~::masyiemumtaz::~

masYie's

Thursday, October 11, 2012

Emak Kata

Assalamu'alaikum...

Emak Kata....

Emak kata,
Anak emak ada ramai,
Sepuluh orang,
Macam ragam
Pelbagai rasa
Emak mampu telan semua
Boleh handle semua

Sebab emak yakin,
Allah ada bersama Emak.
Emak selalu doakan 
Yang terbaik untuk anak-anak emak

Emak kata,
Emak tak pernah rasa putus asa
Menyesal itu ada kadangkala
Tapi emak REDHA
Atas apa yang Allah bagi kat Emak
Melalui anak-anak

Tu pasal dulu,
Korang kecik-kecik emak garang
Emak tegas
Adakala emak diam membisu.

Emak nak ajar korang erti
"kesusahan hari ini membuahkan kesenangan hari mendatang"
Dengan perlunya SABAR dan REDHA.

Ujian hari ini,
Nak ajar anak-anak emak
Supaya SABAR & REDHA
Semua itu sunnatullah.
Kita kenalah pasrah dan doa kepada ALLAH
Tanpa ragu
Pasti Allah bantu..


**Emak saya seorang yang champion... Kalau jumpa kawan-kawan emak, misti mereka kata, "emak ko dulu budak pandai.. Tak pernah dapat nombor selain nombor SATU(1) kalau periksa" Aku bangga dengan emak.. Emak tak pernah cerita kat anak-anak dia. Sebab emak nak anak-anaknya berusaha dengan kakinya sendiri... Emak tak nak cerita sampailah anak-anak dan berjaya...**


No comments:

Post a Comment

Komen laa.. walau seAYAT... hehe.. Syukran! =)