~::masyiemumtaz::~

masYie's

Wednesday, February 10, 2010

Hadiah Paling BEST

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua...
Apa khabar iman dan diri semua? Ada ok kah? Jika sakit cepat2 lah lari kepadaNYA...

Entry kali ini saya ingin coretkan tentang sahabat dan adik-adik di USIM ni...

Sempena hari ulangtahun kelahiran masihi saya pada 22 Januari yang lepas, saya cukup gembira... Kerana, pertamanya; pada semalam harinya, roomate saya telah disahkan kemenangan dalam pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar (MPP). Beliau telah mendapat undian ketiga terbanyak dan merupakan first lady.Bagi saya itu adalah satu hadiah paling bermakna untuk saya. Semalam, 9 Februari 2010, merupakan hari Majlis penerimaan watikah sebagai MPP/ SRC. Beliau telah ditaklifkan sebagai Naib Yang Dipertua 2 SRC.. Tahniah Roomate..

Roomate..
Tahun ini juga merupakan tahun yang paling best dan terharu. Sempena hari ulangtahun kelahiran saya kali ini, adiks2 junior saya menyambutnya di mana saya kira ia satu penghargaan yang besar.

Adik Bahiyah dan Sakinah telah menghadiahkan sebiji kek.
Even mereka terlewat. Saya kira ia amat bermakna bagi hidup saya. Saya terkejut dengan kehadiran mereka ke bilik saya pada waktu itu, kerna saya menjangkakan mereka ingin berbincang tentang pelajaran. Al maklumlah, mereka juga merupakan juor course saya juga; accounting. Menitis tears saya sebenarnya. Sambil malu juga. Huhuhu...*wink*
Terima kasih Bahiyah, Sakinah dan Shahida

Tidak lupa juga adik Raihan. Adik yang pernah saya coretkan tentangya dalam blog ini. Satu petang, dia bertanyakan kepada sy," Akk, suka warna apa?"(via messsage).. Lalu dijawab." HIJAU"
Satu petang,sedang saya dalam perjalanan pulang dari kuliah, saya menerima satu messsage darinya, agak berbaur arahan. Tapi mungkin juga jemputan. " Akak, nanti bila dah sampai Camellia, singgah bilik rehan jap eh." Lalu, sy menjawab, "OK, kenapa? Raihana ok tak ni?"
Message itu tidak dijawab. Hmmm... Ok.

Sesampai di Camellia, saya bergegas ke biliknya. Dengan selambanya dan muka tak bersalahnya dia memberi satu bungkusan plastik kecil berwarna merah berbunga. Hmm... Lalu saya bertanya, "Apa ni? Nak bagi saper?"... "Amiklah, dan tengok la kat bilik nanti"...
" Hmm.. Ok.. Terima kasih.."
Sungguh terharu... Rupanya adik itu telah menghadiahkan keyc
hain yang tertera nama "MASYIE".
Terima kasih banyak raihan....

Ni adik Ummu pula...
Isnin lalu, seusai kelas AIS, sy menerima satu panggilan darinya. Dia mengajak untuk bersama ke Library. (Memang niatku untuk ke library juga.. nak cari bahan untuk assigment). Selepas selesaikan urusan yang berkaitan dengan subjek2 yang melibatkan kumpula
n, sy meluangkan masa ke library.. Lama juga di sana. Hingga tak sedar perut juga lapaq sebenarnya... Sehinggalah ummu berkata," Kak, saya lapaq, jom makan..."
" Ok.. Jap ag.. Akak siapkan satu soalan ni dulu"
"Baik"

Selepas siap soalan tersebut...
Berjalan ke Dataran Selera.. berdekatan dengan Fakulti kesayangan saya.. (Fakulti Ekonomi dan Muamalat-FEM)...
Tetiba, Ummu bersuara.." kak, takpa, biar Ummu bayar"...
"Hmm.. tak pa la.."
" Tak, biarkan Ummu bayar ni.."

"Ok"

Sedang mula nk memulakan santapan..
"Kak, Saya belanja akak.. Sempena Besday akak.."
"Ummu... Terima Kasih banyak... Hmm.. tua dah akak ni..huhu"
" Semoga akak bahagia di samping orang yang tersayang.."
"Terima Kasih Ummu"

"Akak, pas abih belajar nanti cepat-cepat nikah tau?"
"Hu! Merepek la Ummu ni.. Dengan Saper?"
" Alaa... yang U... tu.."
"Ahh.. Sudah3.. jangan nak merapu kat sini.."
"OK"

Terima Kasih banyak kat UMMU...


Ummu hani
** Sesungguhnya, ALLAH itu ARRAZZAQ.. Yang MAha pemberi rezeki... Alhamdulillah..thumma alhamdulillah...Allahu Akbar!! Saya punya sahabat dan juniors yang selalu berdamping di sisiku.. Tak kira masa... Susah senang gembira sedih...Hadapi bersama...
Mereka tetap ada...


Kadang-kadang yang bernama sahabt itu jauh di mata kitatapi dekat di hati,.. Bukan bermakna yang dekat itu bukan sahabat... Tetapi yang jauh itu lebih dalam firasatnya... Hatinya sangat dekat dengan kita...

Kepada Sahabat-sahabatku serta adik-adikku, Terima kasih banyak atas tumpuan yang diberikn dan minta maaf atas kekhilafan diri.. Maafkan saya.. Maafkan akak...




2 comments:

  1. wahh..tahniah punya hadiah yg mcm2..akk turut gembira mendengarnya.byknya nikmat kan dik?dugaan tu 1 per 1000 nikmat kn?maka sentiasa lah bersyukur..kuatkan diri hadapi dugaan Allah.krn DIA tlh mmberi nikmat yg melimpah ruah..dugaan tu ciput je sebenarnya tp kita rasa susah sbb kite tak suka dan kita tak sdr itu tanda Allah uji dan tapis org2 golongan yg benar2 beriman dan bersyukur.bersyukurlah dan berbuatlah amal kebajikan utk Islam sbg tanda kesyukuran.semoga adik dlm lindungan dan rahmat Allah sentiasa..

    ReplyDelete
  2. YA Allah.. Astaghfirullah...
    Thumma alhamdulillah...

    Akak... Syukran Kathir..

    ReplyDelete

Komen laa.. walau seAYAT... hehe.. Syukran! =)