~::masyiemumtaz::~

masYie's

Wednesday, February 3, 2010

Hatiku...


Sekian lama juga
Aku simpan segala persoalan
Tanpa jawapan yang terurai
Aku cuba menyelami segala apa
Yang berdepan dengan ku..
Sesuatu dan keadaan..

Aku berfikir dan berfikir
Kadang kala rasa lemah dan lemas..
Maka, aku lekas berlari
Mencari Rabb..
Aku nangis...

Hatiku..
Kerap kali aku hanya sekadar mampu
menyedapkan hati..
Bukan meredhai..
Bukan mempercayai..
Rasa tertipu dengan nafsu
Rasa menyesal diri..

Sahabat,
Apakah kalian tahu
Berapa nilai persahabatn itu?
Tiada mungkin jawapan diberi..
Apakah kalian tahu
Apakah erti pengorbanan?
Mungkin ketahuan..

Hatiku...
Buat masa ini,
Terasa agak keliru..
Di antara dua perkara..
Tuntutan dan kehendak peribadi..

Bukan aku ingin dibangga-bangga..
Malah dijulang tinggi..
Tapi aku ingin berbakti..
Aku ingin menimba pengalaman
Aku inginkan satu kepuasan
Bila grad nanti...

Apapun....
Aku tetap akan menunggu satu masa nanti
Aku legakan diri dengan keputusan yang dikira
Aku cuba belajar sesuatu apa yang diaturkan
Aku rela dipulau
Asal ISLAM subur di Bumi ini

Hatiku...
Bersabarlah...
Tabahlah...
Kuatlah...
Moga thabat dengan dinulISLAM
Percayalah...




[MAJU DAN LAJU UNTUK ISLAM]



7 comments:

  1. chaiyok k.masyie! biar dicaci..biar dihina..biar dimaki..biar ia mjadi makanan yg perlu ditelan walaupun pahit..smga tohmahan tsbut mjadi kita lbh kuat! InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. Wahai Tuhan kami! Janganlah Kau ambil salah akan kami sekiranya kami terlupa atau melakukan kesalahan. Wahai Tuhan kami! Janganlah Kau pikulkan atas kami beban sebagaimana yang Kau pikulkan ke atas orang-orang yang sebelum daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Kau membebanan kami barang yang tidak kuasa bagi kami denganya dan maafkanlah daripada kami dan ampunilah bagi kami kasihanilah akan kami, Engkau penolong kami maka tolonglahh kami ke atas orang-orang kafir’

    slmt berjuang dik!!.. tiap yg berlaku adalah rahmat ujianNya.. DIA terus mengUJI dan mengUji hambaNya yg terpilih..

    ReplyDelete
  3. [Durratul Akhyar]:
    Syukran dik... Doakan akak yerk..

    [Kak Shida]:
    Syukran atas ingtan yang diberi... Doakan adikmu ini

    ReplyDelete
  4. Adikku masyi..

    Byk perkara yg kite perlu pertimbangkan.betul kite bnr2 b'juang krn Allah?tepuk dada tnya iman.kalau betul,maka kita takkan memikirkan siapakah kita,ditakuk manakah kita,tingkat mana dah kita.ttpi yg kita pikir sedlm2nya,adakah aku tlh melakukan yg terbaik?terbaik dgn cara dan strategi yg terbaik?adkh aku dlm redha Allah?itu melangkau jauh dr sgala2nya yg kita nmpak dik.jika kita melakukan yg terbaik,Allah akan timbang pahalanya.bukan kejayaan titik kpd timbangan ttpi cara mana dan kesungguhan mcmane yg kita buktikan.

    Akak nasihat utk diri akk jgk dik.klu akk ade silap,tlg tegur spya diri tak pnh alpa.terfikir sendiri,iman yazid wa yanqus ini bahaya.bimbang klu mati ketika iman tgh b'kurang.maka sama2 lah kita tegur menegur dik eh,spaya kita sntiasa beringat2 akan pengakhiran hayat kita.

    Teruskan berjuang ye dik.di mana pun awk,di jawatan mana pun awak,di kawasan mana pun awk,awk ttp berharga.kerana awak orang yg beriman.awk blh dan mampu berjuang.kerana awk orang yg beriman.

    Sabar ye dik dgn dugaan yg mencabar diri dan keimanan.teruskan melangkah utk Islam.Lillahi Ta'ala.Akk bangga dgn kekuatan awk dik.wlupun awk x bercerita byk,tp akk tau awk punya kekuatan yg luarbiasa.teruskan melangkah maju dan laju demi Islam ye dik.Barakallahufik..=)

    ReplyDelete
  5. [Kak Ainul]:
    Terima kasih banyak kak... Saya sangat menghargai akak... Banyak membantu sy.

    Biarlah hati sahaja yang berbicara...

    Akak terbaik...

    Salam juang!!!

    MAJU DAN LAJU UNTUK ISLAM...

    ReplyDelete
  6. utk mu dik
    http://www.youtube.com/watch?v=PzrJmfKCCOU

    ReplyDelete
  7. [Kak Ainul]:
    Terima kasih.. sedap2..
    ;-)

    ReplyDelete

Komen laa.. walau seAYAT... hehe.. Syukran! =)