlas. Tapi agak sukar. Ia bergantung kepada individu tentang perkaitan penerimaanya bagaimana. Jadi, insan biasa perlukan kedua-duanya. Oleh itu mari kita cari booster dalam diri sendiri yang boleh membangkitakan motivasi diri. Cari dan terus mencari dengan berfikir sambil berzikir.


Jadilah kita sebagai manusia sentiasa cergerak ambil tahu tentang sesutau yang patut diketahui bukan hanya menanti.


## Rotan yang dimaksudkan bukan rotan semata-mata. Ia diibaratkan sebagai satu gertakan atau satu tekanan luar ke dalam diri sendiri.


Semoga kita sama-sama mengambil iktibar.


Allahu Ta’ala A’alam.




No comments:

Post a Comment

Komen laa.. walau seAYAT... hehe.. Syukran! =)