Thursday, July 15, 2010

"Muslimah bil fesyen"


Salamto all.. Kali ni saya ingin kongsikan nukialn dari sumber ;
riafariana/voa-islam.com

Saat ini banyak sungguh Muslimah yang kononnya sudah menutup aurat (bertudung). Di satu sisi, senang seklai kerana itu ertinya syariat Islam sudah dapat diterima oleh masyarakat Malaysia mahupun Indonesia. Tudung dan jilbab menjadi pemandangan umum dan tidak lagi dipandang aneh seperti yang terjadi puluhan tahun lalu. Namun di sisi lain, ada banyak pemandangan yang tidak sedap berkaitan denagn fenomena Muslimah berjilbab ini.

Namun sesetengah berpakaian termasuk bertudung tetapi telanjang. Rasulullah pernah ‘meramalkan’ akan datangnya zaman ini. Maksudnya apa? Mereka berpakaian tetapi seleuruh lekuk liku tubuh si pemakainya terlihat semua. Mulai daripada celana yang ketat sehingga membentuk (maaf) ’underwear’ (seluar dalam) hingga blaus yang transparent yang jelas-jelas menunjukkan ukuran bra (coli) seseorang. Parahnya, di atas kepala menutup rambutnya ada sehelai kain yang dililitkan ke leher sehingga seringkali kalung dan anting-anting terlihat.

Sedih tentunya melihat pemandangan seperti di atas itu. Macam mana ini, apabila fungsi pakaian yang seharusnya adalah menutupi malah digunakan sebaliknya. Tudung yang sebenarnya menjadi pengenalan seorang Muslimah, disalahgunakan pada potongan yang jelas-jelas malah bertentangan dengan definisi menutup auirat itu sendiri. Tak jarang ornag mencebek tentang ini kerana salah faham tentang fenomena Muslimah berjilbab. Padahal jelas-jelas, mereka sangat jauh daripada definisi berjilbab yang dimaksudkan oleh Islam.

Jangan terpengaruh apabila kamu mendapati ada teman Muslimah kamu yang berpakaian seperti ini. Mereka itu ternyata belum tahu bagaiman seharusnya seorang Muslimah berpakaian. Mereka ini hanyalah korban ikut-ikutan fesyen yang sekarang lagi dipraktikan banyak selebriti tanah air. Disebabkan hebahan besar-besaran media yang terus menerus, akhirnya gaya berpakaian asal para selebriti itu lengkap dengan tudungnya dijadika ikut-ikutan oleh masyarakat kita.

Wahai golongan muda Muslimah, semoga kamu bukan menjadi sebahagian daripada mereka yang ikut-ikutan itu. Di mana-mana yang namanya korban ikut-ikutan pasti tidak menyenangkan. Lebih baik kamu menjadi pelopor di tengah-tengah temanmu dengan tampil berbeza. Bagaiman? Pakailah pakaian Muslimah yang ikut syariat atau yang sesuai denagn pa yang dikehendaki oileh Islam. Cuba kamu buka al-Quran surat Al Ahzab 59 dan An Nur 31. Di sana ada, perintah daripada Allah tentang bagaimana seharusnya Muslimah menutup aurat.

Surah Al Ahzab ayat 59 bernaksud: “Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seleuruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu.”

Surah An Nuur ayat 31 bermaksud: “Dan katakana kepada perempuan-perempuan mukmin. Hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina).”

Sedikit tentang kedua-dua ayat di atas iaitu perintah Quran sebgai firman Allah agar para Muslimah itu menutup aurat dengan tudung dan jilbab. Tudung adalah kain yang menutupi rambut, leher dan menjulur hingga ke dada untuk menutupi ‘perhiasan alami’ kita.

Sedangkan jilbab adalah baju yang longgar tanpa potongan di tengah-tengah, menjulur hingga mata kakai dan sebagai baju luar menutup baju dalam yang biasa dipakai ketika di dalan rumah. Kalau kamu ragu, semaklah dalam kamus bahasa Arab yang autoriti agar kamu dapat ketahui dan percaya definisi jilbab.

Oleh itu wahai Muslimah, berpakailah sebagaimana seharusnya seorang perempuan Muslim itu berpakaian. Tak usah aneh-aneh ikut-ikutan, tetapi kamu yang berpakaian sebenarnya bertelanjang.

Nah, mudah-mudahansedikit penjelasan ini membuat kamu makin faham tentang definisi tudung dan jilbab. Juga faham bagaimana selayaknya Muslimah itu berpakaian yang layak menurut Al Quran, bukan semahunya sendiri ikut-ikutan selebriti. Jangan sampai kamu turut ambil bahagian menjadi perempuan yang berpakaian tapi telanjang. Eh, na’uzubillah….

Setuju bukan? Muslimah solehah yang cerdas pasti tidak menolak hakikat ini. Pasti itu. Siap sedialah berubah. Selamat Berjaya!



No comments:

Post a Comment

Nak tanya apa2 tentang vitamin dan susu farm fresh? hubungi kami ya: 019 255 9666