Wednesday, October 3, 2012

Bunga Itu...

Assalamu'alaikum....

Bunga itu...

Sekuntum bunga yang nampak biasa tetapi berbisa
Ramai cuba mendapatkan bunga itu
Tetapi tiada kekuatan dan keyakinan...

Suatu hari,
Bunga itu didekati oleh manusia bernama Muslim
Bunga itu disapa setiap hari
Dengan keyakinan Muslim untuk mendapatkan Bunga itu,
Tetapi Muslim masih menjaga adabnya terhadap Bunga itu...

Tidak disentuh,
Tidak dihidu,
Hanya sekadar menyapa;
"Sihatkah kau hari ini Bunga?"
Bunga itu yang biasa tapi berbisa itu hanya menjawab.." alhamdulillah seperti sediakala"..

Sehinggalah suatu masa dan ketika,
Muslim menyampaikan hajatnya untuk mendapatkan Bunga itu daripada Bunga itu sendiri.
"Bunga, bolehkah aku memetikmu untuk aku simpan dan jagamu? Aku suka kepadamu..."
Lantas Bunga itu menjawab.." Boleh, kau tanya sahaja kepada tuanku. Aku menurut perintah tuanku..."
Muslim bertanya lagi.."Bagaimana aku boleh berjumpa dengan tuanmu?"
Bunga itu dengan selamba menjawab.."Datang sahajalah laman ini, jika kau nampak seorang lelaki yang agak berusia, itulah tuanku.."

Muslim puas dengan jawapan Bunga itu..
Dia bertambah yakin dan bersemangat untuk berjumpa tuan kepada Bunga itu..
Lalu dia berdoa," Ya Allah.. Kau mudahkanlah urusanku ini.."

Keesokan harinya,
Muslim datang ke laman yang dimaksudkan Bunga itu semalam,
Muslim tercari-cari tuan kepada Bunga itu,
Muslim yang berbekalkan keyakinan dan kesungguhan terkinja-kinja mencari tuan Bunga..
Akhirnya, berjumpalah mereka berdua...

Lalu perbualan ini muncul;
Muslim: Pakcik, boleh saya tanya. Bolehkah saya memetik Bunga itu[sambil tangan menunjuk ke arah Bunga itu]?
Tuan Bunga itu: Kamu ingin memetiknya? Sudikah dan beranikah kamu menjaganya nanti? Ia berbisa sedikit dari yang lain..
Muslim: Ya. Pakcik. Saya yakin saya boleh jaga Bunga itu. Saya suka dengan Bunga itu, pak cik.
Tuan Bunga itu: Baiklah, kamu balik dulu, nanti pak cik tanya kepad Bunga itu.

Seminggu kemudian, maka termeterailah perjanjian antara Muslim, tuan Bunga itu dan Bunga itu sendiri dengan beberapa syarat mudah.


  1. Menjaga dengan sebaik yang mungkin setelah kau dapatkannya nanti
  2. Tegurlah Bunga itu dengan berhikmah jika dia melukaimu suatu hari nanti
  3. Kamu sediakan tempat tinggal yang sesuai dan selesa agar Bunga itu tidak merasa tersisih
  4. Kamu jagalah solat fardhu mu itu
*Syarat ini perlulah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan oleh Muslim.
Muslim bersetuju.

Hari demi hari Bunga itu lalui kehidupan dengan penuh kegembiraan dan senyuman
Adakala tangis, rajuk, terguris dan mencuka.
Muslim bijak menongkah arus langkah

Muslim seringkali berjanji kepada Bunga itu,
"Aku akan sayang kepadamu sampai bila-bila... Walau apa jua keadaan sekalipun.. Sebab kamu sukar untuk dimiliki"
Bunga itu perasaannya berbeza sedikit dari bunga-bunga yang lain. Ia berbisa. Maka dia tidak percaya sangat akan kata-kata Muslim.

Tiba-tiba..
Suatu hari lebih kurang sebelum 6 bulan, Bunga itu disapa dan disentuh dan dihidu oleh Muslim yang tidak sabar.
Bunga itu sangat marah. Dia berkata kepada Muslim.."aku mahu kau bertanggungjawab atas perbuatan mu itu"
Muslim dengan nada kesal.. "Ya.. Insya Allah.... Aku bertanggungjawab terhadapmu.. Aku nak menjagamu sehingga ke akhir hayat..Maafkan aku.. aku telah mengasarimu.."

Bunga itu akhirnya akur dengan kata-kata Muslim...

Tanpa diduga,
Muslim berjumpa dengan tuan Bunga itu dan menyampaikan hajatnya bahawa dia tidak mampu untuk meneruskan hajat untuk memiliki dan menjaga Bunga itu tanpa sebab yang munasabah...

Maka...
Bunga itu lalui hari kesedihan sendirian. 
Ia merasakan dirinya telah rosak..
Kelopaknya telah hancur...
Sehingga titisan air embun jatuh ke bumi..
Tidak lagi membasahi kelopak...

Bunga itu berdoa semoga ada hikmah disebalik apa yang berlaku...











No comments:

Post a Comment

Nak tanya apa2 tentang vitamin dan susu farm fresh? hubungi kami ya: 019 255 9666